Chapter 30

58 7 0
                                    

"Marry me, Naeva." Tergamam aku apabila mendengar sebaris ayat tersebut. Aku terdiam. "Will u marry me?" Sekali lagi Boss Zayvian menyoalku.

   "Apa hantu tadi buat kat awak sampai boleh jadi macam ni? Gila dah ke?" Aku cuba menghilangkan kejanggalan antara kami berdua.

   "Maybe I'm crazy over you." Boss Zayvian melontarkan senyuman manis kepadaku. "Naeva, saya serious nak kahwin dengan awak." Boss Zayvian menggenggam tanganku.

   "Trust me." Tanganku diusap lembut. "Give me time to think about it." Aku melepaskan genggaman tangannya. "Jom balik." Kataku sepatah. Belum sempat Boss Zayvian menjawab, perutku terlebih dahulu berbunyi meminta makanan.

    "Look like someone is hungry" Boss Zayvian tersenyum melihat mukaku yang berubah merah. Lalu tanganku digenggam lagi sebelum kakinya melangkah ke tingkat bawah dimana kereta mewahnya terletak.

   Otakku melayang. Genggaman tangan aku dan Boss Zayvian ditatap.

   Pintu restoran mewah tersebut dibuka oleh dua orang pelayan. Boss Zayvian masih setia menggenggam tanganku. Mungkin orang yang melihat kami akan berkata bahawa kami merupakan sepasang kekasih.

  Boss Zayvian menarik kerusi sebelum menyuruh aku melabuhkan punggu di kerusi tersebut. Aku hanya akur.

   Seorang pelayan datang mendekati meja yang kami duduki. Boss Zayvian memesan beberapa makanan yang terdapat di dalam buku menu yang dipegangnya. Aku hanya diam sembari melihat wajah kacak miliknya.

   Sedang aku mengagumi wajah sempurna miliknya, mata helangnya menatap mataku. Pipiku terasa panas.

   "I know right. Your future husband is really handsome that you can't even take your eyes off from his face." Setelah menghabiskan ayatnya, sempat Boss Zayvian mengenyitkan matanya padaku. Perasannya dia!

   "Okay let's be serious. Kenapa awak nak kahwin dengan saya?" Aku menyoal Boss Zayvian dengan wajah serius. "Easy, because you make me love you."

   "Tapi agama kita lain. Awak sanggup ke masuk Islam?" Aku menyoalnya lagi. "Sejak pertama kami saya tengok keistimewaan awak, saya tahu tuhan yang lindungi awak. Awak antara orang yang terpilih. Saya nak masuk Islam sebab Allah." Kata Boss Zayvian dengan serius.

   "Parent awak benarkan ke?" Aku menyoal Boss Zayvian lagi. "Awak jangan risau pasal diaorang. Saya akan buat yang terbaik supaya kita boleh bersama." Kata Boss Zayvian lagi.

   "If I say yes, what will you do?" Aku menyoalnya lagi. Takut perkara sama berlaku lagi. Saat aku ditinggalkan oleh Abang Kuy.

   "You will know the answer if only you say yes." Boss Zayvian bermain teka teki. Aku menghembus nafas panjang. "Then my answer is yes. Let's get married."

"Thanks Bao bei. Esok saya nak masuk Islam. Memang plan saya nak masuk Islam even kalau awak tolak lamaran saya. Teman saya boleh?" Boss Zayvian menyoalku. Aku mengangguk tanda setuju.

Makanan yang dipesan oleh Boss Zayvian sudah siap dimasak dan sudah dihidang di meja. Kecut liurku apabila menghidu aroma hidangan yang dipesan oleh Boss Zayvian.

Dengan sekali lafaz dua kalimah syahadah, kini Zayvian Elowen sah menjadi sebahagian daripada keluarga Islam.

"Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan dengan lancar." Aku memberikan senyuman manis kepada Boss Zayvian.

"Lepas ni saya boleh fokus untuk halalkan awak." Boss Zayvian memandangku dengan wajah yang tak boleh aku ungkapkan. Matanya penuh dengan cinta?

"Baik Boss." Aku menjawab. "Panggil saya Zayvian. Sayang pun boleh juga kalau bao bei nak." Zayvian tersenyum. Gatal!

"Cantiknya bao bei saya bila dia pakai tudung. Nanti kalau ada anak mesti ikut muka mak dia. Kan bao bei?" Zayvian sengaja menyakat aku.

"Gatalnya awak ni, kahwin pun belum sibuk fikir pasal anak." Mukaku mula memerah. Dapatku dengar tawa halus Zayvian. Tumpuanku teralih pada wajahnya yang sedang tertawa. Kacaknyaaa!

"Awak dah bagitahu parent awak ke?" Aku menyoalnya lagi. Tawanya terus hilang. "Belum." Dia menjawab.

"Mulai hari ni awak berhenti kerja kat mansion saya." Zayvian memberhentikan aku daripada berkerja di kediamannya.

"Kenapa pula? Saya seronok kerja kat sana. Nanti kalau saya tak kerja macam mana saya nak makan?" Satu soalan bodoh keluar dari mulutku.

"Nanti kalau awak nak makan saya suap. Tapi lepas kita halal ye bao bei." Dia sekali lagi menyakat aku. "Saya tak nak awak kerja kat sana sebab saya tak nak orang tahu hubungan kita. Saya tak nak awak kena apa-apa." Kata Zayvian. Tatapannya menunjukkan bahawa dia jujur. Aku angguk kepala.

"Nanti kita pindah. Awak pindah dulu. Lepas kita kahwin baru saya pindah kat sana juga." Kata Zayvian dengan tenang.

"Bila saya pindah?" Aku menyoal. "Hari ni. Jadi balik nanti terus pack barang awak. Nanti saya hantar." Zayvian melangkah memasuki kereta SUV miliknya. Begitu juga dengan aku apabila melihat dia masuk kedalam kereta.

Hening memenuhi ruangan kereta tersebut. Aku cuba memecahkan keheningan tersebut dengan menyoal Zayvian. "Kenapa saya kena pindah dulu?" Aku menyoal Zayvian. Dapatku dengar dia mengeluh. "For your safety, bao bei."

"Maksud? Bukan ada orang nak bunuh saya pun." Aku keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Zayvian. "As you know, saya bukan orang baik. Saya ada banyak musuh. Saya tak nak korbankan orang yang saya sayang sebab kesalahan saya. Saya nak perbaiki diri saya." Kata Zayvian lagi.

Aku hanya mengangguk faham. "Sebulan lagi kita akan nikah. Saya akan hantar P.A saya untuk tolong uruskan semua kelengkapan untuk kita. Boleh awak tolong uruskan juga?" Dia menyoal. Soalannya aku jawab dengan anggukan.

Beg diisi dengan segala barang kepunyaanku. Para pekerja lain hanya memandangku dengan tatapan sendu. Ada juga yang terkejut apabila mendengar berita tentang diriku.

  Beg bagasi yang diisi barangan kepunyaanku dimasukkan kedalam kereta pekerja. Aku mencari kelibat Boss Zayvian. Tiada.

   Pemandu yang akan membawaku pergi ke rumah aku dan Zayvian memanggilku. "Naeva! Masuk, nanti kita lambat sampai." Ucapnya tegas. Aku hanya menuruti arahan yang diberikan.

    "Duduk dekat tempat penumpang hadapan." Aku terus melihat wajah pemandu tersebut. Senyuman terbit di bibir. Zayvian. Dia menyamar menjadi pemandu demi menghantar aku ke rumah kami. Melihat aku tersenyum, Zayvian juga turut senyum.

   Kereta dipandu keluar dari perkarangan mansion milik Zayvian. Sejak Zayvian memeluk Islam, aku jarang melihat kelibat naga emas bersamanya. Mungkin sudah lesap?

   "Oh ye, macam mana dengan idea awak nak uruskan hartanah berhantu?" Aku menyoal Zayvian. "Saya masih cari pelanggan. Mungkin lepas kita kahwin baru saya buat upacara halau hantu kot." Kata Zayvian.

    Lima jam diambil untuk sampai ke kawasan rumah kami. Aku ternganga besar apabila melihat sebuah banglo 3 tingkat dihadapanku. Sangat besar!

   "Welcome to our house bao bei. I hope you like it." Kata Zayvian sembari tatapannya tidak lepas dari mukaku. "Boleh kita masuk?" Ucapku tidak sabar. "Sure, bao bei."

   "Cantiknya! Pandai..." aku melihat kearah Zayvian. Kurang dari sebulan lagi kami akan bernikah. "Pandai abang pilih rumah." Aku menyambung kataku yang tergantung tadi.

  Zayvian membatu apabila mendengar aku memanggilnya dengan gelaran tersebut. Senyuman manis menghiasi bibir.

   "Bao bei jom tengok baju untuk akad nikah nanti." Zayvian mengajakku. Aku mengangguk setuju.

   Aku melihat sebuah kereta ferrari merah terparkir di garaj rumah banglo tersebut. Bagaikan hidup dalam mimpi.

Ghost GirlWhere stories live. Discover now