What If #5

80 14 2
                                    

TIGA hari sudah berlalu sejak peristiwa di mana Beomgyu membawa aku ke pantai. Perasaan gembira itu masih ada. Kalau bukan kerana Beomgyu, bila lagi aku dapat ke pantai?





Apapun, kini aku berada di dalam kelas. Suasana riuh seperti biasa. Rakan-rakan sekelasku memasing buat kerja sendiri. Ada yang membuat kerja sekolah, ada yang dengan santai duduk diam di tempat duduk masing-masing, ada yang dating-hm dalam kelas pun dating, ada yang bergosip di belakang sana, ada juga yang main saling kejar-hei engko fikir ni playground ke? Ada yang tertidur dan ada juga yang berbual-bual biasa seperti aku dan Minjeong sekarang ni.





Maklumlah free class. Semua guru hadir mesyuarat.




"Kau tau? Semalam aku bercakap dengan Heeseung! Sukanya aku dengar suara dia~" haa mula dah si Minjeong ni.




Sebagai kawan yang supportive, aku mulai tertarik dengan ceritanya. "Waa korang cakap pasal apa?"




"Masa tu aku kat library. Tak sangka aku jumpa dia kat sana juga. Time aku tengah cari buku, dia tetiba muncul weyh. Aku gugup sangat! Nasib baik aku dapat kawal diri aku."




Aku setia mendengar cerita Minjeong.



"Memang dari awal aku nak cari buku. Tapi sejak nampak Heeseung, niat nak cari buku pun hilang. Sampai aku lupa nak cari buku apa. Terlampau nervous weyh.. tiba-tiba dia tegur aku, Hei, nama kau Bae Minjeong kan? Aaaaaaa rasa macam nak jerit je masa tu huhu.." Minjeong menekup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.




Aku tertawa melihat tingkah Minjeong. Kalau cerita tentang Heeseung, mesti dia rasa malu. Kalau korang ada di tempat Minjeong, mesti korang pun akan rasa benda yang sama kan?






"Terus apa yang jadi? Kau angguk je?"




"Ye, aku angguk. Terus aku pun tanya soalan yang sama padahal aku dah tau siapa nama dia. Aduhh aku happy sangat, Aivey. Sangat sangat happy!"




"Ye, ye aku tau kau happy. Stop goncang badan aku,Min.." ujarku. Yelah, Minjeong senang hati sangat sampai dia goncang bahu aku. Memang macam ni agaknya kalau dah jatuh cinta, betul tak?




Terus aku diam. Menanti kata-kata Minjeong seterusnya. Tapi Minjeong dah tak cakap apa-apa. Aku pun bersuara, "Itu je?"




"Itu je." balas Minjeong seraya mengangkat bahu.




"Laa aku ingat lama korang bercakap. Rupanya soal-menyoal pasal nama je."





"Nak buat macam mana? Aku gugup gila masa tu. Mulut aku ni macam kena gam. Tak dapat nak buka langsung, nak bercakap pun tak betul. Haih.."




Aku pun menepuk bahu Minjeong sebagai memberi semangat padanya. "It's okay, it's okay. Next time, kalau ada chance, jangan tunggu lama. Jangan menyesal kalau dah terlambat."



"Eleh baik kau cakap benda tu kat diri kau sendiri. So, apa progres kau dengan Beomgyu? Korang kan ada jalan-jalan kat pantai hari tu." Minjeong menjungkitkan keningnya. Nak usiklah tu.




"Apa maksud kau ni? Haha hari tu kan birthday aku. Mestilah aku happy."




Minjeong tetiba mengeluh. Aku memandangnya hairan. "Kenapa? Salah ke kalau aku happy?"



"Tak, tak salah Aivey. Tapi sampai bila kau nak sedar tentang perasaan kau sendiri hm? Aku taulah kau simpan perasaan dekat Beomgyu tu."




Tentang ini lagi. Sejujurnya, sejak hari itu aku mulai mempersoalkan perasaan aku sendiri. Aku dah tak pasti sama ada perasaan aku dekat Beomgyu hanya sekadar sayang sebagai kawan atau lebih dari itu.





Aku sangat menyayangi Beomgyu. Melihatnya sakit atau terluka saja aku dah tak sanggup. Dalam masa yang sama, aku risau. Risau sangat-sangat kalau aku betul-betul dah jatuh pada Beomgyu.






Dan satu lagi. Macam mana kalau Beomgyu takde perasaan yang sama padaku? Selama ini dia cuma menganggapku sebagai kawan.





"Aku tahu apa yang kau fikirkan." kata Minjeong membuatkan aku menoleh ke arahnya semula.





"Kau tahu?" soalku dan Minjeong hanya mengangguk. "Macam mana kalau kau pastikannya sendiri? Macam ni, kau pernah ada rasa berdebar setiap kali dengan dia?" Minjeong menyoal penuh kepastian.





Aku mengangguk. Sejak akhir-akhir ini, segala perbuatan Beomgyu kepada ku selalu buat aku berdebar.





"Hm.. bila setiap kali kau dengan dia, apa yang kau rasa? Jujur, Aivey."







Ragu-ragu aku membuka mulutku. Namun akhirnya aku suarakan apa yang aku rasa selama ini. "Aku rasa.. aku rasa dia semakin tampan. Disebabkan dia makin tampan, sampai aku tak berani nak tengok muka tampan dia. Semua tentangnya aku suka, Min. Dia layan aku lain daripada yang lain. Dia buat aku rasa special. Dia selalu buat jantung aku tak normal, Minjeong. Setiap kali aku tengok dia, aku rasa happy sangat. Apalagi kalau dia ada dekat denganku. Rasa macam aku nak stay di sisi dia setiap masa, melindunginya kalau ada pape terjadi. Dia sedih, aku ikut sedih. Dia gembira, aku juga ikut gembira. Aku sanggup buat apa saja untuknya.. asalkan dia bahagia, Min."






Dari dulu aku memang rasa macam ni. Cuma aku yang tak peka dengan diri sendiri dan berkali-kali cuba menafikan aku tak menyukainya lebih dari seorang kawan.





Aku dan Beomgyu sudah lama kenal. Kami membesar bersama dan kami selesa antara satu sama lain. Namun sejak akhir ini, nak bertentang mata dengan Beomgyu pun aku tak berani. Jantung aku selalu buat hal.






Mungkinkah Minjeong betul selama ni? Aku sebenarnya sudah lama menyukai Beomgyu. Tak, aku cintakan dia.






Ketika aku memikirkan dalam tentang perasaan ku pada Beomgyu, tetiba Jeongin bersuara kuat di dalam kelas.





"Aivey Kim! Beomgyu di luar mencari mu!"

What If | Choi BeomgyuWhere stories live. Discover now