one.

28 8 2
                                    

Ann menutup aplikasi Webtoon yang ditatapnya sejak tadi. Dia melirik jam pada skrin smartphonenya. Tepat pukul 8.51 pagi. Ada lebih kurang 9 minit lagi waktu kerjanya akan bermula.

Spontan kepalanya ditala ke depan. Pandangan matanya bertaut dengan mata seorang jejaka yang duduk berhampiran dengan mejanya. Ann menghadiahkan segaris senyum kepada lelaki itu. Namun lelaki tersebut tidak membalas senyumannya.

Bengang kerana senyumannya tak berbalas, Ann segera menghirup rakus baki Cocoa Cappuccino panasnya yang kini sudah pun sejuk.

Kemudian dia bingkas berdiri lalu mencapai kunci motosikalnya, helmet, smartphone dan sekeping kad kecil bersaiz A7 yang terdampar di atas meja. Kad itu berisi sebaris quotes yang diberi oleh barista kedai kopi ini semasa dia mengambil minumannya tadi.

Ann merupakan pelanggan tetap di kedai kopi Single. Hari ni hari Isnin. Setiap hari Isnin, dia dan pelanggan lain di situ akan mendapat sekeping kad mengandungi random quotes.

“Ada lelah yang sengaja ditahan. Kerana ada harapan yang harus diwujudkan.”

Kad kecil itu disumbat masuk ke poket seluarnya.

Ann keluar dari Single: Coffee Shop sambil mengepit helmet di ketiak kirinya. Tali sling bag pack hitamnya dibetulkan merentangi tubuh lampainya.

Langkah kakinya dipercepat menelusuri kaki lima kedai. Dia menuju ke sebuah bengkel sunroof di hujung dereten kedai bersebelahan bangunan kedai kopi yang disinggahinya tadi. Motosikalnya juga dibiarkan terparkir di depan bengkel itu.

Beberapa ekor kucing jalanan datang merapati dan berkejaran mengekori langkah kaki Ann Octavia. Gadis itu memperlahankan kayuhan kakinya. Dia melempar senyum ceria kepada kucing-kucing jalanan yang menghampirinya.

"Morning sayang!" Ramah dia menyapa ke arah lima ekor kucing jalanan itu.

"Meowwwww."

Tanpa berlengah, dia mengeluarkan makanan kucing dari sling bag packnya. Sempat dia menyarung helmet ke kepalanya terlebih dahulu. Setelah itu dia menaburkan 5 kelompok makanan kucing jenis dry food di tepi kaki lima sebuah kedai yang tak bertuan.

Laju kucing-kucing itu menikmati rezeki pagi itu. Ann mengusap-usap dan membelai tubuh mereka berlima.

"Mama Ann pergi dulu ye. Nanti kita jumpa lagi. Makan elok-elok. Ni air kongsi-kongsi tau. Bye korang..."

Selesai menuang air kosong ke dalam mangkuk sederhana besar yang memang tersedia di situ, dia melambai ke arah kucing-kucing jalanan itu. Mereka berlima menoleh sebentar ke arah Ann, kemudian kembali menikmati hidangan sarapan pagi mereka. Walaupun makanan itu bukanlah Royal Canin dan hanya biskut kucing biasa yang diberi tapi mereka makan dengan penuh berselera. Syukur selalu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Single: Coffee Shop.Where stories live. Discover now