[C]Crush Minta Kaki | KSJ

Von Lucidlassie

26.3K 4.4K 3.7K

"Agak-agaknya kalau aku bagi kaki kat crush aku,dia notice aku tak?" Start:1.2.2020 End:3.5.2020 Beautiful co... Mehr

👣Intro/Prolog👣
👣Bab 1👣
👣Bab 2👣
👣Bab 3👣
👣Bab 4👣
👣Bab 5👣
👣Bab 6👣
👣Bab 7👣
👣Bab 8👣
👣Bab 9👣
👣Bab 10👣
👣Bab 11👣
👣Bab 12👣
👣Bab 13👣
👣Bab 14👣
👣Bab 16👣
👣Bab 17👣
👣Bab 18👣
👣Bab 19👣
👣Bab 20👣
👣Bab 21👣
👣Bab 22👣
👣Bab 23👣
👣Bab 24👣
👣Bab 26👣
👣Bab 25👣
👣Bab 27👣
👣Bab 28👣
👣Bab 29👣
👣Bab 30👣
👣Bab 31👣
👣Bab 32👣
👣Bab 33👣
👣Bab 34👣
👣Bab 35👣
👣Bab 36👣
👣Bab 37👣
👣Bab 38👣
👣Bab 39-WYMM?👣
👣Bab 40-Ending👣
👣Special Chapter👣
👣Epilog👣

👣Bab 15👣

504 90 65
Von Lucidlassie


Caught in a lie


K

elibat wanita yang hampir menjangkau umur lewat 40-an itu sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi.

Dia mengukirkan senyuman manis buat aku tetapi aku balas dengan jelingan tajam.

"Jungkook,mari makan.Mama ada bu-"

Bicaranya aku potong.Telinga aku sakit mendengar suara menjengkelkannya itu.

"Mama?Aku tak pernah anggap kau sebagai mak akulah,perempuan.Aku tak hadap langsung nak makan makanan yang kau masak guna tangan jijik kau tu!"tengkingku kepada isteri appa aku merangkap mak tiri aku.

Tidak sempat mak tiri aku mahu berkata apa-apa,aku lebih pantas meninggalkannya yang kelihatan terkejut dengan tengkingan aku tadi.

Baik aku pergi jumpa Yoonji daripada menghadap muka mak tiri aku yang menyakitkan hati tu.Mesti Yoonji dah lama tunggu aku di taman.


👣


"Ini gambar dada kau,kan?"

Gambar dada lelaki yang mempunyai tatu seakan-akan tahi lalat di tengahya aku hulurkan kepada Jungkook.

"Yup.Ini dada aku.Macam mana kau boleh ada gambar dada aku ni?Kau tangkap gambar aku masa aku tengah mandi eh?Gatal."balas Jungkook sambil mula memandang aku semacam.

Sebuah keluhan berat dilepaskan.Tangan aku mula menggeletar sedikit kerana terlalu marah.

Marah kepada Jungkook yang sanggup membunuh orang lain yang tidak bersalah.

"Tarikh 1.9.2015,kau ada kat mana?Kau buat apa masa tu?Kau ada dengan siapa masa tu?"soalku persis seperti polis sedang menyoal siasat penjenayah.

"Kau dah kenapa tiba-tiba tanya soalan macam polis ni?Kau terpengaruh dengan dra-"

Bicara Jungkook aku cantas dengan sebuah tengkingan kasar.Jungkook terdiam mendengar tengkingan aku.

"Jawab jelah soalan aku!Jangan nak banyak cakap sangat!"

"Okay,okay.Tarikh 1.9.2015 aku ada di rumah.Aku study untuk exam english keesokkan harinya.Kenapa kau tanya?"balas Jungkook penuh yakin.

Aku tertawa kecil mendengar jawapan Jungkook.Selain membunuh orang,tak sangka Jungkook ni pandai menipu juga rupanya.

"Kau tipu.Gambar dada yang aku tunjukkan pada kau tadi ialah gambar dada orang yang bunuh Kim Sarang aka hantu Salokar pada tarikh 1.9.2015."

Riak muka Jungkook kelihatan takut.Pasti dia takut rahsia dia akan terbongkar.

"Pada tarikh 1.9.2015,kau tak ada di rumah.Aku tahu kau tak ada di rumah sebab hari tu aku pergi rumah kau dan mak kau beritahu kau belum balik sekolah lagi.Kau tak ada alibi untuk sokong dakwaan kau yang kononnya kau ada di rumah pada 1.9.2015.So-"

"So,kau nak kata aku yang bunuh Sarang?Sampai hati kau tuduh bff kau bunuh orang.Aku nak bunuh lipas pun menjerit.Inikan pulak nak bunuh orang."

Jungkook bangun daripada bangku.Dia mula beredar meninggalkan aku namun sempat dihalang oleh aku.

"Aku tak kata pun kau yang bunuh Sarang.Kenapa kau kata aku tuduh kau bunuh Sarang sedangkan aku tak sebut nama sesiapa pun?Ke memang betul kau yang bunuh Sarang?"ujarku cuba bermain kata dengan Jungkook.

Langkah Jungkook terhenti.Dia memusingkan kepalanya memandang aku.

"Yoonji,aku-"

"Aku tahu kau yang bunuh Sarang.Semua bukti dah ada dalam tangan aku.Apa yang kau nak tipu aku lagi,Jungkook?"

"Aku bukan nak ti-"

"Aku nak kau mengaku kau yang bunuh Sarang atau aku akan beritahu pada Jin.Aku akan beritahu Jin kau yang bunuh adik dia."

Sebuah keluhan terlepas keluar daripada mulut Jungkook.Dia mengambil tempatnya kembali di sebelah aku.

"Aku mengaku memang aku yang bunuh Kim Sarang,adik Jin.Tapi aku buat bunuh adik Jin sebab..."

Jungkook ragu-ragu untuk menuturkan kata-katanya.Dia menarik nafas sedalamnya lalu dia menyambung bicaranya.

"Sebab apa kau bunuh adik Jin?Sebab apa?"soalku yang kian tidak sabar menanti apa yang mahu dikatakan oleh Jungkook.

Tiada angin tiada ribut Jungkook tiba-tiba menangis teresak-esak.Siap lap hingus dia kat baju aku lagi.

"Aku bunuh adik Jin sebab Jin dah..."

Sekali lagi Jungkook melambat-lambatkan bicaranya.Ada jugak yang makan kaki aku nanti.

"Sebab Jin dah apa?Cakaplah cepat,Jengkuk."gesaku yang mulai jengkel dengan Jungkook.

"Aku bunuh adik Jin sebab Jin dah bunuh mak aku.Yang lebih teruknya,Jin perkosa mak aku sebelum dia bunuh mak aku dengan kejam."

Mulut aku terlopong luas mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut.Aku tidak tahu mahu memberi reaksi marah atau terkejut.

Nak marah belum tentu betul apa yang Jungkook cakap.Nak terkejut pun ada juga sebab kemungkinan Jin berbuat begitu pada mak Jungkook juga tinggi.

Dengan perangai miang keladi Jin tu,mungkin betul apa yang Jungkook cakap tentang Jin tu.

"Kau ada bukti untuk menyokong tuduhan kau yang Jin perkosa dan bunuh mak kau?Lagi satu,kalau betul Jin perkosa dan bunuh mak kau,kenapa kau tak laporkan pada pihak polis?"soalku yang mula mencurigai tuduhan yang dilontarkan Jungkook kepada Jin.

Kawan tetap kawan.Tetapi sekali kau tuduh crush aku yang bukan-bukan,kawan boleh jadi lawan tau.

"Aku ada peluru rasmi ketua kumpulan mafia Xiketic yang digunakan untuk tembak mak aku.Jin merupakan ketua kumpulan mafia Xiketic."

Jungkook mula menyatakan buktinya yang pertama.Sungguhpun begitu,perasaan ragu-ragu aku masih menebal terhadap Jungkook.

"Setakat peluru tu,kau tak pernah terfikir ke mungkin ada ahli kumpulan Xiketic yang curi peluru tu dan dia tembak mak kau untuk buat kau percaya bahawa Jin yang bunuh mak kau?"getusku cuba mempersoalkan bukti yang dinyatakan oleh Jungkook.

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia menyambung bicaranya semula.

"Aku pun pernah terfikir macam tu juga.Tapi pengintip yang aku hantar dalam kumpulan Xiketic beritahu yang dia nampak Jin perkosa mak aku."

Aku tertawa kecil mendengar bicara Jungkook.Dah jelas sangat Jungkook cuba menipu aku.

"Oh,really?Kalau betul pengintip kau tu nampak Jin perkosa mak kau,kenapa dia tak tolong?Takkan dia nak tengok je mak kau kena perkosa?"

Jungkook terdiam mendengar serangan mulut aku yang bertubi-tubi.Dah mati akal nak menipu la tu.

"Aku tahu kau menipu aku,Jungkook.Lain kali kalau tak reti nak menipu,tak payah menipu."

"Yoonji,aku tak berniat nak meni-"

Sekali lagi aku tidak membenarkan Jungkook bercakap.Aku tak akan biarkan dia tipu aku lagi.

"Kau tak berniat nak menipu aku?Habis tu,kau nak kata kau tak berniat nak bunuh adik Jin?Macam tu?"

Aku bangun daripada duduk.Tidak betah aku duduk lama-lama dengan Jungkook.Geram dengan Jungkook yang suka menipu sejak kebelakangan ini.

"Tak.Bukan macam tu?Boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap?Bagi aku je-"

"Kau nak aku dengar penipuan kau lagi?Sorry tapi aku tak ada masa nak dengar penipuan kau."

Langkah aku atur meninggalkan Jungkook yang masih kekal di tempat duduknya.Tidak sempat kaki aku melangkah,tangan aku dipegang oleh Jungkook.

"Tolong dengar penjelasan sahabat baik kau ni.Hm?Please?"pinta Jungkook bernada lembut.

Tangan Jungkook yang mendakap erat lengan aku dilepaskan.

Tanpa melihat sedikit pun wajah Jungkook yang cuba meraih simpati daripada aku,langkah aku buka.

"Tak nak.Aku tak nak dengar apa-apa daripada mulut kau.Jangan gunakan istilah sahabat baik kalau kau sendiri tak faham apa erti sahabat baik.Sahabat baik tak akan menipu sahabat baik dia sendiri."

"Yoonji..."

"Selepas kau menipu aku,kau rasa kau masih sahabat baik aku ke?"

Dengan satu ayat terakhir itu,aku yakin hati Jungkook sedikit sebanyak akan terguris juga.

Biarlah hati dia terluka.Ini demi keselamatan Jungkook dan keluarganya juga.

"Yoonji,dengarlah dulu penjelasan aku."ujar Jungkook yang masih tidak berputus asa.

Tangan besarnya kembali meraih tangan aku.

"Tak nak.Lepaskan aku."

"Yoonji,please dengar dulu apa yang aku nak cakap."

"Aku kata tak nak tak naklah.Kau tak faham bahasa ke?!Lepaskan aku!"bentakku kasar sambil bergelut melepaskan diri daripada Jungkook.

"Tak!Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak dengar penjelasan aku!Kalau aku tak dapat buat kau dengar penjelasan aku dengan cara halus,aku akan buat guna cara kasar."

Riak muka Jungkook mulai berubah.Senyuman sinis menghiasi wajah kacaknya.

Pada ketika itu juga,badan aku ditolak kasar ke tanah sehingga kepala aku terhantuk di tanah.

Tidak sempat aku mahu menarik nafas,tangan Jungkook terlebih dahulu mencengkam leher aku.

Melemaskan aku dengan rentapan tangannya yang kuat itu.Dada aku berombak mencari nafas semula.

To be continued...

A/N:

Maaf lama tak update and maaf sebab update kali ni hambar👉👈

Makin lama makin menyetan anak Jeon ni eh😈

Jin bila lagi nak menyejin😂

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

17.9K 1.7K 51
↦ when stray kids buat hal tanpa pakai otak ↦kalau ada ayat yang buat korang terasa , i'm sorry
1.3K 70 15
"Jeon Aerin" - Jeon Jungkook. "Maaf Saem, tapi nama belakang saya Park" - Park Aerin. Nak tahu apa jadi,,ha bacalah..hehehe
36.6K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
210K 20.9K 101
ㅡ another time is coming , I hope I'll enjoy my precious time in syawal with the same person in ramadan ! ♡ published on : ㅡ 1st syawal 2018