BAB 14

3.9K 277 3
                                    

"fina kau tahu tak cara nak kalahkan Geon?"Sofina tersentak mendengar soalan tersebut. Serta merta dia menoleh ke arah Zar.

"Kau hanya perlu tikam dia di bahagian jantung nya sahaja. Dan apa yang aku tahu hanya orang yang terpilih saja mampu hapuskan dia."Zar mengangguk faham.

"Ada yang dah cuba nak bunuh Geon malangnya mereka yang mati seperti ibu dan ayah Fina."Gadis tu menunduk.

"Ibu dan ayah Fina cuba untuk bunuh geon?"Fina menganguk.

"Kitorang tak suka jadi vampire. Kitorang nak jadi manusia biasa dan kampung Tanduo akan jadi aman semula."DA berpandangan.

"Macam mana nak tahu kita layak ke tak untuk bunuh dia?"Fina mendekatkan sedikit ke arah DA.

"Apa yang saya tahu. Seseorang tu akan mendapat satu mimpi dimana dalam mimpi tu ada seorang lelaki tua yang datang dan berkata 'engkaulah orang yang layak untuk hapuskan dia' sudah lama kami tunggu seseorang yang dapat mimpi tu namun tiada sesiapa yang dapat."Fina menghela nafas berat.

"Saya tahu tentang ni sebab ibu saya yang bagitahu sebelum dia meninggal."DA mengangguk faham.

"Kalau macam ni susah lah kita nak kalahkan dia."Kata Rafa.

Semasa rehat. Zar hanya duduk di kelas sahaja. Fikiran nya kusut.

Tiba tiba ada satu tangan yang menghulurkan satu botol air mineral ke arahnya. Zar menyambut huluran tersebut.

"Kau fikir apa?"dipetik jarinya dan penutup botol tu terbuka.

Zar hanya mengeleng kepala nya perlahan. Arga menjongket keningnya.

"Ceritalah kenapa ni? Murung je hm?"Xar menghela nafas perlahan.

"aku fikir cara untuk kalahkan Geon."Arga tergamam.

"Kau sure nak kalahkan dia? Dah ramai yang mati sebab nak bunuh dia."Zar meneguk air mineral tersebut.

"Aku tak ada pilihan lain. Kalau tak sampai bila bila aku ada duduk dekat dunia ni."Dipandang ke arah luar tingkap.

"Kau tak suka duduk sini sebab aku selalu kacau ke?"Zar tergelak kecil.

"Kau kacau aku sebab kau tahu aku jodoh kau kan."Arga terdiam sebelum mengangguk.

"Kalau kau tahu kenapa kau tak bagi aku tanda kau?"Zar menoleh ke arah nya.

"Selagi Geon tak mati aku taknak ada kaitan dengan sesiapa pun. Kau fahamkan maksud aku?"Arga mengangguk perlahan.

"Kalau dia dah mati kau bagi aku tanda kau?"Sengih nya nakal. Zar mengangkat bahu.

"Kau haus darah sangat ke?"Arga melentokkan kepalanya di meja dan mengangguk.

"Darah kau manis. Bagilah aku."Dijuihkan bibirnya.

"Not this time."Arga mengangguk saja. Sabar lah duhai hati.

Tetiba Adrian dan Kenzie merempuh masuk ke dalam kelas dengan wajah yang pucat.

"A..arga."adrian terduduk di lantai bergitu juga dengan Kenzie. Wajah Arga turut pucat.

"Korang kenapa ni?"soal Zar. Diselak rambut Arga jelas wajah tu pucat.

"Opocot mak kau makan belalang"latah Rafa apabila masuk saja ke dalam kelas dia ternampak Adrian dan Kenzie seakan nyawa ikan.

"Korang kenapa ni?"Soal Faz.

"Z..zar k.. kitorang p.. perlukan d..darah."Nafas Arga menjadi tersekat.

DA berpandangan.

"Zar macam mana ni? Kalau diorang mati macam mana?"Zar sudah buntu.

"Bagi jelah aku rasa tak akan jadi apa apa dekat kita."Zar bangun dari duduknya dan ditarik Arga agar jejaka tu bersandar di kerusi. Dia pula duduk di atas peha Arga.

"Arga."Zar menunjuk ke arah lehernya. Dia terpaksa kalau tidak V'Boys akan mati.

Arga memandang gadis tu sayu.

"TENGOK APA LAGI CEPAT LAH!"Arga terus menarik kepala gadis tu dan dihisap darah di leher Zar.

"GIGI DIA TAJAM LAH SIAL!"Rafa mengengam penumbuk nya. Kenzie memeluk erat pinggang gadis tu.

Arga melepaskan gigitannya kini Zar sudah menjadi miliknya. Disambut tubuh Zar. Dilihat gadis tu tidak sedarkan diri.

Dipandang pula ke arah dua sahabatnya yang turut memangku kepala Faz dan Rafa.

"D.. diorang serahkan diri semata mata nak selamatkan kita?"Adrian seakan tidak percaya. Diusap rambut Faz di peha nya.

"Maafkan aku Zar."bisik Arga dan dicium pipi gadis tu.

Mereka bertiga menghilangkan diri dengan membawa DA.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now