BAB 1

10.2K 421 5
                                    

Di ruang tamu itu terdapat tiga gadis yang hanya diam membuat kerja masing masing.

"Aku tengok kau ni dari semalam baca buku vampire tu. Best sangat ke?"Tengku Fazilla Azalea memasukkan kuih ke dalam mulutnya sambil memandang gadis tu.

"Best lah. Hm kenapa aku rasa yang vampire ni wujud eh? Eish aku teringin lah nak jumpa diorang."Terjongket kening dua gadis tu.

"Kau tak payah nak merepek boleh tak? Mana ada vampire dekat dunia ni. Tu semua dongeng jaa"Faz menjulingkan mata nya.

"Macam mana kalau diorang wujud? Haa haa?"Tengku Rafa Fathiyah menjongket keningnya kembali.

"Aku tak percaya diorang wujud! Tak akan terjadi. Kau ni taksub sangat dengan novel tu."Balas Faz.

"Apa korang bising bising ni hm?"Tengku Faziq iaitu ayahda Fazilla melabuhkan punggung nya di sofa.

"Ni ha si Rafa ni cakap vampire tu wujud. Mana mungkin lahh."Faz bersandar di sofa. Ayahda ku Faziq hanya tergelak kecil.

"Dia dah taksub sangat lah tu dengan novel dia."kata Tengku Rafiq pula iaitu Ayahda Rafa. Cemberut wajah gadis tu.

"Zar tak habis habis lagi ke dengan kerja kamu tu? Asyik hadap laptop je."Gadis tu menoleh ke arah ayahdanya.

"Banyak kerja lagi Ayahda."Jawabnya dan memandang screen laptop semula. Tunku Hamzah hanya mengeleng kepala melihat puteri nya asyik menghadap laptop sahaja.

"Zar tu tak habis habis dengan kerja dia. 24 jam asyik hadap laptop ja."Tunku Hamzah menoleh ke arah Rafa.

"Amboi dia tu tak buat kerja ke?"Gadis tu tersengih.

"Kitorang dah selesai tapi si Zar ni tak habis habis lagi."Tunku Amzara Caesar mengangkat muka nya.

"Beza company beza caranya."datar suara gadis tu berkata. Terdiam mereka. Amzara memang sukar mahu membuka mulut jika dia buka mulut pasti mereka akan terdiam.

"Ayahda dengar Zar perlu settle syarikat dekat Malaysia betul?"Gadis tu menganguk.

"Ha ah. Company dekat sini  Zar akan settle dekat sana."jawabnya tenang dan menutup laptopnya.

"Tak penat ke sayang?"soal Tunku Carina. Bonda Amzara.

"Dah biasa bonda."jawabnya santai.

"Kau guna energy apa dho? Kuat lain macam ja."Gadis tu tersenyum sinis.

"Ada lah cara aku."Di hirup perlahan air teh panas tersebut.

"Bila kamu bertiga nak bertolak ke sana?"tanya Tengku Azzahra. Bonda kepada Faz.

"Besok. Zar cakap dia dah beli sebuah rumah."Mereka menganguk faham.

"Dah tu tunggu apa lagi pergilah kemas barang"Faz serta Rafa bergegas naik ke bilik apabila mendengar kata kata Bonda Fathma.

"Zar? Tak kemas barang?"soal Ayahda Hamzah.

"Dah settle."Mereka menganguk. Faham sangat dengan sifat Amzara yang tidak suka  menangguh.

"Malam ni tak ada misi ke? Aku bosan gila."Rafa melentok kepalanya di bahu Faz.

"Ada penjualan dadah dekat pelabuhan."tutur Zar.

"Patutlah keding, isap dadah rupanya." Ketiga lelaki tu menoleh ke arah tiga orang gadis yang memakai hoodie. Wajah mereka tidak nampak.

"Who are you. Don't mess with our business" Tiga gadis tu mengeluarkan pedang mereka.

"This is our place " mereka bertiga berlawan dengan ketiga jejaka tersebut.

Mayat ketiga jejaka tu dilempar ke dalam laut tanpa belas kasihan. Mereka bertiga adalah assassin yang sangat digeruni oleh semua orang.

Tiada sesiapa pun yang dapat melihat wajah mereka. Identiti yang disimpan sangat rapi.

8. MR.VAMPIRE [C]Where stories live. Discover now