Part 4

1.3K 84 7
                                    

Memori 4 tahun lalu..

"Abang Shah!! Cepatlah sikit, kata nak belanja Syaf headphone!!"Syafa menjerit mirip budak kecil.

Dia terlalu teruja. Senyum langsung tak mati dari bibir merahnya. Laju dia tarik tangan Shahin ke arah kedai yang menjual headphone di seberang jalan.

"Syafa.. perlahanlah sikit." Shahin ketawa lepas dengan reaksi Syafa yang macam budak-budak-budak. Cap yang hampir tercabut di atas kepala dia tahan dengan tangan kanan.

Tiba-tiba langkah Syafa mati di hadapan sebuah lorong, buatkan langkah kaki Shahin turut mati. Tak berkelip mata dia bila lihat tiga orang lelaki yang tengah belasah seorang pelajar lelaki.

Syafa mula panik.

"Abang Shah, selamatkan dia!!"kuat Syafa meminta tolong pada Shahin.

Shahin pandang ke arah lorong gelap tersebut dan matanya bulat. Dia kini faham maksud Syafa.  Kepala diangguk pada Syafa sebelum sempat dia berpesan pada Syafa agar bawa lelaki yang dibelasah teruk itu jauh daripada tempat tersebut.

Sebaik sahaja Syafa mengangguk,  laju Shahin berlari ke arah tiga orang remaja yang memakai baju kemeja sekolah. Nampak sangat mereka ni hanyalah gangster sekolah.

Mujur Shahin belajar silat di sekolah menengah.

Sebaik sahaja tiga orang pelajar lelaki tadi larikan diri kerana dibelasah oleh Shahin,  Syafa segera melangkah ke arah pelajar lelaki tadi yang terbaring di atas lantai. Syafa melutut di sebelah lelaki yang berdarah wajahnya.

Mata lelaki tersebut masih terkatup buatkan Syafa bimbang. Syafa keluarkan sapu tangan daripada poket seluarnya sebelum disapu pada wajah si lelaki.

Dan laju mata si lelaki terbuka. Dia pandang wajah Syafa dengan jelingan tajam. Syafa teguk liur yang terasa kesat.

Kenapa lelaki ni macam nak marah pada dia pula?

Nasib baik tolong selamatkan dia!

Si lelaki tegak berdiri.  Dia cuba melangkah namun langkahnya longlai. Syafa ketap kuat bibir dia. Geram.

"Awak luka ni. Mana boleh berjalan! " Syafa capai lengan kanan si lelaki, buatkan dia mendapat jelingam daripada si lelaki namun Syafa tak bergerak.

Wajah marah ditayang.

"Awak luka! "

"Diamlah! " si lelaki bersuara marah sebelum dia tepis tangan Syafa di lengannya. Dengan langkah longlai si lelaki melangkah pergi.

Syafa dah tak mampu kata apa.

Lelaki tadi terlalu degil.

Atau mungkin egonya rosak kerana dibantu oleh perempuan.

Lelaki. Memang Syafa tak akan faham.

Baru sahaja Syafa hendak melangkah ke arah Shahin, mata Syafa jatuh pada tubuh lelaki tadi.

Lelaki tersebut dengam selamba melangkah ke arah jalan raya. Dan ada kereta yang menuju ke arah lelaki tersebut.

Wajah Syafa pucat. Dia rasakan jantungnya hampir luruh.

Tanpa dia sedar,  kakinya mula berlari ke arah si lelaki. Apa yang ada di dalam fikirannya hanyalah selamatkan si lelaki tadi.

"Awak! "

Bam!

Dan si lelaki kedu. Tubuhnya jatuh akibat ditolak oleh Syafa. Sebaik sahaja matanya terbuka,  si lelaki mati kata. Di hadapannya,  Syafa yang terbaring berlumuran darah di atas jalan raya.

Abang ✓Where stories live. Discover now