Chapter 25

2.7K 78 4
                                    

Sometimes I'm not angry, I'm hurt and there is a big difference
- Maya Darena
____________________________________

"Hey! Watch out, young lady!"

Terasa bagaikan badan aku melayang-layang jatuh menyembah bumi, bukan! Ada tangan asing yang cuba menyambut aku, namun akibat dia lambat bertindak. Akhirnya kami berdua jatuh menyembah bumi membuatkan aku terhempap diatas dada bidang lelaki itu

"Ya Allah Maya! Kau okey tak?" Yana menyoal dengan nada yang cemas, perlahan lahan aku membuka mata. Benda pertama yang aku lihat ialah mata lelaki itu, masyaallah cantiknya mata coklat dia!

Apabila sel-sel otak telah berhubung, dah tahu mana halal dan mana haram.. dada aku berombak laju apabila melihat wajah lelaki yang sedang aku peluk sekarang.

Luthfan Darren!

Aku terus mengalihkan pandangan mata, baru tersedar yang sekarang aku sedang berada diatas badan lelaki ini. Entah kenapa rasa marah, macam mana dia boleh ada dekat sini juga? Dia honeymoon dengan isteri 'kesayangan' dia tu ke?

Kau cemburu ke Maya?

Tak! Mana ada aku cemburu! Aku cuba untuk bangun, namun tangan kasar Darren masih lagi erat memeluk pinggang aku. Ewah-ewah mamat ni? Seronok ya peluk pinggang anak dara orang? Tak takut bini nampak ke apa?

"Ehem!" Kuat aku berdehem untuk menyedarkan lamunan lelaki tersebut, bagaikan baru tersedar. Cepat-cepat dia mengalihkan tangannya daripada pinggang aku

Aku duduk diatas tanah, manakala Darren berdiri sambil menepuk-nepuk baju kemeja putihnya yang terkena lumpur.  Yana terus menghampiri aku. Badan aku dibelek-belek oleh gadis itu

PAP!

Serta merta tangan gadis itu menepuk kuat peha aku

"Aduh! Sakit lah minah!" Marahku, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aje dia tepuk peha aku?!

Yana bercekak pinggang. "Aku dah cakap tadi, jangan panjat! Kau degil, tengok lah sekarang ni tak pasal-pasal kau jatuh jadi nangka busuk!" Aku hanya buat bodoh dengan bebelan Yana itu

Kepala mendongak memandang pokok yang aku panjat tadi, gila! Tingginya kau panjat tadi Maya, nasib baik tak jadi arwah aje kau pagi ni!

Ini semua mamat tu punya pasal!

"Apa masalah awak ni hah? Tiba-tiba aje sergah orang, tak ada adab ke?!" Tengking aku membuatkan Yana terkejut, namun lelaki itu hanya tenang

"Sepatutnya aku yang tanya kau, apa masalah kau ni? Tiba-tiba aje panjat pokok? Dah tak ada aktiviti lain ke yang kau nak buat? Badan tu dah lah kecil, kurus pula tu! Nasib baik kau jatuh atas aku, kalau jatuh atas tanah dan akar pokok tadi gamaknya patah semua tulang kau tu" Pedas dia membalas membuatkan aku menjelingnya tajam, ringan aje tangan aku ni nak cekik leher putih dia tu!

"Saya tahu apa yang saya buat, kehadiran awak tadi dah rosakkan plan saya untuk terjun dalam sungai. Faham tak?!" Balas aku lagi, salah dia sebab dia yang mulakan perang!

Tengku Darren tidak membalas, sebaliknya dia berpeluk tubuh memandang aku yang sedang berada diatas tanah ini. Aku cuba untuk bangun, namun akibat kaki aku yang berdenyut-denyut itu membuatkan aku kembali terduduk diatas tanah

Aaaa sakit! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa pedihnya kaki aku sekarang ni, air mata mulai bergenang membuatkan Yana membelek-belek kaki aku. Ingin memastikan sama ada terluka ataupun tidak

"Dekat mana yang sakit tu? Tak ada yang berdarah pun?" Soalan Yana itu membuatkan aku ingin mencekik lehernya, memang lah tak berdarah!

"Dia terseliuh"

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now