zero.

32 10 0
                                    

Qaiser berdiri di belakang seorang gadis tinggi lampai yang sedang membuat pesanan minuman di mesin layan diri di kedai kopi Single. Dia dah selalu nampak gadis itu datang ke sini. Datang sendiri, minum sendiri dan kemudian pulang juga sendiri. Sama juga sepertinya, rata-rata customer yang berkunjung ke kedai kopi ini merupakan manusia single yang datang tanpa teman.

Bip. Setelah selesai membayar menggunakan kad debit pada mesin layan diri, gadis yang berketinggian sekitar 167cm itu beredar ke kaunter cashier untuk mengambil minumannya.

Kaki Qaiser maju selangkah ke depan. Dia kini berhadapan dengan mesin layan diri untuk memesan minumannya.

"Welcome to Single: Coffee Shop." Mesra mesin itu menyapa sambil memaparkan latte art berbentuk hati.

Jari hantu Qaiser menyentuh button next.

"Life without coffee?"

Next.

"Depresso."

Next lagi.

"Choose your beverages."

Dia memilih Americano seperti biasa. Pada paparan skrin mesin layan diri itu terdapat juga minuman selain kopi seperti teh, jus dan smoothie.

"Choose your desserts."

Qaiser menyentuh button No.

Selepas mengambil Americano di kaunter, dia menuju meja berhampiran gadis yang beratur di hadapannya sebentar tadi. Sengaja dia memilih meja yang dekat dengan gadis itu.

Begitu tekun gadis yang mengenakan t-shirt berlogo QG itu membelek smartphone di tangan sambil bersandar santai dengan kaki bersila di atas kerusi. Sesekali dia menghirup secangkir kopi di depannya. Wajahnya yang bersahaja menatap skrin telefon pintar itu kadangkala bertukar dengan sedikit kerutan di dahi dan kadangkala gadis itu tersenyum, tersengih dan tergelak sendirian.

Sedang Qaiser khusyuk mengamati gerak-geri gadis itu, tiba-tiba kepala gadis itu menala tepat ke arah Qaiser. Terkedu dan tergamam Qaiser saat mata mereka bertaut tanpa sempat dia mengalihkan pandangannya. Berbulan-bulan dia memerhatikan gadis itu secara senyap, baru hari ini gadis itu memandangnya. Dan entah kenapa, saat ini terbit satu rasa yang sukar untuk dimengerti menjalar ke tangkai hati lelakinya.

Single: Coffee Shop.Where stories live. Discover now