25 ( edit)

893 97 4
                                    


Hazel terjaga dan bangun dari pembaringan. Mimpinya yang dialaminya sebentar tadi terasa benar. Terasa baru sahaja berlaku. Baru sangat. Tangannya menggigil mengingat kembali mimpi tadi.

Dalam mimpinya itu, dia melihat dirinya sendiri, atau lebih senang berhadapan dengan figura yang menyerupainya dirinya, namun versi yang tidak berwajah. Ada seseorang yang berdiri dibelakangnya, mungkin seorang lelaki berdasarkan intuisinya. Lebih hairan, siulan itu kembali menerjah pendengarannya sebelum dia terjaga tadi.

Apa semua ini? Hazel bingung. Mimpi itu kali pertama yang dialami oleh Hazel. Kenapa aku tengok diri aku sendiri ? Siapa lelaki itu?

Rasa seolah olah panas membahang serta minda yang penuh berserabut kini, dia merasakan dia perlu lakukan sesuatu untuk menghilangkannya.

Jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil angin.

Dengan rasa berani dia keluar selamba dari Istana Rimbun. Ada pengawal yang menjaga, mungkin tidak menyangka akan perempuan yang akan keluar malam malam jam 3 pagi begini. Kerana Hazel lihat mereka tersengguk sengguk menunggu. Jadi Hazel hanya menapak dan memanjat tembok istana itu perlahan lahan.

Angin malam benar benar mendamaikan. Rambutnya terurai ke hadapan, dia sempat menyelitkan. Jalannya tidak tentu, hanya mengikuti langkah kaki. Hingga dia bertemu dengan satu tasik.

Nasib baik, dia langsung tidak bertemu dengan seorang pun pengawal istana.

Tasik itu kelihatan gelap sungguh dikejauhan. Tetapi Hazel langsung tidak takut. Sebaliknya dia hanya duduk ditepi tasik dan menarik lutut, menikmati indahnya malam.

Entah apa yang difikirkan mindanya. Pelbagai perkara bersatu bercampur aduk didalam otaknya. Sekali difikirkan, menyesal pula dia terlalu ikutkan perasaan masa bertengkar dengan si Peah tak sekolah tu. Apa lah kau ni Hazel, kau tu dah tua, umur dah 26 tapi gaduh macam budak budak.

Agaknya dah terlalu lama aku kat dalam zaman ni sampai dah selesa sangat hidup.

Hazel mengeluh.

Hmm..

" Rindu mama, papa." Tercetus kata dari bibirnya.

Hazel lantas berbaring. Kepalanya tegak memandang langit gelap, dipenuhi bintang bintang.

Kalau lah dia tidak melawan keputusan papa nya hari itu, pasti dia tidak akan jadi begini. Pasti dia akan bersenang lenang dirumah, menonton Netflix, atau bergaduh mulut dengan geng Anaest pasal pesakit. Atau pun sibuk dengan shif malam di ED.

Sekali lagi tercetus keluhan dari bibirnya.

" Nino..Nino..Nino.. Nino.." tangannya dinaikkan lurus, jari jemarinya dimuncungkan bak mulut itik.

" Kecemasan... semua bersedia Dr Hazel Elmeera datang tolong..
Kecemasan... helikopter bersedia Dr Hazel Elmeera datang tolong."

Bibirnya galak menyanyi lagu Didi and Friends, mahu menghilangkan rasa gusar itu.

Kaki kirinya dinaikkan ke lutut kanan, disilang dan disandarkan. Sekali lihat, dah macam bersantai. Lantaklah, siapa je yang nak jalan jalan masa macam ni.

Pukul 3 pagi siapa je yang ada. Takkan pontianak.....

Isy bongoklah ngko ni Hazel. Tak de benda lain ke ko nak fikir.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now