BAB 8

104 3 0
                                    

Dua tahun sudah berlalu. Hubungan mereka masih sama seperti dahulu. Indah beberapa kali meminta maaf kepada Rayyan, namun perkataan tidak dikeluarkan oleh Rayyan.

Sedang mereka berbual keluarga, muncul Ericca dan Aznah dirumah itu. Walaupun mereka ini sepupu tapi mereka tidak pernah pun dijemput hadir kemana mana majlis atau perbincangan keluarga.

Buat apa hendak panggil mereka, kalau cakap ja mesti ada bantahan dari salah seorang mereka berdua. Sebab itu Zahid tidak pernah memanggil mereka.

"Kenapa kau datang? Aku tak panggil kau pun." soal Zahid.

"Mana ada aku datang sebab kau panggil. Kebetulan aku datang sini nak melawat Rayyan." balas Aznah.

Mereka berdua melabuhkan punggung diatas sofa. Mata Ericca tidak pernah mengalihkan kemana mana tempat selain Rayyan.

"Indah tak mengandung lagi ke. Ye lah bukan ke Abang Ray dengan Indah sudah dua tahun kahwin." tiba tiba soalan itu ditanya. Indah menjeling ke arah Ericca.

Ada sahaja soalan yang hendak ditanya. Sudahlah soalan itu tidak ada kena mengena dengannya. Sibuk aje.

"Eric bukannya apa Abang Ray cuma kesian je lah dekat Abang Ray. Takkan Indah tak nak bagi badan dia dekat Abang Ray kot." sambung Ericca balik.

Terkejut Zahid apabila anak buahnya sanggup berkata begitu. Seolah olah hinanya Indah apabila Indah tidak mengandung lagi.

Ya memang mereka sudah kahwin dua tahun tapi tidak semua tahu yang mereka berdua ini mempunyai masalah.

Ericca memandai aje. Dia buat macam dia duduk satu rumah dengan Indah. Sibuk sangat nak tahu masalah orang. Masalah sendiri pun tak boleh nak setel.

Rayyan mengusap pelahan badan Indah agar Indah bertenang sedikit lagi. Rayyan perasan yang Indah sudah tidak tahan untuk hadap semua ini. Indah asyik dipandang rendah oleh orang sekeliking.

Akibat amarah Indah sudah tidak terkawal akhirnya Indah menampar pipi Ericca. Terkejut mereka semua.

"Ya. Memang aku tak mengandung lagi. Apa masalah kau tiba tiba nak ambik tahu hal peribadi aku? Kau tak dak hak dalam masalah aku. Mak long tolong ajar anak Mak long ni supaya jangan biadab dengan saya. Manalah tahu bila tiba masanya saya mengandung. Rezeki saya, saya tak tahu bila Allah akan bagi." berani sekali Indah bersuara. Rayyan yang mendengar ayat yang keluar dari mulut Indah itu tersenyum puas.

"Kamu ni kan Ericca ada sahaja soalan yang keluar dari mulut kamu. Boleh tak kamu tak payah sibuk dengan kehidupan Rayyan? Kehidupan kamu tu yang harus dijaga. Pergilah cari laki kamu tu tak payah kacau laki orang." Ericca menjeling ke arah Rayyan dan Indah.

Malu apabila dikatakan begitu. Lagipun betullah yang Ericca itu kacau suami orang. Tak sedar yang diri sendiri tu murah!

"Kamu berdua pergi berambus keluar." arah Zahid

Aznah bangun dari duduknya. "Kau lebih pertahankan perempuan ni dari anak buah kau sendiri? Aku tak tahu pula kau sanggup buat keluarga kami macam ni." sahaja Aznah buat sedih.

Pandangan tidak diberikan langsung oleh Zahid. Rasa meluat hendak pandang anak mak itu.

Indah terus berlari ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik. Rayyan meligan isterinya.

Masuk sahaja dalam bilik terus Indah melepaskan geramnya. Cadar ditarik dan bantal dilempar kebawah. Rayyan terus menarik tangan Indah untuk bertenang. Badan Indah dipeluk rapat ke dalam pelukan Rayyan.

Rambut Indah diusap lembut. "Dah dah. Tenang Indah aku dekat sini dengan kau." pujuk Rayyan. Akhirnya Indah bertenang juga. Setelah beberapa minit akhirnya Indah tenang juga. Mereka meleraikan pelukan sambil itu Indah memegang kepalanya. Terjatuh badan Indah ke lantai.

Rayyan terus duduk untuk sedarkan diri isterinya. Pipi ditampar perlahan, badan Indah digoyang goyang namun tidak sedar juga. Akibat risau, terus Rayyan mengangkat Indah turun dari bilik dan terus menuju ke arah kereta. Zahid, Hasyid, Hajar dan Rosmah yang melihat itu terus terbangun dari duduk mereka. Ditanya tapi tidak dijawab oleh Rayyan. Mereka mengikut Rayyan sehingga ke hospital.

***************************

Sampai sahaja di hospital terus Rayyan bawa masuk Indah ke dalam wad. Tersandar sekali lagi Rayyan di pintu wad. Hasyid terus menuju ke arah Rayyan dan menarik tangan Rayyan supaya duduk diatas kerusi. Beberapa minit kemudian, ada juga khabar dari doktor.

Lagipun doktor sudah tahu apa masalah mereka. Yalah sudah dua kali mereka ke sini. Haritu disebabkan Indah pengsan, harini pula disebabkan pengsan juga ka?.

"Encik ni semua ahli keluarga Indah Zulaikha ke?" soal doktor itu.

Mereka mengangguk dan doktor itu terus menuju ke arah Rayyan. Doktor itu tersenyum. "Tahniah Tuan Rayyan. Isteri Tuan Rayyan mengandung sudah dua bulan." terang doktor itu sambil melemparkan senyuman.

Tersenyum mereka semua mendengar itu. Rayyyan sampai terkeluar air matanya. Tidak sangka isterinya sudah dua bulan mengandung. Akhirnya.

Dikira doktor ingin sampaikan masalah yang dulu ternyata tidak.

Pantas Rayyan masuk ke dalam bilik itu.

Rayyan melabuhkan punggungnya bersebelahan katil Indah. Tangan Indah dipegang.

"Tahniah Bunga, awak mengandung." senyuman masih tidak dilepaskan.

"Tak sangka saya mengandung Encik. Patutlah selama ni saya asyik nak muntah aje. Saya nak bermanja manja dengan Encik tapi Encik tak nak." senyum Indah kembali surut.

"Ya saya tahu awak nak manja manja dengan saya tapi saya tak boleh terima awak sebab kes haritu." balas Rayyan.

"Biarlah Encik yang lepas biar lepas tak payah di ingat semula."

"Saya nak minta maaf dengan awak bunga." tangan Indah diusap.

"What do you call me, Encik? Bunga?"

"Ya Bunga. Saya nak panggil awak Bunga." balas Rayyan. Agaknya Rayyyan sudah berubah. Alhamdulillah.

"Bunga dah lama maafkan abang." terpancul perkataan 'abang'. Lagipun Rayyan tidak kisah isterinya panggil abang. Nak dimanjakan katanya.

Tersenyum Rayyan apabila Indah memanggil dirinya bunga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BUNGA RAYYAN Where stories live. Discover now