LoHA 13 🌸

163 8 1
                                    

Seth melalui hari-harinya dalam keadaan tertanya-tanya . Dia malah berjumpa dengan Fatih untuk menanyakan hal Hana namun hampa .

Anak-anaknya juga semakin mendesak . Terasa dirinya dipermainkan sekali , kenapa ? Persoalan sentiasa bermain diminda.

Sepanjang minggu ini kerja-kerja di universiti juga tergendala , kadang-kadang seperti ingin dicancel semua kelas sepanjang minggu . Buntu !

***********

" Hana .. aku dengan Yahaira nak cakap sikit dengan kau ni .. " ucap Alia disuatu pagi .

" Apa dia ? "

" Sejak zaman USM kau tau family aku bukan berduit kan ? Lepas nikah dengan papa kau , aku kena buang family , sebab dorang anggap aku anak sial yang memalukan keluarga sebelum dengar cerita sebenar . Tapi .. Hana kau tolong dengar dulu .. Aku sebenarnya dah nikah dengan papa kau sebelum kita kenal lagi .. ni surat yang papa tulis untuk kau " ucap Alia sambil menghulurkan sampul surat kuning tersebut ke tangan Hana .

Hana terus membuka surat tersebut ..

My dear sunshine Hana ..
Pertama sekali , papa nak Hana tahu .. papa sayangkan Hana dan papa nak minta maaf .. Papa berdosa dengan Hana sebab sembunyikan cerita ni dari pengetahuan Hana .. Alia tak salah , Papa kahwin dengan Alia sebelum Hana kenal Alia lagi .. Tapi papa tak sangka pulak Alia akan berkawan baik dengan Hana di USM .. Papa kenal Alia sewaktu hantar Hana orientasi di U dulu .. Papa terlanggar Alia , dia cedera , Papa biaya ubat dia dan disitu mulanya perkenalan kami .. Papa ingat nak bagitahu Hana , tapi Papa taknak ganggu study Hana .. Papa minta maaf sekali lagi ye nak ..
Love , Papa .

Hana mengesat airmatanya .. Surat itu dilipat dan dibawakan ke dada , mungkin tak sepenuhnya Papa menulis untuk menceritakan hal sebenar , tapi sekarang aku kira itu tak penting .. Kalaupun aku tahu hal yang sebenar ,itu tak bererti Papa boleh kembali .

Hana memandang Alia dan Yahaira , adiknya . Hana mendepakan tangannya kepada Alia dan mereka berpelukan . Yahaira sikecil yang tak mengerti apa-apa turut memeluk sama .

" Alia , aku taknak tahu kisah kau dengan papa aku .. sebab aku tahu benda tu takkan dapat pulangkan Papa .. Aku cuma nak kau tahu , aku tak pernah berburuk sangka dengan kau .. Waktu kau bagitau kau ada lelaki yang tampung hidup kau pun , tak pernah sedetik dihati aku yang kau ni hina , sebab aku tak rasa life kau macamana .. " ucap Hana sambil tersenyum . Alia mengesat airmatanya lagi .

" Hana .. aku taktau nak cakap apa .. Sekarang ni , kau dengan Yahaira je keluarga aku .. Aku harap kau boleh terima aku dengan anak aku ni ? " balas Alia dalam sendunya .

" Hey .. aku tak pernah buang kau dari hidup aku tau ! Aku cuma kecewa je papa tak bagitau aku pasal kau .. Sekarang ni , kau dengan Yahaira adalah keluarga aku ! Kalau takde sapa nak kau .. Aku nak ! "  ucap Hana lagi ..

Malam itu menjadi saksi penyatuan dua jiwa yang dipinggirkan , saling melengkapi .

**********

" What are you doing here ?! " Nada suara Seth marah .

" Im here for the kids .. Seth , chill please " ucap Alicia yang sedang menarik tangan Ashe dan Ezra .

" Dont you dare to touch them Alicia ! " kalau tak kerana dihadapannya ini wanita dan berstatus bekas isteri , mungkin Seth sudah memberi lempang kepada wanita dihadapannya .

" What ? Orang lain boleh pulak you bagi sentuh Ezra dengan Ashe kan ? Siap bawak jalan lagi ! " balas Alicia sambil mencebik .

" Kau jangan sentuh anak aku ! Kau tak layak ! " sakit hati Seth mendengar kata-kata bekas isterinya itu tidak sesakit dia mendengar tangisan dan jeritan anaknya .

Sebentar tadi Alicia meluru masuk ke perkarangan rumah Seth dan menarik kedua anaknya masuk kedalam kereta namun sempat dihalang Seth .

" Fine ! Kau jangan fikir boleh terlepas dengan budak-budak ni ! Kau jangan fikir boleh bahagia dengan perempuan jalang tak sedar diri tu ! " teriak Alicia apabila Seth akhirnya menghadiahkan tamparan pada pipi Alicia .

" Stop it mummy ! You are a bad person ! " teriak Ashe sambil memeluk Ezra yang sedang menangis .

" Oh hahaha ! So you hasut anak you untuk benci I Seth ? Well done ! You kids ! Anak tak tahu untung ! Menyesal aku kandungkan korang berdua ! Anak sial ! Jangan ingat perempuan tu nak sangat jaga korang lah ! Dia cuma nak bapak kau ni ! " teriak Alicia sambil menunding jarinya kearah anaknya . Sekali lagi Seth menampar Alicia sehingga dia terduduk .

" I never ever thought the kids to hate you Alicia .. Its you yourself ! And bear in your mind kau jangan pernah sentuh dan ganggu Hana !  Baik you berambus dari rumah ni sebelum I call police ! " ucap Seth lalu membawa kedua anaknya masuk kedalam rumah membiarkan Alicia yang masih terkial-kial untuk berdiri.

" So its Hana huh ? Jangan mimpi kau akan dapat dia Seth hahaha ! Jangan mimpi ! " ucap Alicia sambil ketawa sendirian di laman luar  .

Seth hanya memerhati dari jendela dalam rumah . Gila !

" Kau takkan terlepas Seth ! Perempuan sial tu pun takkan hadap dengan kau ! " jerit Alicia sebelum dia masuk kedalam kereta Mitsubishi Lancernya laju .

Seth mengetap bibirnya . Kenapa kehidupannya penuh drama ? Belum terungkai kisah Hana , datang pula celaka menimpa !

Anaknya ! Seth terus meluru kearah Ashe dan Ezra dibilik , ingin melihat anaknya . Seth tak menyangka, Ashe berani mempertahankan dirinya dan Ezra dihadapan ibu mereka .

Namun sedikit sebanyak perasaan sedih tetap tersemat dikalbu , dia tidak mahu anaknya itu membenci ibu mereka .

" Ashe ? Ezra dah tidur ? " ucap Seth dimuka pintu .

" Yes daddy .. Dad ? Kenapa kitorang tak boleh ada happy life macam orang lain ? " lirih hati Seth mendengar ucapan anaknya itu .

" Ashe ? Nak tahu tak .. Masa daddy kecik , daddy pun hadapi benda sama macam Ashe .. but i made it till now . Why ? because i have the responsibility . I have stand up for my life . Mungkin Ashe tak faham sekarang , but one day you'll understand . Cuma daddy harap , Ashe jaga Ezra and jangan ulangi kesilapan daddy okay ? " ucap Seth sambil mengucup dahi anaknya .

Dia tahu anaknya belum cukup matang untuk memahami semua ini .. But , one day .. Seth yakin akan ada keajaiban waktu .

* Hello gais ?! emosi ke tidak ? kalau emosi bagila vote sikit .. kalau tak kena kat hati , komen bagitau perasaan macamana kat hati korang tu 😂😂😂 btw thankyou for reading gaiss !!

xoxo , airin ♥

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now