intro.

56 13 8
                                    

Bismillah. Assalamualaikum. Saya akhirnya kembali ke sini. Mungkin sebentar cuma. Sekadar melepas rindu untuk menulis. Sekian lama menyepikan diri, tiada siapa yang peduli apatah lagi mencari. Tidak mengapa, saya sudah terbiasa malah lali dengan kesendirian sejak dulu, kini dan selamanya. Sudilah kiranya jika kalian meluangkan sedikit masa, mencerna sebuah cerita cinta dongeng yang akan saya persembahkan. Walaupun terasa tergeliat hendak menaip bait kata setelah beberapa ketika tidak bermain aksara di dada maya, namun saya masih tetap mahu mencuba menulis sesuatu. Sesuatu yang lama terbuku di minda dan jiwa. Selagi tidak dilepaskan, ianya terasa berat membebani akal fikiran yang semakin hari semakin bingit. Saya ringkaskan intro saya kepada perkenalan watak utama. Ahmad Qhalif Qaiser. Itu la nama watak utama cerita ini. Saya sejenis manusia yang sangat tak pandai reka nama yang unik. Jadi kali ini saya memilih nama salah seorang pelajar saya untuk diabadikan di dalam Single: Coffee Shop. Bagi watak heroin pula, saya meminjam nama kawan adik saya. Namanya... nantilah saya perkenalkan di dalam. Sekian dulu intro dari saya. Wassalam. Adios. Ciao.

Saya yang hensem;
kynagafar 🤟🏼

Mula: 23062023 | 04 Zulhijjah 1444H

Single: Coffee Shop.Where stories live. Discover now