BAB 9

3.7K 290 0
                                    

Tiba lah dimana mereka akan berlawan sesama sendiri. Zar berharap sangat yang dia takkan lawan dengan sepupunya sendiri. Dia risau jika apa apa terjadi pada Faz dengan Rafa.

"Seperti yang kamu semua tahu. Harini akan diadakan pertandingan berlawan dimana kamu akan lawan dengan kawan kawan kamu sendiri. Siapa yang bertahan akan lanjut ke semi final."

Mereka mengadakan pertandingan ni di stadium. Pelajar koleh mereka mempunyai 300 pelajar jadi Zar mendapat nombor ke 25. Faz 36 dan Rafa 42.

Zar hanya bersandar di kerusi sahaja. Lagipun dia lambat lagi. Sempat lah juga dia memejamkan mata terlebih dahulu. Dia tidak berminat mahu melihat mereka berlawan.

"25 VS 87"

Zar bingkas bangun.

"Goodluck Zar."Gadis tu hanya mengangguk. Wajahnya hanya tenang sahaja.

"Lah perempuan? Nanti nangis."Zar hanya diam. Hyuzin seakan tercabar apabila gadis tu langsung tidak terkesan dengan kata katanya.

"FIGHT"

Hyuzin meluru ke arah Zar. Jejaka tu melompat baru sahaja dia mahu menumbuk gadis tu dia hilangkan dirinya. Zar memusingkan badannya ke belakang dan membuat back flip tiga kali.

Hyuzin mengetap gigi.

"TAK GUNA KAU "Zar mengeluarkan pedangnya. Dia hanya bergerak ke tepi dan diletakkan pedangnya di leher Hyuzin apabila jejaka tu berada di belakangnya.

"main belakang. Cish lemah."mata Hyuzin berubah merah darah.

"KAU PEREMPUAN MEMANG NAK KENA!"Hyuzin sudah mengamuk .dia mahu menumbuk muka Zar namun ditangkap kemas dipulas ke belakang dan ditendang pelipat jejaka tersebut.

"terpancing emosi?"

"PEMENANGNYA AMZARA!" gadis tu melepaskan Hyuzin dan melangkah pergi.

"Cepatnya."Ternganga Kenzie.

Apabila tiba di giliran Faz, Zar tidak lepas memandang sepupunya.

"Guna apa yang aku dah ajar Faz."katanya sendirian.

"PEMENANGNYA FAZILLA" Faz melepaskan nafas lega dan berlari mendekati Zar. Dilagakan penumbuk nya.

"Aku berjaya."Zar mengangguk.

"42 vs 70"

Kini tibalah giliran Rafa. Gadis tu melihat lawannya ialah lelaki. Ditoleh ke arah Zar pula. Zar mengangguk.

"Kau boleh buat Fa."Mereka memandang sesama sendiri.

"FIGHT"

Jejaka tu meluru ke arah Rafa. Gadis tu mengelak pantas dari terkena tumbukan oleh Xenzin.

Rafa memusingkan badannya dan ditendang perut Xenzin dengan kuat. Terbongkok bongkok jejaka tu memegang perutnya.

"boleh tahan."Xenzin bangun dan menghilangkan dirinya. Rafa menoleh sana sini.

"Arghh"Pinggang Rafa di sepak oleh Xenzin dan tu membuatkan Rafa terundur beberapa langkah.

Zar bangun serta merta dari duduknya. Penumbuk digengam erat.

"Rafa!"Gadis tu menoleh ke arah Zar.

"aku menyeru mu Raf!"Gadis tu tersentak dan serta merta matanya menjadi merah darah menandakan Raf sudah muncul.

"cish main kotor!"Tajam mata merah tu merenung Xenzin.

Xenzin tidak ada peluang untuk melawan kerna gadis di hadapannya ini seakan di rasuk. Raf menarik koler baju Xenzin dan disepak pelipat jejaka tu sehingga Xenzin terbaring di lantai.

"PEMENANG NYA RAFA!"

Zar mengukir senyuman sinis. dipegang tangan Rafa dilihat mata gadis tu masih merah darah.

"Terima kasih Raf."Perlahan lahan mata merah tu menghilang.

"Eh Zar? Apa jadi."Zar mengusap rambut Rafa.

"Kau menang"Rafa berkerut dahi.

"Raf yang tolong?"Zar mengangguk. Rafa tersenyum lega.

"Tak sangka pulak yang Girls tu pun pergi semi final"Rafa menghirup airnya.

"Itulah kan."Faz mengiyakan apa yang dikatakan oleh Rafa.

"Zar, bukan ke kau taknak sisi iblis kitorang muncul? Then kenapa kau panggil Raf tadi?"Soal Faz pada gadis tu.

"Aku terpaksa. Pertandingan tu tak boleh ada yang bantu jadi aku biarkan sisi kedua Rafa yang tolong."Mereka berdua mengangguk faham.

"Hye korang"Sapa sofina diikuti Yuna. Mereka berdua duduk bersama DA.

"Hye btw Fina boleh kitorang tanya?"Fina mengangguk.

"Macam mana nak keluar dari dunia ni?"Sofina dan Yuna berpandangan.

"Kalau korang nak keluar dari sini, korang perlu hapuskan Devil Vampire iaitu Geon. Kami sebenarnya manusia macam korang juga tapi apabila Geon datang ke dunia ni. Kami disumpah menjadi Vampire. Geon dah mengusai dunia ni sejak ibu dan ayah kami lagi."DA mengangguk faham.

"Dan apa yang Geon katakan siapa yang lahirkan anak akan menjadi Vampire jugak. Dan benda tu terjadi pada kami."Jelas Fina lagi.

"Tapi vampire lelaki sangat berbeza dengan perempuan"DA berkerut dahi.

"Berbeza? Maksudnya?"Tanya Faz.

"Vampire lelaki boleh tahu jodoh nya dan pada waktu senja mereka akan menjadi agresif. Kami pula hanya biasa biasa saja. Jika kami kehausan darah kami boleh bertahan beberapa lama berbeza pula dengan Vampire lelaki waktu mereka kehausan darah, mereka akan jadi lemah."jelas Yuna pula. DA mengangguk faham.

"Tapi apa yang saya boleh pesan kalau ada Vampire lelaki dekat sini yang selalu kacau korang atau sangat mahukan darah korang tu maknanya korang lah jodoh diorang."DA berpandangan.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now