Chapter 1

333 13 0
                                    

         Hari ini merupakan hari lahir kelimaku. Ibu sedang sibuk menyiapkan diriku. Tudung kanak-kanak disarungkan di kepalaku. Ibu juga meletakkan sedikit riasan pada wajahku.

         "Ibu, Eva cantik tak?" Aku bertanya kepada ibu sembari badanku aku pusing-pusingkan. Ibu membelikan aku gaun biru yang sangat cantik bertemakan Frozen. "Eva mestilah cantik. Eva ni perempuan paling cantik kat dunia tau!" Ibuku memuji diriku sembari dekapan di tangan dibuka. Aku berlari dan memeluk tubuh ibuku.

        "Ibu, ayah mana?" Mataku memandang wajah ibu dengan penuh tanda tanya. "Nanti ayah balik. Ayahkan pergi kerja." Jawab ibu sembari tangannya mengusap pipiku lembut.

       Bunyi hon kenderaan memenuhi ruangan halaman rumahku. Aku berlari kearah luar. Aku dapat lihat kereta ayat terparkir bertul-betul di hadapan kereta ayahku. Namun, ada sesuatu yang membuatku berundur selangkah ke belakang.

        Di kereta ayah, ada 'sesuatu' menumpang duduk di atap kereta. Aku cuba untuk tidak memandang 'makhluk' itu, tetapi terasa seperti dia cuba memaksa aku untuk memandang dirinya. Kakiku terasa seperti dipaku di lantai. Aku tidak dapat bergerak. Mataku menangkap wajah 'makhluk' tersebut. Tua. Hodoh. Jijik.

       Ayah yang melihat aku kaku di satu tempat datang mendekati aku. "Kenapa di Eva? Eva tengok apa? Kenapa pucat ni muka Eva?" Beribu soalan dimuntahkan kepadaku. Aku memandang wajah ayah. Mata kami bersatu. Ayah yang faham dengan apa yang aku maksudkan terus mengangkat aku masuk ke rumah.

       "Eva nampak apa?" Soal ayah setelah membawaku masuk kedalam rumah. "A-ada hantu. K-kat kereta ayah." Aku menjawab dengan gugup. Bibirku terasa seperti terkunci. Aku dapat lihat ayah memandang ibu dengan tatapan risau. "Eva, jom kita solat sama-sama nak? Kalau Eva takut, Eva minta kat Allah untuk lindungi Eva daripada sebarang gangguan. Jom solat sama-sama. Dah masuk waktu maghrib dah ni. Mari ibu teman ambil wuduk." Ibuku mengajak aku untuk mengambil air wuduk dah solat. Aku hanya akur.

       "Allahuakbar." Ketika aku mendengar ayah mengangkat takbir, hatiku terasa sedikit tenang. Hatiku berasa lebih tenang apabila aku mendengar ayat al-fatihah dan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh ayah.

      "Assalamualaikum warahmatullah." Sebelah kepalaku menghadap kearah kanan.       "Assalamualaikum warahmatullah." Kali ini kepalaku menghadap kearah kiri. Jiwaku terasa tenang seketika.

      Aku menyalami tangan kedua ibu bapaku. "Jom kita keluar. Birthday girl nak makan kat mana? Nanti ibu letak balik make up kat muka ya?" Tatapan ibu yang lembut membuat diriku selesa. "Jom makan dekat McDonald's ibu." Aku membalas soalan ibu. Aku berdiri dan menarik tangan ibu agar berdiri.

       Setelah selesai memakai gincu di bibirku. Gincu merah yang ibu pilih sangat sesuai dengan wajahku yang putih. Ibu menyarungkan tudung tadi yang aku pakai. Aku dah ibu jalan berdampingan tangan menuju kearah kereta. Jujur, aku masih takut hendak menaiki kereta itu. Tetapi itu sahaja kereta yang kami ada.

       Di luar aku melihat ayah sedang menunggu kami di dalam kereta. Aku tidak melihat sesuatu yang pelik. Ibu membuka pintu kereta di belakang. Tubuhku memasuki kereta di bahagian penumpang, dengan pantas ibu memakaikan aku tali keledar keselamatan. Selang beberapa saat, ibu juga masuk kedalam kereta di bahagian depan penumpang.

      Setibanya di McDonald's, aku melompat keriangan. "Eva nak makan apa?"soal ayahku sembari dirinya sedang beratur di kaunter. "Eva nak happy meal burger !" Aku menjawab dengan pantas. Ibu yang sedari tadi mendamping tanganku mengajakku untuk mencari tempat duduk.

       Sewaktu aku duduk, aku dapat lihat 'makhluk' yang sama duduk di salah satu meja di sana berdekatan dengan meja yang diduduki oleh aku. Aku dapat lihat 'makhluk' itu memandang diriku. Aku yang berada dalam keadaan ketakutan hanya mampu membaca surah al-Quran yang pendek.

       Aku membuka kedua mataku. 'Makhluk' tadi sudah hilang. Aku berasa sedikit lega. Aku dapat lihat ayahku yang datang ke meja aku duduki bersama ibu.

       "Burger!!!" Aku menjerit kesenangan. Tanganku yang kecil dengan cepat mengambil kotak happy meal daripada dulang di tangan ayah. Kotak happy meal itu aku buka. Mainan yang berada di dalam aku belek. "Eva makan dulu ya burger tu, nanti ibu bukakan mainan tu." Kata ibu sembari tangannya sibuk membuka burger milikku. Aku hanya akur.

      "Bang, Ayu rasa kita kena bawa anak kita pergi berubatlah bang. Kesian dia, dah 8 kali dah dia nampak hantu dalam bulan ni." Aku mendengar perbualan antara ibu dan ayahku. "Kalau macam tu, nanti abang cari tempat berubat. Sayang jangan risau okay?" Ayahku menjawab.

       "Excuse me, ada tak order kek Red Velvet?" Seorang pekerja McDonald's datang sambil membawa sepotong kek. "Eva kek Eva dah sampai." Kata ibu sembari menatapku lembut.

     "Selamat hari jadi..." ibu dah ayah menyanyikan aku lagu hari jadi. Lilin yang menyala di atas kek aku tiup. Sungguh, kalau dapat aku berhentikan masa, memang aku akan hentikan. Aku. Ibu. Ayah.

       "My tummy is happy." Kataku di dalam kereta. Tanganku sibuk mengusap perutku yang kenyang. Aku dapat dengar kedua ibu dan ayahku ketawa.

       "Eva, minggu depan ibu dengan ayah mungkin sibuk sikit." Kata ayah sembari dirinya sibuk memandu kereta. "Ayah dengan ibu nak tangkap orang jahat lagi ke? Ayah jadi supermen ibu pula jadi superwomen." Aku berkata dengan nada kagum. Ibu bapaku berkerja sebagai anggota polis dalam unit jenayah berat.

      "Ye sayang, ibu dengan ayah kena tangkap bad guy." Ibuku pula berkata. "Nanti kalau ibu dengan ayah tak balik, Eva duduk kat rumah mak cik Layla boleh?" Ibuku menyoal lagi. "Mak cik Layla? Okay ibu." Aku hanya akur. Ibu kata seorang anak yang baik tidak akan membantah arahan orang tuanya.

      Ibu membantuku untuk membersihkan badan. Rambutku yang basah dikeringkan. Rambutku yang kusut disikatkan.

      Sebaik sahaja kami balik dari McDonald's, ayah mengajak kami untuk solat isyak berjemaah. Selepas solat, barulah aku membersihkan diri.

       "Eva, tidur okay? Esok kena pergi sekolah. Macam mana nak pergi sekolah kalau Eva mengantuk nanti." Tubuhku diselimutkan oleh ibu. Mataku yang mulai memberat masih sempat memandang senyuman manis ibuku.

       Pom! Bunyi tembakan pistol memenuhi ruangan rumah. Ibu yang mendengar itu terus memeluk tubuhku. "Eva. Jangan takut okay?" Pelukan ibu semakin erat. Kaki ibu melangkah untuk ke pintu bilik. Aku yang takut hanya memeluk tubuh ibu. Entah apa yang ibu lihat sehingga tubuhnya menggigil hebat.

      Tanganku dipimpin menuju kearah almari pakaianku. "Eva, kita main hide and seek nak? Eva sembunyi dulu. Nanti ibu cari. Jangan keluar selagi ibu tak jumpa okay?" Mukaku dicium oleh ibu. Aku dapat lihat cairan yang bertakung di mata ibu. "Kenapa ibu menangis?" Soalku. "Ibu sayang Eva." Satu ayat yang kedengaran sayu dilontarkan oleh ibu sebelum tubuhku dipeluk erat.

      "Eva sembunyi sekarang okay?" Senyuman manis ibu ukirkan untukku. Kakinya melangkah kearah pintu bilikku. Tubuhnya hilang sebaik sahaja dia menutup pintu bilikku.

Melihat ibu keluar dari bilik, jiwa ingin tahuku semakin meningkat. Aku mengingai ibuku dari pintu bilik tidurku.

       Aku dapat lihat ibuku melangkah kearah bilik tidurnya dengan perlahan. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, ibu mendekati almari pakaian. Ibu mencari sesuatu didalam almari itu. Pistol. Kakinya kini melangkah ke tingkat bawah. Pistolnya diacukan ke hadapan.

Melihat itu, aku pun mengikut ibuku melangkah menuruni tanga.

      Setibanya ibu di ruang tamu aku mendengar seseorang menjerit. "OI MANA KAU PEREMPUAN? JANGAN SAMPAI AKU JUMPA KAU. KALAU AKU JUMPA KAU, BADAN KAU DULU AKU JAMAH." Jerit salah seorang penceroboh yang masuk. Ibu hanya bersembunyi disebalik cabinet. "PEREMPUAN! BAIK KAU KELUAR SEBELUM LAKI KAU NI AKU BUNUH!" Mendengar itu, ibu langsung berdiri dari tempat persembunyiannya.

Ghost GirlWhere stories live. Discover now