What If #4

94 17 6
                                    

                      SEMINGGU sudah berlalu sejak hari kejadian di mana Beomgyu mengajak aku bermain basketball itu.




Kaki aku juga sudah semakin pulih setelah seminggu. Balutan sudah dibuka dan boleh berjalan seperti biasa.



Ketika ini, aku dan Beomgyu berada di dalam bas. Bahkan dalam bas juga kami duduk bersebelahan.




Aku pun menoleh ke sebelahku, memandang Beomgyu yang duduk dekat dengan tingkap bas. Lelaki itu fokus sangat pandang pemandangan di luar.




"Beomgyu?" ku panggil namanya.


"Hm?" sahut Beomgyu seraya menoleh ke arah ku.


"Kita nak ke mana sebenarnya?"


Dari tadi aku tertanya soalan yang sama. Macam mana aku tak tertanya-tanya? Kami masih memakai seragam sekolah. Lepastu Beomgyu tetiba nak ajak aku ke sesuatu tempat.


Bila aku tanya kat mana, dia pula yang berahsia.



"Kan aku dah cakap. RAH-SI-A." ceh, tetap respon yang sama. Aku pun melipat kedua tanganku di dada.



"Baiklah, baiklah. Asalkan jangan di tempat yang bukan-bukan." ujarku.



"Hehe aku yakin kau mesti suka tempat ni. Aku dah lama nak jalan-jalan ke situ dengan kau." jelas Beomgyu. Aku pula yang tak sabar. Kat mana sebenarnya?




Sudah beberapa minit berlalu. Dalam perjalanan ni aku sedar yang tempat ni sudah semakin jauh dari tempat tinggal aku dan Beomgyu.




Ketika aku cuba tengok kat luar, aku melihat pantai. Jangan-jangan Beomgyu memang nak bawa aku ke pantai.




Akhirnya, bas pun berhenti di sebuah stesen. Aku pandang Beomgyu.



"Dah sampai. Jom turun." katanya. Aku ikut je arahan dia jadi aku pun berdiri dan mula beredar keluar dari bas. Begitu juga dengan Beomgyu.




Sebaik saja aku dan Beomgyu turun, aku pandang ke kiri dan ke kanan lalu aku berhenti memandang Beomgyu.




"Terus nak ke mana?"



Beomgyu membetulkan tali begnya di bahu. "Kau ni tak sabar langsung. Jomlah ikut aku."



Aku pun ikut je lah Beomgyu. Aku berjalan beriiringan dengannya. Teka kat mana Beomgyu bawa aku?



Dugaan ku betul. Beomgyu membawa aku ke sebuah pantai. Aku memandang Beomgyu tak percaya. Beomgyu seolah-olah boleh membaca ekspresi wajahku.



"Kau suka pantai, kan? Aku masih ingat kata-kata kau waktu kita masih kecil. Kau pernah cakap, bila besar nanti kau teringin nak ke pantai. Sekarang aku dah tunaikan keinginan kau." jelas Beomgyu.



Ya, memang betul. Sejak kecil lagi aku selalu teringin nak ke pantai. Korang mesti fikir permintaan aku ni simple dan biasa saja.




Sebab dari dulu aku memang tak pernah ke pantai. Mak dan ayah aku selalu sibuk dengan kerja. Aku happy sangat sebab akhirnya keinginan aku tertunai disebabkan Beomgyu.




"Ya.. perlu ke kau rahsiakan semua ni?"


"Perlulah! Kan ini keinginan kau. Kalau aku bagitahu awal-awal, bukan surprise namanya." kata Beomgyu. Aku hanya berpura-pura menjeling.



Aku dan Beomgyu pun memulai perjalanan kami di sepanjang tepi pantai ini. Tak lupa juga kami membuka kasut agar tak kotor. Beg-beg kami juga diletakkan di tepi sementara kami berjalan-jalan.



Ku lihat ada ramai juga pengunjung yang datang terutama pada waktu petang-petang macam ni.



Ketika aku memandang ke arah Beomgyu yang sudah mendahului dariku, dia tetiba duduk mencangkung. Seperti ternampak sesuatu di tanah. Aku segera menghampirinya.



"Ada apa?" soalku lalu ikut duduk mencangkung.



"Tengok tu. Ada cengkerang kecil bergerak!" Beomgyu menunjuk ke arah sesuatu. Memang ada cengkerang kecil yang bergerak. Aku pun tak tau apa namanya. Tapi ia nampak comel.



"Comel lah. Aku nak amik gambar." kataku seraya mengeluarkan henfon. Tapi baru aku sedar yang aku tak bawa henfon denganku. Aku lupa, henfonku ada dalam beg!




"Aish..henfon aku dalam beg."



"Pakai aku punya je lah." kata Beomgyu lalu dia keluarkan henfonnya dari poket seluar. Kemudian dia menangkap gambar cengkerang kecil itu. Kami tergelak kecil.


"Aivey, cuba kau berdiri kat situ. Aku nak amik gambar kau." tetiba Beomgyu mengarahkan ku demikian. Aku pun tak naklah cakap banyak dan ikut je arahan Beomgyu.



"Satu..dua.. " aku membuat gaya 'peace' sambil tersenyum.


"Lagi lagi! Kali ni kau pandang laut je. Aku gambar dari belakang." kata Beomgyu lagi. Aku mengangguk saja. Aku tak nafikan yang Beomgyu memang pandai kalau bab-bab ambil gambar ni.




Beberapa kali Beomgyu mengambil gambar diriku. Ada juga Beomgyu ambil gambar pemandangan di pantai ini. Paling terakhir ialah gambar selfi kami berdua.



Namun entah kenapa hari ini terasa berbeza. Biasanya, setiap kali aku dan Beomgyu selfi bersama, aku tak rasa apa-apa pun.


Kenapa kali ni rasanya berdebar weyh? Adakah disebabkan Beomgyu terlihat sangat tampan hari ni? Ah, Beomgyu setiap hari memang tampan pun.


Hm apa-apa je lah. Ku lihat Beomgyu menge-post salah satu selfi kami berdua di story IG.


"Ya! Muka aku hodoh la dalam gambar tu! Kenapa tak pilih gambar lain?!"


Bukannya merasa bersalah, Beomgyu malah tertawa. "Mana ada hodoh. Tengok ni.. kan comel muka kau tu hehe"


"Eeeeee Choi Beomgyu!"



Dan bermulalah sesi kejar-mengejar antara aku dengan Beomgyu. Aku bertambah kesal bila Beomgyu memercikkan air laut ke arah ku.


Semestinya aku takkan duduk diam. Aku pun membalas dengan memercikkan air ke arahnya juga. Tak sedar baju seragam kami sudah basah akibat terkena percikan air. Masing-masing tak nak mengalah.



"Oh! Sunset!" Beomgyu menuding jarinya ke arah matahari yang mulai terbenam. Automatik kegiatan kami terhenti kerana sekarang ini pandangan kami fokus pada matahari terbenam itu.




"Wahhh.." hanya itu yang mampu aku lafazkan. Aku sangat suka lihat pemandangan macam ni.




Sementara Aivey fokus memandang ke arah matahari yang mulai terbenam, diam-diam Beomgyu mengeluarkan henfonnya, mengarahkan kamera ke arah Aivey dan-



Snap!



Lantas Aivey menoleh ke arah Beomgyu. Beomgyu pula melihat hasil tangkapannya tadi.


"Ee mesti hod- "


"Cantik." ujar Beomgyu membuatkan Aivey terdiam. Kemudian Beomgyu pula menoleh ke arah Aivey. Segaris senyuman terukir di bibir lelaki itu.



Sebelah tangan Beomgyu terangkat lalu mendarat di atas kepala Aivey. Beomgyu mengusap perlahan kepala gadis itu.



"Kamu cantik, Aivey. Jangan pernah rasa rendah diri. Kamulah kawan aku paling cantik yang aku ada."



Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan dan jantung Aivey saat itu. Kenapa Beomgyu manis sangat ni? Sehingga Aivey langsung tak berkelip mata menatap tepat ke anak mata Beomgyu.



"Happy birthday, Aivey Kim."

What If | Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now