Chapter 61

2.3K 54 3
                                    

Let it hurt, then let it go
- Adrianne Dayana
______________________________________

Butang lift ditekan, senyuman terhias dibibir aku. Tak sabar rasanya nak suap papa, dah lama tak dapat kasih sayang daripada papa. Mesti papa gembira kan dapat makan bubur ayam ni?

Tengku Darren tersenyum. "Gembira nya isteri abang ni, tengoklah Yana kawan awak ni" Usiknya membuatkan aku memutarkan mata keatas, Yana ketawa besar mendengarnya

"Biasalah, dah bertahun-tahun dia berpisah dengan papa kan" Yana berpihak pada aku

Ting!

Pantas kaki aku melangkah keluar daripada lift, namun mata aku tertumpu pada seseorang yang cukup aku kenal. Apa yang dia buat dekat sini? Jangan cakap yang dia datang sini untuk jumpa papa? Lagi satu, kenapa dia nampak macam kalut aje?

"Apa yang makcik buat dekat sini?" Soalku pada Aunty Mona yang kelihatan cemas, jelas wajahnya kelihatan kaget dengan kehadiran aku. Namun Aunty Mona cepat-cepat masuk kedalam lift, langsung tidak menjawab pertanyaan aku tadi

Dada berombak laju apabila beberapa orang doktor sedang bergegas masuk kedalam wad kecemasan papa tadi, apa yang berlaku sebenarnya ni? Tanpa membuang masa, aku terus berlari kearah wad tersebut. Jangan cakap yang..

"Maya!" Panggilan Tengku Darren dan Yana itu aku buat tak endah, apa yang penting sekarang ialah papa!

Langkah aku terhenti sebaik saja tiba didalam wad itu, air mata mulai bergenang apabila melihat garisan pada mesin defibrillator itu bergerak lurus. Serta merta bubur yang aku pegang tadi terjatuh diatas lantai

"Papa!" Teriak aku kuat, kaki ingin melangkah kearah tubuh papa yang kaku diatas katil itu namun dihalang oleh Tengku Darren. Lelaki itu memeluk aku erat, enggan melepaskan aku yang sudah hampir hilang kawalan

"Maaf, sila tunggu diluar ya." Ujar salah seorang dari jururawat tersebut, dapat aku rasakan lutut aku yang kian melembik.

"Awak.. papa saya dekat dalam tu, tolonglah lepaskan saya!" Jerit aku pada Tengku Darren, tubuh aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tolong bagitahu aku ini semua cuma mimpi, aku tak mahu kehilangan papa!

"Bawa bertenang Maya, abang tak mahu tengok isteri abang macam ni" Bisik Tengku Darren, kata-katanya itu aku buat bodoh. Air mata tak henti-henti mengalir membasahi pipi, kenapa.. kenapa papa perlu pergi tinggalkan Maya?

"Sabar Maya, aku yakin papa kau selamat" Ujar Yana pula, cuba untuk membuat aku tenang. Aku memeluk tubuh Tengku Darren erat, menangis teresak-esak didalam pelukannya. Aku tak mahu kehilangan papa.. baru saja tadi aku berbaik dengan papa, baru saja tadi aku dapat rasakan kembali hangatnya pelukan papa! Ya Allah kenapa uji aku macam ni?

Beberapa minit kemudian, seorang doktor lelaki keluar daripada wad kecemasan itu. "Papa! Doktor.. macam mana dengan papa saya? Kenapa papa saya boleh jadi macam tu?!" Bagaikan hilang akal, aku menyoal doktor tersebut. Namun melihat wajah doktor itu makin menambahkan pedih dihati aku

"Maafkan saya Puan Maya, pihak kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan Dato' Johari.. tapi sayangnya Allah lebih menyayangi dia."

Serta merta aku terduduk, hati aku bagaikan dicarit-carit sebaik saja mendengar apa yang diterangkan oleh doktor tersebut. "Apa yang berlaku tadi, doktor?" Soal Tengku Darren pula, tangannya tak henti-henti menggosok belakang aku. Menyuruh aku bertenang

"Alat pernafasan yang dipakai oleh Dato' Johari terlepas, macam ada seseorang yang sengaja mencabut alat tu.. tapi wallahualam. Itu hanya apa yang kami fikir, tapi.. kalau Tuan nak periksa rakaman CCTV pun boleh."

Aku tergamam, pantas aku berpaling pada Yana. "Jangan cakap yang.." Tersekat-sekat suara aku berkata, tak mampu untuk menyambungkan kata

"Aunty Mona.." Sambung Yana, sebaik saja Yana berkata begitu.. macam-macam perasaan yang bercampur baur dihati aku.

Aku menggeleng kepala beberapa kali, cuba untuk bangkit dari mimpi ini. Namun hampa.. ini bukan mimpi, aku masuk kedalam wad kecemasan itu. Kelihatan papa sudah ditutup dengan kain putih, pantas tangan aku menutup mulut. Tergamam dengan apa yang aku lihat

"Papa.. kenapa papa tinggalkan Maya?" Lirih aku berkata, kaki mendekati katil tersebut lalu perlahan-lahan tangan aku menarik kain yang menutupi wajah papa. Jelas wajahnya menjadi pucat, seolah-olah langsung tiada darah yang mengalir didalam badan papa

Yana mendekati aku lalu badan aku dipeluk erat, jelas gadis itu turut menangis. "Yana, kenapa papa pergi tinggalkan aku? Walhal baru aje tadi aku bergelak tawa dengan papa, baru aje tadi aku peluk papa dan baru aje tadi aku berbaik dengan papa. Kenapa Yana.. jawablah kenapa?!" Jerit aku, wajah diraup kasar membuatkan Yana menahan aku. Dia memeluk aku membuatkan aku menangis didalam pelukannya

Aku tak kuat untuk hadap semua ni ya Allah, kenapa kau uji aku macam ni sekali? Adakah aku tak layak untuk bahagia? Kenapa setiap kali aku bahagia, mesti ada aje perkara yang akan buatkan aku menangis teresak-esak?

Adakah ini semua kerana dosa-dosa aku yang lampau?

Terketar-ketar tangan aku memegang wajah putih bersih papa, kenapa wajahnya kelihatan sangat tenang?

"Maya minta maaf papa, kalau Maya tak turun makan tadi.. mungkin papa tak akan jadi macam ni. Ini semua salah Maya." Aku berkata sambil memukul kepala sendiri, Yana menangkap kedua-dua belah tangan aku

"Jangan sakiti diri kau Maya, ingat Allah. Ini semua ujian yang Allah nak beri pada kau, ingat Maya.. kita diuji sebab Allah sayangkan kita."

"Kau tak faham Yana, aku dah tak ada siapa-siapa lagi. Aku kehilangan mama aku disaat aku berumur lima belas tahun, lepas tu sekarang? Umur aku dah dua puluh lima tahun Yana, kenapa aku perlu kehilangan papa?! Kenapa selepas sepuluh tahun, peristiwa tu perlu berulang? Kenapa Tuhan perlu ambil nyawa mama dan papa aku? Aku tak kuat Yana.. sumpah aku tak kuat" Tangan menekup wajah aku, menahan esakan daripada terus terhambur

"Menangis lah semahu-mahunya Maya, lepaskan semua beban yang ada dalam fikiran kau. Tapi janji dengan aku.. jangan pernah menyerah dalam kehidupan, let it hurt, then let it go. Aku yakin kau boleh." Pujuknya lagi

Tiba-tiba dunia seakan-akan berputar, berkerut dahi aku menahan denyutan dikepala. "Maya? Kenapa ni? Kau okey tak?" Cemas Yana bertanya, aku memegang kepala yang berdenyut

"Argh.. sakit" Adu aku apabila denyutan itu semakin kuat, pengelihatan aku menjadi semakin kabur

"Ya Allah Sayang? Kenapa ni?" Tengku Darren yang baru muncul itu mendekati aku, tak sempat aku ingin membalas pertanyaannya. Dunia aku menjadi gelap

Semuanya gelap gelita.

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 26/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now