Bad Boy You're Mine (rewrite)

Door nuggetcaramel_

576K 27.8K 4.5K

[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirk... Meer

♡ Character ♡
Prolog
B B Y M 0 1
B B Y M 0 2
B B Y M 0 3
B B Y M 0 4
B B Y M 0 5
B B Y M 0 6
B B Y M 0 7
B B Y M 0 8
B B Y M 0 9
♡ N O T E S ♡
B B Y M 1 0
B B Y M 1 1
B B Y M 1 2
B B Y M 1 3
B B Y M 1 4
B B Y M 1 5
B B Y M 1 6
B B Y M 1 7
B B Y M 1 8
B B Y M 1 9
B B Y M 2 0
B B Y M 2 1
B B Y M 2 2
B B Y M 2 3
B B Y M 24
B B Y M 2 5
B B Y M 2 7
B B Y M 2 8
B B Y M 2 9
B B Y M 3 0
B B Y M 3 1
B B Y M 3 2
B B Y M 3 3
B B Y M 3 4
B B Y M 3 5
B B Y M 3 6
B B Y M 3 7
B B Y M 3 8
B B Y M 3 9
B B Y M 4 0
B B Y M 4 1
B B Y M 4 2
B B Y M 4 3
B B Y M 4 4
Epilog
S P E C I A L T H A N K S
S P E C I A L C H A P T E R 1
S P E C I A L C H A P T E R 2
S P E C I A L C H A P T E R 3
♡ My Beautiful Girlfriend ♡
S P E C I A L C H A P T E R 4
S P E C I A L C H A P T E R 5
S P E C I A L C H A P T E R 6
S P E C I A L C H A P T E R 7
S P E C I A L C H A P T E R 8
Q A Y S E R

B B Y M 2 6

7.9K 408 84
Door nuggetcaramel_


Ayuni terus masuk kedalam rumah mengikuti Zarif yang sedang membawa barang-barang yang dibeli mereka tadi. Ayuni merenung anak majikannya yang berumur setahun tua darinya itu.

"Abang," panggil Ayuni.

"Yes?" Zarif berpaling.

"Why you say that?" tanya Ayuni. Mukanya tampak serius.

"Say what?" tanya Zarif. Dia terus meletakkan kedua-dua beg plastik yang berisi barang dapur itu ke lantai.

"I'm your...... Girlfriend?" soal Ayuni.

"oh yah.. I'm sorry. I ............"

"Terpaksa?"soal Ayuni lagi.

"No.. Bukan tu maksud abang," ujar Zarif.

"Abang. I need to say this. Stop playing my heart. I'm not a robot," ujar
ayuni lagi.

"No. Ayuni. can you stop talking and hear my explanation?" pinta Zarif.

"Yuni tahu abang still sayangkan kak Farah. Tolong jangan mainkan hati Ayuni macam ni. Tolong jangan bagi Ayuni fake hope. Please," ujar Ayuni.

"Fake hope?" soal Zarif.

"Yes,after all sweetness you give to me. I know you're just kidding. But, please.. Don't let me love you," ujar Ayuni lalu terus mengangkat kedua-dua beg plastik itu ke dapur.

***********

Malam ini adalah majlis syarikat Encik Razali iaitu ayah kepada Adam. Malam ini juga dia akan memberitahu semua pekerjanya bahawa dia akan berkahwin dalam masa terdekat.

Ainul mendekati Adam yang sedang menjamah spaghetti aglio olio dengan penuh selera. Ainul mengetuk meja itu. Adam terus memandangnya.

"Sure ke kau nak buat semua ni?" tanya Ainul. Dia memandang sekeliling.

"Why?" ujar Adam.

"Kau tengok daddy kau. Dia happy gila hari ni. Takkan kau nak biar mood dia rosak sekejap lagi?" ujar Ainul.

"I had to," ujar Adam lalu menarik Ainul pergi ke belakang pentas dewan.

"Kalau kau tetap kena halau macam mana?" soal Ainul.

"Sebab tu kita kena buat betul-betul," ujar Adam lalu membuka komputer untuk hack screen depan dewan hotel.

Dia menekan-nekan papan kekunci di komputer itu pantas. Ainul sangat gementar dengan semua ini. Kalau lah kantoi dengan mummy dia yang dia bersubahat. Habislah....

"Done! 5 minit lagi. Benda ni akan terpapar dekat screen," ujar Adam.

"huh.. Adam no. Jangan jangan. Cancel kan semua ni. Aku rasa tak sedap hati," ujar Ainul.

"why? No no no. No cancel. Kau dah janji kan nak tolong aku?" ujar Adam.

"This is wrong! We can't do this," marah Ainul lalu menepuk bahu Adan kuat.

"Auch!! What's your problem?" soal Adam geram. Mukanya tampak marah.

"We should stop!" marah Ainul lalu menolak Adam jatuh dari kerusi itu.

Dia terus menekan-nekan papan kekunci itu walaupun dia tidak tahu apa yang dia buat. Memanglah dia tak tahu, dia bukannya belajar komputer komputer semua ni.

"No! Stop!" jerit Adam.

Tiba-tiba speaker berbunyi. Seseorang sedang bercakap di hadapan. Adam terkejut. Inilah masanya. Inilah masa yang Daddynya akan memberitahu pada semua pekerjanya.

"Assalammualaikum semua. Selamat malam. Seperti yang pekerja saya semua tahu, malam ini adalah ulang tahun ke 40 Syarikat kita. Jadi malam ini makanlah sepuas-puasnya. Ini semua ganjaran untuk usaha pekerja saya," ujar Encik Razali. Semua pekerjanya menepuj tangan dengan kuat. Ada jugak yang memuji-muji encik Razali.

"Malam ini juga, ada perkara yang saya ingin memberitahu kamu semua bahawa saya akan berkahwin pada.........."

Tiba-tiba semua terkejut memandang skrin di hadapan. Ada yang sedang berbisik melihat Encik Razali. Keningnya berkerut. Dia terus berpaling lalu melihat skrin di belakang.

Encik Razali terkejut. Kelihatan gambarnya bersama ceo perempuan syarikat Thinest sedang berpegangan tangan di dalam pejabat terpapar di skrin.

Adam dan Ainul pelik. Mengapa mereka semua terkejut? Aku paparkan gambar aku dengan ayah aku masa dulu je.

Ainul dan Adam terus berlari melihat skrin tersebut. Mereka ternganga melihat gambar itu. Mood Encik Razali berubah. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah Adam.

Encik Razali tahu ini mesti kerja Adam. Dia tahu yang Adam pakar bab komputer dan hacking. Dia terus melangkah ke arah Adam lalu menghantar tamparan yang kuat ke pipi Adam.

Pak!!

Adam menyentuh pipinya yang dilempang. Ainul menutup mulutnya terkejut melihat Adam dilempang kuat oleh ayahnya.

"Kau jangan buat aku marah boleh tak?! Kau tu dah lah tak ada mak!" kutuk Adam.

"How dare you daddy cakap pasal mama Adam?! Mama lagi eloklah dari perangai daddy tu. Kerja ngorat ceo perempuan je! Daddy ingat Adam tak tahu?!" marah Adam lagi.

"Kau ni memang anak derhaka!" Encik Razali mengangkat tangannya ingin menampar Adam lagi. Pantas saja Airiel menahan tangannya.

"Siapa kau ni?" tanya Encik Razali.

"Airiel?" ujar Adam dan Ainul serentak.

Terkejut mereka melihat Airiel yang tampak kacak memakai tuxedo di hadapannya. Rambut yang selalunya dibiarkan menutup dahi kini disikat ke atas dan telihatlah dahinya yang licin.

"Pewaris saham syarikat Helennis. Saya jadi wakil malam ini, CEO Helennis ada meeting di Pulau Pinang," ujar Airiel lalu melepaskan tangan Encik Razali.

"Bapak hensem sial," bisik Ainul ditelinga Adam.

"Ouh maafkan saya. Maaflah anak saya ni dia rindu dengan mak dia dekat skrin tu," ujar Encik Razali.

"What? That's not my......"

Ainul memegang tangan Adam. "You better shut up,Adam Mukriz." ujar Ainul.

"Ouh okay. Better encik padam gambar dekat skrin tu. Malu syarikat ayah saya nak berkawan dengan syarikan encik nanti. Thank you. Saya pergi dulu," ujar Airiel lalu pergi dari situ.

"ouh ye," balas Encik Razali . Dia terus berpaling semula kepada Adam.

"Tunggu balik rumah nanti," ujar Encik Razali lalu pergi dari situ.

"Daddy kau tak tahu ke kau geng dengan Airiel?" soal Ainul.

"Of course. Dia mana kesah pasal aku," ujar Adam.

"Are you okay?" tanya Ainul.

"No," ujar Adam lalu pergi dari situ. Ainul memerhati dengan simpati. Dia pelik macam mana gambar lain boleh keluar dekat skrin tu? Bukan ke Adam letak gambar dia semasa kecil bersama ayah dan ibunya?

***********

Hakim terus duduk dibirai katil melihat Farisya yang sedang bersiap itu. Farisya memandangnya dari cermin.

"Apa tengok tengok? Calit lipstik kat pipi kang," ujar Farisya sambil menyapu lipbamp di bibirnya.

"Saja. Kau nak pergi mana ni? Aku pun nak keluar. Nak gerak sama-sama tak?" tanya Hakim.

"Eh tak payah tak payah. Tak nak aku. Kau mesti nak pergi jumpa Audrey kan. Tak naklah. Nanti dia duduk sebelah kau lepas tu pegang-pegang tangan. Sorry, aku tak mampu nak jadi thirdwheel," ujar Farisya.

"Mana ada aku nak pergi jumpa Audrey. Dia pergi keluar dengan Vivi la. Dia pergi singapore 3 hari. Dia ada ajak aku. Tapi aku tak ikut," ujar Hakim.

"Kenapa kau tak ikut?" tanya Farisya.

"Dulu aku pernah keluar dengan dia dan kawan dia. Aku kena bayar pula apa dia shopping. Tak nak aku. Nanti banyak pula duit aku habis. Aku dah tengah kumpul duit nak beli Iphone 11 ni," ujar Hakim.

"Bukan kau jual Iphone ke dekat Instagram. Pemesemes_iphone kan?" soal Farisya.

"Ya. Memanglah," balas Hakim.

"Dah tu. Kau ada jekan duit bangang. Kau yang jual," ujar Farisya lagi.

"Tak nak. Nak kumpul juga," balas Hakim.

"Huh suka hati kau lah. Dah aku nak pergi tengok Safiya dekat hospital," ujar Farisya.

"Isya, kalau aku kata aku dah mula sayang kau. Apa kau nak kata?" tanya Hakim.

"Kau nampak ni? Aku lempang kau karang. Jangan nak mengadalah. Tak nak aku jadi madu Audrey gemuk tu," balas Farisya.

"So, aku tak payahlah kahwin dengan Audrey. Aku kahwin dengan kau je. Sampai bila-bila," ujar Hakim.

"Eh eh. Kau ni dah kenapa? Nanti kang aku kena belasah dengan Audrey macam mana?" soal Farisya. Hakim mencebik.

"Eh bila eh kita pergi kampung kau?" soal Farisya.

"Selasa ni," balas Hakim.

"Ha selasa? Yeay tak sekolah!" ujar Farisya gembira.

"Happy apa kau? Kau tengoklah nanti apa yang kau kena tanya dengan makcik aku. Mak cik aku tu bukan boleh. Kalau boleh dia nak tanya kita buat anak macam mana," ujar Hakim ingin menakutkan Farisya.

"Ish kau ni. Janganlah cakap macam tu. Buat aku rasa tak nak pergi je," ujar Farisya.

"Dah tu kau ingat aku nak pergi? Sepupu aku dah lah gatal gatal semua," ujar Hakim.

Farisya terus menjeling lalu melangkah ke pintu bilik.

"Isya," panggil Hakim.

"Apa dia?" soal Farisya.

"Aku sayang kau," ujar Hakim.

"Ha dahtu. Nak suruh aku buat party kau sayang aku dekat sekolah? Hakim buat fakehope gaisssss!" ujar Farisya berbaur perlian.

"I'm serious," ujar Hakim. Muka nya tampak serius juga.

"Kau ni kenapa?" langkah Farisya terhenti. Takut dia melihat Hakim memandangnya serius.

Tiba-tiba Hakim datang ke arahnya lalu mengunci pintu. Farisya terkejut.

"Weh apa ni? Aku nak pergi keluarlah," ujar Farisya.

"Shh. Tak boleh," ujar Hakim. Dia mendekati Farisya dengan perlahan.

"Er.. Ingat Allah Hakim. Ingat Allah," ujar Farisya mengundur ke belakang.

Farisya terperangkap kerana ada dinding di belakangnya. Hakim menarik tangannya lalu menolak badannya jatuh ke katil.

Farisya ketakutan. Dia memandang mata Hakim. "Weh sumpahlah? Aku 17 baru weh," ujar Farisya.

"Shh... Sorry," ujar Hakim.

***********

Iman laju memeluk aku apabila dis masuk ke bilikku. Dia memelukku erat sambil menangis.

"Are you okay?" tanya Iman.

"Yes. I'm fine," balasku sambil tersenyum nipis.

"Aku risau gila tahu tak? Bila tengok kau seorang diri dekat dalam tu, dengan apinya kuat. Aku tak boleh. Rasa sedih sangat weh," ujar Iman sambil meleraikan pelukan.

"Ye, weh. Kau tahu tak Iman ni dah nangis macam apa bila tengok tiba-tiba Airiel angkat kau keluar," ujar Fathia.

"Ai.. Airiel angkat aku keluar?" tanyaku. Kenapa aku tak tahu?

"Ya. Tapi yang paling risau Khairul lah. Dia lari laju gila. Lepas tu dia macam marah sangat. Dia geram. Dia menyesal sebab ikut kau pergi stor tu. And aku rasa dalam fikiran dia nak selamatkan kau je. Dia macam tak kesah kalau dia......" Ainul menggantungkan ayatnya. Dia takut kalau buat aku makin sedih.

"Kalau apa? Kalau dia mati ke?" tanya Iman dengan sengal.

"IMAN!" marah Fathia dan Ainul serentak. Mulut dia ni kang sepak kang.

"Mana Farisya do. Tadi dia yang kata siapa datang lambat kena belanja starbucks," ujar Iman cuba menukar topik.

"Dia nak belanjalah tu," ujar Fathia lalu ketawa kecil. Ha tak pernah tengok Fathia ketawa kan.

Tiba-tiba pintu itu terbuka. Farisya muncul sambil tercungap-cungap.

"Ha panjang umur monyet ni. Asal lambat?" soal Ainul.

"Long story," ujar Farisya melangkah ke katil.

"Eh eh eh. Long story pula. Dah la kata nak datang pukul 4.30. Ini dah pukul 6.30 ni. Ha nampak ni, nampak tak?" ujar Fathia. Dia menunjuk-nunjuk dengan jam barunya itu. Kemudian dia ketawa kecil.

"Kau ni dah kenapa ceria sangat hari ni? Selalu muka ketat je macam katak," tanya Iman.

"Abang aku baliklah. Kau apa tahu. Kau tak ada abang," jawab Fathia.

"Abang kau? Abang kau yang mana?" tanya Iman lagi.

"Ha abang aku la. Kau ni takkan tak tahu?" soal Fathia.

"Fathia Nadya binti Nazim, kau tahu tak kau ada 5 orang abang? Farhan, Adryan, Rayqarl, Erith dengan Luth. Ha yang mana?  " soal Iman. Dah kenapalah Fathia ni sengal sangat.

"Ouh. Ya ya. Abang aku Farhan. Hehe," ujar Fathia lalu membuat muka comelnya. Malu malu gitu.

Ainul menggeleng lalu berpaling ke arah Farisya yang sedang berbual denganku. Dia melihat Farisya pelik.

"Yang kau tadi kenapa datang lambat? Cerita cepat," tanya Ainul.

"Aaaaa... Sebenarnya,........" Farisya mengimbas kembali ingatannya.

Imbas kembali

"Shh... Sorry," ujar Hakim.

"Weh sumpahlah?! Malamlah malam," ujar Farisya ketakutan.

"hehehe" Hakim ketawa.

Segera dia mengeluarkan lipstik berwarna hitam lalu melukis kening bercantum dan misai kucing di pipi Farisya. Farisya memukul-mukul dada Hakim.

"Weh bodoh! Tak payahlah!" marah Farisya.

"HAHAHAHAHAHAH. Haaa kau ingat aku nak buat apa ha?" Gelak Hakim sambil merosakkan awning tudung Farisya. Dia terus melepaskan Farisya.

"EEEEEE KUAJALAH KAU!" marah Farisya. Air matanya menitik.

"Weh weh weh! Janganlah nangis. Aku gurau je," pujuk Hakim lalu menarik Farisya duduk.

"Aku penat tau tak taik?!" jerit Farisya sambil menangis.

"Ish sorry la sini la aku betulkan," ujar Hakim sambil memegang muka Farisya. Farisya mencebik.

"Ambil makeup remover dekat meja solek aku sekarang," arah Farisya dengan nada merajuk.

"Eh siapa kata aku nak tolong bersihkan?" ujar Hakim.

"Mummmmmmmm!" Farisya memuncungkan mulutnya.

Hakim tergelak lalu mencium pipi Farisya. Dia menggosok kepala Farisya kasar. Farisya terdiam.

"Apalah kau ni. Manja sangat. Kena kacau sikit pun tak boleh," ujar Hakim lalu pergi dari situ.

Farisya memegang pipinya yang dicium tadi.

"woi Farisya," panggil Ainul. Dah kenapa dia ni tiba-tiba pegang pipi.

Farisya yang baru tersedar dari lamunannya terus menurunkan tangannya dari pipi. Dia tersenyum malu. Iman menggeleng.

"Cepatlah cakap kenapa!" desak Ainul.

"Aku tak jumpa kunci kereta lah tadi," tipu Farisya.

"Yelah tu kau," ujar Iman.

"Guys," panggilku.

"Eh weh kitaorang terlupa pula tengah lawat kau. Sorry," ujar Iman.

"Tak apa. Aku nak pergi tengok Khairul jap. Kau orang duduklah sini dulu," ujarku sambila turun dari katil.

"Tak nak aku tolong tolak ke?" tanya Fathia.

"Tak apalah. Aku rasa aku dah boleh jalan," ujarku. Semalam aku pakai kerusi roda sebab badan aku lemah je.

"Ouh okay, elok elok jalan," ujar mereka berempat serentak. Aku tersenyum nipis.

*********

"Khairul masuk dalam stor tu ke masa tu, Khaira?" tanya Ameena dari dalam bilik Khairul.

Airiel curi dengar perbualan Ameena, Wawa dan Khaira di dalam. Tapi, Ameena nampak sopan pula kali ni. Dia pakai pakai baju tutup lengan. Dah kenapa entah.

"Tak tahulah Kak Meen. Tapi, kawan Khaira semua cakap macam tu. Abang rempuh pintu tu sampai pintu tu tercabut. Masa tu ada si perempuan tak guna tu je dekat dalam. Tak ada siapa halang abang masuk stor tu. Mereka semua tengok je abang yang dah menjerit-jerit dekat situ. Ini semua salah perempuan tu," cerita Khaira panjang lebar. Dia masih berdendam dengan Safiya.

"Bukan salah Safiya. Salah mereka tu tak tolong. Tengok je orang terseksa dekat dalam tu," ujar Ameena memujuk Khaira.

Airiel menggenggam penumbuk. Kenapa semua orang salahkan Safiya?

Tiba-tiba dia ternampak aku berjalan ke arah bilik itu. Airiel tak nak aku masuk dalam bilik tu. Nanti keadaan jadi makin teruk.

Aku datang ke arah Airiel. Aku merenung matanya. "Hai," ujarku lalu cuba membuka pintu.

"Saf," panggil Airiel sambil menarik tanganku supaya berada jauh dari situ.

"Kenapa ni?" tanyaku lemah.

"Teman aku pergi tempat lain," ujar Airiel.

"Pergi mana?" tanyaku.

"Ikut je. Jom?" ujar Airiel. Dia menyelak rambutnya ke atas. Aku terpegun seketika.

"Kenapa tengok aku macam tu? Hensem eh?" tanya Airiel.

"Aku tak larat nak berguraulah," ujarku.

Airiel menundukkan dirinya sambil mendekatkan mukanya dengan ku. "I miss you," ujarnya sambil merenung mataku.

"Jangan goda aku,please?" pinta Airiel. Aku hanya diam. Entah kenapa aku rasa tenang mendengar suaranya yang lembut berkata-kata itu.

"Aku.... Nak masuk," ujarku lalu melepaskan genggamannya.

Aku terus membuka pintu bilik itu perlahan. Terkejut aku melihat Ameena dan Khaira berada di dalam bilik tersebut. Airiel hanya membiarkan aku.

"Meen...." ucapku perlahan.

Khaira menggenggam penumbuk. Dia terus mendekati aku. "Kau nak apa?" tanya Khaira.

"Tolong bagi akak tengok Khairul," pintaku. Mataku menakung empangan air mata.

"Akak tak payahlah nak buat muka minta simpati. Akak tahu tak akak tu dah banyak menyusahkan abang. Khaira naik meluatlah tengok akak ni jadi attention seeker. Tak habis-habis cari perhatian abang. Akak ni tak ada maruah ke?" ujar Khaira kepadaku.

"Khaira, akak minta maaf. Tolong bagi akak tengok abang. Tolonglah sekali saja," pintaku.

"No! When Khaira said no, then it's mean no! A big no! You can't see my brother. Akak tu pembunuh! Sedar diri sikit!" marah Khaira.

Aku menangis. "Khaira akak minta maaf. Tolong bagi akak jumpa abang. Khairul is my boyfriend," ujarku.

Pak!

Khaira pantas menamparku. Ameena menutup mulut terkejut. Airiel pantas menarik aku ke belakangnya.

"Khaira Raihana!" panggil Airiel. Aku menyentuh pipiku. Sakit. Aku menangis tanpa mengeluarkan suara.

"Akak ingat akak tu siapa ha?! Suka hati akak nak mengaku abang boyfriend akak kan? Akak tahu tak akak tu tak layak?! Kau tu pembunuh!" kutuk Khaira marah.

"Khaira stop! You better shut your mouth now!" marah Airiel. Dia terus membawa aku pergi dari situ.

Aku menangis. Airiel menarik aku ke tempat lain. Tempat dimana kami berjumpa semalam. Dia terus pusing menghadapku apabila sampai disitu.

Aku tunduk menangis. Airiel melepaskan tanganku. "Kenapa aku tak boleh jumpa Khairul?" rintihku. Tersedu aku menangis.

Airiel hanya memandangku simpati. Dia amat faham situasi aku sekarang. Dia pernah merasainya.

"Aku nak jumpa Khairul. Aku sanggup melutut dekat mama Suhaila," ujarku.

"Dia dekat Paris lagi. Weekend ni baru dia balik," balas Airiel.

Air mataku makin deras mengalir. "Aku nak jumpa Khairul!" aku menangis seperti budak kecil.

"Boleh. Tapi, bukan sekarang. Dengar cakap aku. Sabar. Nanti semuanya akan kembali seperti biasa,"pujuk Airiel sambil mengusap kepalaku lembut.

"Tapi ni salah aku," ujarku sambil memandang matanya.

"Tak ni bukan salah kau," nafi Airiel.

"Aku yang bunuh dia," ujarku.

"Mana ada. Dia tak mati pun," nafi Airiel lagi. Airiel mengeluh.

"Ni salah aku kan?" tanyaku.

"Jangan salahkan diri kau boleh tak? Aku marah ni. Aku penatlah. Aku tahu bukan kau yang buat semua ni," marah Airiel. Dia terus menarik aku kedalam dakapannya. Aku menangis.

"Kenapa kau peluk aku? Kau kan tak suka aku," ujarku.

"Diamlah. Tinggi dah 156," ujar Airiel. Aku menyeka air mataku sambil meleraikan pelukan.

"Malas layan kau. Aku nak tidur," ujarku sambil memukul perut Airiel.

"Auchh," Airiel terjerit kecil. Sakit pun still boleh pukul kuat ke dia ni.

*************

"Meen nak daddy pergi cari budak perempuan tu ke esok? Kaki Meen tak baik lagi kan?" tanya Encik Norikhbar iaitu bapa kepada Ameena.

"I don't know lah daddy. Meen rasa tak payah kot," ujar Ameena sambil menyuap mulutnya degan beberapa ketul popcorn.

"Meen tak marah ke? Meen kan tak boleh dance esok. Eh no minggu depan kan. Program tu kena tangguh,kan?" celah Aman iaitu adik Ameena. Banyak sangat nama? Jangan risau, ini hanya sementara.

"Betul tu. Kesian Meen. Dah practise lama, tiba-tiba tak boleh dance masa hari kejadian," ujar Encik Norikhbar.

Ameena mengeluh. Selepas tengok video kiamat tadi, dia tiba-tiba rasa ingin berfikiran secara matang. Tidak mahu membuat keputusan melulu.

"Emm I think. I should give change to another girl to be the leader. Daddy tahu kan, Meen boleh buat lagi nanti," ujar Ameena.

"Tapi ni tahun akhir Meen dekat sekolah tu," ujar Aman.

"It's okay. I'm gonna take part on Ballerina National Competition. I have 3 monts to practise. I think I can do it," ujar Ameena dia tersenyum nipis sambil merenung kakinya yang berbalut itu.

"Princess daddy dah matanglah," ujar Encik Norikhbar sambil mengusap kepala Ameena. Ameena tersenyum malu.

*************

"Saya Cikgu Syazwan Bin Ishak akan bertanggungjawab atas kes kebakaran stor itu. Dalam masa seminggu, saya akan mencari punca kebakaran ini berlaku. Sama ada ia tidak sengaja atau sengaja. Dan sama ada ia dilakukan oleh alam atau manusia," ujar Cikgu Syazwan yang sedang berucap di hadapan perhimpunan.

"Ada kebakaran ke?" tanya Farah lembut.

"Yela kau ni tidur ke semalam. Eh sekekap asal cara kau bercakap dah lain?" soal Fathia pelik.

"Aku dah dapat ingatan aku balik," ujar Farah.

"SERES AHHHHHH?!!!" tanya Fathia teruja. Jangan tanya aku kenapa Fathia berubah perwatakan.

"Janganlah cakap kuat-kuat. Orang tengoklah," bisik Farah.

"Wah yeke?" tanya Iman dan Ainul serentak. Farah tersenyum sambil mengangguk.

"Wah aku tak sangka kau dah ingat aku balik. Rasa nak.... Menangis!" ujar Iman lalu memeluk Farah erat.

"Kan. Mesti Saf happy kalau tahu," ujar Ainul.

Farah terdiam. Dia teringat perbualan dia dengan Zarif di dalam telefon malam tadi.

Imbas kembali

"Zarif tolonglah bagitahu Farah buat apa?" ujar Farah.

"No. Aku dah kata kan aku tak nak tengok muka kau dah," balas Zarif.

"Tapi,kita call tak tengok muka," balas Farah.

"Aku nak kau jangan dekat dengan aku dan keluarga aku. Ni semua demi masa depan kau. Kalau kau dapat ingat semua yang kau dah buat nanti. Pergi jumpa doktor. Aku takut kau jadi gila. Dah bye," ujar Zarif lalu menamatkan talian.

"Saf...??" tanya Farah.

"Ya. Jangan cakap kau tak ingat dia," ujar Iman.

"Tak tak. Aku ingat. Mana dia?" tanya Farah.

"Dia masih dekat hospital. Esok baru dia keluar," jawab Fathia.

"Masuk hospital? Dia sakit apa?" tanya Farah.

"Dia... Terlibat dengan kes yang Cikgu Syazwan cakap tadi. Kebakaran stor," ujar Fathia.

"Stor.... Terbakar?" tanya Farah. Entah kenapa tiba-tiba hatinya berdegup laju.

"Ya. Saf satu-satunya manusia yang ada dekat dalam tu masa tu dan kau nak tahu. Khairul berlagak hero lepastu pergi masuk stor tu," cerita Fathia.

"Erm sejak bila kau banyak cakap," ujar Farah. Pelik dengan perangai baru Fathia.

"Sejak dia berkawan dengan Rizqin sengal tu lah. Kau tengok tu Rizqin bagi dia jam yang satu-satunya ada dekat asia," ujar Ainul cemburu melihat jam yang dipakai oleh Fathia. Fathia tersenyum malu.

"Mana adalah hihihi," ujar Fathia lagi.

"Ma...macam mana stor tu boleh terbakar?" tanya Farah.

"Tak tahu lagi. Tengah siasat. Tapi, aku dapat rasa ada pelajar yang buat.. Kau tahu tak masa tu berangin tau, pstu bila dh habis padamkan api aku tgk ada mancis kotak mancis dengan botol tapi minyak petrol dah habis," jawab Fathia.

"Sumpahlah? Mana kau tahu ni?" tanya Iman.

"Aku terjumpa sendiri semalam lepastu aku bagi Cikgu Syazwan. Sebab tu tadi Cikgu Syazwan kata dekat depan, sama ada ia disebabkan oleh alam atau MANUSIA," sengaja Fathia menekan perkataan manusia itu supaya pelajar lain dengar. Hampir kesemua pelajar perempuan disitu memandang ke arah Fathia. Agak agaklah nak cakap pun. Kuat sangat ni sister.

"Malu pula aku duduk sini," ujar Ainul. Dia menutup mukanya dengan buku notanya.

Selesai saja Cikgu Syazwan berucap dihadapan. Terus pengacara majlis mengendalikan perhimpunan semula.

"There is 2 announcement. Start next week, student are allow to bring smartphone at school," ujar pengacara itu.

Semue pelajar bersorak. Termasuk Iman. Terjerit-jerit dia mendengar pengunguman itu.

"Wow! The best announcement ever!" ujar Iman.

"Best? Aku tak rasa semua benda ni best. Sebab apa? Sebab bila diaorang bawa handphone pergi sekolah, siapa yang buat hal akan dirakam. Kau tak ingat ke Farah pernah viral sebab bergaduh dengan Airiel dulu?" ujar Ainul.

"Ha'ahlah. Hahaha. Tiba-tiba aku teringat Farah bertumbuk dengan Airiel sampai berguling-guling masa tingkatan 1," ujar Iman lalu tergelak besar. Farah pantas memukul bahu Iman kuat.

"Second announcement, our canteen will operate as before. So, it's mean no waiters at the canteen and snack room will reopened. That's all. Student can go back to class," ujar pengacara itu menamatkan perhimpunan pagi itu.

"Kau rasakan, kenapa tiba-tiba cikgu benarkan balik penggunaan telefon dekat sekolah?" tanya Ainul.

"Aku tahu. Semalamkan Cikgu Syazwan ada marah-marah sebab tak pasang camera cctv dekat stor tu. Lepas tu ada junior kata dia ada nampak seorang perempuan jalan pergi stor, tapi dia yakin bukan Saf. Dia nampak perempuan tu macam pelik sangat. Macam sembunyi dari sesuatu. Tapi dia tak nampak muka dan dia tak boleh rakam sebab tak telefon. Jadi, cikgu Syazwan nak mintak kebenaran pengetua untuk benarkan pengunaan telefon pintar dekat sekolah. So, kalau apa-apa terjadi boleh rakam," cerita Fathia panjang lebar.

"Seriuslah. Cikgu Syazwan tak tahu ke pelajar sekolah kita sangat famous? Ada gaduh sikit je, viral video. Pleaselah aku penat sia nak layan semua ni lagi. Baru haritu kan cikgu dah mula tak benarkan telefon di bawa ke sekolah. Tak sampai berapa bulan pun," balas Ainul.

"But, sekolah kita memang layak pun dapat kebenaran macam ni. This is private school. What is private school without freedom?" ujar Farah.

" Ha ye kau tak ingt ke dah berapa kali kau viral dekat sekolah ni? Dan sebab video viral kau lah, kau tak dapat jadi penolong ketua pengawas. Kau lupa ke?" celah Farisya.

"Eh MC ada dekat sini. Hahahaha best tak jadi mc?" soal Ainul.

"Best but nervous sikit. Kau tahulah dulu aku viral sebab tersalah sebut perkataan," ujar Farisya. Mereka tergelak.

Imbas kembali

"Pelajar Tingkatan 5 diminta ke studio sekolah untuk sesi penghambaran. Maafkan saya perkambaran. Maafkan saya lagi pengambaran. Maafkan saya. PERGI JE LAH STUDIO TU ADA AMBIL GAMBAR. DAH BOLEH BERSURAI," rungut Farisya lalu mencampak mikrofon itu ke bawah. Geram kerana dia salah sebut.

Semua pelajar tergelak besar. Ada beberapa pelajar tingkatan 3 merakam perbuatan itu dan menyebarkan videonya ke Instagram.

**********

"Assalammualaikum," ucap Abang Amin sambil mengetuk pintu bilik disiplin dari luar.

"Waalaikumsalam. Masuk," sahut Cikgu Syazwan dari dalam.

Abang Amin terus melangkah masuk ke dalam bilik disiplin tersebut lalu mengambil tempat di depan cikgu Syazwan.

"Ni awak punya ke Amin?" tanya Cikgu Syazwan sambil menayang sekotak mancis kepada Abang Amin.

"Eh ya. Rasanya tu saya punya. Mana cikgu jumpa?" tanya Abang Amin.

"Saya jumpa dekat belakang stor lepas api dipadamkan semalam," ujar Cikgu Syazwan.

"Belakang stor?" tanya Abang Amin.

"Ya, awak ada bagi benda ni dekat sesiapa ke?" tanya Cikgu Syazwan.

"Em tak ada rasanya," ujar Abang Amin cuba mengingati memori semalam.

"Awak pasti?" soal Cikgu Syazwan.

"Em saya rasa. Eh ada. Saya ada bagi dekat seorang pelajar ni," ujar Abang Amin.

"Siapa?"

"Farah Medina," jawab Abang Amin.

"Farah?"

"Ya, masa tu Farah ada minta saya mancis. Lepas tu dia kata Cikgu Ain panggil saya dekat taman. Bila saya pergi, cikgu Ain tak ada pun dekat situ," ujar Abang Amin menyatakan kebenaran

"Farah cakap macam tu?" tanya Cikgu Syazwan. Abang Amin mengangguk.

"Baik dalam masa seminggu ni saya akan suruh pelajar saya perhatikan Farah. Terima kasih Amin," balas Cikgu Syazwan.

"Sama-sama, cikgu. Saya keluar dulu ye," ujar Abang Amin.

"Baik-baik," balas Cikgu Syazwan. Abang Amin terus melangkah keluar dari bilik disiplin.

"Zarif saya nak awak perhatikan Farah dalam masa seminggu," Arah cikgu Syazwan.

"Baik, cikgu," jawab Zarif. Zarif mengeluh.

'Saya minta maaf, cikgu,' desis hatinya.

┏━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┓

T o B e
C o n t i n u e

┗━━━━ ☙ ☪ ☙ ━━━━┛

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

575K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
666K 25.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
100K 6.3K 29
Highest #1 in spy [Mohon maaf story agak merapu] CRUEL ANGEL Terdiri daripada tiga orang gadis yang berkerabat diraja. Mereka bercadang untuk berseko...
40.5K 2K 26
|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23