❃.✮:▹ 04 ◃:✮.❃

15 1 15
                                    

Aku baru sahaja selesai bersiap untuk ke universiti lalu turun ke bawah untuk menyediakan sarapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku baru sahaja selesai bersiap untuk ke universiti lalu turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Hari ni macam biasalah aku keseorangan dalam rumah ni.

Eomma tak balik dah 2 hari. Hmmm duduk rumah scandal dia la tu. 

Sedang aku menikmati sarapan sendirian, tiba ii telefon bimbit aku berdering kencang. Aku pon mengangkatnya.

"Hello?" soalku. 

"Hello, anak appa. Kamu apa khabar?" soal appa melalui telefon. Aku hanya menjeling lalu mendengus perlahan.

"Macam tulah appa. Takde apa perubahan pon." kata aku. Appa hanya mengeluh dalam panggilan. 

"Appa minta maaf tinggalkan kamu dengan eomma kamu tu. Tapi appa tak boleh nak buat apa ii sebab hak asuh penjagaan kamu jatuh ke tangan eomma kamu." kata appa. Aku hanya mengetap bibir.

"Yelah appa, Hana tak salahkan appa pon. Hana cuma stress je tinggal dengan eomma." kata aku lagi. 

"Hmm kalau kamu tak selesa tinggal dengan eomma kamu, appa boleh tuntut kat mahkamah." kata appa. 

"Takpe appa. Hana tau nak buat apa..." kata aku lagi.

"Okay la kalau kamu boleh bertahan. Kalau macam tu, appa letak call dulu ya? Appa ada kerja lain nak buat." kata appa. Aku hanya akur sahaja.

"Okay appa. Bye." kataku lalu mematikan panggilan lalu gegas makan. Setelah selesai, aku pon gegas ke universiti. 

"Takpe, Hana. Kau boleh buat. Lepas je kau graduate, kau keluar la dari neraka tu."

Aku tiba di universiti lalu masuk ke dalam dewan kuliah untuk mulakan pelajaran pada hari ni. Semoga hari ni semua berjalan lancar dan tak ada orang nak cari pasal dengan aku.

Setelah beberapa jam berlalu, aku pon keluar dari dewan kuliah lalu menelefon Haerin.

"Hello, haerin. Kau kat mana?" soalku. 

"Ahhh aku dengan member aku ni. Kenapa? Kau nak join kiteorang ke?" soalnya melalui telefon.

"Ohhh yeke? Kalau macam tu, tak apa la. Aku balik dulu." kata aku. Sejujurnya, aku malas nak bergossip dengan orang ii yang aku tak kenal. 

"Ehhhh japp hana, kau ni relax la. Jom la join lagipon ada orang nak kenal dengan kau." kata haerin lagi. Aku hanya mendengus kasar.

"Tapi aku tak nak." 

"Kau ni kan sombong sangat la. Jomlah..." kata haerin. Aku hanya mendengus perlahan. Aku ni macam dah tak ada cara lain lagi.

"Yelah, kau kat mana sekarang?" soalku. 

"Dekat kafe fakulti hotel ni. Kat sini tak ramai orang." katanya lagi.

"Okay, aku on the way ke sana." kata aku lalu berjalan menuju ke kafe fakulti hotel. Setelah tiba, aku mencari kelibat haerin. Dia sedang melambai ke arahku.

『 C 』 CJH FF ; ❛❛A Week To Loving You❜❜Where stories live. Discover now