BAB 20

3.6K 260 3
                                    

"erm mana Amzara?"tanya Geon apabila tidak nampak bayangan gadis tu pagi ini. Faz menoleh ke arah nya.

"Zar pergi kerja."Geon mengangguk faham.

Arga, Adrian dan Kenzie bermain game di ruang tamu. Semalam si Zar tu belikan iPhone 13 pro Max untuk mereka tu yang main game.

"Bila Zar balik?"Faz mengangkat bahu.

"Lewat agaknya sebab dia cakap banyak kerja kena buat."Geon mengangguk lagi.

"Boleh tak kalau aku pergi tempat kerja dia. Mana tahu dia tak sempat lunch ke."Geon mencipta alasan. Faz mengangguk.

"Boleh. Sekejap lagi Faz sediakan lunch untuk Zar dan Faz arahkan anak buah Faz untuk hantar Geon ke company Zar."Geon tersenyum. Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan gadis tu.

Zar menyelak helaian demi helaian. Dan disandarkan badannya di kerusi. Penat dia bergini.

"Geon ni lunch Zar. Geon pun ada. Nanti boleh lah makan dengan Zar dekat offices dia."Geon menyambut huluran tersebut.

"Terima kasih Faz."Geon melangkah keluar dari rumah tu. Dilihat sebuah kereta Vellfire sudah ada di depan rumah DA.

"Cik Faz arahkan saya untuk hantar Cik Geon ke syarikat Boss Zar."Geon mengangguk.

"Btw boleh saya tanya tentang tiga gadis tu."Muiz menganguk.

"Cik Geon nak tanya apa?"Geon berdehem seketika.

"Diorang tu anak orang kaya ke? Siap ada anak buah, rumah besar lagi."Muiz tergelak kecil.

"Diorang bertiga berdarah kerabat diraja. Boss Zar berpangkat Tunku. Cik Faz dan cik Rafa berpangkat Tengku. Identiti diorang sebagai anak usahawan yang berjaya masih tersimpan rapi. Dan diorang bertiga juga menjadi CEO."jelas Muiz. Geon menganguk perlahan. Patutlah semasa pergi mall semalam hanya bayar menggunakan kad sahaja.

"Cik Geon kita dah sampai."Geon memandang bangunan pencakar langit tu.

"Terima kasih sebab hantarkan dan terima kasih untuk info tadi."Muiz menganguk.

"Sama sama."

Geon melangkah masuk ke dalam company tersebut.

"Ya cik ada apa saya boleh bantu?"soal Eykin.

"Boss ada?"Eykin mengangguk.

"Ada. Cik boleh naik lift ke tingkat 25. Bilik boss ada disitu."Geon tersenyum sambil mengangguk.

"Terima kasih Eykin."Geon melangkah masuk ke dalam lift. Ditekan butang 25.

Setibanya di tingkat 25. Dia melangkah keluar.

"Ya cik cari siapa?"soal Min. Geon menoleh.

"Saya nak ke bilik boss."Min mengangguk.

"Silakan."Geon mengatur langkah ke bilik Zar. Diketuk pintu terlebih dahulu.

"MASUK"

Geon menolak perlahan pintu tu dan melangkah mendekati Zar. Diletakkan bekal makanan di atas meja gadis tu.

Zar mengangkat muka.

"Dah lah tuu. Makan dulu nanti sambung."Zar menyusun kertas kertasnya.

"Kenapa nak datang tak bagitahu?"Geon tersenyum manis.

"Sengaja. Boleh buat surprise"Zar membuka penutup bekal tersebut.

"Uih nasi ayam"Macam tahu tahu dia lapar nasi ayam.

"Geon tak nak makan?"soal Zar.

"Faz ada sediakan untuk Geon jugak."Zar tersenyum nipis. Dan mereka menjamu selera sambil berbual kosong.

Zar membasuh tangannya di bilik mandi yang berada di dalam bilik nya.

"Amzara. Boleh Geon minta sesuatu?"Zar mengangguk.

"Minta apa?"Soalnya. Geon mengengam tangannya sendiri.

"Boleh tak panggil aku abang? Lagipun umur kita beza kan."Zar diam seketika sebelum mengangguk.

" Boleh tak jadi masalah pun."jejaka tu tersenyum lega.

"Ni abang nak stay sini ke atau balik rumah? Bukan halau tau."Geon tergelak kecil.

"Abang nak balik lah ni mungkin Muiz dah tunggu dekat bawah. Bye adik"Geon bangun dari duduknya dan diusap rambut Zar sebelum melangkah keluar dari bilik Zar.

"Zar manaa aku nak gadis akuuu"Arga menyerabaikan rambutnya.

"Sabar lah Arga. Zar mungkin banyak kerja."Arga mendengus.

"Banyak kerja lah sangat atau dia pergi keluar dengan lelaki lain?"Arga sudah berfikiran negatif.

"Baik baik sikit eh. Zar tu banyak kerja bukan nya kaki keluar dengan jantan."Faz bercekak pinggang. Dia tidak suka jika Zar dikata bergitu.

Faz juga risau kerna sekarang sudah jam 9 malam masih Zar belum pulang dari kerja nya.

"Kalau betul dia keluar dengan lelaki lain macam mana?"Faz mengepal penumbuk nya. Dan seketika pintu dibuka.

"Zar"Gadis tu menoleh ke arah Faz.

"Aku nak naik atas. Penat."Diatur langkah ke tingkat dua.

"Penat? Penat main dengan jantan?"Terhenti langkah Zar dan dia menoleh ke arah Arga.

"ikut suka kau lah."malas dia nak bergaduh lebih baik dia naik tidur.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now