โœ… ๐Œ๐˜ ๐ƒ๐„๐•๐ˆ๐‹, ๐Œ๐˜ ๐–๐ˆ๏ฟฝ...

Par minwonshipper

21.2K 1.1K 445

Sambungan dari My Angel, My Sweetheart !Tapi kali ini kisah tentang kehidupan Jeonghan dan Seungcheol setelah... Plus

๐“˜'๐“ถ ๐“ซ๐“ช๐“ฌ๐“ด !
๐“๐“ฎ๐”€ ๐“ช๐“น๐“น๐“ฎ๐“ช๐“ป๐“ช๐“ท๐“ฌ๐“ฎ
๐“ž๐“ท๐“ฎ | 1
๐“ฃ๐”€๐“ธ | 2
๐“ฃ๐“ฑ๐“ป๐“ฎ๐“ฎ | 3
๐“•๐“ธ๐“พ๐“ป | 4
๐“•๐“ฒ๐“ฟ๐“ฎ | 5
๐“ข๐“ฒ๐” | 6
๐“ข๐“ฎ๐“ฟ๐“ฎ๐“ท | 7
๐“”๐“ฒ๐“ฐ๐“ฑ๐“ฝ | 8
๐“๐“ฒ๐“ท๐“ฎ | 9
๐“ฃ๐“ฎ๐“ท | 10
๐“”๐“ต๐“ฎ๐“ฟ๐“ฎ๐“ท | 11
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ต๐“ฟ๐“ฎ | 12
๐“ฃ๐“ฑ๐“ฒ๐“ป๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 13
๐“•๐“ธ๐“พ๐“ป๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 14
๐“•๐“ฒ๐“ฏ๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 15
๐“ข๐“ฒ๐”๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 16
๐“ข๐“ฎ๐“ฟ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 17
๐“”๐“ฒ๐“ฐ๐“ฑ๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 18
๐“๐“ฒ๐“ท๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ๐“ฎ๐“ท | 19
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚ | 20
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ธ๐“ท๐“ฎ | 21
๐“๐“ธ๐“ฝ ๐“๐“ท ๐“ค๐“น๐“ญ๐“ช๐“ฝ๐“ฎ !
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ฝ๐”€๐“ธ | 22
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ฝ๐“ฑ๐“ป๐“ฎ๐“ฎ | 23
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ฏ๐“ฒ๐“ฟ๐“ฎ | 25
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ผ๐“ฒ๐” | 26
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ผ๐“ฎ๐“ฟ๐“ฎ๐“ท | 27
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ฎ๐“ฒ๐“ฐ๐“ฑ๐“ฝ | 28
๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ท๐“ฒ๐“ท๐“ฎ | 29
๐“ฃ๐“ฑ๐“ฒ๐“ป๐“ฝ๐”‚ | 30
๐“ฃ๐“ฑ๐“ฒ๐“ป๐“ฝ๐”‚-๐“ธ๐“ท๐“ฎ | 31
๐“ฃ๐“ฑ๐“ฒ๐“ป๐“ฝ๐”‚-๐“ฝ๐”€๐“ธ | 32
๐“ฃ๐“ฑ๐“ฒ๐“ป๐“ฝ๐”‚-๐“ฝ๐”€๐“ธ | 33 [FINALE]
A/N

๐“ฃ๐”€๐“ฎ๐“ท๐“ฝ๐”‚-๐“ฏ๐“ธ๐“พ๐“ป | 24

509 29 30
Par minwonshipper

Joshua menunggu seseorang datang di dalam sebuah cafe. Tak lama kemudian seseorang itu muncul dan duduk di hadapannya.

" Lama tunggu ?" soalnya penuh perhatian kerana dia mungkin dah buat Joshua menunggu lama. 

" Taklah. Biasa saja." Joshua tersenyum nipis.

Lega soonyoung mendengarnya. Tapi berdebar juga bila Joshua tiba-tiba mahu berjumpa dengannya. Tak lain tak bukan ni mesti pasal Woozi.

" kau nak jumpa aku ni nak cakap pasal uji ke ?" dia lantas bertanya tanpa menunggu Joshua membuka mulutnya terlebih dahulu.

" kau rasa antara kita ni ada benda lain yang lebih penting nak dicakapkan ke selain daripada tentang Wooji ?"kedengaran sinis nadanya. Soonyoung hanya mendiam kerana ada betulnya juga apa yang Joshua katakan itu.

" Wooji beritahu aku yang kau sekarang dah cuba move on daripada dia. Betul ke ?" joshua yang berpeluk tubuh sedang menantikan jawapan soonyoung.

Soonyoung memandang Joshua dan tanpa teragak-agak dia membalasnya. " Nae matjayo. Aku sekarang tengah cuba untuk lupakan perasaan aku kat dia. Lagipun aku masih nak kawan dengan dia, aku taknak sebab ni dia taknak bercakap dengan aku lagi."

" Aku pun tak boleh nak paksa uji untuk terima aku. Dia tetap pilih untuk setia dengan kau walaupun lepas apa yang jadi. Jadi takde sebab lagi untuk aku terus mencuba  untuk mendapatkan cintanya dan menaruh harapan kat dia lagi sedangkan dalam hati dia hanya ada kau. Tapi aku tak hairanlah kenapa dia begitu sayangkan kau, kau dulu yang muncul dalam hidup dia sebelum aku." dia berkata dengan senyuman kecil. Perasaannya sekarang hanya lebih kepada reda saja yang woozi sememangnya ditakdirkan umtuk bersama dengan Joshua dan bukannya dia.

Joshua senang mendengarnya. Dia tahu bukan mudah bagi seseorang untuk move on dalam masa yang singkat tapi  keputusan yang Soonyoung buat untuk melupakan Woozi walaupun hatinya sendiri terluka, buat dia salute kan lelaki itu kerana  sanggup mengorbankan cintanya.

" By the way, aku minta maaf  sebab tumbuk muka kau masa aku datang ke rumah kau haritu. Kau kena tahu yang masa tu aku memang tak fikir panjang. Aku harap kau dapat maafkan aku." dia rasa kesal dengan perlakuannya di rumah Soonyoung tempoh hari. Dia cuma tak dapat nak kawal perasaan marahnya bila tahu Soonyoung membawa Woozi tinggal bersamanya.

" Gwaechanna. Aku pun  minta maaf sebab tak beritahu kau lebih awal pasal tu. Aku ikutkan saja permintaan uji, dia yang minta aku rahsiakannya daripada pengetahuan kau."

Joshua tersenyum. " Nah, it's fine. Jadi maksudnya kita seri lah kan ?"

" nampaknya macam tulah." sejurus itu, mereka berdua tertawa.

Usai tawa mereka reda, Joshua tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada Soonyoung. Kerana tidak tahu nak bereaksi bagaimana, Soonyoung terus menyambut huluran itu tanpa berfikir panjang. Mereka berjabat tangan.

" Let's be friends." ujar Joshua dengan senyuman.

Dengan perasaan gembira, Soonyoung membalasnya.  " And now we're friends." dan mereka berdua berbalas senyum.

...

Di pasaraya, Wonwoo dan jeonghan pergi membeli belah.

" Yah, wonu. Harini kita nak masak apa?" tanya Jeonghan sambil menolak troli perlahan-lahan tapi mereka berjalan seakan tiada hala tuju.

Wonwoo berfikir sejenak. Ikutkan dia pun tak tahu nak masak apa. Tapi kemudian dia terfikir satu menu.

" Apa kata kalau harini kita masak soondubu jigae ?"  soondubu Jigae iaitu makanan yang mengingatkan dia kepada Mingyu. Makanan yang kini menjadi kegemarannya sejak kali pertama dia merasa Soondubu Jigae sedap yang dimasak oleh Mingyu .

" Okay juga. Kalau macam tu, kaja. Kita cari bahan-bahannya." Ajak Jeonghan dan kemudian mereka bergerak mencari bahan-bahan untuk memasak soondubu jigae.

...

Sedang Wonwoo leka mencari Jeonghan yang entah kemana pergi dan menghilang, tiba-tiba pergelangan tangannya disambar dan ditarik pergi oleh seseorang.  Wonwoo tidak sempat mengawal badannya lalu ikut terheret sama dengan orang itu. Dia ingat lelaki yang menariknya itu ialah Jeonghan tapi sangkaannya itu meleset kerana daripada susuk tubuh belakangnya, jelas-jelas itu bukan susuk tubuh Jeonghan. Dia masih tidak dapat mengecami siapa. Tapi dari gayanya dia nampak seperti...  Jun ! Dia yakin itu Jun.

Lelaki itu menghentikan langkahnya di suatu tempat yang tidak begitu ramai orang yang lalu-lalang dan memandangnya. Dia dah agak lelaki itu ialah Jun. Wonwoo terus mengambil peluang menepis tangan Jun daripada  pergelangan tangannya.

" Jun kau nak apa lagi ni datang cari aku ?!!" tanya Wonwoo dalam nada marah sambil mengusap pergelangan tangannya yang sakit gara-gara cengkaman Jun yang kuat semasa menariknya tadi.

" kau sendiri tahu apa yang aku nak,wonwoo."- "AKU.NAKKAN. KAU." dia menekan setiap patah ayat itu supaya wonwoo jelas mengenainya dan tidak ulangi bertanya lagi apa kemahuannya di situ.

"Jangan harap sebab sampai bila-bila pun kau takkan dapat aku lah ,Jun! " dia jadi berani menjerkah Jun.

" Kau tahu...dalam dunia ni,takde satu benda pun yang aku tak mampu dapatkan.  Ni Jun lah. Semua benda yang aku mahu aku akan dapatkan termasuk KAU."  dia bercakap dengan penuh yakinnya.

" Aku dah hampir betul nak dapatkan kau tapi tak guna betul,  laki kau tu pergi outstation pun still nak menganggu kerja aku. " dia bengang memikirkan plan nya rosak disebabkan oleh Mingyu.

" cumanya aku nak tanya kaulah, ada function ke kawan-kawan yang dia hantar untuk tengok-tengokkan kau tu ? Macam tak je. " dia menyindir dengan senyuman sinis .

Tapi Wonwoo malas mahu membidasnya. Buang air liurnya saja jika bercakap lebih-lebih dengan manusia seperti Jun itu.

" Kau memang bernasib baik sebab aku tak buat laporan polis pasal kau Jun. Kalau kau masih juga taknak berhenti ganggu aku, jangan tanya aku kenapa lepasni kau ada dalam penjara." dia tidak berniat untuk mengugut Jun tapi dia memang tiada pilihan lain.

" Tiada sebab untuk pihak polis menangkap aku, jeon wonwoo. Kau mungkin boleh elakkan diri kau daripada aku, tapi ingat, kau tak boleh lari daripada aku kerana aku akan setiasa kejar kau.  Aku takkan lepaskan kau dengan mudah dan aku akan dapatkan kau tak kira dengan apa cara sekalipun." Jun tidak pedulikan ugutannya tadi dan masih berkeras untuk mendapatkannya.

" Wonuuu ~!" satu suara berteriak memanggil nama Wonwoo. Sebaik saja kepalanya ditoleh , dia nampak Jeonghan sedang mengatur langkah menuju ke arahnya.

" kita akan berjumpa lagi lain kali dan aku akan pastikan masa tu kau dah ada dalam genggaman aku." dia bercakap dan tersenyum sungging di tepi telinga Wonwoo. Kemudian, dengan segera dia melangkah pergi sekaligus menghilangkan dirinya daripada situ.

...

Di dalam kereta, Haena menghubungi Seungcheol.

" Saya nak jumpa awak. Tak boleh ke kalau kita berjumpa sekejap ?"

" Haena cukupla. Aku dah taknak ada apa-apa kaitan dengan kau. Selama ni kau dah banyak tipu aku pasal jeonghan lepasni apa pula ?"

" Tak, saya tak pernah tipu awak. Buat apa saya nak tipu awak, saya sayangkan awak.  Awak tahu lepas saya kena buang kerja, saya macam orang yang dah tiada life. Saya dah tak boleh kerja lagi di mana-mana syarikat, nama saya diblacklist , saya dalam buruan polis, saya takde sesiapa lagi selain awak and now i'm feeling so scared, cheol."

Pada masa yang sama Haena ternampak Jeonghan berjalan keluar daripada mall bersama seoramg lelaki. Anak matanya mengekori saja gerak-geri mereka di basement itu.

" Kau dah terlibat dengan kes rasuah dan penipuan ,Haena dan sepatutnya dari dulu lagi kau kena tahan dengan polis. Kalau kau betul sayangkan aku, serahkan jelah diri kau dan terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan kau."

Sebelah tangan haena memgenggam stereng kereta dengan kuat. Sudah jelas dia tidak boleh menerima semua yang Seungcheol katakan dengan mudah.

' Cheol, you better don't test me.' Dia mengetap giginya dengan kuat. Rasa marahnya yamg dirasakan tadi kini makin membuak-buak dan dengan pamdangan yamg berapi dia merenung Jeonghan yang berada tidak jauh daripadanya. ' Jadi kau nak bermain kasar dengan aku ye seungcheol, takpe aku ikut cara kau.' dia tersenyum sinis bila dalam fikirannga mula merangka rancangan jahat.

" Kau memang lelaki tak guna , seungcheol. Kau langsung tak pernah bagi peluang untuk aku masuk ke dalam hidup kau. Kau juga dah musnahkan semua impian aku dan semuanya juga gara-gara lelaki si** tu!"- " Jeonghan. Sebut pasal dia.. Aku nampak dia di mall sekarang. Aku terfikir, mesti kau takut kehilangan dia kan ?"  sinis nadanya.

"yah, kau jangan nak buat kerja gila Haena. Kalau apa-apa jadi dekat jeonghan , aku sendiri takkan maafkan kau."

"  Kenapa kau boleh fikir sampai sejauh tu pula , cheol ? Aku bukannya jahat sangat." dia tergelak sinis.

" Aku tak jahat tapi kau yang buat aku jadi macam ni, Seungcheol. Aku akan pastikan kau menyesal sebab buat semua ni pada aku dan aku akan pastikan kau rasa sendiri macam mana sakitnya bila hilang orang yang kau sayang!"

" Hae.." dia tidak mahu mendengar suara seungcheol lagi lalu dia  mematikan terus panggilan itu.

" Jangan risau... lepas jeonghan mati giliran kau pula yang akan menyusul dia ,seungcheol. Kau dengan dia sama-sama boleh pergi mati !"

🌸🌸🌸

Tbc;

Apa pulalah rancangan jahat Haena ? Kalau nak tahu tunggu chapter selanjutnya. Don't forget to vomment. 😘

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

5K 452 24
Park jimin! Bukan gadis biasa di mata setiap vampire. Dia menjadi buruan akibat kisah silam dahulu. Tapi, dia tak tahu kerana keluarganya rahsiakan...
3.4K 411 26
SEOKJIN,LELAKI YANG SERING DIBULI OLEH ORANG SEKELILINGNYA.DIA TINGGAL DENGAN MAKCIK DAN PAKCIKNYA YANG GILAKAN HARTA IBU BAPANYA . TAEHYUNG,LELAKI Y...
1.8K 95 4
I'm not a f****** omega 11218 werewolf 64/126 alpha 5/11 mate 5/10
2.5M 55.5K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...