Suamiku Adalah Playboy ✔

بواسطة adlinkirana

336K 10.8K 910

"Ne, Huzairi." "Hn?" "Aishiteru ne..." المزيد

1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
22 (Last Update)
23 (New Update!)
24.
25.
26
27
28
Tittle Kana Nishino's songs.
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
(をわすれないで)Wo, Wasurenaide - jangan lupa!
42
Character Of The Story, (おわりだ?) Owarida? Berakhir?
(New!) 43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
Perbandingan
56
57
58
Kana Nishino - Missing You
59
60 😍
Note dari saya(^O^)
61
62
63
64
65
66
-SKIP
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
Special Thanks to The Cast!
Continue a special cast.
New (Genre Romance)
92
93
94
95
96
97
98
99
100 (Ending)

5

7.2K 168 6
بواسطة adlinkirana

"Sekarang ni, ceritakan perkara yang sebenar.Apa yang berlaku sebenarnya.Daddy nak Mairah dengan Airi jujur! Faham?" Aku dan si mamat buaya memandang sesama sendiri dengan tatapan benci.

"Auncle, sebenarnya Mairah naik tangga nak pergi bilik yang aunty cakapkan tu.Lepas tu, bila Mairah ternampak pintu bilik mamat buaya ni...terbuka setengah, Mairah cubalah tengok dia ni buat apa." Lenganku disiku kasar.Seakan mamat buaya ini tidak memberiku menceritakan hal kebenaran.

"Airi, apa ni siku-siku Mairah? Biarlah dia nak ceritakan perkara sebenar.Yang kamu takut sangat ni kenapa?" Tanya Datin Razifah curiga.Huzairi terkejut.

"Eh tak adelah.Ha...boleh sambung!" Lalu dia menjelingku dengan kejam.

Aku pun menyambung semula cerita.Seketika raut wajah mereka berempat tercengang.Kemudian tertawa.Dan setelah aku habis menceritakan, mereka menggeleng kepala memandang kami berdua yang membenci antara satu sama lain.

"Astarghfirullah! Airi, kenapa Airi cium Mairah? Berdosa tahu tak?" Marah Datuk Syafie disela-sela tawanya yang belum hilang.Huzairi nampaknya menampilkan perwatakan biasa terhadapku.Seakan dia itu tidak merasa bersalah.Geramnya aku! Aku juga sebenarnya belum puas lagi mahu memukulnya.Kalau boleh, sekarang ini juga aku akan menyerang.Tetapi aku mesti hormat kepada orang tuaku dan Huzairi.

"Alah, biasalah daddy.Nafsu.Siapa je lelaki yang tak keluar nafsunya kalau tergoda dengan budak sekolah yang comel sangat ni!" jawabnya kasar menekankan 'comel sangat!' terhadapku.Ayat ini mesti ayat memerliku.Aku menjelingnya disebelah.

"Kalau ya pun tergoda, tunggulah dah halal.
Ini kamu main cium je tanpa ada ikatan." Tambah Datin Razifah menujukan ayat untuk kami berdua.Aku menunduk.Manakala Huzairi membuat muka tidak bersalah.Ugh...shannaro!

"Ehem...tapi kalau kamu berdua dah berkenan, apa salahnya jika kami jodohkan kamu berdua.Betul tak Faris?" tanya Datuk Syafie kepada ayahku.Kuharap ayahku tidak mengangguk.Tetapi apa yangku lihat ialah dia mengangguk.

"Betul tu.Ayah dan ibu restukan je kalau Mairah nak.Hehehe..." sempat pula ayahku tercengir-cengir begitu.

"Tak apalah En.Faris.Saya minta maaf sebab 'tercium' anak En.Faris.Saya tak sengaja." kata Huzairi tiba-tiba.Aku tercengang.

'Tak sengaja?! What the hell kau cakap tak sengaja!' Innerku keluar semula.Aku hanya terdiam menjelingnya ekor mata.

"Dah lah.Mairah nak naik atas solat isyak.
Lepas tu Mairah nak buat kerja sekolah.Mairah pergi dulu, semua." Pamitku kepada semua.Tetapi sebelum itu, aku menjelirkan lidah kepada Huzairi.Biar dia rasakan! Lalu aku segera beredar dari situ.

"Eh, tak nak makan dulu ke?" Tanya pula ibuku.Aku menoleh.

"Dah kenyang.Tak ada selera.Apalagi bila ada orang tu!" jawabku ketus.Dia pula sempat mendengus mengetepikan anak matanya padaku.Aku memusingkan badan tersenyum puas kemenangan.Buat pertama kalinya dia tidak menjawab apa yang aku katakan tadi.Aku amat gembira kerana aku telah menang.

Dan setelah kelibat Humairah hilang dari pandang semua orang, Datin Razifah menghela.Semua menghela nafas masing-masing.Kecuali Huzairi sahaja tampak biasa-biasa.Dan kini Huzairi sedang berkutat dengan ifonenya.

"Dia marah sangat agaknya.Sampai tak ada selera nak makan.Betul tak?" Tanya Datin Razifah kepada Khazanah.Khazanah tertawa lembut.

"Rasanya macam tu lah.Dia kalau tengah marah je, terus tak ada mood nak makan." Tambah Khazanah dan mereka berdua langsung tertawa sesama sendiri.Huzairi yang mendengar perbualan ibunya, terus mencebikkan wajah.Kenapalah semua orang cakap pasal budak tu?! Namun, soalan itu tidak berjawab kerana dia bertanya di dalam hati.
.
.
Jam loceng milik Datin Razifah berbunyi di dalam bilik yang aku sedang tumpang tidur.
Aku pantas menutup jam tersebut lalu aku bangun dari tidur.Subuh sudah pun masuk waktunya.Aku mengerjapkan mata beberapa kali.Rasa kantuk di mata masih berat.Mungkin kerana kerja sekolah semalam yang aku kerjakan.

Soalan semua sudah kusiapkan.Hanya saja yang susah, aku tinggalkan.Aku akan bertanya pada guru di kelas hari ini.

CLEAK...

Pintu bilikku dikuak perlahan.Aku pun memanjangkan leher melihat gelaran siapakah yang masuk ke dalam bilikku.

"Mairah.Dah bangun ke? Ni ha, aunty ada bawakan baju sekolah yang aunty basuh semalam.Siap dah gosok lagi tu." Datin Razifah menunjukkan sengihannya kepadaku.Aku terkekeh perlahan lantas menyambut hulurannya.

"Terima kasih aunty.Susah-susah je tolong basuh dan gosokkan baju Mairah.Mairah tak tolong pun aunty basuh baju ni.Maaf aunty." ucapku serba salah dan lekas menggangtungkan penyangkut baju PSS ku di dalam almari.

"Eh, apa pulak nak terima kasih! Aunty ikhlas lah tolong basuhkan baju ni.Lagipun kan Mairah buat kerja rumah semalam.Mestilah tak ada masa nak tolong aunty." Timpal Datin Razifah.Begitu juga denganku.Aku memang tiada masa jika terlampau banyak kerja sekolah yang guruku beri.

Aku mengangguk.
"Nanti kalau ada masa, Mairah tolong aunty ya.Sekarang Mairah nak mandi, siap pergi sekolah.Mairah nak pinjam telekung untuk solat boleh?" Tanyaku ragu-ragu.Datin Razifah pantas merespon pertanyaanku.

"Mestilah boleh.Nanti aunty bawakan."

Aku tersenyum lagi.
"Terima kasih aunty!" Lalu aku memeluk pinggangnya yang sama ramping dengan pinggang ibuku.Aku bersyukur kerana ada lagi orang yang ikhlas berbaik denganku.Datin Razifah pun keluar dari bilikku.Aku pula bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.
.
.
Huzairi menurun tangga dengan pakaian kerjanya yang sudah lengkap dan kemas.
Cuba bayangkan jika, ada perempuan di dalam rumahnya.Mestilah satu rumah bergegar kerana kagum akan ketampanan lelaki ini.Huzairi berhenti sekejap di anak tangga yang ke sepeluh.Dia sedang membetulkan tali lehernya.

Aku yang sudah siap dengan seragam sekolahku, cepat-cepat menuruni tangga.Mahu bertanya kepada Datin Razifah di mana mahu meletakkan telekung yang diberikannya tadi.Aku turun dengan laju sambil menunduk memandang kakiku.

"Aunty! Telekung anty ni Mairah nak letak kat
ma...". Tiba-tiba aku merasa bahawa aku telah menabrak seseorang.Huzairi yang sedang membetulkan tali lehernya tersentak lalu tertolak ke depan.

BRUK!!!

Aku menutup mata tidak sanggup hendak melihat.Huzairi yang menoleh wajah melihat gadis itu hampir terjatuh, segera menyambut dengan tangannya.Apa yang Huzairi lakukan, dia telah menyambut badan Humairah yang hampir terjatuh.

GREB!!!

Peliknya.Mengapa aku merasa tidak sakit atau perit? Terasa macam aku sedang terapung sekarang ini.Aku masih memejamkan mata.Adakah aku dah mati?
Kerana tadi aku sempat melihat, bahawa aku akan terjatuh ke bawah.Terjatuh atas tangga.
Tetapi mengapa aku merasa ringan?

"Kau ni ada mata ke tak? Main langgar je! Nasib baik aku tak jatuh.Yang kau ni pula berlari macam budak baru dapat gula-gula.
Tak malu ke?"

DEG!

Aku tersentak sendiri.Dan aku masih merasa ada tangan yang menyambut diriku.Aku mengigit bibir dan perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku.

DEG!

"Ka...kau?! Kenapa kau ada kat sini?!" Tanya ku membentak.Dia masih menyambut badanku.Mata kami bertentang sejenak.

Dia tersenyum remeh.
"Kau ni hari-hari makin menyusahkan aku je.
Kau tak pernah nak buat aku senang.Pagi-pagi lagi kau dah troublemaker dengan aku.
Tak serik-serik dengan perangai budak kau tu." Katanya menyamakan diriku dengan perangai budak-budak.What the hell!

"Troublemaker kau kata? Kau yang berdiri tengah-tengah tangga! Maknanya kau lah yang buat masalah! Asyik nak salah kan aku, lepas tu panggil aku budak-budak! Banyaklah kau budak-budak!" Balasku membentaknya kasar.Dia membisu menatapku tajam.Wajahnya semakin mendekat denganku.Aku merasa curiga dengan apa yang ia mahu lakukan.

"Woi...woi...apa kau nak buat ni?!" Tanyaku geram.Dia mengetap bibir.

"Budak menyusahkan! Ambik ni!" Badanku sengaja dia lepaskan.Aku melopong tak percaya.

"Kyaaaa!"

BRUK!

Kali ini aku benar-benar merasa sakit di punggungku.Huzairi menjelingku dengan penuh benci.

"Kenapa kau lepaskan aku?! Sakitlah mamat buaya! Kau ingat tak sakit ke?!!!" Marahku meninggikan suara.Tidak suka melihatnya yang menang daripada aku.

"Itu balasan kau sebab pukul aku semalam.Yang semalam kau pukul aku tu, ingat tak sakit ke? Lagi sakit apa yang kau buat daripada aku buat." Katanya membela diri.

"Tapi tetap sakitlah pantat ayam! Kau memang pantat ayam! Muka dengan rambut sama je macam pantat ayam!!!" Ledekku kasar mengenakannya.Aku pantas mengaduh sakitku dan terus berlari menuruni tangga.Tiba-tiba aku ternampak tali leher yang terjatuh dari tangga tadi.

Aku tersenyum, lalu memijak-mijak tali leher itu seperti kupijak daun-daun di jalanan.

"Ambik tu! Padan muka kau!" Dengan pantas aku berlari untuk menyelamatkan diri daripada Huzairi yang sudah menahan marah dari tadi.

"HUMAIRAH! SIAP KAU!!!" pekiknya dengan suara yang lantang.Lalu Huzairi menumbuk dinding tangga beberapa-kali.Aku yang sedang berlari hanya tersenyum puas kemenangan.Hari ini aku menang lagi buat kali kedua.Horeee...!
.
.

"Hoi Mairah.Kau ni dah kenapa tersenyum-senyum sendiri? Eleh, ni mesti sebab Alif kan?" Aku tersentak apabila bahuku tiba-tiba sahaja ditepuk.Lalu kepalaku terpaksa menoleh untuk memandang kawan-kawanku.

"Nama dia jugak yang kau sebut.Dah tak ada nama lain lagi dah ke?" Perli aku bersahaja.
Aku memang tidak berkenan apabila mereka menyebut nama itu dihadapanku.Liyana memuncungkan bibir sambil membawa buku-buku teks.

"Alah, tak delah.Cuma aku pelik tengok kau yang tersengih-sengih, tersenyum-senyum dari tadi.Mesti ada apa-apa yang terjadi kan?
Ceritalah..." pinta Liyana memelaskan wajahnya.Bahu aku terjongket tatkala melihat pintaan dari si Liyana ini.

"Wei, Fana.Dah kenapa dengan Yana ni?" Tanyaku pula kepada Farhana yang berjalan sambil mencatat nota.Farhana tersenyum membuatku lagi bertambah sebal.

"Oh dia.Aku terlupa nak bimbing dia jadi rakan sebaya aku.Kejap ya Yana, aku tengah catat nota." Liyana menjelir lidah ke arah kami berdua.Tanda bahawa dia sudah malas melayan karenah kami.Aku sekali lagi menggelengkan kepala.

"Okey lah korang.Aku nak pergi PSS dulu.
Aku nak pulangkan novel yang aku pinjam hari tu.Buku-buku rujukan pun aku tak pulangkan lagi." Kataku mengadu kepada Liyana dan Farhana.Mereka berhenti berjalan lalu tersenyum.

"Pergilah.Jangan lupa kirimkan salam aku kat Cikgu Azilah tau." Pesan Farhana kepadaku.Aku kembali menurut kehendaknya.Selain itu aku jadi rindu pula pada Cikgu Pusat Sumber Sekolahku.Namun, aku cuba tetap bersabar sebelum naik ke tangga.

Pusat sumber di mana-mana tempat, ialah tempat kegemaranku.Tempat yang sesuai untuk aku membaca buku, melukis dan mengulangkaji pelajaran.Di mana ada buku, di situlah adanya perpustakaan.Dua-dua aku pilih.Pusat sumber dan perpustakaan.Aku juga suka dunia membaca.Dan aku suka menulis sajak.Tetapi belum di dalam kemahiran lagi.

Cikgu Azilah ialah, guru kesayanganku.Dia lah yang memberiku semangat sewaktu aku ragu-ragu untuk menjadi pengawas PSS.
Masa itu, aku tidak lagi yakin untuk mengisi borang pengawas.Dan setelah aku ditemu duga oleh guru kesayanganku ini, aku sudah terpilih menjadi ketua pengawas PSS.

Hari yang mengembirakan.Tetapi, gembira hanya sementara.Kerana aku sering diganggu oleh Alif.Pelajar Playboy di sekolah ini.Tetapi kurang hebat dari mamat buaya itu.
Di sekolah, aku panggil Alif budak buaya.
Dan bila Huzairi, aku memanggilnya mamat buaya.Dua-dua sama sahaja! Menyusahkan, merepotkan, menyebalkan, menjengkelkan!

"Hai, Humairah." Sapa seseorang.Aku yang baru sahaja ingin menarik pintu pusat sumber terhenti.Lamunanku mati dan aku membalas tatapannya.

"Hai, Alif.Awak apa khabar? Saya tengok awak dah semakin maju dan player juga awak ni." Kataku membalas sapaannya.
Sambil itu aku menyindir.Kami berdua segera masuk dan memberi salam kepada guru kesayanganku.Cikgu Azilah.

"Player? Saya dah berubah okey.Saya dah tak macam dulu." Bantah Alif secepat mungkin.Belum sempat aku ingin duduk di kaunter, dia sudah berkata terlebih dahulu.

Aku mengangkat kening.
"Really? Betul ke awak dah berubah? Saya tengok awak sama je.Dari atas sampai ke bawah perangai playboy awak tu masih kekal." benar.Aku juga benar-benar tidak percaya yang dia akan berubah meskipun dia akui yang dia sudah berubah.Alif duduk disebelahku.Dia memandang wajahku lekat.

"Itu pada pandangan awak.Pada saya, saya yakin yang saya akan berubah.Malah, saya sudah pun berubah tau.Hehehe..." sempat juga Alif tersengih-sengih sambil menatapku.
Aku menyunggingkan bibir.

"Yeke? Bukan ke lelaki yang berstatus playboy ni, susah nak berubah? Saya tengok awak, senang je kan awak nak berubah.
Macam mana awak boleh berubah?" panasaranku terlihat di riak wajah.Aku bertanya.

Alif membelek-belek buku laporan pengawas.
"Itu kena pada diri sendiri.Kalau diri sendiri susah nak praktikkan, susahlah nak berubah.Tapi kalau hati ni senang nak faham, insyaAllah dia akan senang berubah.Tapi sebab saya berubah, kerana awak." Aku terkejut.Tanganku yang sedang menulis nota terhenti sejenak.

"Kerana saya? Sebab apa awak berubah kerana saya?" aku cuba menyoalnya semula dengan ragu-ragu.Dia hanya menundukkan wajah.Mungkin dia mahu menyembunyikan semburat-semburat merahnya dari wajahnya.Aku hanya menanti jawapannya.

"Because, i like you so much." Ucap Alif lembut.

DEG!

Mataku membulat.Aku pantas menoleh ke sebelah memandangnya.Badanku kaku tidak bergerak seperti aku yang disumpah menjadi patung.Mulutku sedikit ternganga.Tiada kata-kata untuk membalas ucapannya seketika tadi.Dan tiba-tiba jantungku memacu laju.
.
.

If you interested this story,don't forget to vote and comments. I love you all avery day! 💗💗💗

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

Love In Disguise بواسطة izny

قصص المراهقين

654 55 5
Orang kata pernyataan cinta yang berawal dari kawan ini selalunya akan berakhir dengan perpisahan tetapi berbeza dengan sepasang kekasih yang bernama...
10.4K 479 34
ON GOING 2023 [tak minta banyak hanya vote dan comment] Naufal Afkar, seorang jejaka yang menyeramkan. Dingin. Matanya bagaikan pisau belati sama den...
3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
ZAR بواسطة tihatti

العاطفية

274K 17.9K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...