Rahsia Takdir Antara Kita

By scarletwani

1.8M 51K 2.4K

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69

Bab 41

26.6K 716 43
By scarletwani

Matanya dibuka perlahan lahan, dilihatnya lampu yang terang di siling. Silau matanya.

Dia memandang ke arah sekeliling, aku kat mana ni?

Dia cuba bangun, tapi bahagian bawahnya terasa sakit. "Aduh sakitnya.."

Puan Rozi yang terlena di tepi katil Hanis terjaga kerena terdengar suara anaknya itu.

"Dah Hanis. Jangan bangun, baring je. Kalau Hanis bangun nanti lagi sakit.", Ujar Puan Rozi perlahan. Sedih dia melihat keadaan Hanis.

Hanis memegang perutnya, dia tiba tiba teringatkan kejadian darahnya yang mengalir keluar tadi. Pandangannya dikalihkan ke Puan Rozi.

"Umi, apa yang terjadi kat Hanis tadi?", Soal Hanis. Dia tampak risau.

"Hanis..Hanis tadi terjatuh,nak. Lepastu..lepastu..", tergagap gagap Puan Rozi mahu berkata.

"Anak Hanis tak apa apa kan? Dia okay kan kat dalam ni?", Soal Hanis.

Puan Rozi nampak serba salah mahu menjawabnya. Hanis lihat mata wanita itu yang sudah berair. Tangan Hanis sudah dicapainya.

Berkerut Hanis memandang Puan Rozi, apa yang umi risaukan?

"Hanis.." air matanya sudah mengalir. Dia memandang sayu Hanis.

"Umi kenapa ni umi?", Tangan Puan Rozi digenggamnya. Nafasnya tidak teratur, dia benar benar risau.

"Anak Hanis okay kan?", Suaranya Makin mengecil, dia takut melihat Puan Rozi yang sudah menangis itu.

Puan Rozi terus bangun dan memeluk erat hanis yang sudah duduk itu. Hanis semakin dilanda rasa musykil.
Dia cuba meregangkan pelukan itu.

"Hanis keguguran, sayang. Anak Hanis dah tak ada.", Hanis terdiam.

Badannya terasa kaku, Puan Rozi dapat merasakan badan Hanis yang kian lemah. Dia mengeratkan lagi pelukkannya, dia tahu Hanis terkejut saat itu.

Hanis merasakan separuh nyawanya melayang pergi, habis tenaga dalam badannya dirasakan lenyap macam itu saja.

Perasaannya berkecamuk, dia tidak boleh menerima kenyataan. Cadar katilnya dicengkam. Perit dirasakan dalam kerongkongnya menahan tangis.

Hanis menggelengkan kepalanya, air matanya mengalir juga. Bergema wad pesakit itu dengan jeritan Hanis, hatinya yang sedia rapuh bertambah rapuh apabila mendapat tahu anaknya yang dikandung baru 12 minggu itu kini tidak lagi wujud di dalam rahimnya.

Puan Rozi mengusap perlahan belakang anaknya itu, dia juga turut menangis melihat kesengsaraan yang dihadapi Hanis. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya menderita dengan kesedihan yang dialami.

Hanis yang tidak dapat menahan tangisannya menutup mulutnya sendiri dengan tangannya. Menangis dia dalam keadaan sayu. Dia tidak dapat mengawal diri ketika itu, dia tidak kuat untuk menghadapi ujian yang diberi Allah.

Macam mana lagi dia harus menguatkan diri, difitnah, dibuang suaminya, kandungan gugur. Ujian yang paling berat untuk Hanis menerimanya.

Pertama kali dalam hidupnya, dia merasakan dirinya amat tidak berguna. Dia merasakan yang dia tidak patut lahir di dunia yang penuh dengan kekejaman manusia ini.

***

Hanis merenung ke luar jendela, suasana yang sesak dengan kenderaan tidak langsung menarik perhatiannya. Dia hanya merenung kosong tanpa perasaan.

"Ini semua takdir, sayang. Hanis kena redha dengan apa yang terjadi." Pujuk Puan Rozi di sebelah.

Dahlia yang baru sahaja tiba hanya berdiri di sebelah Puan Rozi memandang simpati pada Hanis. Baru sahaja perasaan gembiranya datang kerana berita kehamilan Hanis, kini dilanda sedih dan simpati akan nasib yang menimpa adik iparnya itu.

"Kenapa anak Hanis yang kena gugur? Kenapa?", Perlahan sahaja suara Hanis bertanya.

"Maknanya itu bukan rezeki kamu, nak.", Rambutnya dibelai Encik Samad.

Hanis menggeleng. Semua ini berlaku kerana Huzair! Lelaki itulah penyebab dia kehilangan anaknya. Ya lelaki tu!

Sudah penat dia hendak mempertahankan dirinya, lelah dia menerima segala kutukan dan hinaan yang keluar daripada mulut Huzair. Penat juga dia melutut merayu agar Huzair memaafkannya walaupun itu semua bukan salah Hanis.

Dia sudah tidak ada hati dengan lelaki itu. Pintu hatinya sudah tertutup buat dia. Lelaki itu bukan sahaja telah menghancurkan hatinya, tapi dia juga telah menghancurkan impian Hanis untuk bergelar seorang ibu.

Kalau Huzair boleh menganggap dirinya sudah mati dalam hati dia, Hanis juga boleh menganggap dirinya bukan lagi isteri kepada Huzair. Sekarang ini, dia merasakan mahu meminta cerai pada Huzair. Taknak lagi dia bersuamikan pembunuh anaknya sendiri.

"Luqman pergi jumpa dengan Huzair...."

"Jangan sebut nama dia. Hanis taknak dengar!", Katanya. Encik Samad dan Puan Rozi mendiamkan diri.

Dahlia juga menghentikan niatnya untuk menyambung ayatnya yang tergantung tadi. Hanis nampak lain daripada sebelum ini, hanya beza beberapa jam. Matanya tidak bersinar seperti dulu, cahaya kebahagiaan pada wajahnya juga telah hilang.

Hanis kemudian mengiringkan badan ke kiri membelakangi mereka, bukan niat dia tidak mempedulikan mereka, tapi dia perluka sedikit ruang untuk menenangkan diri.

***

Langkah diatur laju dengan perasaan marah yang menyelubungi diri. Pejabat Huzair diredahnya, pintu bilik juga dipulas kuat.

Huzair yang baru sahaja ingin memulakan kerjanya terkejut dengan kedatangan Luqman. Dia bangun dari duduknya, memandang ke arah pintu.

"Kau.."

Luqman terus menerpa Huzair dengan menghadiahkan sebuah tumbukan. Huzair sampai terduduk ke lantai akibat tumbukan padu yang diberi Luqman.

"Kau apahal?" Jerkah Huzair.

"Kau tu yang apahal? Berani kau buat adik aku macam tu? Sampai dia masuk hospital!", Jeritnya. Dia mahu menumbuk lelaki itu lagi tapi pergerakannya dihalang oleh para pekerja di pejabat itu.

Meronta ronta dia melepaskan diri daripada pegangan mereka.

"Kau memang jantan tak guna Huzair! Aku ingatkan kau boleh jaga Hanis dengan baik tapi sebaliknya kau seksa dia! Seksa perasaan dia!", Tajam Luqman memandang Huzair.

Nafasnya naik turun menahan marah. Huzair yang bangun berdiri dipandangnya.

Huzair tergelak sinis sambil mengesat darah di bibir akibat ditumbuk Luqman.

"Adik kau tu yang bodoh! Dia yang tipu aku hidup hidup, dasar isteri derhaka! Dia curang belakang aku, jadi apa masalahnya aku nak buat dia macam tu?", Kata kata Huzair itu menambahkan lagi kemarahan Luqman. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi ramai sangat yang menahannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

"Dia patut hidup menderita, sebab dia dah sakitkan hati aku. Aku pantang dengan orang yang menipu, aku benci!", Jeritnya.

"Apa perasaan kau kalau isteri kau diam diam tidur dengan jantan lain!? Apa!?", Soalnya kasar.

"Aku kenal Hanis, dia takkan buat macam tu!" Huzair tergelak mendengar kata kata Luqman.

"Kenal konon, tapi kau pun menyumpah nyumpah dia haritu! Kata adik tak berguna lah, memalukan keluarga la. Sedar diri tu sikit!" Ujar Huzair.

"Kalau tak disebabkan adik kau perangkap aku dulu, aku tak ingin lah beristerikan perempuan jijik macam dia!", Ujarnya lagi.

Luqman hanya merenung tajam lelaki di depannya itu.

"Tak guna kau Huzair.." perlahan Luqman berbisik tapi mampu didengari Huzair.

"Apa? Aku tak berguna?", Dia gelak.

"Adik kau tu yang tak guna. Seluruh keluarga dia tak guna. Wah, berpakat ya korang ni nak kenakan aku. Korang nak apa?", Tanya Huzair, sinis.

"Terdesak sangat nak duit sampai sanggup jual keluarga sendiri.", Sambungnya.

Kemarahannya tidak dapat lagi dibendung. "Kurang ajar!" Dia menggunakan tenaganya untuk menendang Huzair tapi tidak terkena kerana lelaki itu sempat mengelak.

"Kau berambuslah dari pejabat aku ni. Kau dengan keluarga kau tak layak jejak sini. Busuk!", Kata Huzair.

Huzair kemudian memanggil pengawal keselamatan melalui telefon pejabatnya lalu dipanggil mereka.

"Aku dah panggil security, kau boleh berambus dari sini.", Huzair kembali duduk ditempatnya.

"Oh ya lagi satu, kau pesan dekat Hanis. Aku takkan ceraikan dia, aku nak biar dia hidup tanpa suami. Dan aku juga takkan bagi nafkah dan duit satu sen pun dekat dia. Pandai pandailah dia tanggung diri dengan anak haram dia tu.", Selamba Huzair berkata.

Pengawal keselamatan yang dipanggil Huzair tadi telah menarik Luqman keluar dari pejabatnya. Habis dipaksanya lelaki itu keluar dari situ.

"Kau tunggu Huzair! Satu hari nanti kau akan menyesal!", Jerit Luqman sebelum dia keluar dari situ.

Pekerja yang lain sudah beredar keluar menyambung kerja mereka.

Huzair tergelak sinis. Menyesal? Tak mungkin..

***

Luqman membuka pintu perlahan lahan, dia melihat Hanis yang sedang tidur. Dia mengatur langkah menghampiri katil, dia hanya memandang Hanis yang sedang baring itu.

Niatnya mahu berbicara sebentar dengan adiknya itu tapi dimatikan niatnya apabila melihat Hanis seperti nyenyak sahaja tidur.

Dia kemudian mengatur kembali langkah ke pintu.

"Abang Luq.."

Langkahnya terhenti. Luqman menoleh memandang ke arah katil.

Senyuman diberikan kepada adiknya itu. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung di situ.

"Hanis okay ke sekarang?" Soal Luqman.

"Alhamdulilah okay sikit. Sakit pun dah tak rasa sangat.", Hanis bangun dari baringnya dan duduk bersandar pada kepala katil.

Luqman hanya mengangguk. Dia menunduk sambil memikirkan ayat yang hendak dimulakan.

"Abang pergi jumpa dengan dia ke tadi?", Luqman hanya mendiamkan diri. Bila diingatkan, dia rasa marah sangat pada lelaki itu.

"Abang tak payahlah pergi jumpa dia dah. Biarkan dia, sekarang Hanis nak buka buku baru dengan kita semua. Hanis dah taknak ingat dah perkara lepas.", Ujar Hanis.

Luqman hanya mengeluh, dia serba salah dengan adiknya itu.

"Abang Luq tahu Hanis mesti kecik hati dengan abang kan?", Tanya Luqman.

"Hanis maafkan abang ya? Abang banyak sangat sakitkan hati Hanis. Abang tak fikir perasaan Hanis dulu, yang abang tahu marah je.", Hanis menggeleng sambil tersenyum.

Dia memegang tangan Luqman. Mana mungkin dia mahu bencikan abang kandungnya sendiri.

"Hanis dah lama maafkan. Takpe, Hanis faham situasi abang Luq. Kalau Hanis ada kat tempat abang pun, Hanis mungkin akan buat benda yang sama. Yelah, dah buat perkara yang memalukan keluarga kan?", Ujar Hanis.

"Hanis jangan berdendam dengan abang Luq ya? Abang taknak bermusuh dah dengan adik abang ni.", Hanis tergelak apabila Luqman mencuit hidungnya.

"Tak tergamak lah Hanis nak simpan dendam pada abang sendiri. Hanis sayangkan keluarga kita, lumrah manusialah kalau berbuat salah tu.", Balas Hanis.

Luqman menghembuskan nafas lega. Lega dia apabila Hanis tidak menyimpan apa apa perasaan marah atau dendam pada dirinya.

"Terima kasih adik cute", tersengih Hanis. Luqman memang selalu menggelarkan dirinya ' cute '. Tahu sangatlah abangnya ini suka manjakannya daripada kecil sampailah besar panjang.

*************

Continue Reading

You'll Also Like

1M 31.5K 69
Irdina Gadis yang berasal dari Kedah dan bakal berkhidmat sebagai doktor pelatih di Shah Alam Medical Centre. Dia sama seperti perempuan lain mengimp...
340K 14K 26
[Status: Completed ] Tak tahu macam mana boleh dia terlalu suatu lorong sunyi membuatkan dia terlibat menjadi saksi satu kes perbuatan kejam. Hidupny...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...
2M 71.8K 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemaranny...