What If #Last Chapter

105 14 9
                                    

SEMINGGU sudah berlalu sejak hari kejadian di mana Beomgyu meluahkan perasaannya pada Jangmi.


Memang betul dugaanku. Siapa je yang nak tolak cinta Beomgyu,kan? Tentu saja Jangmi menerima Beomgyu. Sekarang, Beomgyu dan Jangmi sudah rasmi menjadi sepasang kekasih.

Semestinya semua pelajar di sekolah sudah tahu tentang kenyataan itu. Beomgyu kan meluahkan perasaannya di depan umum. Korang tak lupa, kan? Ramai yang menyokong akan hubungan mereka berdua.

Bila difikir-fikir, ada baiknya juga Beomgyu kini bersama dengan Jangmi. Beomgyu sering tersenyum dan manis. Dia melayan Jangmi sangat baik.


Mengingatkan aku sewaktu Beomgyu setiap kali dengan aku, Beomgyu juga melayanku dengan baik sehingga aku merasakan orang yang istimewa.




Sekarang, gadis yang betul-betul istimewa untuk Beomgyu ialah Jangmi. Layanan Beomgyu pada kekasihnya itu- ah tak usah nak jelaskan. Bahkan Beomgyu sangat menyayangi gadis itu.




Kalau korang tertanya-tanya macam mana keadaan aku sekarang, haha jangan risau. Aku baik-baik je. Aku sudah mulai menerima kenyataan. Kenyataan yang mana Beomgyu hanya menganggapku sebagai kawannya. Tak akan pernah berubah.




Aku tahu Beomgyu juga menyayangiku dan itu sudah cukup bagiku. Aku fikir Beomgyu akan tinggalkan aku setelah dia dan Jangmi dah jadi pasangan. Rupanya aku salah. Beomgyu tetap ingin bersamaku dan berkawan denganku.




Tak dinafikan lagi, Beomgyu kawan terbaik yang pernah aku ada. Walaupun Beomgyu dah ada Jangmi, dia tak pernah lupakan aku. Aku masih ingat waktu Beomgyu beria sangat nak bagitahu aku yang dia dah official dengan Jangmi hari tu.



Rasanya sakit sangat. Tapi melihat Beomgyu gembira dengan senyumannya sangat lebar, aku tak boleh tunjukkan apa yang aku rasakan sebenarnya. Jadi, aku ikut senang mendengarnya. Sekuat hati menahan diriku agar tak nangis lagi.



Dan saat ini, aku dan Beomgyu berada di sebuah kafè. Kami berbual apa sahaja. Aku masih bersyukur sebab aku tak berasa janggal dengan Beomgyu setelah apa yang terjadi. Well, Beomgyu tak tahu apa-apa pun termasuk perasaan aku padanya. Aku juga tak nak bagitahu yang aku menangis pada hari di mana Beomgyu confessed kat Jangmi. Memalukan hehe.






"Kau dah call dia ke? Mungkin dia dalam perjalanan kot." ujarku cuba menenangkan Beomgyu.


Yelah, dari tadi aku tengok Beomgyu macam gelisah je. Menunggu kekasihnya itu yang dari tadi tak datang-datang.






"Aku cuba call tapi dia tak jawab. Risau pula aku haih.." kata Beomgyu.




"Jangan fikir bukan-bukanlah! Dia mesti dalam perjalanan. Mungkin dia tak dengar kot henfon dia berbunyi. So, jangan panik, jangan risau." aku menepuk bahu Beomgyu beberapa kali. Terlihat senyuman tipis yang terukir di bibirnya.





Tak lama kemudian, pintu utama kafè terbuka. Aku dan Beomgyu serentak menoleh. Beomgyu terus berdiri dari tempat duduknya apabila melihat siapa yang datang.





Siapa lagi kalau bukan Jangmi, kan? Hanya gadis itu yang boleh membuat Beomgyu tersenyum lebar macam tu.




"Sorry..saya lambat. Jalan sesak tadi." jelas Jangmi. Beomgyu hanya menggeleng kepalanya tanda dia okey lalu menyuruh Jangmi duduk di sebelahnya. Aku pula duduk  bertentangan dengan mereka.




"Tadi saya ada call awak tapi kenapa tak angkat hm?" Beomgyu menyoal dengan tenang.




"Ha? Awak ada call saya? Kenapa saya tak dengar.." cepat-cepat Jangmi membuka beg sandangnya untuk mengambil telefonnya dari dalam. Tetiba Jangmi menepuk dahinya membuatkan aku dan Beomgyu hairan.





What If | Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now