Love?? Hakthuiii ✔

Od dUkeLawa

1M 18.5K 2.9K

Dont trust anyone who says love to you Více

prolog
satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
satu kosong
satu satu
empat tiga
satu dua
satu tiga
satu empat
empat empat
satu lima
satu enam
satu tujuh
satu lapan
satu sembilan
dua kosong
dua satu
dua dua
dua tiga
dua empat
dua lima
dua enam
dua tujuh
dua lapan
dua sembilan
tiga kosong
tiga satu
tiga dua
tiga tiga
tiga empat
tiga lima
tiga enam
tiga lapan
tiga tujuh
tiga sembilan
empat enam
empat kosong
empat enam
empat satu
empat tujuh
empat dua
empat sembilan
lima kosong
empat lima
lima satu
lima dua
lima tiga
lima empat
lima lima
lima enam
lima tujuh
epilog
thanks note
thanks

empat lapan

13.3K 269 38
Od dUkeLawa


Emilia

Luahan hati Ayie malam, ermmm... awal pagi tu telah membuatkan aku sedar sampai bila aku nak menafikan kehadirannya dalam hatiku. Hanya dia, satu satunya insan bertakhta di hati.

Memang itu yang aku nak dulu. Tapi itu dulu, sekarang??

Aku sengaja menguji dia samada dia betul ikhlas denganku atau sama seperti dulu. Lega, Ayie meninggalkan aku berseorangan di rumah. Seram sejuk jugak dengan projek berkemban yang aku lakukan. Tak pasal je peristiwa lama berulang kembali. Aku sendiri tak percaya dengan diri sendiri dan nafsuku yang tertangguh ni.

Penat la nak jual mahal dengan dia. Kesian juga bila aku sering memulaukan dia sedang dia berusaha sungguh untuk menarik perhatianku. Sampai bila nak main macam ni. Nanti dia cari lain, padan muka kau Lia.

"Sayang, I still love you no matter what". Bisik Hasri saat dia memelukku dikala hujan bercurahan turun membasahi bumi. Getaran di dada semakin hebat. Suhu di dalam kereta mencanak naik, sedang hujan menyejukkan bumi.

"Betul?".
Pelukannya bertambah erat. Aku menyembamkan muka ke dadanya. Aku rindu pelukan dia. Kalaulah masing masing boleh bertolak ansur dulu, takdelah kami jadi begini.

"Dah. Jom kita balik. Nak maghrib dah ni. Nanti mak tanya", kata Ayie melonggarkan dakapannya setelah mengucup ubun ubunku.

Lainnya Ayie sekarang. No more kiss on my lips??? No more touching on my bare skin?? Nazak la aku kalau lama macam ni.

"Nak beli apa lagi ni?", tanya Ayie di belakang aku, ditangannya penuh beg plastik dijinjing.

Tangan aku pun lenguh ni sedangkan mak masih meronda dalam pasar. Aku mengeleng tanda tak tahu, ikut mak je ni. Memandangkan mak bersua dengan kawan, Ayie pun mengambil beg plastik dari tanganku untuk dihantar ke kereta. Mak seronok benar la dapat bersembang dengan kawan lama. Dah lama tak ke pasar, macam tu la. Aku sekadar berdiri di belakang mak.

"Mak, Emilia pergi hujung tu kejap ye. Nak beli majalah", bisikku, mak mengangguk dan menyambung perbualan.

******

Hasri

Urusan pelamin dan baju bersanding untuk majlis di kampung sudah selesai. Kami gunakan khidmat butik pengantin di Lemah Klang. Senang nak berurusan. Cuma kena bayar lebih untuk perjalanan dan penginapan mereka.

Tempahan baju untuk akad nikah pun dah, yang ni perkara pertama sebaik mak teruja apabila aku khabarkan Emilia bersetuju menjadi menantu mak. Mak yang beriya mengajak aku dan Lia ke Jakel, memilih kain dan songket untuk majlis itu. Senyuman mak meleret leret.

Siap berbisik bisik dengan aku, "akhirnya Ayie. Jaga Lia betul betul kali ni. Mak tak dapat tolong lagi lepas ni". Sesak nafas aku masa tu. Risau dengan amaran mak.

Urusan kursus kawin, tempahan tarikh nikah, dokumen dokumen penting untuk nikah, serta surat kebenaran bernikah dari mahkamah memandangkan Emilia anak tak sah taraf, semua dah siap. Banyak juga urusan nak mendirikan masjid ni.

Kad jemputan, aku minta pekerja bawahanku yang buat, memandangkan suaminya membuat perniagaan percetakan berskala kecil. Apa salahnya membantu dia menjana pendapatan keluarga.

Mak mengajak kami pulang ke kampung untuk berurusan tentang kenduri yang bakal berlangsung lagi sebulan setengah. Seronok sangat mak sesampai di rumah. Ibaratnya anak kecil jumpa kolam mandi.

Sekarang ni, kami ke pasar. Mak kata nak masak masak sikit, nak jamu Pak Ndak yang akan datang bersama isteri untuk urusan kenduri nanti.

"Ayie"
Aku menoleh. Berderau juga aku bila terlihat Lisa, masih cantik walaupun sudah memiliki cahayamata. Dia berdiri disebelahku. Boleh aku tak perasan tadi.

"Kereta baru ye". Hatiku berdebar bila dia menolong sama aku yang sedang menyusun beg beg plastik berisi barang. Aku sekadar tersenyum dengan pertanyaan tadi.

'Eh.. boleh duduk pula kat sini. Aku nak tutup bonet ni'. Lisa melabuhkan punggungnya pada ruang yang ada, menghadap aku. Aku memandang ke arah dalam pasar, mencari jalan untuk melarikan diri darinya.

"Jom kita minum. Mak you still bersembang dalam pasar tu", kata Lisa, matanya mengerling ke dalam pasar. Aku nak menolak tapi bila Lisa memegang tanganku, aku terpaksa bersetuju. Aku menarik tanganku dari terus dipegangnya dan menutup bonet.

"You masih belum kawin?"
Aku mengerutkan dahi dengan soalannya. Aku kawin ke tak, apa masalahnya. Air teh O ais aku sedut hingga setengah gelas. Dahaga betul ikut mak membeli belah ni. Dah la panas. Mana Lia ni.

"Your husband dengan anak mana?", soalku pula. Ye lah kan, bini orang depan aku ni. Tak pasal kena belasah nanti.

Wajah Lisa berubah riaknya. Ahhh... kenapa ni?

"Kami dah takde apa apa". Aku tersandar. Cuba memahami situasi Lisa.

"Anak you?"
"Ada kat rumah mak. I tinggalkan kejap sebab nak ke pasar la. Tak sangka jumpa you". Lisa tersenyum penuh makna.

"Ok la Lisa. I pergi dulu. Mak dah sampai kat kereta", tudingku padanya dan ia sebenarnya saat yang tepat untuk melepaskan diri. Aku tak tau nak cakap apa bila Lisa menyatakan hal yang terjadi.

"Sayang. Kenapa ni? Dari balik pasar tak pandang abang langsung ni". Aku menghalang Lia dari keluar bilik selepas solat zuhur.

"Tepi la. Rimas. Lia nak siapkan hidang ni. Pak Ndak sampai kejap lagi".

"Look at me sayang. What's wrong?"

"Nothing". Lia, masih dengan perangai lama, konon takde apa apa. Cuma kali ni, emosi tak disembunyikan.

"Tepi la", dia menolak aku. Kasar pula dia ni sekarang. Ada yang tak kena la ni.

Semua hal kenduri di kampung, Pak Ndak akan uruskan. Mak masih nak buat kenduri cara kampung. Ada majlis rewang la ni. Aku kena ambil cuti awal la gayanya. Perbelanjaan kenduri aku berikan pada Pak Ndak. Nak menempah ayam, lembu seekor, bahan bahan lain lagi.

-Assalamualaikum

-waalaikumsalam

-tengah buat apa? Dah makan?

Apahal pula pompuan ni, tanya benda gini. Intro beriya.

-baru sudah. Kenapa?

-ala.. ingatkan nak ajak dinner sekali kat tempat biasa

-sorry la. Nak tidur awal. Esok nak gerak balik KL

-la.. kejapnya balik. Dah lama kita tak berbual.

-next time ye.

-ok la. Bye. Miss you so much.

Aku lihat Lia masuk ke bilik mak sebaik  aku keluar dari tandas, masam mukanya.

"Lia...". Dia menoleh padaku.
"Nak tidur dengan mak ?". Lia hanya mengangguk dengan soalan yang aku berikan.

-kata nak tidur, tapi online lagi.

Alahai.. dia lagi. Kenapa ni?

-mata belum mengantuk. Tengah layan mesej grup.

-ye ke? Tah tah mesej dengan makwe.

-tak salah pun kan?

Lama mesejku tak berjawab.

-I miss you very much

Aku membiarkan mesej tu. Baik aku tidur. Gila la Lisa ni.

- Lisa tau Ayie masih sayangkan Lisa. Ayie masih tunggu Lisa kan?

Aku terjaga dari tidur bila terdengar suara orang memberi salam. Seperti biasa, lepas subuh pada hari cuti aku akan tidur semula jika tak beriadah.

Aku terlena kembali bila mak menyahut salam. Takde kena mengena dengan aku, yang beri salam tu perempuan. Ada la tu jiran atau kawan mak menyinggah.

Pintu bilik diketuk sebelum dibuka. Lia terjongok di sebalik pintu.

"Ayie, ada orang nak jumpa".
Aku menggosok mata yang masih kelat untuk dibuka.
"Siapa?"
"Keluar la. Tengok sendiri".
Kenapa Lia ni, kering sangat suaranya. Macam takde semangat. Macam nak ribut pun ada juga.

"Lisa?". Terkejut aku bila pagi pagi Lisa dah muncul. Tak pernah dia buat kerja gila ni.
"Mujur Lisa cepat. Risau juga kalau kalau Ayie dan makcik gerak ke KL lepas subuh".
Aku menggaru kepala yang tak gatal sambil menguap.

"Ni Lisa ada belikan roti canai yang Ayie suka dulu. Dengan kari kambing". Aku pandang ke atas meja. Aku melemparkan senyuman kepadanya.

Haih.. mengulor le ni. Pakai uniform kerja singgah sini. Anak dia pun dibawa sekali.
"Terima kasih la Lisa. Susah susah beli. Panjang beratur kan?", ujar mak mencubit pipi bayi perempuan Lisa. Comel sangat.

"Alhamdullillah rezeki pagi ni. Kalau tunggu Ayie bangun, kelaparan kita", sampuk Lia. Dah kenapa dia ni. Dari semalam berangin je.

Lia meninggalkan kami dan masuk ke bilik tanpa menjamah sedikit pun apa yang Lisa bawa.



Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

173K 12.7K 80
Like a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara y...
156K 5.7K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
156K 2.8K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
2.4K 121 32
Neya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berum...