BAB 3

83 2 0
                                    

"Ha makcik saya balik dulu lah ye esok saya masuk meminang dan lusa saya buat majlis akad nikah." beritahu Rayyan.

Terbeliak mata Rosmah mendengar itu. Kalau boleh cepat, cepat sungguh. Rayyan Rayyan.

Keretanya di startkan dan kereta itu terus menghilang dari rumah itu.

Fuh! Indah melepaskan keluhan berat.

"Kenapa dia nak kahwin dengan aku? Aku ada buat salah ka sampai nak kena kahwin dengan dia?" duga Indah.

No. Indah tidak pernah buat salah terhadap Rayyan. Sudahlah Indah tidak kenal Rayyan. Nak buat macam mana hadap aje lah Indah. Nasib kau.

Rosmah mendekati Indah.

"Bagus lah kamu nak kawin dah. Tak perlu lagi lah mak nak susah susah cari duit untuk kamu. Lagipun mak tengok Rayyan tadi tu sesuai sangat dengan kamu." Rosmah mengusap rambut Indah.

Tak! Rayyan tak sesuai dengan Indah.

           ***************************

Rayyan sudah berada dikawasan perumahannya. Rayyan bergerak masuk ke dalam rumah. "Ma. Esok pagi tolong kejutkan Ray awal."  tidak memberi salam terus bertanya begitu. Hai lah Rayyan.

"Ray nak pergi beli barang untuk persiapan esok dan lusa."

"Persiapan apa?" tanya Hajar. Terkejut dengan kata kata Rayyan. Tidak pernah seumur hidup Rayyan untuk buat persiapan. Selalunya Hajar sahaja yang kalut buat persiapan. Tunggu Rayyan? Tak mungkin lah.

"Persiapan untuk masuk meminang lah. Lusa terus buat majlis akad nikah."

beritahu Rayyan kepada. Hajar yang sedang menonton televisyen.

"Kamu dah jumpa ke jodoh kamu ke Rayyan? Bagi lah tahu mama macam mana gadis tu?, Nama apa?, Dari mana?"

Soalan bertubi tubi ditanya oleh Hajar sebaik sahaja Rayyan melabuhkan punggungnya bersebelahan Hajar.

"Gadis tu nama dia Indah Zulaikha. Dia boleh tahan cantik lah. Orang kampung." balas Rayyan

Hajar tidak kisah jikalau bakal menantunya orang kampung atau apa sekali pun, asalkan Rayyan berkahwin juga. Boleh tambahkan keturunan. Itu sahaja yang dipikir oleh Hajar.

"Sempat ke nak buat semua tu?" soal Hajar lagi.

"Sempat je ma. Cuma esok Ray nak minta tolong ma untuk pergi ke rumah Indah buat persiapan." balas Rayyan

Terus Rayyan menghilangkan dirinya.

             ***************************

Hajar bergerak ke arah bilik Rayyan. Pintu diketuk.

Tuk! Tuk! Tuk!

Rayyan mengeliat.

"Rayyan bangun. Kata nak pergi keluar dengan Indah Belikan barang persiapan." jerkah Hajar.

Terus kelang kabut Rayyan bangun dari katilnya dan masuk ke dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, Rayyan turun ke bawah. Hajar yang melihat Rayyan sungguh segak tak terkata. Tahu lah tak sabar nak kahwin. Tapi sebelum ni bila Hajar nak jodohkan Rayyan dengan Ericca kemain macam macam alasan diberi.

"Ma Rayyan pergi dulu." beritahu Rayyan kepada Hajar. Lalu keretanya bergerak keluar dari rumah besar itu.

            ***************************

Sampai sahaja dirumah Indah, sudah ramai orang dan kawan Indah yang sedang menyiapkan kawasan perumahan itu.

Seorang gadis memandang ke arah kereta Rayya.

"Sapa tu?" tanya Nia.

Kereta di parking dan Rayyan turun lalu menuju ke arah Nia.

Segaknya!

"Mana Indah?" soal Rayyan sambil membuka kaca mata hitamnya itu.

"Indah ada kat dalam. Encik ni sapa?" tanya Nia sekali lagi

"Saya bakal suami Indah." balas Rayyan.

Terkejut Nia mendengar perkataan itu. Yalah, sejak bila pula Indah suka lelaki macam ini. Setahu Nia, Indah hanya suka budak tahfiz saja. Boleh pimpin Indah ke arah yang benar. Katanya.

Terus Rayyan bergerak masuk ke dalam rumah.

Rayyan mencari Indah di kawasan dapur.

"Indah Zulaikha!! " jerit Rayyan. Penghuni rumah itu terkejut.

"Ya." balas Indah sambil membawa meja untuk disusun di luar.

"Kau tak siap lagi ka. Aku dah cakap kan yang aku datang ambil kau pagi ni."

"Sini meja ni biar aku bawak." pinta Rayyan.

Terus Indah pergi bersiap.

BUNGA RAYYAN Where stories live. Discover now