❃.✮:▹ 14 ◃:✮.❃

7 1 14
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

Sudah 4 bulan aku tinggal dengan keluarga Jongho. Kehidupan aku disini amat sengsara disebabkan aku dihina oleh ibu mertua aku sendiri. 

Aku dicaci, dihina seolah aku tak ada maruah. Tapi memang patut pon aku dibenci sebab perangai aku dulu.

Sejujurnya aku dah berubah ke arah yang lebih baik. Aku cuba untuk membuka hati kepada Jongho. 

Semua orang layan aku baik kecuali ibu mertua aku tu. 

"Sayang, nak mandi ke?" soal jongho yang baru sahaja selesai mandi. Aku mengangguk perlahan lalu mengambil tuala untuk mandi. 

Setelah selesai mandi, aku pon bersiap untuk ke firma hari ni. Hari ni aku ada kerja di sana. 

"Sayang, hari ni masuk firma ke?" soal jongho yang baru sahaja selesai bersiap. 

"Haah, saya ada kerja yang nak kena siapkan." kata aku lagi. Dia hanya akur.

"Nak saya hantar ke?" soalnya. Aku cepat ii menggelengkan kepala.

"Ehh takpelah saya tak nak eomma awak cakap buruk pasal saya. Kononya saya ambil kesempatan ke atas kebaikan awak pulak." kata aku. Dia hanya mengeluh lalu memegang bahuku.

"Hana, awak cakap apa ni? Awak tu isteri saya kan? Bukannya orang lain pon. Tapi kalau awak nak pergi sendiri tak apa la saya hormat keputusan awak." katanya lagi. Aku hanya tersenyum tipis.

"Thanks Jongho. Awak baik sangat." kata aku lagi. Dia hanya tersenyum. Setelah selesai, aku dan jongho turun ke tingkat bawah. 

Kelihatan semua anggota keluarganya sedang sarapan bersama. 

"Morning semua, maaf kami lambat." kata jongho. 

"Tak apa, mari ii duduk bersama." kata appa. Baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung aku, eomma bersuara.

"Sejak bila aku benarkan kau duduk kat sini? Tempat kau kat sana." kata eomma lalu menunjukkan ke arah hujung dapur. 

"Eomma ni kenapa nak letak hana kat situ? Kotor sangat ke isteri jongho, eomma?" soal jongho. Aku hanya mendiamkan diri.

"Eomma takkan terima dia sebagai menantu eomma. Kamu tau tak sejak kamu bawak masuk perempuan mulut celupar ni dalam keluarga kita, hidup kita dah tak hormonis macam dulu lagi. Dia hina keluarga kita! Faham tak?!" bentak eomma. 

Aku mengetap bibir kuat. Air mata aku mengalir dengan deras. 

"Boa! Enough! Cakap orang mulut celupar macam mulut awak tu wangi sangat, hah?! Macam aku tak tau yang kau hina hana depan orang kampung seolah kau tu suci sangat! Dia dah bukan macam jiyeon tu. Aku tau dulu dia sombong sangat tapi keadaan memaksa dia untuk jadi macam tu. Kau hukum dia macam banduan sedangkan hana ni dah berubah la boa!" marah appa kepada eomma. 

Termanggu eomma mendengar bentakkan appa. 

"Awak jangan risau la pasal rancangan awak dengan anak buah kesayangan awak tu. Hana takkan tau pon sampai masa." kata appa. Aku membulatkan mata. 

"Appa, apa yang eomma rancangkan?" soal san. Kelihatan eomma terus bangun dan masuk ke dalam bilik lalu menghempas pintu biliknya.

"Hana, mari duduk sini. Kamu jangan ambil hati apa yang boa cakapkan pada kamu. Appa tau kamu dah berubah ke arah yang lebih baik." kata appa. Aku mengelap air mataku lalu duduk di sebelah eunbi.

Eunbi memegang tanganku.

"Hana, bersabar sikit eh? Eunbi tau hana seorang yang kuat." kata eunbi. Aku hanya tersenyum.

"Thanks, Hana." 

"San, pasal tu, nanti appa bagitau. Buat masa sekarang, mari makan dulu." kata appa. Aku pon sarapan bersama dengan mereka sebelum aku pergi ke firma untuk bekerja. 

Aku dah cuba untuk mengambil hati mak mertua aku tapi dia masih berkeras untuk tak menerima aku dalam hidup dia. 

"Hana, mak kau tu sayangkan nana lebih daripada aku. Well, nana tu perempuan yang baik. Tak macam aku. Memang patut pon eomma lebih memilih dia daripada aku."

Lagipon aku tau rancangan eomma dengan nana tu.

Flashback

Baru sahaja aku selesai mandi, aku pon bersiap dan duduk di dalam bilik. Tak lama kemudian, aku mendengar bunyi kereta di luar rumah. 

Aku mengintai di balik tingkap. Kelihatan eomma berlari keluar lalu memeluk nana yang berada di luar rumah ini.

Aku mengetap bibir kuat sambil melihat mereka masuk ke dalam rumah.

Aku berasa kepoh lalu mengintip mereka dan mendengarkan perbualan mereka.

"Imo, kenapa samchon terima pinangan tuan park tu? Kenapa imo lambat nak bantah?" soal nana, manja. 

"Maafkan imo, samchon awak tu pon tak bincang dengan imo dulu and main terima je. Kamu pon tau kan yang imo takkan terima perempuan sundal tu sebagai menantu imo. Hanya kamu je yang layak menjadi menantu imo ni." katanya, bangga.

Aku mengetap bibir lagi.

"Kamu baik, sopan santun, pandai jaga maruah keluarga. Hurmm kalau bandingkan dengan si Hana tu, dah la mak dia pelacur, tak pandai jaga maruah diri, sombong pulak tu." 

"Imo tetap dengan rancangan imo untuk masuk minang kamu untuk Jongho." kata eomma lagi. Air mataku mengalir perlahan setelah mendengar apa yang terjadi. 

End of flashback

Air mata aku mengalir dan cepat ii mengelapnya. 

"Rupanya perangai aku dulu membuat semua orang benci dengan aku. Jongho, saya minta maaf disebabkan saya awak pon kena tempiasnya."

『 C 』 CJH FF ; ❛❛A Week To Loving You❜❜जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें