LoHA 14 🌸

179 9 7
                                    

Sudah hampir 3 minggu Hana berada di KL dan papanya meninggal . Sepanjang masa Hana habiskan melayan kerenah adik barunya Yahaira . Mungkin suatu masa dahulu ego itu ada , namun apa yang terjadi benar ada hikmahnya .

" Alia .. harini saya nak bawak awak dengan Yahaira keluar .. jam 1 kita jalan " beritahu Hana sewaktu mereka sedang lunch dirumahnya . Sebentar tadi Hana dihubungi oleh pihak mahkamah yang menguruskan wasiat papa . Dia ingim selesaikan segalanya sebelum balik ke Sabah untuk bekerja . Adam menghubunginya dan menyatakan dia memerlukn interns untuk syarikat barunya dan menawarkan Hana dan Fatih untuk bekerja dengannya .

" Kita nak kemana ni Hana ? " tanya Alia sewaktu didalam perjalanan mereka .

" Kita ke mahkamah untuk dengar wasiat papa then ada something saya nak uruskan sekejap " panggilan aku-kau sebelum ini bertukar ke awak-saya . Lebih hormat dan selesa kata Hana .

" Baiklah , memandangkan semua yang perlu hadir ada disini .. Saya akan bacakan wasiat Encik William ya .. sebarang pertanyaan boleh dikemukakan selepas pembacaan " Hana dan Alia mengangguk .

" Kepada Hana Arista William , anak sulung Encik William .. Awak diberikan 40% harta milik Encik William selama hidupnya iaitu syarikat katering untuk perkapalan rangkaian seluruh asia , sebuah kondominium mewah dan share sebanyak 5 peratus dengan syarikat Moon Company .Manakala anak kedua juga akan menerima 40% wasiat beliau iaitu duit tanggungan belajar sehingga berumur 20 tahun serta sebuah kondominium dan share sebanyak 10% dengan Moon Company . Dan yang terakhir ialah Puan Alia akan menerima 20% harta iaitu , sebuah restoran yang baru dibuka di 6 bulan lalu . Segala urusan akan kami uruskan buat sementara waktu dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya . " ucap Encik Nasir selaku peguam papa sebelum meminta kami menurunkan tanda tangan .

Aku dan Alia tergamam ! Sejak bila Papa ada business sebanyak ini ? Sejak bila Papa menguruskan segala ini ? Rupanya dia telah menyediakan kemewahan ini untuk kami . Terima kasih papa , pergimu membawa tangis , namun kenangan dan jasamu tak terungkap nilainya .

***********

" Hana .. saya tak tahu nak kata apa .. " ucap Alia sambil menyedut minumannya .

" Jangan macamtu , Papa sediakan semua ni untuk kita .. Saya pun tak sangka Papa wasiatkan harta dia sebanyak ni untuk kita ni , saya bersyukur dan gembira je , asalkan kita masih bersama , semua tu lagi penting kan? " ucap Hana

" Saya hargai sangat tau . Terima kasih bagi saya peluang ni Hana , kalau orang lain mungkin dah bantah dan buang saya " ucap Alia lagi kali ini dalam nada sedih .

" Ish kau ni ! Dah jangan nak fikir macam tu eh .. Sekarang ni , saya nak awak masuk kelas business , sebab dalam wasiat papa , awak ada cafe so awak kena jaga cafe tu macam awak jaga papa jugak ! " ucap Hana tersenyum lebar .

At least , Papa tak tinggalkan keluarganya terkontang kanting . Thankyou papa , jasa papa takkan dapat aku , Alia mahupun Yahaira balas . Hanya doa mampu dititipkan untuknya .

" Next week saya balik Sabah , company Papa tu biar lawyer yang urus dulu , after graduate baru saya balik sini urus company tu .. Pasal cafe tu , nanti saya mintak lawyer tu uruskan .. " ucap Hana sambil tersengih.

Sepanjang hari itu mereka habiskan dengan bersantai , berjalan-jalan dan melayan kerenah Yahaira .

*************

Sedang Hana baring di tilam empuknya , telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk .

- Watch out girl ! kau takkan boleh terlepas ! Aku perhatikan kau !

Sejak mendapat chat terakhir daripada Seth minggu lepas , Hana kerap kali menerima mesej berbaur ancaman , ugutan seperti ini . Namun Hana tidak mengambil serius , mungkin ada yang ingin bermain-main dengannya .

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now