Menantu Abah

Door _asharaa

187K 3.9K 181

Raisha termenung. Sudah dua jam dia di dalam bas. Ada lagi tiga jam sebelum dia sampai ke Terminal Bandar Tas... Meer

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13 (edited)
14
15
16
17
18
19
20
21
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
Epilog

22

3K 75 4
Door _asharaa

Raisha merenung skrin telefonnya lama. Skrin gelap itu memantulkan wajahnya. Wajah yang penuh penantian.

"Kalau kau tenung sampai pecah skrin tu, tak kannya muncul mesej dari kekasih hati kau tu."

Raisha menoleh ke kanan. "Kemana dia hilang eh jee?" soalnya. Diperhati Raja yang sedang membelek majalah Mastika.

"Mana aku tahu. Aku jumpa pun tak pernah orangnya. Inikan nak tahu dia pergi mana. Memang tak ah." balas Raja tanpa mengalih pandangannya ke arah Raisha.

"Herm.. Jee." panggil Raisha.

"Emm."

"Aku lupa nak bagitahu kau sesuatu pasal Farhan."

Raja berhenti menyelak muka surat majalah di tangannya. Bait ayat Raisha menarik minatnya lebih dari terus membaca majalah. Ditutup dan diletak majalah ke tepi. "Pasal apa tu?"

"Kau tahukan yang dia pernah duduk rumah aku."

Raja mengangguk.

"Ada satu hari tu dia bagi aku gelang, and dia ada cakap sesuatu kat aku yang sampai sekarang aku tak tahu maksud dia." cerita Raisha. Serius. Dia yang tadinya baring kini sudah tegak duduk menghadap Raja.

"Sesuatu?"

Raisha mengangguk. "Dia kata aku dengan dia satu."

Raja terpaku. 'Satu? Kenapa dia dan Echa satu?' benaknya cuba mencari logik yang boleh dikaitkan dengan kata-kata Raisha.

"Kawan aku kata mungkin Farhan dah buat sesuatu dengan aku tapi.."

"Tapi?"

"Aku tak ingat apa-apa. Kalau betullah dia buat sesuatu dekat aku kenapa aku tak ingat apa-apa? Maksud aku, macam tak logik en. Bersetubuh tapi orang yang disetubuhi tu tak ingat apa-apa." cerita Raisha.

"Habis tu kau tak cuba tanya dekat laki tu?"

Raisha cuma mengeleng.

"Kau tak syak apa-apa pada dia?"

Raisha mengeleng sekali lagi. "Mula-mula tu aku memanglah syak. Aku nk bagitahu abah tapi disebabkan aku tak ingat apa-apa jadi aku takde bukti yang kukuh. Kemudian rasa syak aku hilang sebab aku tengok dia tu baik. Tak mungkin dia buat sesuatu dekat aku tambahan pula dia anak yatim." jelasnya.

"Layanan seseorang tak melambangkan hati dia Echa. Mungkin ada udang di sebalik batu?"

"Jadi kau nak cakap yang Farhan tu baik dengan aku sebab nak sesuatu?"

"Yup! Dah terang lagi bersuluh. Tak logik kalau dia nak buat benda ni secara tiba-tiba. Tersalah bas semua tu. Macam tak logik dalam fikiran aku."

"Tapikan masa tu dia kena kejar. Tengah panik semua boleh jadi."

"Emm aku tak tahulah Echa. Aku tetap rasa semua ni tak logik. Aku pun tak pernah nampak budak tu dekat poli ni."

Raisha diam. Bila difikirkan balik memang dia tak pernah nampak Farhan sejak dia balik ke poli kecuali pada malam Farhan ajaknya berjumpa. Selepas itu , Farhan hilang kembali. Tanpa jejak, tanpa telefon atau berhubung dengannya. Hilang bagai lelaki itu tidak pernah wujud.

"Aku cuma nak ingatkan Echa. Jangan terlampau percaya. Lagi-lagi lelaki. Sepuluh ayat dia satu pun belum tentu boleh pakai." Raja ambil kembali majalah Mastikanya.

Raisha diam. Hatinya kuat menafikan kenyataan Raja. Dia tahu Farhan macam mana. Dia kenal perangai lelaki itu. Macam mana dia hendak ikut kata Raja sedangkan dia lebih mengenali Farhan. 'Paan tu baiklah.' bisik hatinya.

***

Badan Ami ditolak kasar. Matanya ditutup. Tangannya diikat ke belakang. Dia dipaksa berjalan sehinggalah sampai ke satu tempat. Dia tak tahu di mana. Telinganya tak menangkap apa-apa bunyi. Hanya sepi.

Pintu garaj dibuka. Bingit bunyi yang dihasilkan lebih kerana keadaan sekeliling yang sunyi. Badannya sekali lagi ditolak secara kasar. Dia berjalan masuk ke dalam dengan dipegang Farhan.

"Duduk!"

Badannya ditekan supaya duduk di atas sebuah kerusi. Ami menurut. Kedengaran bunyi manusia berjalan ke arahnya. Seorang atau dua orang atau lebih sebab bunyi kasut yang diseret seperti mempunyai ramai pemilik.

"Siapa ni?" satu suara garau menyapa telinga Ami. Mindanya membayangkan orang yang bersuara itu seorang yang mempunyai wajah yang bengis. Badan yang gempal dan mempunyai tatu atau parut yang banyak pada badan.

"Dia ni kacau plan aku." Ami dengar pula suara Farhan menjawab pertanyaan orang itu.

"Jadi? Kenapa kau bawa ke sini? Kau settlekan sendiri dekat luar."

"Aku ingat dia boleh jadi barang kita."
"Tapi dia lelaki!"

"Kenapa? Lelaki tak boleh? Bos kata tak kira jantina. Kau nak menolak kata-kata bos Tiger?"

Lelaki yang bernama Tiger itu tidak menjawab. Ami dengar lelaki itu berdehem kuat sebelum berkata "okay, aku akan tunjuk dekat bos. Kalau bos kata on, aku okay tapi kalau bos tak nak, barang kau ni boleh dihantar pergi neraka."

Air liur ditelan pekat. Terasa putus nyawanya mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Ami beristifar dalam hati. Cuba menenangkan diri. Tak putus-putus dia berdoa kepada Allah yang Maha Esa supaya menyelamatkan hidupnya. Dia tak mahu mati tanpa tanda. Dia tak mahu keluarganya terseksa menanti sama ada dia hidup atau mati.

"Okay. Kau jangan nak memandai cakap bukan-bukan dekat bos. Barang yang aku bawa semua bagus."

"Aku tahulah! Kau jangan nak mengajar aku pula!"

"Aku cuma ingatkan. Orang tua macam kau cepat lupa."

Lelaki itu merengus kasar. "Masa dah dekat. Kau bawa balik semuanya. Dah berambus!"

Bunyi kasut bergerak pergi kedengaran. Dia telah ditinggalkan oleh Farhan di tempat yang begitu asing. Apalah nasib yang bakal diterima oleh dia.

"Jaga dia ni. Jangan sentuh." suara garau itu memberi arahan kemudian ia berlalu pergi.

Kini kesunyian kembali menyelubungi Ami. Dia mati akal. Tangan sudah diikat ketat pada kerusi. Nak lari tapi mata tak nampak. 'Ya Allah.. Kau panjangkanlah umur aku Ya Allah.'

***

"Echa.. Ami mana doh?" mata Raja memandang ke seluruh kelas. Kelibat kawan baik mereka tiada. Selalunya sudah tertonggok dekat belakang dengan Zul.

Raisha turut berpaling ke belakang. "Mungkin dia masuk lambat kot." balas Raisha.

"Ish tak mungkin. Dah dua hari dia takde ni."

"Dua hari? Kenapa aku tak perasan dah dua hari dia takde?"

Raja berpaling ke arah Raisha. "Macam mana nak perasan kalau lara je."

Raisha tak membalas. Dia lebih risau akan Ami sekarang berbanding nak terasa dengan kata-kata sindiran Raja.

"Kenapa dia ha? Tak sihat ke? Kenapa dia tak cakap apa-apa dekat kita?" soal Raja sekali lagi.

"Mungkin dia tak nak kita risau?" Raisha cuba meneka walaupun dia tahu benda tu tak masuk akal. Ami akan bagitahu kalau dia sakit atau ada hal. Lelaki tu jenis manja juga kalau sakit. Suka minta Raisha dan Raja menjaganya seperti ibunya menjaga dia. Belikan ubat. Belikan makanan. Suap makan. Mula-mula memang Raisha tak mahu tapi lama-lama dah jadi kebiasaan pula malah hatinya secara semulajadi akan diserang rasa risau bila Ami cakap dia tak sihat.

"Kau ni macam tak kenal Ami tu macam mana. Dia kan memang suka tengok kita risau." muka Raja mula berkerut.

"Emm.. Nanti kita tanyalah Puan ke. Mana tahu Puan tahu apa jadi dekat Ami." Raisha cuba menenangkan hati Raja.

Raja tidak membalas. Dia cuba berfikiran positif. Mungkin Ami tak ada internet atau tak ada kredit untuk memaklumkan kepada mereka. 'Positif Jee. Positif.'

***

Raisha turun dari bas. Mulutnya terukir senyuman. Hati berdegup laju. Berdebar menanti temu janjinya yang pertama. Tangan diseluk ke dalam beg. Mencari telefon pintarnya. Setelah dapat dia mula mendail nombor seseorang. Talian bersambung.

"Hello, dekat mana?"

Mata Raisha memandang sekeliling. Tercari-cari kelibat yang dia ingin jumpa. Tiba-tiba matanya menangkap seseorang yang sedang melambai tangan ke arahnya.

"Haa okay-okay. Aku nampak kau." telefon dimatikan dan dia bergerak ke arah manusia tersebut. Dalam hati berbunga riang. 'Dia pakai baju warna pink ni nampak hensem pula. Berbaju pink buat akak pening.' gumamnya sambil tertawa kecil.

"Kau sorang je?" soal Farhan setelah Raisha sampai ke tempatnya berdiri.

"Yela. Kau ada nampak orang lain dengan aku ke?" Raisha cuba berlagak tenang.

"Aku tanya pun nak marah."

"Aku cakap je kan. Mana ada marah."

Farhan mencebik. "Sudahlah kau. Kalau dengan aku asyik nak marah je."

"Ek eley. Merajuk pula mamat ni." Raisha menolak sedikit bahu Farhan. "Kita nak pergi mana ni?" soalnya.

Farhan senyum. "Tempat yang istimewa." jawabnya. Dia mula mengapai tangan Raisha.

Raisha tertunduk malu.

"Mari." Farhan mula berjalan. Tangan Raisha dipegang erat. Seolah-olah tak mahu gadis itu lari.

Raisha hanya menurut. Fantasinya mula membayang perkara indah. Mungkinkah perkara seperti sebelum ni akan berulang? 'Oh.. Farhan.. Kau ciptaan yang terindah. Hadirmu buat jantungku seperti mahu pecah. Organ penting itu seperti mahu keluar dari tubuh saat kau memegang erat tangan aku. Saat mata kau bertemu dengan mataku. Aku tak mahu saat ini berlalu dengan pantas.' tiba-tiba ayat jiwang muncul dalam hatinya.

***

Taman permainan di hadapannya direnung kosong. Tak ada penghuni. Mungkin kerana taman itu sudah agak terbiar jadi tak ada siapa yang sudi datang. Raisha sebenarnya pun agak pelik kenapa Farhan ajak dia datang tempat ni. Tempat yang terpencil. Jauh dari kesesakan orang ramai.

"Echa.."

"Iya." sahut Raisha sambil wajahnya menoleh ke arah Farhan. 'Ya Allah... Hensemnya dia. Tengok muka serius dia. Hensemnya.. Hensemnya....' hatinya melonjak teruja.

"Kau masih pakai gelang ni?" Farhan mengangkat tangan kanannya.

Raisha mengangguk. "Ni. Aku masih pakai." ujarnya sambil turut mengangkat tangannya.

Farhan senyum. "Baguslah. Maknanya kau tak pernah lupakan aku kan?"

"Aku tak pernah lupakan kau. Kau je yang selalu hilang." jawab Raisha perlahan.

"Apa?"

"Ha? Eh takde pape. Hehe." Raisha tersengih malu. 'Mujur Echa! Mujur! Nasib dia tak dengar kalau tak malu kau!'

"Echa.. Kau tahu kenapa aku cakap kau dengan aku satu?"

Raisha mengeleng kepalanya laju. "Apa maksud kau?" soalnya penuh tanda tanya.

"Kau memang tak ingat apa-apa langsung?"

Sekali lagi Raisha mengelengkan kepalanya.

"Emm mungkin dos yang aku bagi banyak sangat. Sebab tu sampai sekarang kau tak ingat."

"Dos?" hati Raisha mula terasa tak enak.

Farhan memandang muka Raisha sambil tersenyum sinis. "Jangan risau sayang. Ini baru sikit yang kau tahu."

"Aa.. Apa kau cakap ni Paan?" Raisha mula bergerak ke belakang. Menjauhi Farhan.

Farhan tidak menjawab. Dia keluarkan telefon pintarnya. Ditekan sesuatu kemudian dihulur kepada Raisha. "Nah.. Tengoklah."

Raisha mengelengkan kepalanya.

"Tengoklah... Benda ni tak kan bunuh kau."

Bunuh? Perkataan itu amat menakutkan bila keluar dari mulut Farhan ketika ini. Perlahan-lahan tangannya menyambut telefon pintar milik Farhan.

Matanya terbuntang memandang skrin telefon Farhan. Dalam tu terdapat gambarnya. Ya, dia pasti itu gambarnya tapi dalam keadaan separa bogel! Serta merta dia campak telefon Farhan ke tanah. Tangan melindungi dadanya. "Ma.. Mana kau dapat gambar aku tu ha!?" soalnya garang campur takut. Jika begini bermakna apa yang rakan-rakannya teka adalah benar. Dia sudah tidak suci. Dia sudah dinodai oleh lelaki yang bertopengkan syaitan ini!

"Hahahaha kenapa? Kau terkejut?" Farhan mendekati Raisha. "Bukan ke malam tu kau gembira juga?"

Raisha menolak badan Farhan kuat. "Kau binatang! Apa sebenarnya kau dah buat dekat aku ha!?" air matanya sudah mengalir keluar.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi seperti orang berjalan di belakangnya. Tak sempat dia berpusing untuk melihat, dunianya menjadi gelap. 

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

899K 26.1K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
205K 15.8K 83
Rule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu kel...
187K 3.9K 33
Raisha termenung. Sudah dua jam dia di dalam bas. Ada lagi tiga jam sebelum dia sampai ke Terminal Bandar Tasik Selatan. Bermacam perkara yang bermai...
2.1K 155 12
Kehidupan Siti Zulaikha terus berubah sebaik sahaja berpindah mengikuti jejak ayahnya. Seorang lelaki yang terus mengejarnya membuatkan naik rimas. N...