FALAH | Serunai Maut ✔

Par Leena_syiha

859K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... Plus

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 5
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Falah | 22
| Falah | 23
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 27
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Falah | 38
| Linda | 39
| Falah | 40
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Kevin | 43
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

| Henry | 21

12.6K 1.7K 59
Par Leena_syiha

DIA sudah lama jaga, namun dia malas hendak bangun. Masih berbaring merenung siling rumah kayu ini. Berbungkus gebar tebalnya yang sangat digemarinya. Suasana pagi sangat sejuk biarpun kipas tidak dibuka. Buat dia rasa makin ralat untuk bangkit mandi.

Henry meletakkan tangan di dahi. Termenung sendirian. Falah sudah lama tiada di sisinya. Pastinya adik iparnya itu sudah pun keluar pagi-pagi begini. Tadi ketika solat subuh Falah tidak mengejutkannya, dia terjaga sendiri dalam jam enam setengah itupun kerana terdengar suara Falah membaca AlQuran di musolla. Nampaknya Falah solat sendiri sahaja subuh tadi. Akhirnya dia solat seorang sahaja di sebelah Falah yang tampak khusyuk benar dengan qurannya.

Entah kenapa selepas berhari-hari menjaga solat, dia jadi rasa serba salah jika meninggalkan sembahyang walaupun untuk satu waktu. Terasa ada sesuatu yang memberat apabila dia terlepas satu waktu solat. Kerana itulah biarpun dia tidak sempat berjemaah dengan Falah subuh tadi, tetap juga dia solat bersendirian.

Selepas subuh itulah dia kembali masuk ke dalam selimut dan lena akibat terlalu penat dengan kerja semalam. Falah pun seakan faham keadaannya, tidak dikejutkan dari tidur pagi itu dan adik iparnya itu nampaknya hari ini keluar bersendirian sahaja.

Tidak perlu disoal lagi ke mana Falah, pastinya lelaki itu ke pekan pada waktu begini. Waktu inilah waktu kemuncak kesibukan pasar. Maka Falah gunakan peluang ini sebaiknya untuk 'agenda'nya.

Mengambil hati penduduk kampung.

Berhari-hari berada di Pulau Jengka, Falah dan Henry tidak duduk diam. Kerap keluar dengan sebab saranan dari Falah sendiri untuk bersemuka dengan penduduk kampung kesemuanya. Bukan untuk bercakap tentang dakwah dengan mereka, tapi untuk ikram mereka atau dalam bahasa lebih mudah bermesra dengan mereka.

Tidak mudah rupanya untuk membetulkan akidah seseorang, malah ini bukan seseorang tapi satu kaum. Memerlukan usaha yang bukannya calang-calang.

Sabar itu sangat penting.

Teringat pula kata-kata Falah ketika mereka makan petang bersama-sama kelmarin selepas mereka kelelahan membantu penduduk kampung di jeti. Biarpun mereka tidak diendahkan malah dicemuh secara berhadapan, tetap Falah bertegas untuk membantu sehingga akhirnya orang kampung di situ terpaksa pasrah sahaja dengan kedegilan Falah dalam sikap ramahnya.

Dan waktu makan petang itu Falah mengatakan sesuatu yang bagi Henry dia mula sedar, kenapa Falah masih teguh mengambil hati penduduk kampung biarpun dicemuh dan dimaki.

"Rasulullah dahulu, mengajak kaum quraisy kepada Allah. Sedangkan kaum quraisy ialah keluarga Rasulullah. Baginda tidak gentar langsung. Tiga belas tahun baginda dakwah. Secara berperingkat. Tidak dengan mendadak. Bermula dengan ambil hati dahulu. Menunjukkan peribadi yang baik dan mulia. Tidak pernah memaksa. Kemudian selepas itu, barulah baginda dakwah secara terang-terangan. Waktu itulah kaum quraisy menunjukkan penentangan dengan sangat dahsyat. Orang islam diseksa. Para wanita juga dibunuh. Namun orang islam bersabar. Rasulullah tetap meneruskan dakwah. Walaupun berkali-kali dicemuh dan dibuat percubaan membunuh."

Falah diam sejenak. Menelan saki baki kuih dalam mulut.

"Dan kerana begitu banyak pengorbanan yang dilakukan, tiga puluh tahun selepas itu dua pertiga dunia ialah di bawah taklukan orang islam. Kejayaan demi kejayaan datang nenyembah di kaki mereka. Tak perlu disoal kenapa, Allah taala redha pada mereka di dunia dan di akhirat."

Falah pandang Henry dan Iman yang pegun mendengar kata-katanya. Bibirnya kemudian mengukir senyuman.

"Kita baru sahaja tiga hari berusaha, takkan dah putus asa kan?"

Henry akui dia tersentap mendengar ceramah pendek itu. Betapa dia banyak merungut dengan segala kelakuan Falah apabila Falah begitu bersungguh-sungguh membantu penduduk kampung sedangkan penduduk kampung hanya pandai mencemuh mereka. Namun apabila mendengar cerita itu dia dapat faham, kenapa Falah begitu teguh berusaha dalam semua itu.

Dan Iman di sebelah waktu itu nampaknya turut tersentak. Namun seperti biasa, wanita itu berlagak selamba sahaja. Henry dapat lihat dengan jelas perubahan wajah Iman selepas mendengar bicara Falah. Masakan tidak, Iman lah orang yang paling membantah tindakan Falah dalam mengambil hati penduduk kampung. Kata Iman semua itu sia-sia kerana akhirnya mereka berdua pulang dalam keadaan penat tanpa apa-apa hasil langsung. Dari segi duniawi mahupun ukhrawi. Sia-sia.

Henry bangkit dari baringnya. Tiba-tiba badannya terasa berlengas. Mungkin berbaring terlalu lama buat tubuhnya terasa lenguh dan tidak selesa. Dua tangan diangkat menggeliat.

Sejenak dia termangu. Teringatkan tingkah Falah setiap kali adik iparnya itu bangkit dari tidur. Dia selalu nampak Falah membaca sesuatu dalam keadaan duduk sebelum bangkit ke bilik air. Kekadang Henry jadi tertanya apakah yang dibaca Falah. Nampaknya nanti dia perlu menyoal Falah sendiri.

Dia berdiri. Mengambil tuala dan kelengkapan mandi yang lain. Sejurus membuka pakaiannya dan hanya bertuala. Tanpa berlengah segera melangkah keluar dari bilik.

Mandi.

"FALAH mana?"

Itu soalan pertama yang Henry dengar dari mulut Iman. Dari tadi sejak Henry mulai tenggelam dalam kertas siasatannya dan laptopnya, berkali-kali Iman lalu di ruang musolla itu - kekadang bergerak dari biliknya ke dapur, tidak lama kemudian wanita itu selesai lalu kembali ke biliknya, selepas itu ke dapur semula dan kembali ke biliknya tidak lama selepas itu. Sehingga hampir empat kali perkara itu berlaku, barulah kali ini Iman bertanyakan soalan pada Henry.

Dan soalan yang keluar ialah tentang Falah.

Henry tiba-tiba jadi sakit hati bila Iman bertanya tentang Falah padahal dia di hadapan mata.

"Dia ke pekan.. Buat kerja." Henry buat-buat sibuk dengan tablet di tangan.

Iman memeluk tubuh tak berpuas hati. Nafasnya dihembus. "Takkanlah dia ke sana lagi hari ni? Tak penat ke?"

Henry senyap sahaja. Malas hendak membalas. Sejenak mereka berdua diam. Iman merungut-rungut selajur melangkah ke muka pintu rumah.

"Dia balik bila? Lambat lagi ke?" Iman membebel seorang diri.

Henry jeling sekilas Iman.

"Yang you cari dia sangat kenapa?"

Iman merengus kencang. "I lapar." Jawabnya jujur.

Henry berhenti membelek kertas di tangannya. Tidak tahu hendak ketawa atau apa untuk jawapan Iman itu.

"Dah you pergilah masak." Sarkastik.

Iman menjeling Henry. "Kalau you nak sakit perut, I boleh je masak."

Henry tersengih. Macamlah dia tak tahu. Iman dan memasak? Tidak mungkin disatukan.

"You buat apa?" Selepas beberapa lama barulah Iman bertanya tentang Henry. Wanita itu menghampiri Henry perlahan-lahan. Hairan apakah yang dilakukan Henry, lagaknya macam sedang membuat siasatan. Tapi siasatan apa yang boleh dibuat di tengah pulau begini?

Henry hela nafas seraya bersandar. Laptop ditinggalkan sebentar. Matanya mengerling Iman yang sudah pun berdiri dengan tepi tubuh bersandar pada dinding, hendak mengintai apa yang dibuatnya.

"I siasat apa berlaku tiga puluh tahun lepas. I rasa you pun ingat tentang kes kampung yang hilang dekat pulau ini."

Wajah Iman berubah. "So apa you dapat?"

"Still tak ada apa lagi, adalah beberapa perkara yang I dapat tapi tetap tak bawak apa-apa manfaat."

"Apa dia?"

"Ada rumors kata yang tak semua mati malam kejadian itu. Ada yang masih hidup."

Iman dan Henry sama-sama diam.

Jeda.

Iman rasa bulu romanya meremang.

"Tapi I akan cuba cari lagi untuk tengok perkaitan antara kes itu dan kes kita kali ini. Manalah tahu ada persamaan. I dah suruh Aiman carikan untuk I."

Henry mengemas barangannya, laptop ditutup.

Iman pandang sahaja tingkah Henry. Sehinggalah lelaki itu bangkit dari duduknya, berjalan memasuki biliknya untuk menyimpan barangannya dan keluar kembali - Iman hanya termangu di sisi dinding itu dengan berpeluk tubuh.

Henry mengangkat sebelah kening memandang Iman, "You kenapa?"

Iman tersedar. Nafas ditarik dalam-dalam. Matanya dialihkan ke arah lain.

"You fikirkan apa?" Henry curious.

Iman geleng. "Tak ada apalah. You siap-siap ni nak pergi mana?"

"You jugak kata lapar tadi, jomlah kita pergi pekan cari Falah." Henry jalan dahulu pergi ke pintu.

Iman bersinar mata. Terus dia menyaingi langkah Henry. Tidak sabar untuk mengisi perut.




MEREKA berjalan tidak seiring. Iman di belakang dan Henry di depan. Pekan tidak sesak hari ini, tidaklah mereka perlu bersempit-sempit seperti biasa. Tampak nyaman. Orang pun tidaklah berkasar. Hanya membuat kerja sendiri.

Namun Henry sedikit sebanyak tidak berasa tenang apabila memikirkan keberadaan Iman di belakangnya, dia tidak dapat meneka apakah yang akan menimpa wanita itu. Dan sepastinya dia takkan bersedia jika ada marabahaya yang datang secara mengejut. Cukuplah dengan kejadian telur tempoh hari, dia sudah belajar untuk lebih berwaspada. Walaupun sebelum ini hanyalah telur, dia tidak tahu apakah yang akan dicampak selepas ini.. Mungkin meja pula atau boleh sahaja orang itu sendiri datang menyerang.

"Tak ramai orang hari ini." Komentar dari Iman mengejutkan Henry dari segala sangka buruknya. Dia menjeling sekilas pada susuk Iman yang hampir berada di sebelahnya. Namun tidak lama selepas itu Iman berundur kembali. Tidak mahu berada di sebelah Henry.

Henry mendecit. Ah, susah sangat ke perempuan ni nak berjalan sekali dengan dia?

"Mungkin ramai duduk dalam rumah.. Ini pun dah cukup ramai." Henry membalas mendatar. Matanya sesekali mengerling keadaan sekeliling. Ini pun dia dah rasa ramai. Kalau ramai lagi memang terus masuk fasa sesak.

"Ermm.. Mana pulak Falah?" Iman memeluk tubuh. Melebarkan pandangan ke serata pekan. Mahu mencari kelibat satu-satunya adiknya itu.

"Semalam dia ada kata nak tolong di jeti." Henry menjawab. Sengaja memperlahankan langkah agar seiring dengan Iman.

Ikutkan hatinya mahu sahaja dia tarik lengan Iman biar berjalan seiring dengannya, namun memikirkan amukan wanita itu selepasnya dia fikir lebih baik dia biarkan sahaja. Biarpun hati adamnya memberontak.

"So kita nak pergi jeti lah ni?"

"Ya."

"You tahu ke.."

Dup!

Bunyi sesuatu dilanggar dari belakang dengan suara Iman mengaduh serta merta menghentikan langkah Henry, mendadak dia menoleh.

"Auch.. Hati-hati lah berjalan tu." Iman berkerut dahi merenung pada lelaki bertubuh kurus yang sudah pun menjauhinya. Tadi lelaki itulah yang merempuh bahunya, nasib tak patah bahunya.

"Kenapa?" Henry serius.

"Tak ada apa.. Ada mamat tu langgar I."

"Kuat ke dia langgar?" Henry mencari kelibat mamat yang Iman katakan tadi.

"Tak pun.. Tapi sakit lah jugak bahu I."

"You jalan sebelah I." Henry tiba-tiba sahaja keluarkan arahan itu. Iman berhenti menggosok bahu. Wajahnya berkerut memandang Henry.

"Kenapa.."

"Haaa.. Itu pun kamu berdua!"

Serentak mereka menoleh, perbualan berhenti begitu sahaja.

Kelihatan Tok penghulu sedang tersenyum lebar berada di hujung jalan.

Henry dan Iman saling berpandangan.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.2M 64.2K 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
ZAR Par tihatti

Roman d'amour

235K 15.5K 40
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
35.2K 5.2K 8
Pembunuhan misteri kanak-kanak di flat murah Taman Merak membawa kepada siasatan berantai yang khurafat. Dan akhirnya membawa kepada pulau terpencil...