9 ( Edit)

1.7K 142 18
                                    


"Hazel, kenapa Hazel suka berkata kata yang aneh? Melati tak faham bahasa Hazel. Siapakah Hazel sebenarnya?" Soal Melati menyebabkan mulut Hazel terkunci.

Namun segera Hazel memaniskan senyuman.

" Hazel pun tak tahu, kadang kadang dia keluar sendiri dari mulut Hazel."

Melati membulat mata.

" Jangan jangan Hazel sebenarnya membawa saka. Kita harus ke rumah Pawang Vjaya untuk memisahkan saka itu. Pasti Hazel akan ingat siapa diri Hazel sebenarnya."

Hazel hembus nafas panjang.

Ini lah dia, nampak je perangai pelik sikit dituduh bela saka.

" Jangan merepek boleh tak..." namun kata kata Hazel terhenti apabila seseorang menjerit di tengah pasar.

" Tolong, tolong anak hamba pengsan."

Suasana pasar kecoh. Pengsan? Mode doctor Hazel sudah bermula. Pantas kakinya laju melangkah ke arah seseorang yang menjerit itu. Seorang lelaki sedang memangku anak lelakinya di riba sambil menangis. Tubuh anaknya kelihatan merah, hidungnya juga berdarah, menyebabkan Hazel mengesyaki budak itu mungkin terkena early symptom of heat stroke.

Belum sempat dia memegang budak tersebut, tubuhnya seakan ditolak ke tepi. Hazel hampir tersungkur namun dia sempat menahan tubuhnya dengan tangan kirinya.

" Sapa yang kurang ajar tolak aku ni? Buatnya aku kena closed fracture distal end radius kang.." bebel Hazel, dah start keluarkan diagnosis sendiri sebelum dia mendongak dan melihat seorang lelaki tua tetapi tegap sedang memegang kepala budak tersebut.

" Pak cik..." Hazel mahu melahar kemarahannya apabila si lelaki tua itu berkata sesuatu.

"Budak ini kena rasuk, Mulia. Cepat Mulia, bawakkan dia ke rumah aku." Kata lelaki tua itu membuatkan Hazel mengerut dahi.

Kena rasuk?

What the heck?

Hazel segera bangun dan melangkah laju kepada si bapa yang kalut mendukung tubuh budak kecil itu.

" Dia bukan kena rasuk! Dia tengah demam ni."

Si bapa kelihatan terpinga pinga. Manakala orang tua tegap itu berpatah balik semula ke arah mereka.

" Siapa kamu perempuan dara?" Mata orang tua tegap itu mencerun melihat Hazel yang seperti pandai pandai pula mahu mengatur. Hazel mahu membalas apabila suara Melati tiba tiba mencelah.

" Maaf pawang Vjaya, kakak saya ini masih kurang sihat. Ampunkan kami ya," kata Melati sambil mencapai tangan Hazel dan mula menarik gadis itu.

" Tapi..tapi..." Hazel mahu membantah tetapi Melati keras menariknya jua.

" Hazel, jangan. Tolong ikutkan saja Melati kali ini." Bisik Melati , keras.

Hazel menghembus nafas sambil matanya menatang Pawang Vjaya yang hanya senyum sinis. Sempat dia menjeling tajam ke arah orang tua itu sebelum dia melangkah mengikuti Melati.

Segala yang berlaku itu diperhati dengan penuh minat oleh si pemuda berpakaian kasual yang hanya memeluk tubuh tidak jauh dari pasar. Boleh tahan juga si dara ini. Berani.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now