Taming The Bad Girl

Por HinyDyaa

636K 23.2K 610

"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cu... Mais

Cast of TTBG
BAB 1 - Takut Masuk Lalat
BAB 2 - Nenek Kau Hitam
BAB 3 - Bersama Dia
BAB 4 - Auch, Thank You
BAB 5 - Remember This
BAB 6 - Berangankan Kau?
BAB 7 - Macam Lelaki
BAB 8 - Layak
BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?
BAB 10 - Pasti?
BAB 11 - Rindu
BAB 12 - Bukan Muda Lagi
BAB 13 - Tersungkur Sebelum Jatuh
BAB 14 - Pilih Antara Dua
BAB 15 - Batu Api
BAB 16 - Buta Ke Rabun?
BAB 17 - Mari Ke Hospital
BAB 18 - Gila!
BAB 19 - Lari
BAB 20 - Mungkir Janji
BAB 21 - Kau Pernah Dahulu
BAB 22 - Bleeding Heart
BAB 23 - Moonlight
Attention Please!
BAB 24 - Part 1 of Tak Puas Hati?
BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?
BAB 25 - Muntah Pelangi
BAB 26 - Twinkle Bride
BAB 27 - Merajuk Tak Dipujuk
BAB 28 - Putih dan Darlie
BAB 29 - Melayang Gigi
Important News!
BAB 30 - Really Nigga
BAB 31 - Valak In The House
BAB 32 - Syiah
BAB 33 - Bangang Abadi
BAB 34 - Godaan
BAB 35 - Krik Krik
BAB 37 - Main Belakang
BAB 38 - Taehyung ke Jungkook
BAB 39 - Make Her Happy
BAB 40 - 6 Hari Lagi
BAB 41 - Make A Move
BAB 42 - Hutang Nyawa
BAB 43 - Minat Yang Sama
BAB 44 - Weirdo
TERSENARAI DALAM WATTYS!!!
BAB 45 - Hancur
BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi
BAB 47 - Berterus Terang
BAB 48 - Perang mulut
BAB 49 - Dusk Till Dawn
BAB 50 - Senyuman Psiko
BAB 51 - Bersemuka
BAB 52 - Jazlina
BAB 53 - Abang Dah Balik
BAB 54 - Banjir Dekat Bilik
BAB 55 - Kotak Merah
BAB 56 - Otak Cair Ke Beku
BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang
BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan
BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!
BAB 60 - Semimembranosus
BAB 61 - Kau Faham Ke Tak
BAB 62 - Gembira, Sedih
BAB 63 - Secebis Gambaran
BAB 64 - Terima Kasih
EPILOG
NEW BOOK!!

BAB 36 - Flying Kiss

5.3K 239 10
Por HinyDyaa

"LAMBAT dua minit! Awak ni berbincang hal negara ke apa? Lama mengalahkan Donald Trump" Sergah Harris Amsyar sambil hujung jari telunjuknya diketuk-ketuk pada permukaan jam tangannya kepada Sarah Nia.

Macamlah si Nia ni lembab sangat untuk memahami unsur sarkastik itu. Itu fasal dia sengaja mencari gaduh dengan Sarah Nia. Sehari kalau tak dikacaunya, rasa macam tak lengkap sahaja hidupnya.

"Sorrylah... Saya banyak bincang tadi dengan Zike. Sampai dah terlebih masa pun tak perasan. Nasib baik saya set alarm"

Kening Harris Amsyar terangkat. "Awak set alarm?" Boleh tahan terkejut jugalah intonasi suaranya. Biar betul isteri dia ni. Entah-entah dah biul kut. Dia rasa hendak tergelak sahaja. Jam tangan dah pakai, tapi hanya berfungsi sebagai hiasan je ke? Omel hatinya.

"Ha'ah, kenapa? Pelik sangat ke?" Sarah Nia dengan muka sucinya menjawab.

"Awak buat lawak ke?" Harris Amsyar tergelak kecil. "Oh my god, this girl really crazy tho" gumamnya perlahan tetapi masih dapat dapat didengari oleh Sarah Nia.

"Excuse me?" Wajah Sarah Nia sudah mula hendak bertukar jadi gunung berapi. Merah gila!

"Nothing"

Sarah Nia berkerut kening dan mencebik. Siot! Sabar sahajalah wahai hati. Dia kan, suami intang payung kau. Jadi kalau melawan, intan tak dapat, payung pun tak dapat. Yang dapat hanyalah bebelan. Haprak! Kutuk hatinya.

Senyuman tersimpul di hujung bibir Harris Amsyar. Comel! Dia suka apabila Sarah Nia marah. Itu yang membuatkannya rasa berkobar-kobar untuk mengacau Sarah Nia lagi dan lagi. "So... Apa yang awak bincang dengan Amirul tu? Kata penting sangat kan..."

Seorang pelayan sedang meletakkan makanan yang baru dipesan Harris Amsyar untuk dia dan Sarah Nia. Selesai sahaja tugasnya, dia menunduk sedikit dan berlalu pergi.

Sarah Nia menjungkitkan kening kanannya, yang memberi maksud 'apa awak tanya tadi?'

Harris Amsyar yang seperti memahami isyarat itu, terus menyoal semula. "Tadi, apa yang awak bincang dengan Amirul?"

Sarah Nia yang sedang menyedut air fresh orangenya terus berhenti menyedut. Dia menjuihkan bibir. "Eh-eh, pak cik kerepot ni. Ni hal keluarga dia, awak mana boleh tahu. Nanti jatuhlah aib keluarga dia. Eee..." Lalu menyambung kembali menyedut airnya.

"Hmm... Yela yela" Harris Amsyar pasrah.
Keadaan jeda seketika. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga-laga.

"Awak... Awak suka makan apa eh?" Suara Harris Amsyar memecahkan hening.

Kening Sarah Nia sekali lagi berkerut. Dah kenapa ngan pak cik kerepot ni? Buang tabiat ke apa? Layan jelah...

"Hah? Suka makan apa? Saya suka makan... Awak!" Sarah Nia tersengih seperti kerang terlampau busuk.

Melihat wajah Harris Amsyar yang sudah memerah itu, dia terus mematahkan usikannya. "Gurau, gurau". Pemalu juga suami aku ni eh? Gelak hatinya.

Harris Asmyar mencebik. "Awak jangan, nanti tengok-tengok malam nanti awak yang kena makan tau! Malam ni dah lah malam jumaat. Afdhal..." Dia mengangkat-angkat kening.

"Eh, tadi awak tunggu saya berapa lama?" Sarah Nia segera menukar topik perbualan apabila perbualan mereka sudah melalut entah ke mana. Bukan apa, sekarang ini pipi dia pula yang berubah rona. Merah oi!

"Lamalah jugak..." Harris Amsyar layankan sahaja.

Sarah Nia berdecit. "Saya tanya berapa lama. Saya tak tanya lama ke sekejap"

"Lima minit"

"What?! Lima minit awak cakap lama? Bapak poyo do dia ni" ujar Sarah Nia perlahan. Kalau 15 minit lamalah juga! Ini lima minit dikatakan lama? Alahai.

Harris Amsyar tidak dapat mendengar ayat terakhir ujaran isterinya itu. Dengan wajah blur dia bertanya, "Hah?" Mengumpat la tu, cebiknya.

"Takde pape!" Sarah Nia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Kalau Amsyar dengar, sia-sia je kena bebel. Huhu...

Harris Amsyar mengherotkan bibir lalu mengangkat bahu. Makanan di hadapannya mula dijamah. Sesekali matanya mencuri pandang ke wajah Sarah Nia. Perempuan bilalah nak ada perasaan kat aku? Cara apa lagi yang aku boleh buat untuk dia jatuh hati dekat aku? Why susah sangatttt! Sempat lagi hatinya membebel.

Sarah Nia yang sudah maklum akan perangai suaminya yang agak gatal itu hanya membuat tidak endah. Dia menggigit bibir bawahnya. Itu memang tindakan spontannya apabila darah gemuruh bertandang di hati. Haih... Susah ni. Adakah hatinya sudah terbuka untuk Amsyar? Mungkin ye, mungkin tidak.

Ehem!

Tiba-tiba tekak terasa gatal. Sarah Nia segera meneguk airnya. Kekok pula apabila segala tindakannya diperhatian Harris Amsyar.

Harris Amsyar hanya tersenyum seperti hendak ketawa pun ada. Untuk membuang jauh-jauh kekok yang singgah sebentar tadi, dia memecahkan kembali suasana hening antara mereka.

"Awak, nanti saya balik lambat sikitlah. Nak siapkan kerja. Banyak tertangguh sebab cuti honeymoon tak berapa nak honey kita tu"

Sarah Nia mengangkat kening. Balik lambat? Hmm... "Kalau saya nak teman awak boleh tak?"

Hati Harris Amsyar berbunga-bunga. Dia mengukirkan sengihan. "Kenapa? Rindu saya eh? Ke takut tak mampu nak tahan rindu kat rumah nanti?"

Okay, cut the things out. Suami mana sahaja yang tidak suka ditemani isteri? Mungkin ada yang tidak suka, tapi bagi dia, fuh umpama bulan jatuh keriba. Ni, tup-tup Sarah Nia hendak menemaninya. Memang peluang besarlah!

"Eh, takde masa! Lebih baik saya pergi rindu dengan kucing rumah awak tu, dari rindu awak" Sarah Nia menyilangkan tangannya di paras dada.

"Heleh, jual mahal lettew! Luar tak nak, tapi kat hati nak" Harris Amsyar memberi pandangan menggodanya kepada Sarah Nia.

Sarah Nia mengerling wajah suaminya menyampah. Fikir aku tergoda ke? Mungkin sikitlah. Tapi, muka dia tu Ya Allah.... Macam mintak kena belasah je! Bebel hatinya. "Eee... Malaslah saya nak layan awak. Saya nak pergi tandas jap"

Harris Amsyar tergelak senang. "Okay. Cepat sikit. Nanti rindu" sejurus itu dia membuat flying kiss lalu mengerdipkan mata kanannya.

"Bwekk! Nak muntah saya dengar jiwang karat awak tu" tanpa berlengah, Sarah Nia terus berlalu ke tandas.

"Hahaha..." Harris Amsyar kembali menyambung menjamu makanan di hadapannya itu.

12 saat selepas Sarah Nia pergi ke tandas, tiba-tiba kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit datang dari hadapan Harris Amsyar, iaitu tempat Sarah Nia.

"Katakan, kata padaku. Kita kan bersama harungi semua, darling" lagu Katakan oleh Harris Baba kedengaran semakin kuat.

Harris Amsyar melihat skrin telefon itu. Tidak disimpan di dalam senarai contact telefon bimbit Sarah Nia. Dia hanya mengangkat bahu sebelum menyambungkan talian panggilan itu.

"Assalamualaikum?" Harris Amsyar menyapa dalam nada kehairanan.

Di hujung talian, terdengar sayup-sayup suara seorang lelaki sedang bercakap. "Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Sarah Nia?"

Ah, sudah! Lelaki mana yang hendak bercakap dengan isterinya ni? "Ni siapa eh?" Soal Harris Amsyar.

"Saya Hanafi" balas lelaki di hujung talian dengan penuh sopan.

Harris Amsyar mengerutkan dahi. Hanafi? Tak pernah dengar pun nama ni. Nia pun tak pernah kenalkan lelaki ni dekat aku, bisik hati kecilnya. Curiga sudah bertandang di hatinya ketika ini.

"Hanafi? Ni suami Sarah Nia. Boleh saya tahu apa yang awak nak?" Soal Harris Amsyar tegas. Mana boleh senang-senang je bagi Sarah Nia bercakap dengan lelaki lain.

Lelaki di hujung talian diam sebentar sebelum membalas, "Takpe lah, nanti saya akan cakap sendiri dengan Nia. Assalamualaikum" ujar lelaki itu sebelum memutuskan talian.

Sejurus itu Harris Amsyar memandang skrin telefon itu dengan kerut seribu. Minda Harris Amsyar sudah berfikir yang bukan-bukan. Cemburu melebihi segalanya. Aku kat sini, punyalah setia. Tapi dia? Siap ada lelaki simpanan lagi. Arghh!

"Awak? Ada sesiapa yang call saya ke?" Tegur Sarah Nia selepas keluar dari tandas dan duduk di hadapan Harris Amsyar. Dari pintu tandas lagi dia sudah ternampak Harris Amsyar sedang memegang telefon bimbitnya. Hairan juga kenapa suaminya tiba-tiba memegang Vivonya itu. Manalah tahu jika ada panggilan penting yang dia terlepas.

Harris Amsyar mencampak telefon bimbit Sarah Nia. Sarah Nia agak terkejut dengan tindakan drastik itu, laju menyambut telefon bimbitnya. Nasib baik sempat disambut. Mahal tu!

Selesai 'menyelamatkan' Vivonya, matanya terus menangkap perbuatan Harris Amsyar yang sedang berdiri dan terus beredar dari Kopitiam tersebut. Dia menggaru kepala dan berdecit. Susah juga kalau tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja ingin bad mood. Haru-biru lah dia kali ini!

Dengan pantas Sarah Nia mengejar langkah laju Harris Amsyar yang menuju ke keretanya itu. "Eh-eh, nak pergi mana tu!" Soalnya dengan nada jerit.

"Awak! Aduhh... dia ni" Sarah Nia merungut-rungut memikirkan perangai suaminya itu. Macam mana hendak pujuk? Dia sendiri pun tak tahu.

Harris Amsyar hanya buat derk. Jeritan Sarah Nia langsung dipalaunya seolah-olah Sarah Nia tidak wujud. Egonya sudah naik memuncak mengenangkan panggilan dari lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Sarah Nia sudah penat untuk mengejar langkah suaminya. Dia merengus kasar. "Harris Amsyar! Awak ni kenapa? Kalau ada masalah, bagilah tahu saya. Janganlah terus blah macam ni. Awak fikir saya tak penat ke nak kejar langkah awak?" Nadanya sudah menurun.

Harris Amsyar mendekati Sarah Nia. Matanya tajam menusuk ke dalam anak mata Sarah Nia. "Saya memang ada masalah. Masalah saya, adalah awak!" Jerkahnya dengan wajah bengis.

"Apa salah saya? Cuba bagitahu saya" balas Sarah Nia tenang.

"Awak menipu dekat belakang saya kan? Dah ada suami still nak pasang stock 'geli-geli' ke? Kalau awak tak suka saya, bagitahu je dari awal. Saya boleh je lepaskan awak. Lepas tu awak nak pergi kat laki tu, pergilah. Senang je kan?" Soalan berbalas soalan. Intonasi Harris Amsyar penuh dengan perlian pedas yang menusuk ke kalbu.

Kening Sarah Nia bertaut. "Amsyar! Cuba bagitahu kenapa awak tiba-tiba je mengamuk tak tentu arah ni. Saya tak fahamlah! Saya setia je dengan awak. Saya tak pernah simpan mana-mana lelaki dekat belakang awak dan saya masih suci. Boleh tak jangan mengarut?"

"Awak ada bukti ke yang awak tu tak ada lelaki dekat belakang saya? Awak boleh buktikan ke yang awak masih suci? Saya boleh je kalau nak tuduh awak ada apa-apa hubungan dengan Amirul tu. Lelaki tak guna tu. Entah siapa dia pada awak. Saya tengok awak layan dia bukan main baik lagi. Kalau dengan saya, kasar. Awak tak boleh ke layan saya lebih baik dari awak layan dia? Saya ni suami awak. Orang akan pandang serong kalau tengok awak terlebih rapat dengan Amirul!"

"Astaghfirullahalazim... Awak ni sebenarnya nak apa? Boleh tak jangan main tuduh-tuduh je? Saya dengan Zike, sumpah tak ada apa-apa. Kitorang just rapat je"

"Hanafi?"

"Hanafi tu pun kawan jugak. Saya tak ada masa lah nak pasang dua tiga ni. Awak dah jadi suami saya yang sah, buat apa nak ada lelaki lain? Saya setia. Susah sangat ke nak faham?"

Sungguh, hatinya terasa pedih seperti jatuh bersepai dari bangunan tingkat 100 lalu dilanggar dengan kereta. Argh! Sabar Nia, sabar selagi mampu. Kepala di tangan hanya ditahan. Bibir bawahnya digigit sekuat hati menahan tembok kesabarannya yang sekejap sahaja lagi akan runtuh jika disentuh.

"Ouhh... Tak ada. Habis Hanafi tu siapa? Ayah awak?" Harris Amsyar tergelak mengejek. "Lupa pulak. Ayah awak dah meninggal kan? Dengar cerita ayah awak tu ustaz. Tapi sayanglah, kenapa dia tak didik awak betul-betul eh? Nama je ustaz, tapi anak dia perempuan murahan. Alamak! Entah-entah, ayah awak pun kaki perempuan tak?" Sembur Harris Amsyar tanpa memikirkan lagi padah terhadap ucapannya itu.

Mata Sarah Nia berkaca-kaca. Genggamannya sudah tidak dapat ditahan. Kini tembok kesabarannya sudah runtuh!

Dup!

Pipi kanan Harris Amsyar ditumbuk kuat oleh Sarah Nia. Menyebabkan bibir Harris Amsyar pecah dan berdarah.

Sorry. Aku tak mampu nak tahan hinaan kau lagi, getus hatinya kesal.

Kolar baju Harris Amsyar disambar dan digenggam erat menyebabkan nafas Harris Amsyar tidak teratur. Bebola mata Sarah Nia sudah penuh dengan takungan air mata yang bercampur dengan urat merah yang jelas nampak di matanya. "Kau boleh hina aku! Tapi kau tak boleh hina ayah aku. Kau tak kenal siapa ayah aku dan kau tak akan pernah kenal ayah aku siapa. Sebab dia dah tak ada! Eh, aku tak hadaplah nak jadi isteri kau. And aku pun tahu kau tak pernah suka aku. Siapa je nak suka perempuan macam aku ni kan? Kasar, tak cantik, tak sempurna macam perempuan lain. Tapi satu je aku nak pesan. Aku harap kau simpan dalam kepala otak kau tu sampai bila-bila. Kasar aku bersebab dan aku benci lelaki pun bersebab. Kau tak layak nak judge aku kalau kau baru kenal aku tak sampai sebulan" ujar Sarah Nia lalu melepaskan genggamannya dari kolar baju Harris Amsyar.

"And untuk pengetahuan kau, Hanafi tu aku upah untuk cari siapa yang terlibat dengan insiden kematian ayah aku. Puas?" Renungan maut diberikan kepada Harris Amsyar.

Harris Amsyar baru tersedar dari kekhilafan dirinya itu. Menyesal kerana sudah melukakan hati Sarah Nia. "Nia..." dia mencuba untuk meminta maaf dengan isterinya itu.

Sarah Nia merengus kasar. Dia memalingkan wajah dan melangkah setapak ke hadapan. "Diam! Aku tak nak tengok muka kau dan aku tak nak dengar suara kau. Make sure, ibu aku tak tahu apa-apa"

"Nia saya minta maaf, saya tak sengaja" ujar Harris Amsyar lembut lalu memegang lembut bahu kanan Sarah Nia.

Pantas tangan Sarah Nia menepis. "Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Mulai hari ni, aku bukan iste..."

Harris Amsyar terus menarik tubuh Sarah Nia dan memeluk erat tubuh isterinya. Takut! Sungguh dia takut akan kehilangan Sarah Nia dari hidupnya. Cintanya sudah diberikan sepenuhnya kepada isterinya. Dia tidak mampu untuk menanggung derita kehilangan Sarah Nia.

"Awak, jangan cakap yang bukan-bukan. Saya sayang awak. Saya dah lama nak luahkan tapi saya takut, saya takut cinta saya bertepuk sebelah tangan. Saya tak dapat kawal cemburu saya bila saya angkat panggilan dari Hanafi tadi. Fikiran saya menerawang. Saya tak tahu apa yang saya fikir sampai saya terlepas cakap macam tu. I'm so sorry... maafkan saya Nia?"

"Eee... Lepaslah!" Sarah Nia meronta-ronta di dalam pelukan Harris Amsyar. Dia berasa lemas.

"Awak..." Harris Amsyar mencuba sekali lagi untuk meminta maaf namun masih juga gagal.

"I have no idea what to say. But... you really ruined my day. And my wonderful day won't come twice. Kau babitkan ayah aku dalam hinaan kau. Kau tak kenal dia siapa. Suka-suka hati je awak cakap ayah aku kaki perempuan. Still, kau betul-betul fikir aku dapat maafkan kau? Aku perlukan masa. So please! Just let me go" potong Sarah Nia dingin.

Dengan terpaksa, Harris Amsyar melepaskan juga pelukannya itu. Perlahan-lahan dia memandang sayu setiap langkah yang diambil Sarah Nia untuk mengambil teksi pulang ke rumah. Sudah dapat dia agak kerana setiap kali Sarah Nia bergaduh dengannya, pasti Sarah Nia akan terus pulang ke rumah.

"Aku minta maaf Nia, sebab dah lukakan kau. I love you..."

________________________________________

Diary Sarah Nia...

Aku simpan terlalu banyak luka.
Aku simpan kemarahan dan kesunyian dalam hati.

Ia telah mengubah diri aku kepada
sesuatu yang aku sendiri tak inginkan.
Ia telah mengubah diri aku menjadi seseorang yang aku sendiri tak kenal.

Tapi... Aku tak tahu bagaimana untuk mengusirnya.

Continuar a ler

Também vai Gostar

233K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
324K 11.8K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
2.2M 86.2K 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan...
157K 13.6K 130
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun a...