revenge ; parkseonghwa

geumvengers- द्वारा

44.3K 5.6K 2K

status 》 completed aku buat sebab nak balas dendam, tapi kenapa aku rasa macam aku terkena jerat sendiri? •g... अधिक

intro
one
two
three
four
five
six
seven
eight
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
shameless promotion

nine

1.2K 201 41
geumvengers- द्वारा

ting tong! ting tong!

"jap la aduuu tak sabar betul" seohee tetap merungut walaupun kakinya laju melangkah mendekati pintu utama. dia lihat ke dalam skrin, serta merta dia dekatkan muka dengan skrin untuk lihat dengan lebih jelas.

jeon heejin buat apa kat depan rumah seonghwa pagi pagi ni?

lah, kalau ya pun nak ada fair tunggu la dia keluar dulu, ini pagi pulak tu.

tapi tapi- apa apapun, siapa yang panggil heejin sebenarnya ni?

"aku yang panggil dia"

pantas seohee berpusing ke belakang. suara garau seonghwa pagi pagi ni eh buatkan seohee menelan liur. terperanjat sis kena sapa pagi pagi dengan suara macam tu yang muncul tiba tiba.

"kau panggil heejin datang sini? buat apa?" seohee berpeluk tubuh sambil menghadap seonghwa. dah lupa agaknya ada tetamu sedang menunggu kat luar tu.

seohee terkedu saat wajah seonghwa betul betul rapat dengannya secara tiba tiba. deruan nafas seonghwa pun masih terasa di telinganya. seohee tak pernah serapat tu dengan seonghwa-

"kalau ya pun bukak pintu dulu" seonghwa buat macam takde apa padahal dia baru je buat dada seohee berdebar dengan tindakannya tadi.

akhirnya, seohee dapat mengaturkan nafasnya selepas seonghwa jauhkan mukanya. rupanya seonghwa kedepankan badan sebab nak tekan skrin untuk buka pintu. tapi lain kali bagitahulah dulu, bolehla dia ke tepi bagi laluan. ini tidak, macam nak terkena serangan jantung dibuatnya!

kalau benci.. kenapa nak kena serangan jantung disebabkan jarak dorang tadi? aih musykil ni musykil.

"you all tahu tak i penat berdiri kat luar tu ish" terdengar bebelan heejin sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. beberapa beg yang nampaknya macam beg shopping diletakkan di atas lantai.

baru lepas shopping ke tu kak? tapi shopping mall mana yang bukak pagi pagi macam ni?

seohee memandang heejin dari atas ke bawah. budak ni, pagi pagi macam ni pun berlawa. tengok seohee, masih dengan baju tidurnya. tapi sejak bila je seohee nak berlawa sangat, pergi masuk office tu pun pakai baju biasa je. yang penting, kemas.

"lah kenapa seohee tak mandi lagi ni?" soal heejin.

apahal pula seohee nak kena mandi awal awal? baru pukul 10.15 pagi. majlis yang seonghwa katakan tu pukul 12 nanti. dia siap bukannya lama pun.

"memang kena mandi awal eh?"

"you tahu tak dah pukul berapa sekarang niii? nanti i nak siapkan you lagi"

bertambah kerutan di dahi seohee. siapkan apa pula? tak fahamla. pandangan tak mengerti diberi kepada seonghwa untuk penjelasan. seohee pasti, mesti ada kena mengena dengan seonghwa.

"oh- aku panggil dia untuk siapkan kau. takkan kau nak pergi majlis tu pakai seluar jeans dengan tshirt kau tu pulak. aku suruhla dia buat apa yang patut kat kau supaya nampakla macam menantu ceo sikit" laju seonghwa melarikan pandangannya.

"ah nanti nantila penjelasan tu. now, you pergi mandi sekarang. nanti dah siap i serbu je masuk bilik you" heejin menolak belakang badan seohee menuju ke tingkat atas. terkial kial seohee nak balas, kuat juga tolakan heejin ni.

"eh! eh!" mujur dia tak tersadung tangga tadi.

-

"eee kan i dah kata you ni cantik!" heejin tersenyum bangga melihat seohee yang sudah siap berpakaian dress had atas lutut dengan beberapa sentuhan heejin pada wajahnya. jangan lupa, rambut sekali.

seohee menelek tubuhnya pada cermin.

not bad juga dia ni.

tapi dalam diam, seohee suka sangat sebab dress yang dipakainya sekarang ialah dress yang selalu dilihat pada butik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah lamanya. ala yang dia kena tolak dengan pintu sebab heejin tempoh hari.

"i hope seonghwa suka tengok you macam ni"

"hmm ya ya" endah tak endah sahaja balasannya. taknak nampak sangat yang dia dengan seonghwa tu kahwin sebab terpaksa je.

"i harap you layan seonghwa baik walaupun dia tu kasar"

seohee berpusing menghadap heejin. pandangan pelik diberikan sehingga heejin tersenyum nipis.

"i tahu you kahwin dengan dia bukan atas dasar cinta. you jadi mangsa dia sebab dia nak mengelak daripada kahwin dengan i"

oh.. dia tahu.

huh mestilah dia tahu sebab dia yang suruh seonghwa cari perempuan lain kalau taknak kahwin dengan dia kan?

"apa kau cakap ni?" seohee buat buat tak faham.

"jangan tipu i lah, seohee. tengok bilik pun dah tahu yang you dengan dia tidur asing"

tajam juga pandangan dia ni. bahaya.

"i tahu dia memang kasar sometimes, tapi dia takdelah teruk macam yang mungkin you sangka. walaupun dia macam tu, tetap juga i sukakan dia" heejin memandang lantai sambil tersenyum tawar.

dahtu yang heejin bergaduh dengan seonghwa sebelum ni kenapa? bukan ke heejin kata dia tak kisah pun kalau tak kahwin dengan seonghwa? kenapa pula jadi macam tu kalau heejin sayangkan seonghwa?

"mesti you pelik kan kenapa i tak jadi kahwin dengan dia?" heejin mengangkat wajahnya kejap sebelum melarikan pandangan.

"i lepaskan dia untuk perempuan yang lebih baik dari i. macam you. dia lebih rela kahwin dengan you daripada kahwin dengan i. see? kalau i yang kahwin dengan dia, dah serupa i seksa dia pulak sebab dia memang awal awal dah menentang hubungan kami"

"that's why i harap you layan dia baik baik. luar dia nampak keras, tapi dalamannya baik. i tak tahu apa pandangan you pada seonghwa sebenarnya, tapi dia tak jahat" pandangan mendalam heejin berikan kepada seohee, dia cuba menyelami perasaan seohee.

baik apanya dah kalau sebab dia adik aku pergi!

"tu je yang i boleh kata kat you. don't worry pasal perasaan i, i takkan rampas dia dari you. i tak sekejam tu untuk rampas suami orang. lagipun memang dia anggap i macam adik dia je pun, so i pun anggap jela dia tu abang" heejin tersenyum manis, cuba untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri.

tok! tok!

"oi dah siap ke belum tu?" jelas suara seonghwa menyoal dari sebalik pintu.

"i pergi dulu. have fun today" heejin menepuk bahu seohee perlahan sebelum membuka pintu bilik untuk pulang.

"isteri you dah siap dah tu, jangan ternganga tengok sudahla" heejin ketawa kecil sebelum pergi tanpa menunggu balasan seonghwa mahupun seohee.

datang dahla tiba tiba, balik pun mengejut juga. dah namanya heejin la kan.

seonghwa menjegulkan kepalanya ke dalam. aih cantik sangat ke isteri dia sampai nak kena ternganga bagai? di saat matanya bertembung dengan mata seohee, terasa bahang mula naik ke pipinya.

eh betul la, lawa pula seohee ni. patutla heejin kata jangan ternganga!

halkum seonghwa bergerak ke atas dan ke bawah, dia menelan liur untuk menghilangkan rasa gementarnya. kenapa nak kena rasa gementar tengok seohee macam ni pula eih.

"c- cepat sikit turun! aku tunggu dalam kereta!"

"apa kena mamat tu?" soal seohee selari dengan pandangannya kepada seonghwa yang kelam kabut turun ke bawah.

"pepelik je"

-

pintu penumpang hadapan dibuka seohee. dia melangkah masuk. seonghwa buat buat macam tak nampak, fokus pada telefonnya.

"kau tunggu apa lagi?" tanya seohee pelik, dah seonghwa ni tahu dia dah masuk tapi tak gerak gerak pun.

"oh dah masuk? hmm" seonghwa mengangkat kepala dan meletakkan telefonnya ke tepi. sempat dia mengerling kasut yang dipakai seohee. dahinya berkerut saat ternampak kasut bertumit tinggi yang dipakai seohee.

demam apa perempuan ni pakai kasut tu?

"tukar jela kasut tu. nanti kau tak selesa"

selama ni, tak pernah lagi dia tengok seohee memakai kasut bertumit tinggi. pernah pun sekali je, semasa majlis perkahwinan mereka. tu pun kejap, lepastu seohee dah tanggalkan sebab tak biasa pakai.

"hmm nanti nanti"

"ada bawak kasut spare ke?"

seohee mengangguk endah tak endah je. fedup seonghwa dibuatnya. malas nak cakap dengan seohee ni. bercakap dengan kucing pun kucing bagi reaksi elok tau.

-

"seonghwa! seohee!" encik park memanggil anak menantu untuk datang kepadanya.

segera seonghwa dan seohee mengatur langkah ke arah encik park yang bersama dengan rakan sekerjanya yang lain. sampai sahaja, mereka berdua menundukkan kepala sedikit tanda hormat. terpaksa la seohee ni berlagak ayu dengan senyuman plastik yang tak lekang dari bibirnya daripada tadi.

"oh ini la menantu tuan? cantik" seorang lelaki yang berada dalam lingkungan pertengahan 50-an tersenyum lebar memandang seohee. daripada tadi seohee diperhatikan. tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan seohee.

berat hati seohee nak menyambut hulurannya, tapi disebabkan banyak mata yang memandang sekarang lagi lagi dengan bapa mertuanya, memang taklah dia nak buat buat tak nampak tangan tu.

"woo seohee. selamat berkenalan" seohee menyambut hulurannya, namun apabila seohee mahu menarik semula tangannya, makin digenggam kuat pula.

lelaki tua ni memang takde taste lain ke nak pegang tangan aku lama lama? jijik betul la.

seonghwa menarik tangan seohee kasar supaya genggaman tadi terlepas lalu dia pula memegang tangan seohee. kali ini, seonghwa pula yang menghulurkan tangannya kepada lelaki tadi.

"park seonghwa" walaupun seonghwa pasti yang lelaki tadi tu kenal dia, tapi sengaja dia berbuat demikian. apa ni sentuh isteri orang lama lama?!

senyuman lelaki tua yang dikenali sebagai encik jang tadi semakin memudar. lambat lambat dia menyambut huluran seonghwa.

"ya, anak tuan park. saya kenal. tahniah atas perlantikan awak sebagai pengarah eksekutif di syarikat ni. tak sabar nak bekerja dengan pengarah paling muda ni"

seohee memandang seonghwa terkejut. sejak bila pula seonghwa jadi pengarah kat situ? sebab tu ke seonghwa suruh dia jaga kafe tu?

"aku nak pergi tandas" bisik seohee perlahan.

kenapa.. kenapa hatinya sakit bila tahu sebab seonghwa buat macam tu?

cerita ni sumpah hambar namampos hm maafkan daku jika tiba tiba cerita ni hilang dari radar

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

45.6K 5.6K 30
∆ Orang lain cakap dia monster tapi tidak untuk aku
41K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
19.9K 2.7K 23
⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan...
47.8K 6.1K 43
Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia memaksa untuk membuang Captain Park Jihoon...