✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

576K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 35

14.1K 574 23
By keylasyaff

MALAM itu diadakan majlis persandingan atau majlis resepsi Julian dan Medina secara besar-besaran di sebuah hotel. Medina agak hairan juga kerana segala majlis yang diadakan, Julian yang taja sendiri. Medina pelik. Darimana dia dapat duit sebanyak itu? Setahunya, Julian anak yatim piatu dan hidup seorang diri.

Banyak lagi yang dia tidak tahu mengenai suaminya sendiri walaupun sudah lima tahun mereka berkawan rapat. Sepanjang tempoh perkenalan mereka, Julian takdalah pula menceritakan latar belakangnya kepada Medina.

"Oi, Medina! Kau berangan apa tu ha?" Suara nyaring Iris mengejutkan Medina. Terkebil-kebil Medina memandang wajah putih Iris. Iris kini sedang menghias dirinya dari segi rambut dan juga baju pengantinnya. "Rilekslah. Baru petang tadi berpisah dengan encik suami. Takkan dah rindu kot," usik Iris kepada Medina.

"Ish kau ni. Kesitu pula fikir."

"Yelah. Orang baru jadi suami isteri ni selalunya angau tau."

"Takdalah. Aku cuma pelik. Setahu aku, Julian tu anak yatim piatu dan hidup sendiri. Dari mana dia dapat duit untuk taja semua benda ni? Dahlah majlis buat dekat hotel. Hotel lima bintang pula tu! Dia kerja apa?"

"Aik. Takkanlah kau tak tahu pekerjaan suami kau sendiri?"

"Memang aku tak tahu. Julian tak pernah cerita."

"Nanti esok-esok dia ceritalah tu. Dah, jangan fikir sangat. Harini hari bahagia kau. Kita happy-happy je eh! Lagi sikit je nak siap rambut kau ni. Kau sabar kejap."

Tersenyum Medina memandang Iris yang amag tekun menghias rambutnya. Irislah tukang pakai inainya, Irislah mak andamnya, Iris jugalah pengapitnya. Tak perlu membazir duit upah orang. Iris ada! Percuma pula tu. Sudahlah berbakat, tapi taknak bayaran. Penat Julian dan Medina memujuk supaya Iris mengenakan bayaran. Namun, Iris tetap berdegil. Katanya, dia buat ikhlas untuk Medina.

"Tada! Dah siap. Dina, lawanya kau. No wonderlah Julian tersuka kau. Kau ada kecantikan sendiri. Makeup pun tak payah tebal-tebal sebab kau dah natural beauty!" kata Iris sambil memuji-muji Medina. Medina dibawanya kearah cermin. Medina sendiri ternganga melihat penampilannya pada malam itu.

Baju berwarna peach dan ada hiasan bunga-bunya berwarna emas disekeliling pinggang hingga dadanya. Kain pula panjang sehingga mengheret lantai. Dia membelek-belek rambutnya dihadapan cermin itu sebelum menoleh kearah Iris dengan senyuman yang melebar.

"Iris! Cantiknya kau dandan aku. Kena bayar ni."

"Tak payah bayar, aku cakap. Aku buat ni semua ikhlas sebab kau. Kaukan sepupu kesayangan aku yang jarang dapat jumpa." Iris memaut tangan Medina manakala Medina menarik Iris kedalam pelukannya.

"Thank you, babe. Aku tak tahu nak balas budi macam mana."

"Tak payah balas pun." Iris membalas ikhlas. Dia menguntum senyum melihat Medina suka akan hasil tangannya. Medina berpusing-pusing mengayakan dressnya.

Tok! Tok!

Tiba-tiba, pintu bilik hotel itu diketuk oleh seseorang. Iris pantas menuju ke pintu dan membukanya. Farhan yang sudah berbaju kemeja segak berada dihadapan pintu untuk memanggil pengantin perempuan keluar kerana pengantin lelaki sedang menanti.

Medina sendiri menuju kearah adiknya. Ternganga mulut Farhan melihat penampilan kakaknya. Atas bawah dia memerhati Medina. Medina segera menepuk pipi Farhan apabila Farhan ternganga besar.

"Perh, cantiknya kakak! Far tak sangka! Kalini memang betul Far puji kakak cantik," puji Farhan seraya meraup mukanya. Kalau dia tengok pun dah meleleh air liur, macam mana pula dengan Julian?

"Ada-ada jelah Far ni. Kakak dah siap ni. Dah boleh turun ke?" Medina menyoal sambil menyarungkan kasut tumit tingginya dikaki. Iris pula membantu kain dress Medina supaya tidak terlalu menyeret lantai.

"Haa, sebab itulah Far datang ni. Far kena iring kakak. Abi taknak. Dia malu. Haha."

"Ada-ada jelah abi tu. Yang benarnya, abi taknak berpisah dengan umi. Dahlah, jom Iris," ajak Medina. Kainnya diangkat sedikit apabila dia mula melangkah keluar.

"Eh kejap. Bunga kau!" Iris masuk semula kedalam bilik hotel yang bakal didiami Julian dan Medina untuk mengambil jambangan bunga untuk Medina. Medina dan Farhan sedia menanti dihadapan pintu.

Seketika kemudian, Iris keluar bersama jambangan bunga ros merah lalu diberi kepada Medina. Mereka bertiga bersama-sama ke dewan bawah tempat mereka bakal bersanding.

Saat lampu dimalapkan dan lampu bulat putih mula terarah kepada Medina dan Farhan, seisi dewan itu senyap seketika. Semuanya memandang kearah Medina dan Farhan. Di wajah Medina terhias senyuman yang melebar.

Tiba sahaja ditempat pengantin lelaki bakal memgambil alih mengiring pengantin perempuan, Farhan sempat berbisik sesuatu kepada kakaknya. Tergelak Medina dibuatnya. Saat itu semua orang seakan terpaku dengan kecantikan Medina yang semula jadi.

"Close your mouth, Ian." Jari runcing Medina menyentuh dagu Julian supaya mulut Julian yang ternganga kembali tertutup. Terkebil-kebil Julian pandang Medina. Apabila tangannya memaut lengan Julian, baru Julian membuka langkahnya.

"Saya kahwin dengan bidadari ke apa ni?" Sempat Julian membisikkan ayat itu ditelinga Medina. Medina tersipu malu.

"Ada-ada je awak ni."

"You know what?"

"Apa?"

"Impian saya nak ada isteri secantik bidadari, tak sangka harini impian saya dah tercapai."

"Saya tak sesempurna bidadari."

"Saya tahu. Tapi bagi saya, awak dah cukup sempurna buat saya. Saya cintakan awak Medina. Sepenuh hati saya. Awak adalah nyawa, awak adalah kegembiraan saya. Awak adalah segalanya buat saya. Jiwa dan raga saya hanya ada awak. Saya hanya akan mencintai Nurul Medina Haura hingga akhir hayat saya. Saya janji akan jadi pemimpin yang bagus buat keluarga kita nanti. InsyaAllah," hujah Julian sepanjang jalan mereka kearah pelamin. Medina hampir menangis dek kerana terharu tapi ditahan. Nanti penat-penat Iris makeupkan, senang-senang dia nak rosakkan. Dahlah tak mula apa-apa lagi.

"Awak ni suka buat saya terharu. Saya nak nangis tak boleh. Nanti makeup cair. Hukhuk."

"Janganlah sedih-sedih. Harini hari bahagia kita."

"Awak tu main ayat jiwang pula!"

"Dah saya pula dipersalahkannya?"

"Hm."

Mereka akhirnya duduk diatas pelamin. Que dan Iris yang sedang menanti di tepi tempat duduk pasangan pengantin itu tersenyum. Medina dan Julian mengambil tempat duduk masing-masing. Dari tadi, juru gambar tak habis-habis menangkap gambar mereka.

"Psst, sayang?" Medina menoleh kearah Julian apabila Julian memanggilnya.

"Apa?"

"Nanti sayang nak anak berapa?"

Medina sekaligus terdiam serta pipinya sudah berona merah teruk. Que disebelah Julian yang mendengar percakapan Julian terus melibas Julian dengan kipas yang dipegang.

"Woi, agak-agak lah. Benda tu cerita nanti. Tak sabar benar kau ni kan?"

"Eh? Dengar pula. Habislah kantoi. Hahaha."








TBC.

Sorry kalau part ni sikit hihihi. Sengaja saya buat sikit sebab bab akan datang mungkin panjang (penuh dengan bunga-bungaan mekar hasil cinta IanMed) 😆

P/S: Gambar tak boleh nak bagi. Pakcik oren ni dengki dengan saya. Takpalah, next chapter saya try send gambar tu. Ocey, selamat membaca. Jangan lupa sahur dulu dan selamat bersahur geng <3

Continue Reading

You'll Also Like

109K 10.2K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
251K 12.7K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
366K 13.9K 44
1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terp...
1.5M 59.2K 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah...