[C] Hate Or Love

whatthechic_

274K 15.2K 820

Highest ranking . #2 in teen fiction [24 /2/2018] Arfah dan Darius hateorlove. ✎ whatthechic_© ・also known a... Еще

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#21
#22
#23
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
# FINAL CHAPTER
# SPECIAL CHAPTER
# Short Story 01

#20

4.8K 327 31
whatthechic_

SATU demi satu manusia berjalan keluar daripada kawasan kubur. Dan aku masih disitu bersama rakan yang lain. Mataku sayu melihat tanah kubur yang merah itu.

Ibu kepada lelaki itu mengusap batu nisan arwah anaknya. Aku tidak memandang kerana aku tidak dapat menahan sebak.

Kami beredar daripada kawasan tanah perkuburan itu. Aku berjalan keluar sehinggalah langkahku mati apabila berhadapan dengan keluarga Adrian. Liana dan ibu ayahnya juga ada disitu.

Mereka memandang aku kemudian pergi tanpa berkata apa-apa.

"Syahmi," panggilku.

Syahmi yang sedang duduk di atas batu disebelahku itu menoleh. Songkoknya dibuka.

"Kenapa?" soal Syahmi.

"Sekarang macam mana.." kataku perlahan.

Syahmi diam. Tidak menjawab soalanku. Dia sendiri pun buntu.

Aku melihat Darius yang masih berada di sisi kubur arwah kawan baiknya itu. Apa aku dah buat ni Ya Allah. Aku dah lukakan hati orang-orang yang rapat denganku. Aku dah sakitkan mereka. Kejamnya aku.

Sampai saja di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku duduk dihujung katil. Mataku melihat patung yang diberi oleh Adrian tempoh hari lalu aku ambil. Patung itu aku tenung kemudian memeluknya.

"Aku minta maaf.. aku minta maaf, Adrian." kataku. Air mata makin deras mengalir.

Aku bangun lalu berdiri di hadapan meja cerminku. Lalu tanganku laju menghempas semua barang di atas meja itu. Habis jatuh semua ke lantai.

Pintu bilik dibuka dari luar.

"Kenapa ni, Arfah??" soal mama terkejut melihatku.

Aku memusingkan badan memandang mama. Wajahku aku tutup lalu aku duduk mencangkung di lantai. Mama laju datang padaku lalu tubuhku didakapnya.

"Jangan macam ni Arfah.."

"Semua ni salah Arfah ma.. Kalau malam tu Arfah duduk rumah, Arfah tak keluar tengok wayang dengan Adrian, Adrian takkan pergi macam ni!" kataku geram pada diri sendiri. Aku benci. Benci pada diriku yang tidak habis-habis menyakitkan orang.

Dulu arwah ayah dan abang Fariq. Sekarang kawanku, Adrian. Orang-orang yang aku sayang! Pemergian mereka semua berpunca daripada aku. Aku ini apa? Pembawa malang?

"Jangan salahkan diri sendiri lagi.. Arwah pergi sebab Allah sayang dia dan memang sudah ajal dia sampai awal. Semuanya dah tertulis. Kita tak boleh buat apa, Arfah. Cukuplah doakan arwah supaya dia diampunkan dosanya dan diletakkan ditempat yang baik-baik." mama menasihatiku.

Aku mengesat air mata lalu tubuh orang tuaku itu aku peluk erat.

❀❩

SUDAH tiga hari aku duduk terperap di rumah. Atau lebih tepat lagi, di dalam bilikku. Apa yang aku buat? Aku hanya baring di atas katil dan tidur. Hari-hariku tidak seperti dulu lagi. Pemergian lelaki itu memberikan impak besar dalam hidup aku.

Jumaat lepas pun aku tidak datang ke sekolah. Kerana aku belum bersedia. Belum bersedia untuk bersemuka dengan rakan-rakanku yang tinggal. Aku takut jika mereka mula benci. Aku takut untuk mendengar kata-kata yang bakal keluar daripada mulut mereka nanti. Akankah ia menyakitkan hati?

Aku turun ke ruang tamu. Akhirnya, aku keluar daripada bilikku. Mama tiada di rumah. Katanya pergi kenduri kahwin anak kawan pejabatnya. Mama mengajakku tadi. Tapi aku tolak. Aku kata yang aku penat dan mahu tidur.

Peti sejuk aku buka lalu mengambil sekotak air susu soya lalu dituang ke dalam gelas dan diteguk rakus. Aku berjalan keluar untuk mengangkat kain jemuran yang mama jemur tengahari tadi.

Biasanya aku yang jemur. Tapi mungkin sebab harini hari Ahad. Mama tidak kerja dan mungkin mama mahu biarkan aku sendirian dahulu. Sebab itu dia yang siapkan kerja rumah beberapa hari ini. Rasa bersalah pula bila biarkan orang tuaku itu membuat semua sendiri.

Baju sekolahku aku ambil lalu dibawa naik ke bilik untuk digosok. Baiklah. Esok aku akan ke sekolah. Aku akan cuba untuk mulakan semula rutin harianku.

❀❩

BEG SEKOLAH aku pakai apabila sudah tiba di hadapan sekolah. Aku mencium tangan mama.

"Senyumlah sikit.." kata mama. Aku memandang mama lalu aku senyum pada dia.

Sebelum masuk ke dalam kelas, aku singgah ke kelas Liana. Kerana tadi masa di perhimpunan, aku lihat Liana tiada di dalam barisannya. Jadi aku fikir mungkin dia sudah berada di dalam kelasnya.

Aku memandang ke dalam kelas 5 Sains1. Tiada Liana di dalam. Aku melihat tempat duduknya yang juga kosong dan tiada beg. Takkan dia cuti harini?

Pintu kelas aku ketuk lalu memberikan salam sebelum masuk. Aku duduk di tempatku. Mereka semua sedang menyalin nota dihadapan.

"Salin dekat buku apa?" soalku.

"Literature." jawab Syahmi.

Aku mengeluarkan buku panjang lalu diletakkan di atas meja. Apa yang tertulis pada papan putih aku salin.

"Okey, kids. So that's all for today. Thank you, class." ujar cikgu Bahasa Inggeris lantas keluar daripada kelas.

"Arfah," panggil seseorang.

Aku menoleh memandang Qistina. Dia menyerahkan sesuatu pada aku. Sehelai kertas kecil yang dilipat.

"Apa ni?" soalku.

Qistina mengangkat bahu.

"Liana suruh aku bagi kau. Minggu lepas hari Jumaat dia cari kau kat kelas tapi kau tak datang. Tu yang dia minta aku bagikan." kata Qistina.

Aku hanya mengangguk lantas kertas itu aku buka.

Salam, Arfah.
Aku minta maaf tau pasal
minggu lepas. Aku takda niat nak ignore kau haritu. Minggu depan aku dah kena pindah sekolah baru. Aku taknak tapi parents aku paksa. Aku harap kau tak terasa dengan parents aku.
Aku sayang kau tau Arfah. Nanti habis sekolah aku datang balik okey?

Aku menutup surat itu kembali.

"Korang dah tahu ye?" soalku.

Syahmi dan Darius memandang aku serentak.

"Sorry weh. Bukan taknak bagitahu. Cuma kitorang taknak ganggu kau haritu." ujar Syahmi.

Aku diam sekejap.

"Takpe.." kataku. Aku hanya bertanya. Bukannya mahu marah mereka.

Aku merenung surat itu. Nak buat macam mana. We can't force someone to stay.

Sebelum rehat, aku singgah ke tandas untuk mencuci tangan kerana tanganku kotor terkena cat air ketika di kelas seni tadi.

Bahuku terhinjut apabila mendengar bunyi pintu ditutup kuat. Aku melihat Azwina masuk ke dalam dan aku hanya hiraukan.

"Itu kau kan?" soal Azwina tiba-tiba.

Dia bercakap dengan aku ke?

"Orang kata.. Adrian accident masa keluar dengan kau." kata Azwina membuatkan hatiku tiba-tiba sakit. Kenapa dia perlu sebut tentang perkara itu.

"Kalau iya kenapa?" soalku.

Aku melihat air mata gadis itu mengalir.

"Aku suka Adrian. Dan sebab kau dia dah takda sekarang ni!" jerit Azwina lantas menolakku jatuh ke lantai. Habis bajuku basah.

"Kau bunuh dia.. aku takkan maafkan kau Arfah. " kata Azwina lagi. Aku sudah hilang sabar lalu bahu perempuan itu aku tepis. Aku berlari keluar daripada tandas.

Loceng rehat tepat berbunyi.

Aku tidak duduk di kantin seperti selalu. Kerana aku takut jika aku mula rindu. Sudah banyak benda aku fikir di kepala. Tapi aku cuba untuk ketepikan semua itu.

Aku duduk di belakang bangunan kelas dan menikmati udara yang segar. Mungkin ini akan menjadi tempat baru untuk aku.

"Arfah." panggil seseorang.

Aku menoleh ke kiri memandang lelaki itu. Darius.

"Apa dia?" soalku.

Darius tidak menjawab sebaliknya dia duduk di hadapan aku. Dia mengeluarkan dua bungkus nasi campur yang dibeli di kantin lalu diberi pada aku.

"Untuk aku ke?" soalku terkejut.

"Yelah." balasnya. Kemudian memberi aku sudu dan garfu.

"Kau seludup sudu ni daripada kantin ke?" soalku lagi. Biar betul? Tak pernah sekali kami dibolehkan untuk membawa barangan daripada kantin keluar daripada kantin.

"Kalau kau nak makan pakai tangan silakan.." kata Darius lagi.

Aku membuka penutup bekas makanan plastik itu. Wah! Sedapnya. Ikan keli masak belada dengan sayur campur. Aku menjeling sedikit untuk melihat makanan Darius. Mihun?

"Kenapa kau tak makan nasi?" soalku. Banyak tanya pula.

"Aku tak lapar." balasnya.

Aku menjeling dia.

"Dahtu kenapa kau makan?" aku menyoalnya lagi.

Darius berhenti mengunyah.

"Sebab aku nak teman kau makan lah. Ni aku cari kau dekat kantin takda tadi. Kau buat apa dekat sini?" soal Darius.

"Ouh, hahaha. Saja."

Darius memandang aku.

"Apa yang jadi tu bukan salah kau. So stop fikir yang kau punca semua ni. Jangan seksa diri kau tu." kata Darius lalu sambung makan makanannya.

Aku hanya diam. Sebab aku tahu. Yang sebenarnya Darius lebih sedih daripada aku. Aku masih ingat lagi semasa aku mendengar dia menangis di dalam makmal itu. Dan sekarang, dia yang cuba untuk menggembirakan aku walaupun diri sendiri masih terluka.

Aku menghabiskan sisa yang terakhir. Penuh perut aku!

"Kau.. datang sini tak bawakan air sekali ke?" soalku pada Darius yang sudah habis makan.

Aku melihat lelaki itu menepuk dahi.

"Lupa sia.." kata Darius. Aku hanya gelak.

Kami bangun untuk kembali ke kelas.

"Belakang kau kenapa kotor?" soal Darius.

Membukat mata aku. Cepat-cepat aku cek baju belakangku. Ouh, mesti kesan jatuh tadi. Aku fikir ada kesan darah ke apa.. Dan nasib baik sikit je ni.

"Aku jatuh dekat toilet tadi." jawabku.

"Okey tak??" soal Darius lagi.

Aku mengangguk. Sebenarnya sakit la juga sebab jatuh terhentak kut tadi dekat lantai. Dahlah keras lantai tu.

"Weh." panggilku.

Darius memandang aku.

"Aku minta maaf tau." kataku.

Dia diam.

"Takpe. Aku redha." ujar Darius.

❀❩ to be continued.
chill gais. next update nanti aku buat
panjang panjang.

Продолжить чтение

Вам также понравится

Buaya Darat vs Ulat Buku starwarrior 🌠

Любовные романы

2.2M 75.8K 51
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
Pengawas Senior Dingin (EDITING) Illya Rahim

Подростковая литература

32.8K 1.8K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...
The Six Agents ✔ leewrites

Любовные романы

113K 8.2K 53
[The Wattys of 2019] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in highschoollovestory ] [ Highest Ranking #1 in crackhead ] [ Highest Ranking #1 in a...
457K 39K 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah ber...