38

914 106 9
                                    


" SUDAH!"

Nyata suara yang menghentikan kata kata Hazel datang dari Sultan Ibrahim sendiri.

Wajahnya kelihatan mencerlung garang.

Hazel teguk air liur seketika, haih naya aku macam ni.

Mata Sultan Ibrahim tepat memandangnya lama. Hazel tidak berani membalas pandangan itu, kerana itu dia lantas tunduk membisu.

Rasa nak cepuk mulutnya kerana berani sungguh bergaduh dihadapan Sultan.

Tetapi nama dan maruahnya tercalar hebat. Dia dituduh melakukan sesuatu yang dia tidak tahu. Justeru, dia bukan boleh duduk diam begini.

" Gundik Utama Hazel Elmeera, kamu boleh pergi."

Tercengang pula Permaisuri Chempaka dengan titah Sultan.

" Tetapi kanda, tidak kah keterlaluan kanda melepaskan dia begitu sahaja, kanda?" Soal Permaisuri Chempaka, kelihatan terkejut.

Sultan Ibrahim terdiam.

" Benar katanya dinda. Kita tiada bukti yang boleh mengaitkan Hazel dengan pembunuhan itu. Lagipula ianya sudah berlaku. Kucing itu sudah pun mati. Beginilah, kanda carikan seekor untuk dinda ya," pujuk Sultan Ibrahim, dan anehnya Permaisuri Chempaka kelihatan bertambah marah.

" Ia tidak sama, kanda..kanda..kanda..ah sudahlah, dinda mahu kembali ke kamar," pantas Permaisuri Chempaka turun dari singgahsana dan berjalan laju membawa kemarahan yang beriak jelas. Hazel boleh lihat, ianya mungkin bakal menjadi sesuatu yang buruk untuknya pada masa masa akan datang.

Hazel sudah cari pasal dengan Permaisuri. Bingo!

" Kamu boleh pergi Hazel Elmeera. Tetapi kamu harus ingat ini kerana tiada bukti terkait. Jika bukti tiba tiba ada, beta akan semak dan hukum seadilnya. Dan kamu juga Puteri Sophia dan Puteri Liza, mengerti?" Tegas nada suara Sultan Ibrahim bertitah sambil memandang Puteri Liza dan Puteri Sophia. Hazel mengangguk pantas.

" Baik Tuanku, junjung perintah."

——————————————-

Khabar Putera Andhika akan pulang ke istana tersebar menyebabkan seisi istana giat melakukan persiapan menyambut Putera Mahkota itu. Tidak pasti bila dia akan tiba tetapi menurut kata dayang Orked, dia sedang dalam perjalanan pulang.

Namun Hazel tetap Hazel, kisah apa dia.

Sejak si Putera Andhika memberi hukuman kurungan dalam istana Badar, langsung tak terdetik rasa teruja mahu berjumpa. Sudahlah tak mahu dengar kata kata penjelasan malah terus dijatuhkan hukuman. Inikah calon sesuai untuk Raja Pemerintah? Huh. Tambahan pula dengan kes kena fitnah dengan si mangkuk Peah tak sekolah tu, lagi Hazel serabut.

Hazel baru selesai menghadiri kelas kecantikan bersama sama Puteri Liza dan Puteri Sophia. Terasa sungguh gurunya Guru Kaya, memang melebihkan kedua figura itu darinya. Tak henti henti memuji kecantikan keduanya, tetapi Hazel tebalkan jiwa juga untuk belajar.

Lagipula kes dia dengan tuduhan Puteri Sophia tentang kucing Permaisuri dibunuh itu masih terasa. Kecil besar je dia tengok si Peah tu.

Dia malas mahu melayan tindakan warga istana padanya. Apa yang mereka benci sangat pun dia tidak tahu. Bukan dia buat salah. Bukan dia dipinta menjadi gundik pun.

" Cik Puan Hazel, tak sesuai Cik Puan menunjukkan wajah sebegini. Muncung mulutnya terlebih dan kurang manis. Ada baiknya seperti Tuan Puteri Sophia. Sentiasa senyum. Baru lah Tuanku Putera senang hati melihat."

Hazel ketap rahang. Kepala bana kau senang hati. Sabar Hazel, sabar ye.

Anggap je lah Guru Kaya tengah puji kau. Jangan melawan. Nanti kena hukum lagi, susah pula kau nak keluar.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now