The Vampire Next Door ✔️

Par taemericano

458K 47.4K 7.2K

❝From now on, you're mine.❞ Byun Baekhyun. The most dangerous vampire. -------- Highest Ranking #1 in Vampi... Plus

Prologue
01 | Meet
02 | Greeting
03 | Escape!
04 | Nightmare
05 | Wink
06 | Firstday Of School
07 | Practice
08 | Red Eyes
09 | Teasing
10 | I Miss You
11 | Dream
12 | Met Him?
13 | Meet Again
14 | Protect You
15 | Question
16 | Memory
17 | Romantic Side
18 | Jealousy
19 | Sick
21 | Punishment
22 | Holiday
23 | Challenge
Teaser
24 | Start
25 | Apple
26 | Revenge
27 | Full Moon
28 | Telepathy
29 | The Truth
30 | Pepero
31 | Jungle Tracking
32 | Help
33 | Heartbeat
34 | Trouble
35 | Sunset
36 | Appa
37 | Mark
38 | Note
39 | Worry
40 | Kill
41 | Surprise
42 | Slave
43 | Poison
44 | Over
45 | Mad
-
46 | Feel
47 | Tears
48 | Letter
49 | Prom Night
50 | Die
51 | Alive
52 | Blood
53 | Sweet
54 | Sleep
55 | Saranghae
56 | Plan
57 | Kidnapped
58 | Last
Epilogue
Special Part
Special Part II
Special Part III (Last)

20 | Taehyung's Birthday

7.6K 760 129
Par taemericano


Hyerin's POV



Bunyi telefon yang bingit membuatkan aku membuka kelopak mata. Aku menggosok mata perlahan dan menggeliat kecil sebelum mencapai telefon di meja kecil sebelah katil. Sebelum membuka lock screen, aku sempat meraba dahi aku. Eh? Tak panas dah? Pelik. Bukan semalam aku demam ke? Aku menggigit bibir sebelum membuka lock screen.

1 unread message.

Chanyeol:
Morning sweetie, awak sibuk tak hari ni? Boleh temankan saya beli barang untuk birthday party Taehyung nanti?

Aku menekan icon reply.

Hyerin:
Saya okay je :)

Aku mengeluh kecil. Sampai bila aku tak bagitahu Chanyeol? Sampai bila aku kena tunggu supaya Chanyeol ingat aku semula?

Aku meletakkan telefon disebelah. Aku terperasan sesuatu, tangan aku larikan disekitar cadar disebelah tempat aku berbaring. Hangat. Seperti baru sahaja seseorang berbaring di tempat itu.

Fikiran aku mula mengingat perkara yang terjadi semalam. Dimana ada seseorang yang memeluk aku ketika tidur. Mata aku terbuka luas. Aku bangkit dari katil dan mengatur langkah keluar dari bilik sebelum menuju ke bilik Jihye. Aku terus memulas tombol pintu dan masuk kedalam.

"Jihye?"

Jihye yang sibuk menyikat rambutnya beralih memandang aku. Keningnya dinaikkan.

"Wae?"

"Kau ada jenguk bilik aku ke semalam?"

Dahi Jihye berkerut sebelum dia menggeleng.

"Tak ada. Kenapa?"

Hati aku berdegup kencang. Aku menggeleng sebelum tersenyum kelat dan meninggalkannya terpinga-pinga didalam bilik. Aku berjalan ke bilik aku semula.

Jadi, betul la apa aku fikir semalam? Itu memang.. Baekhyun.

--------

Aku dan Chanyeol melangkah keluar dari supermarket selepas membeli beberapa bahan mentah untuk majlis ulang tahun Taehyung. Aku hanya mengikuti jejak langkah Chanyeol menuju kereta. Dia menyuruh aku untuk masuk kedalam kereta dahulu.

"Hyerin, boleh tak awak dengan Jihye datang rumah nanti? Kita menghias untuk birthday party tu." Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Chanyeol tersenyum sebelum memulakan pemanduannya. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit sebelum kami tiba di hadapan rumah Taehyung.

"Nanti awak tolong mesej kat Jihye suruh datang." kata Chanyeol.

"Taehyung ada kat dalam ke?" soal aku. Aku lebih merasa selamat jika Taehyung ada untuk menemani kami. Aku bukannya biasa sangat dengan kawan-kawan diorang yang lain.

"Tak ada. Hari ni dia tidur kat rumah Jimin. Esok dia datang." Aku menghembus nafas perlahan. Bosanlah kalau tiada Taehyung. Taehyung je yang selalu buat aku gelak dengan lawak entah pape dia tu.

"Kenapa? Awak nak saya panggilkan dia datang sini ke?" soal Chanyeol apabila menyedari riak kehampaan diwajah aku. Aku menggeleng kecil sambil tersenyum.

"Tak perlu. Saya tak selesa sikit kalau dia tak ada. Kawan-kawan korang tu macam tak boleh dipercayai sangat." Chanyeol tergelak kecil sebelum mencuit hidung aku. Aku terpaku.

"Saya kan ada. Awak tak percayakan saya ke?" soal Chanyeol. Matanya memandang tepat kedalam mata aku. Aku cepat-cepat beralih memandang ke tepi.

"Tak.. err.. eh.. Percaya." Aku menggaru kening yang tidak gatal. Chanyeol tergelak lagi.

"Nampak macam tak confident je. Takpelah. Dah, jom keluar." Aku dan Chanyeol keluar dari perut kereta dan berjalan ke bonet untuk mengambil barangan yang baru dibeli. Kami berjalan beriringan memasuki rumah sambil menjinjit beg plastik. Hati aku berdegup laju. Aku pun tak tahu kenapa.

"Woah, Chanyeol eloklah kau dah sampai. Tolong aku kat dapur jap. Eh? Hyerin pun ada? Jihye?" kata Kyungsoo. Bunyi loceng dibunyikan dan pintu yang dibuka membuatkan kami berpaling.

"Hah panjang umur. Here you are, Jihye." Jihye tersenyum dan mendekati kami.

"Korang datang nak tolong ke?" soal Kyungsoo.

"Tak lah. Diorang nak buat kerja amal kat sini. Of course lah nak tolong." Kyungsoo menjeling tajam memandang Chanyeol. Loyar buruk nampak.

"Okay, tanpa membuang masa, Chanyeol tolong aku kat dapur. Jihye tolong Jin hias meja tu, Hyerin tolong Baekhyun hias dinding kat situ." Kyungsoo menunjuk kearah ruang tamu yang perlu dihias dindingnya. Kelihatan Baekhyun yang memakai T-shirt putih dan seluar hitam paras lutut terkial-kial menghias dinding tersebut.

Aku meneguk liur. Peluh bercucuran di dahi aku. Kenapa mesti dengan dia?! Why?!

Baekhyun berpaling memandang tepat kearah aku. Aku menelan liur sekali lagi. Alamak, dia dengar ke? Baekhyun tidak berkata apa-apa dan terus menyambung kerjanya semula. Aku menarik nafas lega. Kecut perut aku tengok pandangan dia tu tadi.

"Okay, start your work now guys!" Kyungsoo memberikan arahan sambil mengetuk sudip dan kuali yang dipegangnya berkali-kali. Jin menjeling tajam memandang Kyungsoo.

"Diam boleh tak? Hilang fokus aku!" Kyungsoo mencebik. Eleh, jealous la tu aku yang dipilih untuk memasak. Jin setakat tukang hias meja je. Kami mula bergerak ke tempat masing-masing. Aku teragak-agak mendekati Baekhyun yang membelakangi aku. Dia sibuk menggantungkan setiap huruf nama 'Kim Taehyung' pada dinding.

"Err... Nak saya tolong ke?" Baekhyun berpaling melihat aku sekilas sebelum dia menunduk mengambil sebuah plastik yang berisi belon yang belum ditiup.

"Tiup belon-belon ni."Aku menyambut plastik yang berisi belon itu sebelum membuka dan mengambil belon yang pertama. Belon-belon ini cuma mempunyai warna putih, hitam, dan kelabu. Sesuai untuk birthday party orang lelaki (?)

Aku mengembungkan pipi mengumpul udara sebelum mendekatkan hujung belon tersebut dengan mulut aku dan meniup sekuat hati. Perkara yang sama aku ulang. Tanpa sengaja mata aku memandang sekilas kearah Baekhyun yang kebetulan sedang memandang aku. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya sambil menahan senyum. Pipi aku membahang. Mesti dia gelakkan aku ni.

Semakin lama, semakin banyak belon yang sudah aku tiup. Aku berhenti sejenak dan mengambil nafas.

"Dah habis ke?" soal Baekhyun seraya mendekati aku.

"Belum lagi." Aku menyambung semula kerja aku. Aku melihat Baekhyun mengambil belon didalam plastik dan turut melakukan perkara yang sama denganku. Pipinya mengembung ketika meniup belon. Aigoo, kyeopta.

"BAHHH!"

"Argghh!" Aku terjerit kecil dan belon yang berada di mulut aku tadi terlepas dan berterbangan diudara. Aku menjeling tajam Baekhyun yang sudah tergelak. Sebelah tangannya memegang belon yang sudah habis ditiup, sebelah lagi memegang perutnya yang terasa senak kerana ketawa.

"1-0." Aku terlopong melihat Baekhyun yang menyambung ketawanya. Idea jahat terlintas di fikiran aku. Aku mendekatkan kerusi aku dengannya dan menyambar belon ditangannya sebelum—

BAMM!

"Satu sama." Baekhyun membulatkan matanya apabila belon yang berada ditangannya sudah lenyap aku letupkan. Aku menjelirkan lidah dan tergelak melihat reaksinya. Baekhyun diam seketika sebelum ikut sama ketawa dengan aku. Aku melihat wajahnya yang damai dan comel ketika ketawa menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Dalam diam, hati aku senang melihat wajah gembiranya itu. Baekhyun tidak sejahat yang aku fikirkan.

"Dah cukup banyak dah ni. Sekarang kita gantungkan kat dinding." kata Baekhyun. Baekhyun menggantungkan belon-belon tersebut di dinding, aku pula menggantung belon di penjuru dinding dan juga ceiling. Tapi malangnya mungkin aku tidak cukup tinggi untuk menggantungkan belon itu. Kaki aku jengketkan sedikit namun masih sukar untuk menggantungkannya. Sepasang tangan mengambil belon di tangan aku.

"Biar saya buat." Baekhyun menjengket sedikit dan berjaya menggantungkan belon itu. Aku terkebil-kebil. Bukan sebab kagum dia dapat capai untuk gantungkan belon tu atau apa tapi sebab dia langsung tak sedar yang.. jarak aku dengan dia sangat dekat. Aku ulang, sangat dekat.

Terfikir tentang risiko yang mungkin akan berlaku, aku terus menjarakkan diri aku dan dia.

"Siap." ucap Baekhyun sambil tersenyum. Aku rasa aku dapat hitung berapa kali dia senyum dan ketawa hari ini didepan aku.

------

Aku membelek-belek dress di tubuh dan melihatnya dicermin. Dress pink lembut tanpa lengan dan hanya separas lutut itu kini melekat di tubuh aku. Itu pun selepas dipaksa oleh Jihye. Wajah aku turut disolek dengan makeup yang tipis. Cukup untuk menutup wajah aku dari kelihatan pucat. Rambut yang beralun paras pinggang itu aku biarkan terurai. Okay dah ni. Aku membelek wajah aku buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik.

"Jihye." Jihye yang duduk di sofa di ruangtamu itu memandang aku atas bawah sebelum tersenyum lebar.

"Hyerin, you're so beautiful." puji Jihye. Aku tergelak kecil dan mencubit pipinya.

"Tak payah nak perli."

"Orang ikhlas nak puji, dia main cubit-cubit pula." Jihye memuncung. Aku tergelak dan menarik tangannya untuk berdiri.

"Jangan nak mengada-ngada. Dah, jom pergi. Majlis nak mula dah tu." kata aku. Jihye mengangguk dan berjalan ke pintu.

"Pakai ni, jangan banyak cakap." Jihye menunjukkan high heels berwarna senada dengan dress aku didepan pintu. Aku menghela nafas. Pakai jelah. Nanti bising pula minah ni.

Aku dan Jihye berjalan menuju ke rumah Taehyung. Beberapa buah kereta kelihatan di halaman rumah mereka. Mesti yang lain dah datang. Majlis ni hanya rakan-rakan terdekat yang tahu. Taehyung tidak ingin membuat majlis besar-besaran. Childish katanya -.-

"Welcome Jihye and— woah Hyerin?" Jimin memandang aku atas bawah. Pelik mungkin. Yelah, aku jarang pakai dress macam ni. Jihye dah biasa.

"You're look so beautiful and.. sexy." Aku menjeling tajam kearah Jimin yang sudah tersengih. Jimin menjemput kami untuk masuk. Aku dan Jihye melangkah ke bahagian ruang tamu dan mendekati Taehyung yang asyik ketawa dengan sahabat-sahabatnya. Taehyung tidak menyedari kehadiran kami sehinggalah Jungkook menjuihkan bibirnya kearah kami. Taehyung memalingkan wajahnya dan terpaku sejenak memandang penampilan aku. Dia melangkah mendekati kami.

"Thanks for coming Hyerin, Jihye." Aku dan Jihye mengangguk sebagai balasan.

"Taehyung, ni hadiah untuk awak. Happy birthday." Jihye menghulurkan beg kertas kepada Taehyung. Taehyung menyambut dengan senang hati.

"Thanks, Jihye." Jihye mengangguk dan meminta diri untuk pergi ke tempat Tiffany, Yoona dan yang lain. Aku masih berdiri tegak didepan Taehyung.

"Happy birthday, Taehyung." Aku menghulurkan kotak yang berisi jam tangan kepada Taehyung. Taehyung pernah mengatakan yang dia sukakan jenama jam tangan tersebut jadi aku memutuskan untuk membeli jam tangan itu sebagai hadiah hari jadinya.

"Thank you so much, Hyerin." ucap Taehyung dengan senyuman. Aku membalas senyumannya dan menunduk sedikit. Malu apabila dipandang sebegitu rupa oleh Taehyung.

"Baekhyun dengan sepupu awak mana?" soal aku berbasa-basi bagi menghilangkan perasaan kekok yang tiba-tiba hadir.

"Diorang berbual dengan yang lain." balas Taehyung. Aku mengangguk kecil. Majlis dimulakan dengan nyanyian harijadi, tiupan kek, wefie dan menikmati hidangan. Aku duduk bersama-sama Jihye, Tiffany dan yang lain. Selesai makan, aku beredar untuk ke tandas seketika untuk mencuci tangan. Apabila aku keluar ingin kembali ke tempat duduk aku semula, lengan aku ditahan. Aku melihat pemilik tangan yang menahan lengan aku.

"Kita berbual kat belakang jom?" ajak Taehyung. Aku tersenyum dan mengikuti langkahnya menuju ke halaman belakang rumah. Taehyung membawa aku ke sebuah gazebo yang tersedia dihalaman rumahnya itu. Langit gelap menandakan yang hari sudah malam ketika ini.

"Bila awak nak balik jumpa family awak di Busan?" soal Taehyung.

"Next week kot."

"Kalau awak tak kisah, boleh tak saya ikut awak?" Kening aku bertaut mendengar soalannya.

"Maksud saya, boleh tak kitorang ikut awak balik Busan?" soal Taehyung.

"Boleh je." balas aku. Taehyung tersenyum. Entah kenapa aku rasa senyuman dia tu menyimpan satu rahsia yang aku tak tahu.

"Hyerin."

"Yes?"

"You look so beautiful today." puji Taehyung masih dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Aku tergelak kecil.

"Not really but thank you." balasku. Aku memandang Taehyung sekilas dan rupa-rupanya dia juga sedang memandang aku.

"Hyerin." panggil Taehyung lagi.

"Hmm?"

"Saya tahu yang awak mungkin akan cakap saya bodoh atau gila lepas ni tapi saya nak awak tahu sesuatu.." Taehyung menjedakan ayatnya. Aku menanti dengan sabar ayat yang akan dia ucapkan.

"I'm deeply in love with you, Hyerin."

Mata aku membulat. Betulkah apa yang aku dengar ni?

"Since the day I met you when you were trying to found your new house. Since the day I save you from Baekhyun. But I just realized it when I see you and Chanyeol.. kissing in the cable car." tutur Taehyung dengan nada yang tertahan. Aku masih terdiam. Apa yang patut aku jawab?

"We're not really kissing, Tae."

"Really?" Aku mengangguk. Pandangan Taehyung tidak lepas dari memandang anak mata aku. Aku mengalihkan pandangan aku ke tempat lain. Tiba-tiba mata aku terpaku kepada sesuatu yang tidak patut aku lihat. Yang menyakitkan mata dan hati aku ketika ini. Sepasang kekasih itu. Baekhyun dan Taeyeon.

They're.. kissing.

"Hyerin-ah." Aku memandang Taehyung kembali tanpa menyedari mata aku yang sudah bergenang dengan airmata, "Yah, wae?" Taehyung menjadi risau melihat aku mengalirkan mata. Haish, Hyerin! Kenapa dengan kau ni?!

"Nothing." balas aku dengan suara serak. Aku menundukkan kepala namun jari-jari Taehyung mengangkat dagu aku sehingga aku terpaksa memandang wajahnya.

"Saya tak nak tengok awak menangis macam ni."

Ibu jari Taehyung mengesat lembut airmata yang membasahi pipi aku.

"Hyerin."

"Yes?"

"I know I'm too much but.. Will you be my girlfriend? Will you be my future wife?"

Mata aku terbuka luas mendengar ucapan Taehyung.

"I just want to protect you. Everyday and forever. I love you, Hyerin." luah Taehyung lagi. Matanya cukup mengatakan yang dia maksudkan dengan apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Taehyung, saya..." Lidah aku terkelu. Aku mencuri pandang ke tempat Baekhyun dan Taeyeon. Mereka masih seperti tadi. Sakit mata aku melihat pemandangan itu. Tapi aku dapat rasakan sesuatu. Aku dapat rasakan yang Baekhyun pandang ke sini, tempat dimana aku dan Taehyung berada.

"Saya.." Aku memandang sepasang mata indah milik Taehyung kembali.

"I do, Taehyung. I do."

Taehyung tersenyum lebar sebelum menarik aku kedalam pelukannya. Dahi aku dicium lembut. Tiba-tiba suatu perasaan yang halus menyinggah dihatiku. Taehyung merungkaikan pelukannya dan memegang kedua-dua belah pipiku.

"Thanks, Hyerin." Aku tersenyum.

"I love you." sambungnya. Aku menatap mata Taehyung yang penuh dengan cinta dan harapan itu. Aku sedar, aku dah mula sayangkan Taehyung.

"I love you too." Taehyung membalas senyuman aku. Wajah aku didekatkan dengan wajahnya. Aku memejamkan mata, mungkin ini pilihan yang terbaik untuk aku. Sejurus itu, bibir Taehyung menyentuh lembut bibir aku.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

67.7K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
69.5K 3.5K 26
Atisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempu...
8.6K 891 104
Berlatarkan suasana kehidupan melayu klasik. Mawar Sutera, anak bendahara diraja, sseorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Dia diduga dengan kepe...
136K 11.6K 31
fikir kelakar la tu? start; 11/5/2017 end; 16/12/17