My Sagittarius {SEDANG DISUNT...

Bởi Nur_Aila

180K 5.6K 214

{Bio-tech thriller & action-romance} (VERY, VERY SLOW UPDATE) ***** "Berambus kau dari sini; jangan datang la... Xem Thêm

PERINGATAN MESRA
Bab 1 { MOOD }
Bab 2 { S's COMPANY }
Bab 3 { NEXT! }
PENGUMUMAN
Bab 4 { JADI... }
Bab 5 { SAMURAI }
Bab 6 { REPORT }
Bab 7 { PERJANJIAN }
Bab 8 { ADAPTASI }
Bab 9 { WHAT NOW? }
Bab 10 { PATHETIC }
Bab 11 { NICE TO MEET YOU! }
Bab 12 { LUCID }
Bab 13 { I'M YOUR FIANCÉ }
Bab 14 { P T S D }
Bab 15 { GIMME A BREAK! }
Bab 16 { PERTARUHAN }
Bab 17 { DEBARAN }
Bab 18 { INKUIRI }
Bab 19 { YANG DI SANA; YANG DI SINI }
Bab 20 { UNAVAILABLE }
Bab 21 { AIP...! }
Bab 22 { HAI! }
Bab 23 { POTRET }
Bab 24 { LAPANG }
Bab 25 { MI SIGNORA }
Bab 26 { JANJI part I }
Bab 27 { JANJI part II }
Bab 28 { RED GENES }

Prolog

9.6K 317 17
Bởi Nur_Aila

"Teganya mereka..." - Ain

___________________________________

Menangis. Suatu suara sayu yakni milik seorang gadis kedengaran bergema di seluruh kamar yang kelihatan berselerak dengan barangan yang entah apa-apa. Serpihan kaca juga turut tidak ketinggalan mencemarkan pandangan mata. Jika dilihat, pasti sesiapa pun akan menyangka bahawa tempat ini dihuni oleh seorang gila. Namun, hakikatnya seorang gadis belasan tahun terlihat rapuh berpeluk tubuh di bawah meja belajarnya yang tunggang-langgang dengan buku-buku dan lampu meja yang hidup segan mati tak mahu.

Hakikatnya dia sedang merintih lemah mengenangkan nasib yang menimpa. Dan sesungguhnya melankoli yang berlagu itu kedengaran sentap hingga ke kalbu. Ditambah pula dengan keadaan gadis itu yang celaka di bahagian kakinya, tangisan pilunya jadi tertahan-tahan dek berlawanan dengan emosi yang ribut dan akal yang hikmah.

Ain gigit bibirnya kuat-kuat. Yakni menahan rasa sebaik sahaja tangannya memegang bahagian kaki kanannya yang bertitisan dengan merahnya darah. Bertambah sadis, kakinya itu tempang...

Dan dia didera.

Didera oleh ibu tiri dan dua orang adik-beradik tirinya yang lain.

Tipikal? Well... Hidup ini memang penuh dengan perkara cliché. Andai engkau memutar semula ke masa lampau saat di mana Tanah Melayu dijajah British, dapat engkau melihat betapa klishenya jalan hidup ini.

What goes around comes around.

Sambil cuba menekup luka itu bagi menghentikan pendarahan, air mata yang sedia lebat Ain bertambah jurai menahan pedih yang menusuk. Berdenyut-denyut rasanya. Namun, saat bunyi paluan yang bertalu-talu menghentam permukaan daun pintu kamarnya, Ain langsung terkujat. Seluruh tubuhnya kejung untuk memberikan sebarang tindakan balas. Degupan jantungnya yang sedari tadi berdegup kencang, menambah rentaknya sehingga ke halwa telinga. Tidak semena-mena, Ain telan sendiri liurnya yang terasa kesat.

"Ya Allah..." Dalam hati, Ain mengucap panjang. Kepala ditunduk dan disembunyikan di lutut. Sungguh dia berharap dia mampu untuk hadapi semua ini sehingga ia berakhir. Namun, bunyi ketukan dan seruan angker si ahli sihir di luar itu semakin mendesak dia untuk terus berlari dari realiti yang gerun.

"Woi, budak tak guna! Buka pintu ni!"

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga beranak itu yakni Puan Azirah, Danisha dan Qashriq masih lagi berusaha memecahkan tombol pintu itu. Ain sembamkan lagi mukanya dan mengesot rapat-rapat ke kaki meja di belakangnya. Menghiraukan. Sebelum itu, sempat dia menjeling sekilas ke arah gugusan kunci kamarnya yang tersadai tidak jauh di kaki katil bujangnya. Ah... Nasib saja dia sempat mencuri kunci itu sebelum apa-apa.

"Diam, diam, diam..." Suara Ain berbisik sendiri. Digigit lagi bibirnya kuat-kuat bagi menahan diri daripada bertindak luar kawalan. Cukuplah si ahli sihir itu dan anak-anaknya yang membuat onar. Sesungguhnya dia takut tekanan yang menghimpit dirinya akan membawa bala yang lebih padah.

Beberapa detik berlalu, paluan di pintu kamar yang bertutup tiba-tiba terhenti. Langsung Ain tersentak. Spontan dia mengangkat kepala dan memandang tegak ke hadapan mengadap pintu. Kerutan seribu terpamer di wajah bujur sirihnya apabila keadaan tiba-tiba jadi hening seakan-akan berada di tanah perkuburan. Sungguh dia tidak sedap hati akan hal itu.

"Ain Humairah!"

Bang!

Langsung terhinjut bahu Ain apabila suara garau ayahnya tiba-tiba menerjah gegendang telinga. Bunyi paluan di pintu bertambah-tambah deras dan kasar apabila si ayah yakni Encik Farzlan mula masuk campur. Dan hal itu membuatkan Ain langsung terputus nyawa. Karena sesungguhnya apabila Encik Farzlan mula naik angin, dia tidak pernah selamat daripada kesialan. Akan ada perkara tak terjangka yang sering berlaku, dan itu semua gara-gara hasutan daripada Puan Azirah dan anak-anaknya.

Anak kandung sendiri dianak tirikan. Dan dia akan menjadi 'hamba kuli' kepada orang-orang di dalam rumah itu.

Sememangnya tragis.

Bang!

Pintu kamarnya berjaya dirempuh. Terus, batang tubuh Encik Farzlan menyerbu ke dalam dengan wajah menyinganya. Dia menunduk melihat tubuh kecil si Ain yang terperuk di bawah meja, lalu terus menyambar tangan si anak yang terketar-ketar bahu menangis. Tidak semena-mena, Ain terjerit ketakutan. Meronta-ronta dia cuba melepaskan diri daripada Encik Farzlan. Tubuh juga cuba diberatkan daripada terus diheret. Namun, apakan dayanya? Puan Azirah dan anak-anaknya hanya melihat dari belakang. Mereka tersenyum sesama sendiri; penuh kesetanan.

"Ayah, lepaskan Ain, ayah! Sakit..." Ain berterus-terusan merayu. Namun, Encik Farzlan hanya menghiraukan, malah dia lantang memberikan arahan kepada Puan Azirah.

"Azirah, kau angkut sekali segala pakaian budak ni ke bawah! Dah tak ada gunanya kita nak simpan lagi budak sial ni," ujar Encik Farzlan seraya menjeling tajam ke arah Ain. Hatinya membara. Melihatkan hal tersebut, langsung Ain menggeleng kalut. Air matanya berjuraian lagi dan lagi.

"Ayah, jangan ayah... Ain takut!" bentaknya, terdesak. Sesungguhnya... Ain ada fobia yang pelik. dia takut dengan orang. Dan hal ini berkemungkinan besar tercetus kerana tekanan yang dia alami daripada kekejaman ibu tiri dan adik-beradik tirinya yang lain.

Sampai saja di muka pintu utama, terus Encik Farzlan tolak tubuh kecil anaknya itu ke luar. Langsung tersembam Ain di muka lantai. Puan Azirah yang baru muncul di belakang tubuh Encik Farzlan segera melemparkan beg pakaian Ain. Dia merengus sinis sebelum berpeluk tubuh.

"Sudah-sudahlah tu... Kau tak payah nak berdrama lagi! Berambus dari sini! Tak mati punlah kau dekat luar tu," ujar Puan Azirah sinis. Ain pejam matanya sesaat; cuba untuk menghadam kata nista itu. Danisha dan Qashriq hanya bertepuk-tampar di belakang. Seronok benar mereka melihat adengan yang sedang berlaku.

"Berambus kau dari sini; jangan datang lagi! Aku takkan terima jejak kau di sini!" Encik Farzlan bersuara setelah beberapa detik berlalu. Matanya terjegil penuh amarah. Melihatkan hal tersebut, perlahan-lahan Ain bangun dari lantai seraya menyeka air matanya yang lencun di wajah. Tersedu-sedan dia menarik nafas dan menenangkan diri.

Suasana tiba-tiba jadi hening.

"Terima kasih... Untuk segalanya," ujar Ain perlahan, memecahkan kebuntuan. Sedikit demi sedikit, ulas bibirnya melengkung membentuk segaris senyuman tipis yang pilu. Dalam diam, dia kepal tangan erat-erat menahan rasa pilu yang kembali menghentam raksa. Ah, teganya mereka... Hati kecil Ain kembali merintih sendu.

"Sudah-sudahlah berdrama... Pergi main jauh-jauh! Meluat aku tengok muka sok suci kau tu." Danisha yang berdiri di sisi Puan Azirah, segera menyampuk. Riak wajahnya jelas meluat. Namun, Ain sekadar mengulum senyum, sebelum dia menundukkan badannya sembilan puluh darjah lagak orang Jepun. Buat ke sekian kalinya, air matanya tumpah menimpa lantai.

"Ain minta maaf," ujarnya sebelum mencapai beg pakaian yang berada tidak jauh dari hujung kakinya. Seusai itu, Ain terus bergerak ke pagar rumah. Selak pagar ditarik perlahan-lahan, sebelum tubuh kecilnya hilang daripada pandangan mata ahli keluarganya. Berat langkah diorak. Ain terus pergi tanpa berpaling lagi.

*****

Satu demi satu langkah diorak. Ain singgah di sebuah perhentian bas sebelum mengambil tempat di bangku besi yang terdapat di situ. Dia lepaskan keluhan lemah sambil cuba mengintai-intai kaki kanannya yang berdenyut-denyut kesakitan. Kelihatan luka yang berdarah tadi sudahpun kering. Terus, tidak semena-mena Ain tersenyum kecil. Syukurlah... Sekurang-kurangnya dia tidak perlu risau lagi andai kudratnya menjadi lemah.

Malam yang suram dan dingin ditatap. Ain tersenyum kelat apabila tiada bayang rembulan di situ, menandakan hari bakal ditimpa hujan. Terus, bibirnya berbisik sendiri, "Seems like you know me well, dear moon. Thank you for being with me..."

Sepi. Ain duduk termenung memikirkan hala tujunya selepas ini. Sudahlah sendirian tanpa apa-apa. Tiada wang... Tiada telefon... Apa yang harus dia lakukan?

"Mungkin aku patut cari rumah anak yatim di sekitar sini?" Akal Ain mula menimbulkan cadangan. Setelah ditimbang-tara, dia lantas bangun dan mengambil beg pakaiannya. Langkah kembali diorak setelah itu. Namun, Ain terjeda saat matanya terpandang lagi langit malam yang mendung di atas. Langsung, tidak semena-mena dahi ditepuk.

"Allah, lupa pula malam ni nak hujan! Macam mana ni...?" Ain menggerutu sendiri. Depan dan belakangnya dipandang. Kalau dia menunggu, perhentian bas ini nampak terlalu menyeramkan baginya. Belakang sana sudahlah seperti gudang terbiar!

"Ah, jalanlah! Sementara tak hujan lagi ni... Baik cari tempat terang sikit," getus Ain, tekad. Lantas dia bergegas beredar dari perhentian bas itu. Tali beg pakaiannya digenggam erat. Sejujurnya... Entah mengapa dia berasa tak sedap hati; bagaikan sedang diperhati. Lantaran itu, Ain meniupkan kata semangat dalam dirinya agar bertenang. Nafas ditarik dan dihela panjang.

Jalan dan jalan dan jalan... Tidak semena-mena langkah Ain terhenti apabila suatu bunyi aneh menerpa gegendang telinganya. Langsung, bulu roma Ain merinding sembilan puluh darjah. Takut-takut dia memusingkan kepalanya ke sisi; mengintai melalui ekor mata. Buat ke sekian kalinya, Ain telan liurnya yang terasa kesat sebelum bersuara, "Si... Siapa tu?"

Dum!

Langsung terlepas beg pakaian Ain apabila suatu bunyi yang kuat bergema dari gudang terbiar di belakangnya. Bertambah tersentak dia apabila ada suatu botol kaca yang bergolek dan terkena pada kakinya. Lantas perlahan-lahan, Ain meninggung penasaran seraya sebelah tangannya mencapai botol kaca tersebut dan ditilik. Berkerut dahinya apabila suatu bau yang busuk menyengat deria hidungnya.

"Ergh... Arak ke apa ni?" Lantas botol kaca tersebut dijauhkan dari hidungnya. Ain buang jauh-jauh botol kaca itu darinya sebelum bangun. Baru saja mahu bergerak mencapai beg pakaiannya, tidak semena-mena ada suatu tangan yang menangkap tubuhnya dari belakang. Langsung Ain terjerit.

"Argh!!"

Bergelut dia di dalam kepungan tangan misteri itu. Degupan jantung Ain kembali memainkan peranan adrenalinanya saat dia menyedari bahawasanya dia diheret ke suatu tempat. Bunyi guruh di langit menambahkan ironinya apabila hujan lebat mula menukarkan titikan demi titikan kepada badai yang lebat.

Ain meringis kesakitan apabila tubuhnya dicampakkan ke bawah. Habis melekat segala debu di pakaiannya yang sudah lencun. Terus Ain mengesotkan tubuhnya apabila dia terpandang akan raut wajah seorang lelaki asing yang ngeri dengan bunyi hilai tawanya. Tanpa disedari, air matanya kembali bolos. Bertambah pilu apabila Ain menyedari bahawasanya dia berada di suatu gudang usang; tak lain dan tak bukan gudang terbiar tadi.

"Tolong... Jangan..." Teresak-esak Ain menangis apabila lelaki tadi mendekat. Sudahlah serupa seperti orang mabuk Todi. Bertambah parah Ain apabila belakangnya terlanggar sesuatu. Saat dia menoleh ke belakang, nafas Ain langsung terputus apabila lima lagi lelaki asing elok tercegat dengan senyuman mereng mereka.

Langsung histeria tangisan Ain apabila tangannya ditarik oleh salah seorang daripada mereka yakni seorang lelaki berkepala botak. Bergema tangisan dan rayuan pilunya apabila dirinya dikepung oleh enam orang lelaki tadi, termasuklah lelaki asing yang pertama-tama sekali. Ain cuba untuk melawan, namun sia-sia. Dirinya terus ditarik dan dipasung dari belakang... Dan mereka yang lain terus dan terus mengambil kesempatan untuk merentap pakaiannya yang basah dan lembap.

Kepala Ain semakin berpusing dek tekanan yang dialami. Kudratnya semakin lelah untuk terus melawan. Lama-kelamaan, matanya terus terpejam daripada perlawanan emosi dan fikiran yang menyesakkan; sebelum sempat dia melihat gerangan yang muncul di sebalik kesamaran malam yang kelam.

"Woi!"

"Oh, shit you, motherfuckers!"

_______________________________

New edit! Sebenarnya tak adalah beza sangat dengan yang dahulu, cuma mungkin yang kali ni punya saya akan buat lebih terperinci dan lebih kemas. Pendapat? Cuba komen sikit...

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

HYDRA 187 Bởi eynaasarah

Bí ẩn / Thriller

22.6K 2.1K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
88.4K 804 18
Hidup seorang Tunku Farisha Mikayla sangat tenang dan damai sehinggalah muncul seorang lelaki yang mengganggu ketenteraman nya. "Dia stalk aku selam...
1.4M 16.2K 21
"Sayang?", dia tengok aku dengan muka tak percaya. Aku senyum menggoda dan cium jaw dia. Bila dia mula tanggalkan bra aku, aku tahu apa yang aku pa...
13.8K 57 17
【ONGOING】 Danny hanya memeluk Elisavera erat. Tak mahu lepas. Dia tidak akan memberitahu mimpinya itu kepada Elisavera. TIDAK AKAN. " I had a nightm...