The Vampire Next Door ✔️

Bởi taemericano

458K 47.4K 7.2K

❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampi... Xem Thêm

Prologue
01 | Meet
02 | Greeting
03 | Escape!
04 | Nightmare
05 | Wink
06 | Firstday Of School
07 | Practice
08 | Red Eyes
09 | Teasing
10 | I Miss You
11 | Dream
12 | Met Him?
13 | Meet Again
14 | Protect You
15 | Question
16 | Memory
17 | Romantic Side
18 | Jealousy
19 | Sick
20 | Taehyung's Birthday
21 | Punishment
22 | Holiday
23 | Challenge
Teaser
25 | Apple
26 | Revenge
27 | Full Moon
28 | Telepathy
29 | The Truth
30 | Pepero
31 | Jungle Tracking
32 | Help
33 | Heartbeat
34 | Trouble
35 | Sunset
36 | Appa
37 | Mark
38 | Note
39 | Worry
40 | Kill
41 | Surprise
42 | Slave
43 | Poison
44 | Over
45 | Mad
-
46 | Feel
47 | Tears
48 | Letter
49 | Prom Night
50 | Die
51 | Alive
52 | Blood
53 | Sweet
54 | Sleep
55 | Saranghae
56 | Plan
57 | Kidnapped
58 | Last
Epilogue
Special Part
Special Part II
Special Part III (Last)

24 | Start

7.3K 682 64
Bởi taemericano


Baekhyun's POV



Aku melihat kelibat eomma Hyerin yang sedang menyising lengan baju hingga ke siku. Bahan-bahan yang diperlukan dikeluarkan dari kabinet sebelum dia bergerak menuju ke peti sejuk untuk mengambil bahan memasak.

"Selamat pagi, ahjumma." sapa aku.

Ahjumma berpaling setelah menutup pintu peti sejuk. Aku segera melemparkan senyuman manis kepadanya.

"Selamat pagi juga. Awal kamu bangun Byun? Eh! Ahjumma lupa siapa nama kamu. Byun byun apa tu? Yang ahjumma ingat byun tu aje." Ahjumma menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Byun Baekhyun."

"Hah Byun tu la! Byun Baekhyun!" Ahjumma terjerit kecil. Aku hanya tersenyum. Elok-elok nama aku Byun Baekhyun dah jadi byun byun dah haih.

"Ahjumma nak buat breakfast apa ni?" soal aku apabila melihat ahjumma menyambung balik kerjanya. Aku berdiri disampingnya sambil melihat apa yang sedang dia lakukan.

"Nasi goreng kimchi." balasnya pendek. Aku hanya memerhati pergerakkannya. Sesekali aku kerling wajahnya. Wajah dia sama seperti Hyerin. Patutlah kecantikannya jatuh pada anak perempuannya itu.

"Dah kenapa kamu pandang ahjumma macam tu?" Aku tersentak lalu menggeleng laju. Pipi aku membahang. Jangan eomma Hyerin ni perasan sudah.

"Muka ahjumma dengan muka Hyerin hampir sama. Sebab tu saya pandang."

Aku tersengih, "Ahjumma, biar saya tolong masak eh?"

Aku segera berjalan ke tempat dapur memasak, "Eh tak apa, biar ahjumma yang masak. Baekkie tunggu kat meja makan ya." tegah ahjumma.

Baekkie? Erm, ahjumma terlanjur panggil ke atau memang dia yang panggil aku Baekkie?

"Tak apa, harini biar Baek yang masak." kata aku lalu mengambil bahan-bahan memasak yang sudah disediakan oleh ahjumma.

"Jangan la macam tu, kamu tu tetamu."

"Harini je Baek masak pleaseeeee."

Aik? Aku rasa aku makin mengada-ngada pula. Ahjumma aku buat dah macam eomma aku. Tiba-tiba aku teringat eomma. Rindunya.

"Okay la kalau tu yang Baek nak."

Ahjumma melihat aku dengan kerutan didahi.

"Baek?" Aku mengangkat wajah memandang ahjumma, "Ya?"

"Kenapa mengelamun ni?" soal eomma Hyerin. Aku menggigit bibir lalu menggeleng.

"Baek cuma teringat kat mendiang eomma Baek." balas aku perlahan. Mata ahjumma terbuka luas.

"Baek dah tak ada eomma?" Aku mengangguk lalu menunduk sedikit. Ahjumma tersenyum kelat sebelum mengusap kepala aku.

"Tak apa, ahjumma boleh jadi eomma Baek kalau Baek nak." Aku mengangkat wajah dengan mata yang bersinar.

"Betul ke?" Ahjumma mengangguk.

"Baek boleh panggil ahjumma, Eomma." kata ahjumma lagi. Aku tersenyum lebar.

"Kamsahamnida.. eomma."

------

Taehyung's POV



"Haish mesti hyung dah pergi dulu!" Aku segera melangkah menuju ke dapur apabila mendapati Baekhyun tidak berada didalam bilik. Langkah kaki aku menjadi perlahan apabila terdengar gelak ketawa dari dapur. Macam suara Baekhyun dengan... eomma Hyerin?

"Selamat pagi." Tawa mereka terhenti lalu mereka memandang aku yang berada di pintu. Aku tersengih memandang mereka.

"Taehyung, kamu pun awal bangun juga?" soal eomma Hyerin.

"Dah terbiasa." balas aku. Aku mengerling kearah Baekhyun yang sedang sibuk memasak itu. Ceh, tunjuk sikap ala-ala suami mithali la tu.

"Eomma, mana daging tadi?" soal Baekhyun. Eh jap— Apa dia cakap tadi? Eomma?

"Tu eomma dah letak kat tepi tu." Eomma Hyerin menjuihkan bibirnya.

"Eomma?"

Soalan aku membuatkan mereka serentak memandang aku. Eomma Hyerin tertawa kecil.

"Ahjumma suruh dia panggil ahjumma, Eomma. Dia rindu mendiang eomma dia katanya." balas eomma Hyerin bagi pihak Baekhyun. Aku menjeling Baekhyun yang tersenyum kemenangan.

"Taehyung pun dah tak ada eomma."

Okay aku lawak dengan ayat aku. Macam minta perhatian je HAHAHAHAHA.

Baekhyun yang mendengar kata-kata aku terus mencebik.

"Yeke? Tak apa, Taehyung panggil ahjumma, Eomma." kata eomma Hyerin. Aku tersenyum lebar.

"Jadi Taehyung ni la adik Baekhyun tu eh? Muka tak sama pun." ujar eomma Hyerin tiba-tiba. Aku mendekati Baekhyun yang tengah memasak.

"Dia adik tiri saya. Mungkin iras dari mendiang eomma yang buatkan muka kami berbeza. Appa sama, eomma lain." balas Baekhyun. Eomma Hyerin mengangguk faham.

"Taehyung pun nak masak. Boleh ke eomma?" soal aku dengan nada yang err aegyo (?)

"Hah? Err, boleh je. Tapi masak banyak-banyak ni, tak membazir ke?" soal eomma Hyerin seraya memotong sayur di meja.

"Tak apa, kawan-kawan saya tu semua nafsu makan tahap dewa. Pasal bahan memasak ni eomma jangan risau, biar kami belikan nanti." balas aku seraya mengambil kuali yang tergantung di tempat berhampiran kabinet. Nak masak apa eh? Aku rasa Baekhyun masak nasi goreng kimchi. Aku masak bulgogi lah!

"Chanyeol dah bangun ke?"

Soalan eomma Hyerin membuatkan pergerakan aku dan Baekhyun terhenti. Aku memandang Baekhyun sekilas, dia hanya diam. Aku berpaling mencari wajah eomma Hyerin.

"Tak, belum lagi. Penat sangat kot dalam kereta semalam tak cukup tidur." balas aku. Suasana menjadi sedikit awkward.

"Hyerin kata kamu ni sepupu Chanyeol, betul ke?" Mata aku terbuka luas. Hah sudah satu masalah lagi. Habislah.

"Errr yaaaa." balas aku meleret. Baekhyun aku lihat menjegilkan matanya kepada aku.

"Macam mana Chanyeol boleh jadi sepupu kamu? Maksud eomma, Hyerin pun ada tunang sebelum ni. Nama, wajah, fizikal dia memang 100% serupa dengan Chanyeol sepupu kamu tu. Eomma dapat rasakan Chanyeol sepupu kamu tu adalah orang yang sama dengan Chanyeol yang pernah jadi tunang Hyerin dulu."

Aku dan Baekhyun memandang antara satu sama lain.

Damn, what I have to do now?

------

Hyerin's POV




Aku menyisir rambut aku sehingga menjadi rapi. Susuk tubuh Taeyeon yang masih tertidur di atas katil aku pandang. Ah, biarlah dia. Mesti dia penat lewat tidur semalam. Aku membetulkan baju long sleeve berwarna biru aku sebelum keluar dari bilik dan melangkah ke dapur. Kesian eomma, mesti dia masak lebih memandangkan kami terlebih tetamu.

Baru sahaja aku ingin menyapa eomma, kata-kata aku bagaikan tersangkut di tekak apabila melihat eomma yang sedang beramah-mesra dengan Taehyung dan Baekhyun. Dah macam anak-beranak aku tengok.

"Morning." Serentak mereka bertiga memandang aku. Aku perasan sesuatu, asal aku pakai baju yang sama dengan Baekhyun ni?

"Morning too." balas Taehyung. Baekhyun yang perasan aku pandang dia tak berkelip terus menyambung kerja memasaknya. Eh? Memasak?

"Eomma.. tak masak ke?" Aku mendekati eomma yang sedang memotong sayur. Eomma menggeleng.

"Tae dengan Baekkie dah offer nak masak untuk harini. Eomma bagi jelah."

Sejak bila eomma ada panggilan sendiri untuk Taehyung dengan Baekhyun ni? Aku pandang Taehyung dan Baekhyun yang saling berpandangan antara satu sama lain macam nak bergaduh. Nasib baik dapur memasak ada dua, tak payahlah diorang berebut nak memasak tapi aku tengok sekarang macam diorang nak bergaduh je. Masak pun nak gaduh? Lagi satu, angin apa entah aku rasa tak ada ribut pun yang melanda pagi ni tapi tetiba pula diorang rajin nak masak apa kes? Ingat dapur rumah aku ni untuk pertandingan memasak ke?

"Dah, Rin tak payah nak mengelamun macam tu. Baik kamu tolong eomma potong sayur ni." Aku mencebik apabila eomma bersuara. Aku mengambil pisau yang terletak didepan aku dan terus memulakan sesi potong-memotong haiyakkkk. Erk.

Aku rasa nak cucuk mata aku sendiri pakai pisau yang aku pegang sebab tak pandai duduk diam dari tadi, asyik kerling dua jejaka yang sibuk memasak kat depan meja aku ni.

"Nasi goreng kimchi dah siap!"

Kata-kata Baekhyun membuatkan aku mengangkat wajah memandang mereka. Kebetulan Taehyung mencuri pandang kearah aku. Aku tersenyum. Dia tersengih lalu mengenyitkan matanya.

"Auchh!"

Nasib tak potong habis kalau tak sia-sia jari aku tinggal empat. Taehyung punya pasal la ni huuuu.

"Hyerin! Haish budak ni careless betul! Taehyung, pergi ambil ubat kat almari ruang tamu kejap." arah eomma. Aku perasan yang Taehyung dan Baekhyun tak berkelip pandang jari aku yang mengalirkan banyak darah. Shit, something went wrong.

Taehyung yang seakan-akan baru tersedar terus bergegas ke ruang tamu. Baekhyun berdehem kecil lalu membelakangi aku dan eomma. Dia terdiam sejenak. Aku cuma risau satu perkara. Aku takut sisi demon dia datang saat ni. Aku takut rahsia mereka akan terbongkar.

"Hyerin pergi cuci darah tu cepat nanti melarat pulak."

Dengan berat hati aku berdiri dan melangkah mendekati sinki. Memandangkan sinki terletak berdekatan dengan dapur memasak—jarak aku dan Baekhyun begitu hampir. Baekhyun menjauhi aku sedikit apabila aku tiba di sinki. Dia menundukkan wajahnya. Aku dapat melihat dia mencengkam sisi dapur memasak dengan kuat. Urat ditangannya kelihatan begitu jelas.

Aku berusaha menenangkan hati aku lalu mula mencuci darah di jari. Tapi darah ni pula tak reti nak berhenti dari mengalir. Geram aku. Sesekali aku meringis kesakitan apabila air memasuki luka yang terkena pisau tadi. Baekhyun menoleh memandang aku.

"Nak.. saya tolong ke?" Baekhyun menyoal dengan nada yang cukup perlahan.

Whuttt? Seriously, dia ke yang tanya aku tu tadi? Tanpa mempedulikan soalannya, aku terus mencuci darah yang tidak berhenti mengalir.

"Let me help you."

Baekhyun mencapai tangan aku. Mata aku terbuka luas. Shit.

Jari aku terasa hangat. Baekhyun menghisap darah di jari aku. Aku terkaku. Wajah dia tak nampak macam.. dia desperate nakkan darah aku. Wajah dia tenang. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Here is th—"

Aku dan Baekhyun menoleh memandang Taehyung yang terdiam di pintu. Eomma nampak sedikit terkejut melihat aku dan Baekhyun namun dia tidak berkata apa-apa. Taehyung memandang Baekhyun tajam. Baekhyun membalas pandangan Taehyung. Aku rasa Baekhyun cuba jelaskan apa yang berlaku melalui telepathy.

Beberapa saat kemudian suasana menjadi seperti biasa. Taehyung tersenyum memandang aku. Tangan aku ditarik lalu aku didudukkan di kerusi. Taehyung merawat luka aku dengan berhati-hati.

"Sakit?" soal Taehyung dengan risau. Dia memandang dengan teliti luka aku. Aku mengangguk.

"Tahan sikit." Taehyung menyapu antiseptik sebelum membalut luka aku dengan plaster. Aku menggigit bibir untuk menahan sakit.

"Taehyung dengan Hyerin ni.. ada apa-apa ke?"

Soalan eomma membuatkan aku dan Taehyung serentak memandang eomma yang sudah mengerutkan dahi.

"Er... Kenapa?" Aku menyoal eomma tanpa menjawab soalannya.

"Eomma tengok kamu berdua rapat semacam."

Aku memandang Taehyung sekilas. Dia membalas pandangan aku lalu tersenyum nipis. Okay, mungkin ini masa yang sesuai untuk aku bagitahu eomma.

"Eomma.."

"Hurm?"

"Kalau Hyerin cakap yang.. Taehyung ni namchin Hyerin, eomma marah tak?" Aku menggigit bibir bawah. Mata aku pejamkan. Malu okay malu.

"Hah?!"

Aku membuka mata, eomma terlopong seketika mendengar kata-kata aku tadi. Wajah aku dan Taehyung dipandang silih berganti. Tangan aku sudah basah kerana berpeluh. Tiba-tiba eomma tersenyum.

"Tak apa, eomma lagi suka."

-------


Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

43. Hell Girl Bởi Penulis Typo

Khoa Học Viễn Tưởng

68K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
104K 6.9K 25
Highest #1 in fantasi Vampire? mengarut lah. Mana ada benda benda macam ni, itu semua hanya dongeng saja. Mereka bertiga tidak percaya yang vampire...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
49.7K 1.2K 28
"who is he?" hey you!! bace lah cite ni aduh support lah dak baru nak upp ni cita ini mempunyai 18xs tapi tidak ketara jadi budak bwah umur tu klau n...