INTRO

24 1 9
                                    

Park Hana merupakan seorang pelajar di Hanlim University. Dia merupakan pelajar aliran undang-undang tetapi sikap sombongnya membuatkan semua pelajar tak senang dengannya.

Choi Jongho merupakan presiden kelab nyanyian. Dia menyukai Hana pada pandang pertama. Tetapi sikap sombong Hana membuatkan Jongho makin cuba untuk dapatkan hatinya.

"Hana, nah untuk awak." - Choi Jongho

"Apa ni? Aku tak minat la dengan apa ii hadiah pemberian daripada kau." - Park Hana

Jongho cuba untuk mengambil hati Hana yang keras itu sehinggalah mereka tamat belajar.

Selepas tamat belajar, Hana bekerja sebagai peguam di sebuah firma peguam dan telah bertunang dengan seseorang.

"Hana, I love you so much and I promise to take care of you." - others

Hana menyukai lelaki ini sehingga mereka berhasrat untuk berkahwin.

Pada hari perkahwinannya, ada sesuatu yang terjadi dengan lelaki itu.

"Mana dia? Dia tak datang ke majlis perkahwinan kamu?" - others

Akibat ingin menutup malu keluarga, Hana dijodohkan dengan Choi Jongho, seorang doktor di hospital milik keluarga Hana.

"Kenapa aku perlu kahwin dengan lelaki kampung macam kau ni hah? Masalah hidup aku!" - Park Hana

"Kenapa awak benci saya sampai awak hina saya macam tu sekali?" - Choi Jongho

Hana begitu membenci lelaki itu. Ramai ahli keluarga Jongho tak senang dengan kehadiran Hana terutamanya ibu kandung Jongho.

"Kenapa abang perlu terima anak kita kahwin dengan pelacur macam dia? Mulut celupar dan tak hormat orang tua. Malu la saya nak hadap dengan orang kampung. Saya dah ada calon yang terbaik untuk anak kita." - others

Setelah hidup di bahtera perkahwinan, Hana sering tak dianggap oleh keluarga mertuanya. Tetapi, Jongho selalu ada di samping Hana.

"Hana, awak jangan ambil hati dengan apa yang eomma cakapkan. Saya ada dengan awak." - Choi Jongho

Hana dapat rasakan yang Jongho amat menyayanginya dan dia cuba untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Jongho.

Tetapi kebahagiaan mereka tak berjalan dengan baik selepas kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

"Abang, Hana minta maaf sebab Hana tak mampu untuk menjadi isteri yang terbaik untuk abang. Izinkan Hana pergi..." - Park Hana

"Abang minta maaf, Hana. Abang tak mampu untuk mengikat Hana disisi abang. Abang akan lepaskan Hana pergi tapi ingat yang Hana selalu ada di hati abang." - Choi Jongho.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah Hana akan terus dibuai rasa bahagia dengan Jongho atau dia akan pergi untuk selamanya?

----

Itu sahaja intro untuk kali ni.

Tags: LUVJUYEON_

『 C 』 CJH FF ; ❛❛A Week To Loving You❜❜Where stories live. Discover now