✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

keylasyaff

576K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... Еще

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 7

9.1K 513 26
keylasyaff

FARHAN kehulur-kehilir dihadapan pintu gerbang sekolahnya. Sekejap kepalanya mendongak mencari gadis pujaan hatinya, Aleena. Lain tak bukan mesti nak tanya tentang hal pindah itu. Dan paling penting sekali, status sebenar dia!

Nafas Farhan turun naik. Dia sudah kelihatan gelisah. Tapak tangannya sudah berpeluh apabila batang hidup Aleena langsung tidak kelihatan.

"Farhan? Are you okay? Teruknya awak berpeluh." Teguran dari empunya suara yang amat dikenalinya itu membuatkan dia tersenyum nipis. Pantas dia memusingkan tubuhnya kebelakang dan gadis itu sudah ada di hadapan matanya.

"Yes, I'm okay," balas Farhan. Lupa sekejap tentang punca utama dia nak jumpa Aleena. "Ayah awak tak sampai lagi ke?" Farhan buat-buat menyoal seperti tidak tahu apa-apa. Sedangkan dia tahu yang Aleena selalu jalan kaki pergi dan pulang dari sekolah.

"Ayah?" Kening Farhan terangkat mendengar soalan Aleena. "Oh! Ayah saya... ahh... driver saya datang ambil harini." Aleena sudah tidak tahu hendak menjawab apa. Sejak ayahandanya sendiri datang kesekolah ini untuk berjumpa dengan pengetua sekolah, dia sudah takut untuk berbohong.

"Kayanya awak siap ada driver."

Aleena senyum. "Hahaha. Ya."

"Let me ask you something. Dan saya nak awak jawab dengan sejujurnya. Can you?" soal Farhan. Aleena sudah tahu yang riak wajahnya bakal berubah namun pantas sahaja dia mengawal riaksi wajahnya.

"Sure. What is it?"

"Betulkah awak nak pindah?"

Aleena terdiam. Macam mana Farhan tahu?

"Aleena? Answer me."

Aleena mengangguk perlahan sambil menundukkan kepalanya menekur lantai.

"Kenapa awak tak bagitahu saya?" soal Farhan lagi. Suaranya kedengaran sedikit kecewa. "Lagipun, PT3 dah dekat. Tak boleh tunggu ke?"

"Saya bukan taknak bagitahu, saya cuma... saya cuma taknak hati awak sakit. Saya tahu ia kedengaran agak pelik. Tapi, saya terpaksa."

"Awak memang dah sakitkan hati saya, Aleena. Awak rahsiakan hal ini dari saya. Awak rahsiakan status dan pangkat awak. I though we were friend. Why?"

Aleena menggeleng-gelengkan kepalanya. Dirinya sudah diselubungi rasa bersalah. "Saya tak tahu nak cakap apa, Farhan. Kalau saya jelaskan sekalipun, awak takkan faham. Tapi saya harap awak dah tahu siapa diri saya yang sebenar."

"Saya tahu... you're the princess. Tapi saya bertambah tak faham kenapa awak perlu rahsiakan benda ni pada saya. Awak tipu saya, awak tipu semua orang. Awak... awak..." balas Farhan lirih. Tidak sempat dia hendak menghabiskan ayatnya, Aleena sudah menengking dahulu.

"Awak tak boleh bercakap sebarangan tentang puteri diraja kalau awak tak tahu hal sebenar! Apapun, awak kena hormat keputusan saya. Hormat saya! Awak dan saya jauh beza, Farhan. Saya harap awak faham."

Farhan menghela nafas berat. Anggukan diberikan sebagai jawapan. Dia sudah tidak mampu lagi hendak membalas. Dia hanyalah orang biasa tanpa sebarang pangkat. Aleena pula anak sultan.

"Saya minta maaf, Farhan. Saya terpaksa pergi. Ayahanda saya betul. Tempat ini bukan tempat saya. Saya degil tak dengar cakap ayahanda bahawa tempat ini adalah tempat paling berbahaya pada saya. Saya tak patut percayakan awak. Mungkin dan boleh jadi... awak adalah seangkatan dengan mereka." Kata-kata Aleena membuatkan kening Farhan bertaut.

"Saya yang patut minta maaf," kata Farhan tanpa memandang wajah Aleena. Terlalu perit untuk menerima kenyataan sebenarnya.

Mindanya makin berbelit hendak mencerna apa yang Aleena cuba sampaikan. Aleena melangkah meninggalkan Farhan yang masih sedang mencerna kata-katanya.

Baru sahaja dia hendak melintasi segerompolan pelajar yang baru hendak keluar dari kawasan sekolah, Farhan terlebih dahulu menarik tangannya. Aleena tergamam seketika.

Farhan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan nota kecil kepunyaan Aleena yang sudah lama patut dia pulangkan. Kertas itu diletak diatas tapak tangan Farhan. Senyuman pahit dihadiahkan kepada Aleena sebelum dia beredar dari tempat Aleena berdiri.

Aleena menilik nota kecilnya itu. Ada contengan yang pasti bukan tulisan tangannya.

Pertemuan kita adalah suatu ketentuan :)

Saya pasti kita akan bertemu kembali.

- FR

Aleena mendongak semula untuk mencari Farhan. Namun, kelibat Farhan tidak kelihatan. Nafas berat dihela.

Semoga kita tak bertemu lagi, Farhan. Saya taknak awak terlibat sama. Hati Aleena sudah bertekad. Dia pasti dia dan lelaki itu takkan bertemu lagi.

Takkan sesekali.

FARHAN segera masuk kedalam kereta ibunya dengan wajah yang suram. Medina dan Louis saling berpandangan antara satu sama lain. Bahu Farhan dipegangnya untuk salurkan semangat.

"Hm... bunga bukan sekuntum kan?" Louis tiba-tiba bersuara. Medina menjeling tajam kearah Louis. Apa bendalah tiba-tiba je mamat ni. Setelah tersedar yang dia tersalah cakap, pantas dia tayang sengih.

"Farhan? Okay tak tu?" Eira pula menyoal. Dia hanya melihat anak-anaknya melalui cermin pandang belakang sahaja memandangkan dia sedang memandu pulang kerumah. Dia dapat lihat dengan jelas wajah Farhan yang suram.

"Okay," balas Farhan sepatah. Pandangannya dibuang keluar jendela. Pegangan kakaknya pun ditepisnya. Sekali lagi, Medina dan Louis saling berpandangan. Buntu hendak buat apa. Lagipun, mereka tak tahu apa yang terjadi.

Sampai sahaja dirumah, tak menyempat ibunya mahu matikan enjin, Farhan terlebih dahulu keluar dari kereta. Medina sudah sedia membuka langkah besar namun cepat ditahan oleh Louis.

"He need space," tegur Louis. Tangan yang berada dalam genggaman Louis dipandang Medina lama. Tangannya kemas berada dalam pegangan Louis.

"Ehem." Deheman dari Eira membuatkan Medina pantas merentap tangannya. Dia juga berlari masuk kedalam rumah.

"I need space too!" jerit Medina dan mengundang tawa Eira dan Louis.

"Kau need space apanya oi?!"

"Biarlah dia, Louis. Nampaknya kamulah yang kena tolong umi masak tengahari."

Baru sahaja Louis hendak lari naik keatas, Eira terlebih dahulu menarik bajunya. Ditariknya baju Louis sehingga ke dapur. Louis tak boleh membantah atau lari lagi kerana Eira telah meletakkan segala barangan dapur dihadapan Louis.

"Umi... Louis nak mandi dulu." Dia cuba mencari alasan.

"Takpa. Mandi tu kejap lagi boleh."

"Tapi umi..." Louis terdiam apabila mendapat jelingan dari uminya. Liur ditelan. "Haa, takpalah umi. Biar Louis tolong umi. Umi nak masak apa?" Louis menyoal dalam tidak rela.

"Umi nak masak asam pedas. Kegemaran Louis kan tu?"

Mata Louis sudah bersinar apabila mendengar lauk kegemarannya disebut. Dia telan air liur. "Upah Louis sebab tolong umi ke?" soal Louis seraya tersenyum.

"Hm, yelah. Kalau nak, tolong umi cepat," arah Eira.

"Aye, aye, captain!" Louis menabik gaya polis.

TBC.

Argh! Idea saya dah start merapu, dahlah merapu, sikit pula tu! Nak nanesssssssssss 😭

p/s: Saya update 2 jam awal, takpakan? Hehehe. Lagi satu, scene Farhan dan Aleena macam tergantung, siapa nak saya buat story pasal dorang pula lepas CMH tamat?

( Ya! atau Tidak! )

Продолжить чтение

Вам также понравится

324K 11.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
C | DIAN MAISARA Amsyar's

Любовные романы

325K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
511K 12.5K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...
623K 24.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...