Psycho Of Love

Bởi AmaraAishh

4.8M 220K 29.7K

[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan l... Xem Thêm

#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
Author's Note
#24
#25
#26
#27
#28
#29
#30
Harris' Time
#31
Appreciate's Note
#32
#33
Author's Note
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
Not an Update
#41
#42
#43
#44
Saya punya Nota
#45
#46
Mahu HADIAH?
#48
#49
#50 (Epilog)
New Story
Teaser Psycho Of Love 2.0
Pre-Order POL 2

#47

55.9K 2.9K 393
Bởi AmaraAishh

Bayangkan gambar atas tu Harris. Dengan suitnya Masya Allah. Imanku gugur nak.

Credit to syahirahkmrjs for this beautiful pic HAHAHAHAHAHA.

Tugasan di syarikat semakin banyak dan semakin mencabar buat Harris dan para pekerjanya. Manakan tidak apabila nama syarikat Harris iaitu IH Sdn.Bhd. sedang memuncak di negara Singapura dalam membina sebuah kondominium yang bernilai lebih daripada RM1 juta unit jika dibandingkan dengan harga Malaysia biasa.

Harris sememangnya setiap hari dia akan pulang lewat dan kadang-kadang, pada hari Ahad, dia akan pergi ke kerja. Begitu juga dengan para pekerjanya yang menjadi orang penting dalam menjayakan projek yang besar. Ada juga ketika di mana Harris tidak pulang ke rumah dan tidur di pejabat akibat kerja yang terlampau banyak. Harris memang harus segera menyiapkan kerja ini sebelum mengambil cuti untuk menunggu Husna bersalin dan berpantang.

Pelipis kiri dan kanan dipicit perlahan sebelum dia menutup mata,cuba untuk berehat sebentar walaupun dia tahu dia takkan terehat. Indahnya jika saat ini Husna berada di belakangnya, sedang memicit kepalanya yang sedang berdenyut kan? Cakap tentang Husna, dia belum menelefon lagi Husna yang berada di rumah. Entah apalah yang kanak-kanak fanta tu sedang buat agaknya?

Memikirkan Husna membuatkan Harris tersenyum sendiri tanpa sedar. Tubuh Husna yang kecil bersama perutnya yang bulat membuatkan Husna semakin bertambah comel. Kadang-kadang terasa seperti Husna ni sebuah doraemon bersama perutnya yang bulat. Heh.

Saat Harris ingin menarik tangannya dari pelipis, sepasang tangan telah memegang tangannya terlebih dahulu. Dengan perasaan terkejut dan kecut, Harris terus menepis tangan tersebut dan berdiri. Tubuh dibalikkan dan dia membuka langkah karate.

"Hahahahaha!"

Gelak tawa meletus kuat saat melihat Harris membuka langkah karate yang entah dari mana dia belajar. Tangan ke depan dan disilang dengan tangan lagi satu seperti membuat gaya Ultraman King.

"Sayang?" Terpacul gelaran buat Husna di bibir Harris. Dengan serta-merta, bibir Harris mengukirkan senyuman dan tangannya diturunkan perlahan-lahan. Husna tersenyum lalu mengangguk dan dengan sekali lompatan kecil, dia selamat berada di dalam dakapan Harris.

Harris memejamkan mata sambil menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya bukan hantu atau mak nyah yang berada di belakangnya yang sedang sibuk memegang tangannya yang berurat. Fuh, simpang 44 malaikat!

Bau wangian Husna menusuk ke dalam rongga hidung Harris yang membuatkan Harris berasa tenang. Sesekali tangan Harris akan mengusap kepala Husna yang hanya berada di dadanya. "Sayang buat apa kat sini?" Harris menyoal apabila dia melepaskan pelukan namun bukan pinggang Husna. Mereka masih dalam jarak yang dekat di mana Husna merangkul leher Harris dan Harris merangkul pinggang Husna.

What a nice posture.

Astaghfirullah al adzim.

"Rindu," sepatah perkataan membuatkan jiwa Harris seperti berterbangan di dalam taman yang penuh dengan rama-rama dan anak-anak mereka. Eh? Namun, Harris hanya beriak biasa malah dia menguak rambutnya ke belakang. Bibirnya mengukirkan senyuman senget. Serius acah.

"Abang tahu. Tu sebab abang sengaja lama-lama duduk sini."

Serius tipu.

Padahal, Harrislah yang selalu meracau, merengek seorang diri dan melihat gambar Husna di dalam telefonnya bimbitnya malah sentiasa melontarkan ayat-ayat jiwang di Whatsapp story dan Instagram story. Contoh ayat jiwang, 'missing my angel and future baby eventhough home and office only 10 minutes to get here. Please forgive your leader, my wife. Abi apologised too my future baby. Please wait for me. I love both of you. 💓' lepastu letak gambar mereka berdua.

Walhal Husna, rilek je. Buat kerja rumah macam biasa, tidur macam biasa, solat macam biasa tapi kegiatan menonton televisyen dan makan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Oh yeah. Mommy-to-be is cool. So, terbuktilah Harris ini sangat acah orangnya padahal hati tu senipis tisu. Pernah sekali pekerja Harris kena marah sebab kacau masa dia ketika dia sedang sibuk menulis ayat-ayat jiwang di Instagram story. Tak pasal-pasal pekerja tu kena. Kesian.

"Tolong sikit eh. Abang ingat sayang tak ada instagram? Whatsapp? Abang tu yang sibuk buat ayat jiwang karat untuk sayang. Siap mention lagi. Eii geli tahu tak geli. Tu sebab, sayang datang. Nak suruh abang berhenti buat semua tu. Kalau tak nak berhenti pun, tak payah mention. Kalau rindu, balik atau beritahu Allah. Jangan beritahu manusia. Apalah abang ni."

Dush dush.

Ayat sentap menyentapkan hati Harris. Tak semena-mena Harris melakukan drama dengan membawa kedua-dua tangannya ke dadanya sambil memegang dadanya di mana jantung terletak. Muka sengaja dikerutkan tanda sakit. Cis. Drama betul. "Kata-kata adinda sungguh menusuk hati kakanda. Kakanda--"

"Eii geli! Dahlah. Sayang nak balik dulu. Nanti sayang datang balik eh. Dah lambat ni. Nak kena kejar cerita Thailand pula ni. Mario Maurer berlakon! Arghhhh! Okey bai abang! Jumpa kat rumah lagi beberapa minggu. Assalamualaikum!"

Beg tangan segera dicapai lalu tangan Harris ditarik untuk dikucup. Belum sempat Husna ingin berlalu, Harris terus menarik pinggang Husna. Matanya mengecil. Husna turut mengecilkan matanya. Sengaja nak kacau cik abang kita ni.

"Apa sayang cakap tadi? Mario Maurer? Thailand? Jumpa beberapa minggu? Cis," senyuman sinis terukir. "Jangan harap!" Kata Harris tegas lalu menggelengkan kepala berkali-kali. Memang tidak dia nak benarkan Husna tengok lelaki lain dah. Cukuplah dia tengok hero telenovela hari tu. Siapa namanya? Dirgahayu Risuk? Apa tah.

"Abang tak izinkan. Abang nak sayang duduk sini, temankan abang! Jangan harap nak tengok si kartun Mario tu. Mengada betul. Ikut siapalah ni."

"Ikut baby lah. Baby suka tengok lelaki hensem tau abang. Nak tahu macam mana sayang tahu--"

"Shh! Jangan cakap dah! Abang tak nak tahu dan jangan beritahu. Lepas ni, no more telenovela or Thailand!"

Husna mengekek ketawa apabila melihat muka Harris tak ubah seperti pak cik tua yang sedang marah sebab ada orang curi rambutan kat belakang rumah. Sebenarnya Husna gurau je. Dia saja nak tengok ego Harris ni setinggi mana. Rupa-rupanya tinggi juga. Nasib baiklah Husna ni seorang isteri yang memahami, baik hati, rajin, lawa pula tu. Haih untung Harris kan? Hiks.

Harris terus duduk di atas kerusinya dan badan ditegakkan. Matanya memandang lurus ke arah kertas-kertas yang berada di hadapan. Satu per satu patah perkataan dibaca untuk ditafsir. Dengan bacaan bismillah, Harris menandatangani fail yang dibaca tanda mengesahkan aktiviti yang dilakukan.

Satu sudah siap. Harris memandang sebelah dan-- ada lagi beberapa belas sedang menunggunya. Ohoo cantik. Boleh sesiapa tolong bacakan? Heh.

"Banyaknya kerja abang," Husna menghampiri kerusi di hadapan Harris lalu melabuhkan punggung. Fail-fail yang berada di sebelahnya dilihat sekadar sekilas. Tidak ingin melihat lama-lama. Rasa nak muntah. Cukuplah dia dah hadap buku-buku di universiti yang setebal kamus bahasa tu. Cukuplah.

"Hm," anggukan diterima. Harris membuka fail baru dan membaca sekali lagi. Jadi, ini ke kerja Harris selama ni? Kesiannya. Kesian sebab membosankan. Husna menongkat dagunya lalu bermain dengan bandul yang terayun. Harris pernah tak main benda ni?

Akibat kebosanan yang melampau, Husna bangkit lalu memandang segenap pejabat Harris lalu dia ternampak sesuatu. "Eh, tv!" Ya. Televisyen. Husna melompat keriangan lalu ingin mengambil alat kawalan jauh di dalam laci Harris tetapi pantas Harris mencapainya dulu. Mata dikecilkan memandang Husna.

"Abang..."

"Tak boleh!"

"Prince.."

"No!"

"My baby boo.."

"Don't you..!"

"I love you Ifhzan Harris bin Dato' Irsyad Hafiz."

"Fine."

"Yeay!" Husna bersorak keriangan apabila Harris memberinya alat kawalan jauh manakala Harris mengeluh kecil. Macam mana boleh dia bagi dekat kanak-kanak fanta tu? Ah, gila. Lepas ni memang tak lah dia kena layan dengan Husna.

Husna terus membuka siaran yang digemarinya tapi melihatkan Harris sedang stres membuat kerja, dia mendapat satu idea. Dia terus membuka salah satu rancangan bayi lalu..

"Baby shark dododododo baby shark dododododo," Husna terus menyanyi mengikut rentak di televisyen sambil bangun dan menggoyang-goyangkan badannya di hadapan Harris. Cuba menarik perhatian. "Mommy shark dododododo mommy shark dododododo," Husna menyambung lagi.

Harris mengangkat kepala lalu memandang Husna yang sedang menari. Terletus ketawa di bibir Harris. "Abang, cepat, bahagian abang!" Jerit Husna lalu segera menarik tangan Harris sebelum bahagian seterusnya dinyanyikan. Harris berdiri lalu ketawa namun diikut jua langkah isterinya itu.

"Daddy shark dododododo daddy shark dododododo," nyanyian daripada Harris kedengaran sumbang akibat tawa yang tak pernah berhenti. Lagi-lagi bila Husna menyuruh Harris menari. Memang taklah berhenti tawanya. Nasib sahaja ada dua orang malaun je dalam bilik ni. Taklah memalukan sangat.

"Apa sayang ni?" Soal Harris bersama tawanya yang masih bersisa. Sesungguhnya, itu perkara yang paling memalukan dia pernah buat. Serius. "Comelnya abang menari! Serius! Tak tipu! Eyyy makin geram dengan abang," pipi Harris ditarik lalu dikucup bertalu-talu. Harris terkekek ketawa. Dalam hati dia, dia sudah berjanji bahawa dia tak akan buat macam ni lagi! Serius!

Kedua-dua mereka menghenyakkan tubuh di atas sofa dengan tawa yang masih bersisa. Skrin televisyen yang masih memaparkan lagu baby shark ditonton. Lagak macam tiada cerita lain padahal Harris sudah melanggan kesemua jenis siaran Astro walaupun hakikatnya Harris sendiri jarang membuka televisyen. Kan dah cakap Harris ni suka boros.

Husna menyandarkan kepalanya di dada Harris dan tangannya memeluk pinggang Harris dari sisi. Kedengaran hembusan nafas yang penat dari kedua-dua bibir mereka. Macam mana tak penat kalau dari tadi melenggok gaya baby shark. Huish. Lagi-lagi Harris. Kemain. Nasib baik tak goyang Inul tadi.

Tangan yang berada di pinggang, Harris capai lalu genggam dan tangan Husna dibawa ke bibirnya lalu dikucup lembut. Husna mendongak memandang Harris lalu tersenyum. Pandai Harris bersweet-sweet dengan dia dalam pejabat di waktu macam ni. Hidung Harris dicuit lalu mengekek kecil Harris.

"Sayang."

"Ya daddy shark?"

Pfft. Harris ketawa lalu menekan perutnya. Sudah terlalu banyak dia ketawa hari ini dengan Husna. Memang tak salah Husna datang tadi.

"Abang nak cakap sikit pasal em.. Nik."

Terhenti tawa Husna lalu dia mendiamkan diri dan kini dia berasa seperti dia berhadapan dengan seorang lagi Harris; another side of Harris. Husna membetulkan anak tudungnya lalu menghadap Harris bersama senyuman yang sengaja dibuat. Muka teruja dipamerkan.

"Ha kenapa? Abang dah buat keputusan dah?" Kedengaran seperti terdapat nada teruja yang sengaja dibuat oleh Husna untuk mendapatkan jawapan daripada Harris walaupun hakikatnya Husna sendiri berasa gentar dengan jawapan yang bakal diberikan oleh Harris.

Harris mengangguk dan tersenyum tipis. "Abang buat keputusan ni demi kebaikan semua," Husna mengangguk faham kerana sudah semestinya keputusan yang dibuat kena berdasarkan semua orang dan bukan hanya untuk diri sendiri.

"Abang dah sedia untuk terima Nik dalam keluarga kita."

YEAY DAH NAK TAMAT! HAHAHAHAHAHAHA.

PROMOTE TIME!

MASIHKAH ADA CINTA DAN SAYANG DI SINI? BY NrFthh2327
AKU ATAU DIA BY alya_bella
MUSICAL OF LOVE BY thedhia_
MATERIALISTIC BY thedhia_
THANK YOU MY HERO PARK CHANYEOL BY sofieyeol
BLACKWOLF: LOVE KILLER BY jysnow
PENANTIAN TERINDAH BY jysnow
AKU, KAU, WAKTU DAN TAKDIR BY wulanugraha
LOVE YOU ENCIK CIKGU! BY mrhansolvchoi
I+I = In love by atiqahzkria

Lepas ni, saya dah tak terima promote ya sebab saya nak fokus kepada ending. Harap faham. Terima kasih 😊🌸

Goodluck too untuk budak2 yang ambil result PT3 esok ya. Doa banyak2. HAHAHAHA. JGN NANGIS PULA. 😎😂

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
77K 6.6K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
253K 12.8K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
20.4K 1K 19
Dah nama pun solar dan thorn.. Mestilah ini kisah-kisah diorang lah dey! -.- Jadi saksikan diorang berdua Director oleh : only me Menambah idea ol...