Chapter 6

95 11 0
                                    

     "Eh? Kenapa Naeva ada kat sini? Bukan sekarang Naeva kena duduk dekat rumah anak yatim tu ke?" Abang Qay mula menyoalku. Dahiku aku tepuk.

     Perlukah aku cakap kat dia yang aku lari dari rumah anak yatim itu? Kalau aku cakap, adakah dia akan menghantarku pulang ke rumah anak yatim tempatku dulu.

      Aku diam. Otakku sedang ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Ting! Aku mendapat jawapan.

      "Eva datang sini sebab..." Entah mengapa tiba-tiba hilang semua jawapanku. "Sebab?" Abang Qay menyoalku lagi.

       "Awak lari dari rumah anak yatim tu kan?" Abang Qay lagi sekali menyoalku. Tetapi kali ini soalannya mengejutkanku.

        "M-macam mana Abang Qay tahu?" Soalan yang tadinya Abang Qay tanya aku tidak hiraukan. "Daripada gaya awak pun saya tahu. Ada ke orang bawa beg besar pada tengah-tengah pagi buta?" Dia menyoalku lagi. Aku berpusing melihat begku.

      "Awak tinggal kat mana nanti?" Dia kembali menyoalku dengan soalan KBATnya.

       "Tepi jalan kot." Aku menjawab. Aku dapat lihat muka Abang Qay bertukar. Mukanya bertukar menjadi kemerah-merahan seperti sedang menahan amarah.

     "Naeva! Awak tu perempuan. Semua benda boleh berlaku kalau awak tak jaga diri awak sendiri. Awak tahu tak banyak orang gila kat bandar ni? Awak balik rumah saya. Jangan risau mak saya ada kat rumah." Aku dapat dengar nada suara Abang Qay kedengaran seperti dia sedang sangat-sangat marah padaku.

      "Tapi..." Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Abang Qay terlebih dahulu memotong. "Tak ada tapi-tapi. Dengar aje cakap aku." Suara Abang Qay kedengaran tegas. Aku hanya menunduk.

      Aku sebenarnya segan nak tidur sebumbung dengan Abang Qay. Salah satu sebabnya adalah kami bukan muhrim.

      Abang Qay membawaku ke rumahnya. Segala perasaanku bercelaru. Aku rasa bersalah.

       Abang Qay membuka pintu rumahnya. Dia menjemputku masuk kedalam. Aku melihat segala isi rumahnya. Kemas. Teratur. Cantik!

     Abang Qay menunjukkan aku bilikku. Aku hanya membuntutinya dari belakang. Dia membuka pintu sebuah bilik ditingkat atas.

      Aku memasuki bilik tersebut. "Terima kasih Abang Qay. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak." Aku berterima kasih kepada Abang Qay. Mungkin kalau dia tidak ada tadi, aku sudah tidur di tepi jalan. Abang Qay hanya tersenyum manis. Pintu bilikku ditutup.

      Aku membaringkan tubuhku pada katil yang ada di bilik tersebut. Lembut. Empuk. Selesa.

Aku cuba menutup mataku agar diriku tertidur. Tidak sampai setengah jam, aku hanyut didalam mimpiku.

     Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Aku tidak mahu menyusahkan ibu Abang Qay, jadi aku memutuskan untuk memasak sarapan. Seawal pukul 5.30 pagi aku sudah berperang di dapur. 

      "Yaallah! Perempuan mana ni masuk rumah aku ni! Qayyum! Turun Qayyum!" Aku mendengar suara seorang wanita menjerit. Dia memandangku. Bulu romaku naik.

       Aku juga mendengar suara tapak kaki seorang sedang berlari. Aku dapat rasakan seseorang itu ialah Abang Qay.

      "Kenapa mak?" Abang Qay menyoal emaknya dengan nafas yang tidak teratur. "Ni perempuan ni! Dia masuk rumah kita! Kau bawa perempuan masuk rumah ke Muhammad Qayyum!" Suara emaknya semakin meninggi. Aku hanya pegun di tempatku.

       "Yaallah mak. Qay lupa nak bagitahu mak. Ni lah Naeva. Pelanggan setia kedai Qay. Dia ada kat sini sebab..." ayat Abang Qay terhenti. "Dia datang sini sebab?" Emaknya menyoal dirinya. Dia terdiam. Pandangan matanya memandang diriku.

       "Saya lari daripada rumah anak yatim." Aku terus bersuara. Mengenang jasa Abang Qay yang memberikanku tempat tinggal, aku mahu membantu dirinya.

      "Kamu lari? Dari rumah anak yatim? Kamu, anak yatim?" Perlahan sahaja suaranya bergema. "Ya, saya lari dari rumah anak yatim." Aku kembali bersuara.

      Tangan emak Abang Qay memegang lenganku erat. Tubuhku ditarik kedalam pelukannya. "Mak cik minta maaf ya nak? Mak cik tak tahu." Rambutku dibelai lembut. Buat kali pertama setelah sekian lamanya aku tidak merasakan pelukan seorang ibu. Air mataku mula mengalir.

      "Ibu.." satu perkataan yang paling aku rindu. Aku dapat rasakan pelukan emak Abang Qay semakin erat. Aku menangis sejadi-jadinya di bahu emak Abang Qay.

      "Kenapa kamu lari dari rumah anak yatim?" Emak Abang Qay, Puan Rohani menyoalku di meja makan. "Saya ada alasan saya sendiri, tapi saya belum bersedia nak bagitahu orang lain. Boleh tak kalau mak cik jangan bagitahu pusat penjagaan anak yatim yang saya lari?" Aku masih belum bersedia untuk mengatakan sebab sebenar aku lari dari rumah anak yatim.

     "Boleh aje, tapi kami ni macam mana? Mak cik tak nak lah jiran-jiran nampak kamu masuk keluar rumah mak cik. Nanti apa kata mereka." Soal Puan Rohani. "Saya bercadang untuk bekerja. Nanti kalau dah cukup bulan bolehlah saya sewa bilik." Aku mula mengatakan pendapat diriku.

      "Sementara ni, saya duduk sini dulu boleh ke mak cik?" Aku menyoal Puan Rohani. "Mak cik okay je. Mana tahu dalam masa yang sama mak cik boleh dapat menantu. Ni ha si Qayyum ni, entah sampai bila dia nak membujang." Aku dapat lihat pipi Abang Qay memerah. Aku juga dapat rasakan pipiku juga terasa hangat.

       "Kamu duduk aje lah di bilik yang Qayyum tunjuk kamu semalam. Mak cik nak pergi siapkan bahan dapur sekejap. Kamu berborak lah berdua." Kaki tua Puan Rohani melangkah meninggalkan aku dan Abang Qay. Kami hanya diam.

       "Abang Qay." Aku memberanikan diri untuk memulakan perbualan antara kami. "Abang Qay tahu tak mana-mana tempat yang ada jawatan kosong. Eva nak kerjalah." Aku menyoal. Dirinya terdiam seketika.

       "Ada, tapi kat Seven Eleveen je lah." Abang Qay menjawab. "Nanti boleh tolong saya dapatkan borang kerja?" Aku hanya ada Abang Qay sahaja buat masa ini. "Boleh aje." Abang Qay membalasku dengan senyuman manis.

       "Pasal yang mak cakap tadi, itu pun kerja kosong. Eva nak isi borang ke?" Aku melihat bibirnya mengukur senyuman gatal. "Ish! Abang Qay!" Aku menumbuk lembut bahunya.

       Aku dah Abang Qay ketawa bersama. Puan Rohani yang berada di dapur tersenyum gembira.

       Aku sedang berjalan mengelilingi kawasan bandar yang agak besar ini. Suasananya sangat sibuk. Aku merasa sesak. Aku mula melihat iklan-iklan di papan kenyataan.

      Aku melihat satu iklan tawaran kerja di Seven Eleveen. Aku melihat lokasi Seven Eleveen yang berada di lampiran. Kawasannya berada berdekatan dengan tempat aku berada sekarang.

      Aku memutuskan untuk pergi ke Seven Eleveen tersebut.

        Pintu Seven Eleveen, aku buka. "Hai, kat sini ada cari pekerja baru ke?" Aku menunjukkan iklan yang aku bawa kepada salah seorang pekerja di kaunter.

       "Ya ada, adik nak daftar kerja ke?" Seorang perempuan dalam umur 20-an mula menyoalku. "Haah, saya nak daftar kerja." Aku menjawab dengan sopan.

        "Sekejap ya, saya ambik borang daftar kerja dahulu. Nanti esok boleh hantar kot." Kaki perempuan dalam umur 20-an itu berjalan menuju bilik pengurus. Selembar kertas yang bercetak diberikan kepadaku.

        "Jadi dik, borang ni kena hantar esok. Pekerja akan dipilih pada akhir bulan ini. Semoga berjaya ya dik." Aku mengambil selembar kertas bercetak itu daripada perempuan tadi.

        "Okay, esok saya hantar borang ni. Terima kasih kak." Kakiku muka berjalan menuju pintu keluar.

        Aku dalam perjalanan pulang ke rumah Abang Qay. Senyuman manis tidak lekang dari mulutku.

       Saat aku melalui lorong yang sunyi, aku dapat rasakan sesuatu sedang memerhatikanku. Aku tidak nafikan. Terdapat banyak roh-roh yang berkeliaran di bandar. Tetapi kali ini, tidak terasa seperti sesuatu yang memerhatikanku. Ianya lebih kepada 'seseorang'. Aku mula mengatur langkahku agar aku keluar dari lorong sunyi itu dengan cepat.

Ghost GirlWhere stories live. Discover now