BAB 5

82 2 0
                                    

**************************

"Tengku Rayyan Darwisy bin Dato Zahid."

"Ya saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Indah Zulaikha binti Mohd Hasyid dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Indah Zulaikha binti Mohd Hasyid dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

"Sah?"

Sah! Sah! Kedua dua belah pihak setuju.

Terus Rayyan kalihkan pandangnya ke arah Indah. Cantik juga isterinya dengan baju berwarna putih nampak serasi dengan Idnah.

Terus Rayyan bergerak ke arah Indah untuk mensarungkan cincin. Cincin disarung dan dahi Indah dicium.

Tersenyum Rosmah dan Hajar.

Mereka keluar untuk bersalaman dengan tetamu. Akil mendekati Rayyan.

"Amboi kau. Kau dah kahwin jangan lupa aku pulak." tangan disuakan kepada Rayyan.

"insyaallah." pendek sahaja balasan Rayyan.

Setelah itu Rayyan bergerak menuju ke arah Indah. Rayyan memeluk bahu Indah. Indah tidak perduli.

Muncul sekumpulan budak tahfiz untuk membuat persembahan. Pandangan Indah hanya melekat pada kumpulan budak tahfiz itu sahaja.

Rayyan terus menarik tangan Indah. Tidak tersedar bahawa tangannya melekat di dada sasa Rayyan. Dengan pantas Indah menarik tangannya semula. Tak pasal pasal Indah malu disitu. Memanglah sudah berkahwin tapi dia masih malu untuk pegang mana mana bahagian dari Rayyan.

"Kau dah tak ingat ke suami kau dekat sini? Gatal nak pergi tengok lelaki lain." matanya mengerling tajam ke arah Indah. Awas geng, ada orang cemburu nih.

"Apa Encik ni. Memanglah dah saya minat diorang." Indah membalas jelingan itu semula kepada Rayyan.

*************************

Majlis sudah pun tamat. Indah pulang ke rumah Rayyan untuk menghinap buat sementara waktu.

Kereta diparking dan mereka berdua keluar dari kereta. Barang barang dibawa keluar.
Terbeliak mata Indah melihat rumah itu. Besar sungguh.

Tidak pernah Indah duduk rumah sebesar itu. Takut kalau jadi apa apa dekat dalam rumah ini, tak pasal pasal Indah kena bayar. Manalah tahu sudah jadi isteri Tengku nak pula diminta bayar ha sudah.

Rayyan menoleh kebelakangan. "Kau tercegat apa dekat situ. Masuk lah dalam rumah." panggil Rayyan.

Barang yang ada baki makanan itu diberi kepada Imah iaitu orang gaji yang sudah bertahun lamanya disitu. Bila mahu bersara pun entah lah.

Rayyan menaiki tangga dan Indah hanya mengikuti jejak Suaminya.

Pintu dibuka.

"Kau duduk dalam bilik ni dulu. Kalau kau nak mandi kau mandi dulu. Nanti aku datang balik." suruh Rayyan yang sedang meletak begnya di atas katil.

Rayyan sudah keluar dari bilik itu. Indah melepaskan keluhan besar di atas katil. Rasa takut pun ada. Jadi isteri ni bukannya senang nak nak pula kena jalankan tanggungjawab besar. Seingat Indah, dia hanya ingin berkahwin dengan budak tahfiz. Jalan ke arah benarlah kononnya.

"Patut lah kaya anak Dato rupanya. Tak sia sia aku kahwin dengan dia." bisik Indah. Lalu Indah mengambil kain tuala yang tersangkut di penyidai itu dan terus masuk ke dalam bilik air.

Dulu kalut tak nak kahwin dengan Rayyan. Bila sudah tahu yang Rayyan ini anak Dato, laju sahaja dia. Indah mata duitan? Tak mungkinlah.

***************************

Rayyan yang sudah berada di atas katil dengan berbaju tidur bersama butang yang tidak dipasang itu membuatkan Indah menelan kesat air liurnya.

Ha sudah. Takut!

Indah yang hendak mengambil bantal dan selimut itu ditarik jatuh ke atas badan sasa Rayyan.

"Apa ni!"

"Apa apa kau. Aku dah lama bersabar dengan kau. Kau tahu? Kalini aku tak boleh terlepas." badan Indah dikalih dan badan Rayyan turut tindih di atas badan ramping Indah.

"Tolong lah Encik. Saya tak nak macam ni. Walaupun kita dah kahwin saya tak nak Encik sentuh saya." rayu Indah.

Rayyan tidak memperdulikan rayuan Indah.
Rambut Indah diselak kebelakang dan bibir Indah diusap usap.

Bibir Indah tutup rapat. Indah tahu kalau dia buka saja mulutnya, malapetaka datang.

Belum sempat bibir Rayyan hendak menindih bibir Indah terus Indah menolak badan Rayyan sehingga terjatuh dari katil. Dengan pantas Indah berlari ke arah pintu dan duduk mencakung sambil memeluk lututnya. Lupa yang pintunya sudah dikunci oleh Rayya.

"Tolong lah Encik jangan buat saya macam ni. Kenapa Encik tak kahwin ja dengan perempuan haritu?" air mata meleleh ke pipi Indah. Dia takut kalau Rayyan terus begini.

Terus Rayyan bergerak ke arah Indah dan tangan Indah ditarik. Badan Indah dilemparkan di atas katil.

Indah memeluk kakinya. Takut.

" Tolong lah Encik, saya takut. Janganlah buat saya macam ni." merayu Indah.

Leher Indah dicengkam kuat.

"Kau kalau cakap lagi pasal perempuan tu aku tak teragak agak akan lempang kau." warning Rayyan.

Cengkaman itu dilepaskan.

Ahek! Ahek!

Tersedak Indah akibat dicengkam kuat oleh Rayyan.

"Malam ni aku nak kau tidur dekat atas katil ni. Biar aku je tidur dekat bawah tu."

"Tak pa saya boleh tidur dekat bawah. Encik tidur ja dekat atas katil." bantah Indah.

"Kau ni memang nak kena dengan aku ke?" Rayyan bergerak ke arah Indah.

"Okey okey." terus Indah bangun dan naik ke atas katil.



BUNGA RAYYAN Where stories live. Discover now