Chapter 40

61 2 0
                                    

Aku dan Zayvian berada di bilik seni. Sedang melukis bersama-sama sambil mendengarkan lagu Enchanted. Padanganku tertumpu pada lukisan yang pernah aku lukis dulu. Gambar di mana aku dan Zayvian sedang berdiri sambil Zayvian mendukung seorang bayi di tangannya.

"Abang tak nak kahwin lain ke? Saya tak boleh mengandung." Soalku tiba-tiba pada Zayvian. "Ya Allah Bao bei, berapa kali abang nak cakap? Abang tak nak kahwin lain. Cinta abang untuk Bao bei je." Ucap Zayvian.

Zayvian kemudian datang memeluk tubuhku. "Tak mengantuk lagi ke Bao bei? Nak masuk pukul 11.30 dah ni." Soal Zayvian. Aku mengangguk. Zayvian kemudian menarikku keluar dari bilik seni tersebut. Tidak lupa membawa Salt bersama kami.

Zayvian membawaku ke bilik. Tubuhku dipeluk erat. Rambutku diusap lembut. "Bao bei, abang sayang Bao bei." Ucap Zayvian sambil mengusap lembut perutku. Aku tahu dia juga teringin mempunyai zuriat dariku. Tapi aku tak mampu.

Usapan Zayvian bagaikan ubat tidur. Sekejap sahaja aku terus berada di alam mimpi.

Aku terbangun. Tanganku bergerak mencari sosok suami yang sepatutnya berada di sampingku. Mataku terus membulat apabila merasakan tiada sosok hangat suamiku di sebelah.

"Abang?" Aku terus bangun. Kaki dibawa keluar ke dapur. Mana tahu dia minum air. Tiada. Tiada sosok suami di dapur. Kakiku terus melangkah ke seluruh ruang di dalam banglo besar ini. Aku menatap jam dinding. Tepat pukul 3.00 pagi.

Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu di dalam bilik kerja Zayvian. Aku dengan berhati -hati mendekatkan diri dengan pintu. Telingaku aku dekatkan di pintu agar dapat mendengar dengan lebih baik. Risau jika terjumpa entiti yang tidak diundang di sini pada waktu begini.

Pintu dibuka perlahan. Terlihat sosok yang berwarna putih sedang membelakangi ku. Aku menghembuskan nafas lega apabila melihat suamiku. Dia dengan berpakaian putih serta berkopiah putih sedang solat di dalam bilik kerjanya. Aku memerhatikan setiap pergerakannya dalam diam tanpa diketahui.

Sampailah pada saat dia membaca doa. Hatiku luluh apabila mendengar doa yang dibaca. "Ya Allah, aku memohon kepadamu, hadirkan lah malaikat kecil di rahim isteriku ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku bukanlah manusia yang baik, ampunkan lah dosaku dan isteriku Ya Allah. Berilah kami peluang untuk membesarkan zuriat Ya Allah. Permudahkan lah segala urusanku dan isteriku Ya Allah. Bukalah pintu hidayah kepada isteriku Ya Allah semoga dia perlahan-lahan dapat menutup aurat dengan sempurna Ya Allah. Kuatkanlah iman kami Ya Allah, agar kami dapat menjadi pengikutmu yang taat kepada segala arahanmu Ya Allah."

Air mataku membasahi pipi. Aku memeluk Zayvian dari belakang. Tubuhnya terkejut dengan tindakan spontanku. "Abang." Aku menangis. Dia menarikku di dalam pelukannya sebelum mencium dahiku. "Abang solat apa?" Soalku pelik. "Solat tahajjud" ucap Zayvian. "Bao bei, abang nak baca Al-Quran dulu boleh? Abang nak ambil wuduq balik. Dah pegang Bao bei tadikan dah batal wuduq." Aku angguk kepala sebelum duduk di sofa yang berada di bilik kerja Zayvian.

Selepas Zayvian pergi ke tandas untuk mengambil wuduq aku terus mengelilingi bilik kerjanya itu. Meja kerja Zayvian aku terokai. Aku membaca satu demi satu maklumat-maklumat yang ada. Kebanyakkannya tentang projek baru, senjata baru yang akan diimport ke Malaysia serta organisasi mafia lain.

Mataku tertumpu pada kertas yang berada di sampul kertas berwarna coklat. Maklumat sulit kot. Aku kemudian buka sampul kertas tersebut. Tetapi belum sempat hendak baca isi di dalam sampul coklat tersebut, aku mendengar pili air ditutup. Dengan pantas aku membersihkan kembali meja kerja Zayvian dan duduk di sofa kembali. Tapi sempat aku baca tajuk yang tertera di dalam sampul kertas tersebut iaitu, "kes pembunuhan dua pengawai polis siasatan jenayah berat."

"Bao bei?" Soal Zayvian apabila melihat mukaku. Dia kembali duduk di atas sejadah sambil membawa Al-Quran ditangan.

"Mana abang belajar baca Al-Quran?" Soalku. "Come on lah Bao bei, ni abang kot." Jawab Zayvian dengan nada berlagak.

"Nanti kita keluar pergi shopping nak? Dah nak dekat bulan puasa dah ni abang. Kita beli baju raya." Aku tanya Zayvian dengan mata yang bersinar. "Awalnya. Puasa pun belum dah ajak beli baju raya." Jawab Zayvian dengan tawa di akhir.

"Abang nak baca dulu nanti kita fikir. Bao bei pergi masuk tidur ya?" Soal Zayvian . "Saya nak dengar abang baca. Ucapku menatap Zayvian. Zayvian hanya mengangguk kepala sebelum membaca Al-Quran tersebut.

Tepat pukul 4.00 pagi Zayvian selesai membaca Al-Quran. Dia kemudian mengajakku untuk kembali ke bilik tidur. Aku angguk sahaja dengan mata mengantuk.

"Abang raya nanti tema warna apa?" Soalku, masih lagi teruja dengan raya. "Bao bei nak warna apa?" Soal Zayvian. "Warna pink!" Ucapku dengan nada teruja.

"Taknak lah warna pink. Macam pondan kalau abang pakai nanti. Warna marron nak?" Soal Zayvian. Aku memuncungkan bibir. "Warna lilac?" Soalku kurang setuju dengan warna marron.

"Tak nak. Lembut sangat warna lilac. Abang tak sesuai dengan warna lilac." Ucap Zayvian. "Kenapa tak sesuai pulak?" Soalku tidak puas hati. "Sebab lilac lembut, abang jiwa kental. Tak sesuai. Jatuh maruah abang kalau anak buah abang nampak." Ucap Zayvian lagi. "Kalau warna emeral green nak Bao bei?" Soal Zayvian lagi. "Biru cerah ?" Soalku protes lagi. "Dark blue abang setuju." Ucap Zayvian. "Okay lah kita ambil marron." Ucapku memberi kata pemutus.

Zayvian tersenyum. "Nanti nak solat subuh dengan abang?" Soal Zayvian. "Sejak bila abang solat? Sebelum ni saya tak nampak pun." Soalku teringat akan kejadian tadi.

"Sejak abang masuk Islam. Abang solat sembunyi-sembunyi sebab abang malu kalau abang ada salah. Abang practice sendiri. Kadang-kadang abang pergi solat kat masjid." Jawab Zayvian.

"Nanti kita solat sama-sama ya." Jawabku dengan senyuman manis.

Sesudah melaksanakan solat subuh bersama Zayvian. Aku terus mandi dan menyediakan sarapan untuk Zayvian. Dia masih tidur di dalam bilik. Aku memasak nasi goreng kampung sebagai sarapan kami hari ini.

Setelah siap memasak, aku menaiki tangga untuk mengejutkan suamiku dari tidurnya yang lena. "Abang, bangun." Ucapku sambil mengoncangkan tubuhnya yang tidak berbalut baju. Dia hanya memakai kain pelikat gaya bapa-bapa anak lima.

Dia kemudian menarik tanganku. Akhirnya aku terjatuh di atas katil. Dia dengan cepat memeluk tubuhku. "Five more minutes." Ucap Zayvian sambil mencium-cium mukaku. Aku tertawa apabila dicium olehnya. "Bangun lah abang, nanti kita tak dapat beli baju raya." Ucapku lagi.

Tiba-tiba Zayvian mencium bibirku.

Ghost GirlWhere stories live. Discover now