Chapter 17

2.6K 85 2
                                    

You are such a sunshine that mixed with a little hurricane
- Luthfan Darren
____________________________________

Suasana didalam majlis itu membuatkan jantung semakin berdebar, entah kenapa rasa kekok bila berdepan dengan ramai orang. Lebih lagi bila sebahagian daripada tetamu itu adalah kawan lama papa, ya ramai yang mengenali aku

Ada yang bertanya, bagaimana keadaan aku, dimana papa menghilang dan apa yang telah terjadi hingga aku membuat keputusan untuk melarikan diri diumur belasan tahun

Namun aku hanya mengukir senyuman sahaja bagi menjawab pertanyaan mereka, tak semua soalan kita patut jawab. Ye dok? Lampu-lampu yang menghiasi khemah itu menambahkan kemewahan dalam majlis ini, mata meliar-liar mencari kelibat Tengku Darren

Namun lelaki itu masih belum muncul, tak mungkin dia belum bersiap? Sekarang sudah jam 9:30 minit pagi dan hampir semua tetamu sudah datang, aku gigit bibir. Kaki melangkah mendekati Raisha yang sedang sibuk melayan tetamu yang baru sahaja datang, bahunya aku cuit perlahan

Dia menoleh

"Akak, dah lewat ni. Mana Tengku Darren?" Aku bertanya dalam keadaan berbisik, dalam masa yang sama aku mengukir senyuman kepada tetamu yang baru saja hadir memasuki kawasan khemah

Raisha mengeluh. "Itu lah, saya pun tak tahu. Mungkin boss masih dekat resort, cuba lah Maya pergi tengok dekat bilik dia. Bilik 201 tau" Ujarnya

Terkedu seketika aku dibuatnya, perlu ke sampai cari dia dekat bilik? Macam melampau aje, aku masih lagi tercegat macam tunggul dekat situ. Raisha menepuk bahu aku perlahan membuatkan aku tersentak, kepala automatik menoleh kepadanya

"Mengelamun apa ni Maya? Majlis dah nak mula ni, pergi naik cepat lepastu suruh boss turun" Tone suara Raisha berubah menjadi sedikit tegas, pantas aku angguk kepala. Dalam hati berdoa agar semuanya baik-baik sahaja

Kaki pantas melangkah masuk kedalam kawasan resort, aku meraup wajah seketika untuk menghilangkan rasa berdebar. Tiba sahaja dihadapan bilik Tengku Darren, aku membetulkan tudung yang sedikit senget.

TOK! TOK! TOK

Aku mengetuk pintu sebanyak tiga kali, namun tiada sahutan oleh Tengku Darren. "Assalamualaikum, Tengku Darren awak dah siap ke belum?" Laung aku sedikit kuat, namun pintu masih tertutup rapat. Bibir dicebik, boss aku ni pitam ke apa?

Dedaun pintu ditarik, eh tak kunci? Dengan perlahan-lahan pintu itu aku buka, kosong dan tiada orang. "Awak? Ada orang tak dalam bilik ni?" Sekali lagi aku melaung, setapak demi setapak aku masuk kedalam bilik itu. Anak mata diliarkan ke serata kawasan bilik yang boleh dikatakan mewah itu

Gabungan warna hitam dan emas itu telah menghasilkan elemen mewah dan tampak ekslusif, anak mata perlahan menjalar pada chandelier sederhana besar yang cantik tergantung ditengah-tengah kawasan bilik. Boleh di katakan hiasan didalam bilik ini memang mewah, sedangkan bilik yang aku dan Yana akan tidur malam ni pun tidak semewah ini

Apa nak hairan? Ini kan resort mommy dia?

Baru sahaja ingin melangkah keluar dari bilik, anak mata aku menangkap figura seorang lelaki. Serta merta berderau darah aku apabila melihat Tengku Darren yang membelakangi aku itu, lelaki itu hanya mengenakan tuala yang dililitkan dipinggang nya. Sah, Tengku Darren baru lepas mandi!

Air liur ditelan kesat, jelas sekali lelaki itu tidak sedar dengan kehadiran aku disini. Apa yang aku patut buat ni? Patut ke aku bersuara pada Tengku Darren, ataupun aku patut keluar sahaja?

Gementar lutut aku dibuatnya! Perlahan lahan kaki diundur ke belakang, aku gigit bibir. Mencuba sedaya upaya untuk tidak membuat sebarang bunyi, namun baru saja aku melangkah untuk kali ketiga.

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now