NJ. Ini Kisah Kita.

נכתב על ידי Tulip_Haura0629

2.1K 188 25

NJ. Ini Kisah Kita. Macam mana kita bermula? Bermula dari dua kehidupan yang berbeza, tapi dipertemukan dal... עוד

Prolog 1
Prolog 2
Bab 1 : NJ
Bab 2 : NJ
Bab 3 : NJ
Bab 4 : NJ
Bab 5 : NJ
Bab 6 : NJ
Bab 7 : NJ
Bab 8 : NJ
Bab 9 : NJ
Bab 10 : NJ
Bab 11 : NJ
Bab 12 : NJ
Bab 13 : NJ
Bab 14 : NJ
Bab 15 : NJ
Bab 16 : NJ
Bab 18 : NJ
Bab 19
Bab 20 : NJ
Bab 21 : NJ
Bab 22 : NJ
Bab 23 : NJ
Bab 24 : NJ
Bab 25 : NJ

Bab 17 : NJ

75 8 2
נכתב על ידי Tulip_Haura0629

~You can't change someone who does not see an issue with their actions. You can only change how you react to them.~

''Please la Zara... She is not my taste... Cuba Zara tengok dia dengan Zara. Jauh beza kot. Dia tu budak-budak lagi tau. Budak tak cukup umur macam tu, tak kan lah Nuh nak simpan buat koleksi. Lain lah kalau perempuan macam Zara. You're the perfect one!'' Sekali lagi Nuh mengayat sambil mengenyit matanya.

Zara Keysha kian mengedik semacam bila si jejaka handsome memuji dan memujanya. Sungguh sebentar tadi hatinya cemburu dan rasa terbakar melihat Nuh masuk ke dewan bersama dengan violist yang berjaya melakukan persembahan yang memukau tadi. Tangan mereka bertaut erat, bukan kah itu tandanya ada sesuatu yang teristimewa?

Zara mencebik bibir, tak mahu kalah terlalu awal dengan ayat-ayat manis Nuh.

''Ye ke bukan taste Nuh? Bukan yang macam tu ke yang Nuh selalu usung ke sana sini? Bukan macam Zara ni... Apalah yanh ada pada Zara ni...'' Zara pura-pura merendah diri, sengaja mahu menguji Nuh. Telinganya masih belum puas mahu dengar Nuh memujinya walaupun keluar dari ulas bibir buaya darat, dia tidak peduli yang penting lelaki itu adalah Nuh. Nuh Jazmin!

''Jangan merepek la Zara. She's just a little girl. No need to compared with you, okay? Dia tak secantik Zara pun. Cuba Zara tengok dia. Dia dah lah pendek, kentot, sesuai ke dengan Nuh yang tinggi ni? Tak kan? Haaa dekat situ pun Zara dah nampak betapa tak serasinya kitorang? One more thing, Zara tengoklah rambut berkarat dia macam mana, bukan type Nuh la. Nuh suka yang natural beauty macam... macam you lah, Zara.'' Nuh makin mengayat, sudah masuk fasa merenyamnya bak miang buluh. 

Perempuan, huh? Apa yang istimewanya? Hanya setakat dipuji, dipujuk tak ada bezanya pun dengan budak-budak yang baru dapat gula. Sekali ayat selang seli dengan kata-kata manis bak madu confirm cair, lebur!

"Iya ke ni?" Zara menjeling Nuh manja. Termakan dengan ayat pujangga Nuh.

"Iya, confirm. Jeles ya?" Nuh mengusik, menanti reaksi Zara. Nampak.Zara tersipu malu begitu, sah Zara sudah sukakan dia!

''Mestilah! Zara tak suka tau kalau Nuh melebih-lebih dengan dia.'' Zara jeling-jeling Nuh manja. Suka sangat bila Nuh lebihkan dia.

Nuh simpan senyum, menyinis Zara dalam diam. Perempuan... perempuan... Begitu senang ya?

''Ishh Zara ni... Zara tak percayakan Nuh ke? Memang Nuh mengaku, Nuh suka kacau dia but, she's annoying la. Garang tak bertempat, semua benda nak serius. Siapa yang suka? After this, Nuh dah tak ada apa-apa ikatan lagi dengan family dia. So i'm yours. Okay, Zara Keysha?'' Nuh mencuit sedikit hidung mancung Zara Keysha manja.

Si gadis tersenyum senang, makin terbuai dengan sikap romantis Nuh. Tak sangka akhirnya dia berjaya tawan Nuh!

''Jom lah kita masuk dewan. Nanti bising pulak Luq cari Nuh.'' Nuh mengajak, rasa tak betah lama berdiri dengan Zara di sini.

''Okay jom.'' Zara mengekori Nuh. Senyum tidak putus-putus dari bibirnya, senang hati.

Nia Jasmine segera membalikkan tubuh di sebalik dinding dengan harapan pasangan yang tengah hangat bermadu asmara dan juga mengata dia itu tidak menyedari kehadirannya di situ. Sebaik sahaja keduanya melintasi tempat Nia menyembunyikan diri, Nia segera menunduk.

Sebaik sahaja kelibat keduanya jauh dari Nia, Nia angkat muka. Tangan pegang dada yang tiba-tiba terasa berat.

'Itu ke yang Nuh anggap aku selama ini?' Nia rasa sakit, sakit menahan rasa sebak yang mula timbul. Nia kepal tangan, cuba bertahan dan berharap tiada air mata berguguran kerana jantan tak guna seperti Nuh!

Nia kerdip mata berkali-kali cuba menghilangkan rasa panas dimatanya. Lima minit begitu, Nia tarik nafas dalam-dalam agar mampu memberinya kekuatan untuk terus berlakon 'tabah' dihadapan Nuh nanti. One more night left, Nia!

Nia pusingkan tubuh kembali posisi asal setelah memastikan pasangan sejoli itu betul-betul jauh dari tempatnya. Teringatkan Nuh, telinganya bagaikan tergiang-giang lagi segala penghinaan yang dilontarkan oleh lelaki itu. Tiba-tiba dadanya terasa panas, sakit hati. Rasa menyesal pula setuju dengan permintaan Luqman untuk carikan Nuh sebentar tadi. Kalau dia tak setuju dengan permintaan tu, tentu dia tak perlu dengar semuanya!

Tanpa sedar, Nia menghentak kaki sekuat hati dan tanpa sedar, tumit kasutnya yang tidak seberapa tinggi itu terpelecot.

"Auchh!"

''Are you okay girl?'' Saat hampir rebah, lengan Nia dipaut seseorang yang kebetulan lalu di situ. Deras si dia membantu Nia berdiri dengan elok sebelum mata masing-masing bertaut.

''Errr... sorry... sorry...'' Segera lengan Nia dilepaskan.

''Emm... terima kasih tolong saya." Nia membalas segan.  Tiba-tiba mereka jadi kekok.

Nia malu sendiri ingatkan perangainya ketika di belakang pentas tadi. Kalau setengah jam tadi beria-ria dia takut dengan lelaki di hadapannya, tapi sekarang tidak lagi. Dia segan dengan tanggapannya sendiri sedangkan lelaki yang dikatakan badboy tadilah yang menolong dia. Yang acah-acah guardian angel tadi, berpeleseran entah ke mana.

''It's okay violist girl. I'm Ben. You?'' Benjamin yang perasan kekoknya Nia itu hanya tersenyum nipis.

''Nia.'' Nia jawab sepatah, masih terasa janggal.

''Just Nia?''

''Nia Jasmine.''

''Wow... that's a nice name.''

Nia senyum segaris, sudah terbiasa menerima komen seperti itu berkaitan dengan namanya. Lagipun orang dah berbudi bahasa tak kan dia nak buat sombong pulak, kan?

''So, apa Nia buat kat sini? Mana Nuh?'' tanya Benjamin, pelik terjumpa Nia dekat luar dewan sendirian. Dia pun hanya kebetulan ke luar dewan untuk menjawab panggilan telefon.

Dengar sebaris nama itu, buat Nia sakit hati. Tanpa sedar, dia mendengus kecil.

"Anything wrong?" Benjamin bertanya lagi, mungkin dia perasan riak Nia berubah lepas dia bertanyakan Nuh.

"Erkk... nothing. Sorry-sorry. Nuh, dia ada kat dalam. Saya keluar sekejap, panas dekat dalam.'' Hanya itu yang dijawab, sambil tangan mengibas mukanya. Memang panas pun dekat dalam, dengan baju labuhnya lagi. Penghawa dingin dan kipas tak cukup, tambah-tambah pula isu panas tadi, makin berpeluh-peluh dia. Itu yang dia rasa makin melekit dan rimas!

''Lambat lagi ke majlis ni nak habis, ya?'' Nia sambung bertanya dengan kerutan di mukanya. Tak sabar nak balik. Balik, mandi dan tidur!

Sejujurnya ini kali pertama dia mengikut abah ke dewan serbaguna ini disepanjang penglibatan program pengambilan anak angkat di kampung mereka. Itu pun kalau bukan disebabkan kumpulannya dijemput untuk buat persembahan, tak adanya dia rela datang ke sini. Sanggup dia memilih tinggal di rumah seorang diri kalau abah dan Mia menghadiri program yang berlangsung. Nia cukup tak suka dengan majlis keramaian macam ni. Dia cepat rasa rimas dan lemas.

Benjamin senyum dengan gelagat Nia, menarik. Jam tangan dikerling.

''Dah dekat jam 10. Lagi satu jam dah nak habis. Nia memang nak duduk sini ke? Tak nak masuk dewan?''

''Kejap lagi Nia masuk.'' Nia lekas menjawab, dia masih belum bersedia bertemu muka dengan Nuh.

''If you don't mind, boleh tak kalau Ben nak bergambar dengan Nia? No-no jangan fikir yang bukan-bukan, it's just a memories sepanjang Ben ada dekat sini. Lagipun Ben kagum dengan bakat yang ada pada Nia. You're amazing girl!'' ujar Benjamin ikhlas tanpa ada niat mahu mempermainkan Nia seperti yang dia pernah beritahu teman-temannya.

Nia diam sejenak. Tiba-tiba kepalanya teringat pesanan Nuh di meja makan sebentar tadi.

'Arghh persetankan dengan Nuh tu! Dia bukannya ikhlas ambil peduli pasal aku pun, huh!' Nia menempelak marah dalam hati.

'Nuh marah kalau aku dekat-dekat dengan Ben tapi kau pun sama lah! Dasar dua kali lima! Dasar buaya tembaga! Buaya darat! Kau ingat kau hensem sangat?!' Nia memaki hamun lagi di dalam hati dek kerana panasnya hati dengan Nuh.

"Nia? Are you okay?" Benjamin sekali.lagi menyoal, risau dengan Nia yang terkumat kamit bercakap sesuatu yang tidak jelas di halwa telinganya.

Nia tersentak, lekas tengok Ben yang terkebil-kebil melihatnya.

"Oh, please... jangan fikir yang bukan-bukan. Walaupun tadi saya.. maybe a bit weird.. but I'm serious. Just one picture, if you don't mind." Ben membetulkan lagi permintaannya takut Nia tersalah faham.

''I'm okay. Sorry... Sure, boleh je.'' Nia akhirnya bersetuju dengan permintaaan Benjamin. Setakat gambar, apalah sangat.

''Okay. Jom kita masuk dalam dulu. Dekat dalam mesti lebih clear dari kat luar.''

Nia angguk, mengekori Benjamin masuk ke dalam dewan semula.

*            *              *

Dalam perjalanan pulang, masing-masing membisu. Penat. Luqman Firdaus kekal fokus pada pemanduannya. Nuh di sebelah juga memilih untuk senyap, lebih kepada menahan perasaan sebenarnya. Ada sesuatu yang menyebabkan dia memilih untuk diam. Mia di sebelah kiri Nia dan Tuan Ahmad Zakri yang sudah terlentok lena di sebelah kanan Nia. Abah ada mengadu sakit kepala jadi mereka meminta diri terlebih dahulu walaupun majlis masih belum berakhir.

Telefon Nia berbunyi, Nia seluk tas tangannya lalu keluarkan telefonnya. Satu nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon. Nia jeling Mia, Mia bertanya dalam bahasa bisu, Nia menggeleng. Sekali lagi telefonnya berbunyi. Kali ini Mia memilih untuk mengangguk, sebagai isyarat supaya Nia segera menjawab panggilan itu takut mengganggu abah yang sedang tidur. Nia menggesek icon hijau.

''Hello..''

''Hello Nia. Sorry kalau Ben kacau. Nia dah sampai rumah ke?'' tanya Benjamin dihujung talian.

Dengar suara dan nama Benjamin, Nia menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya bukan orang yang dia tidak kenali menghubunginya. Sempat mereka bertukar nombor tadi selepas sesi bergambar. Lupa pula Nia mahu save nama Benjamin.

''Ooo Ben. Nia ingtkan siapalah tadi. Tak sampai pun lagi tapi dah nak sampai. Kenapa Ben?''

Dengar nama yang disebut Nia, Nuh angkat muka. Cari mata Nia dibelakang melalui cermin pandang belakang walaupun dalam keadaan gelap. Hatinya berdetik sesuatu.

''Nia tertinggal purse. Terjatuh tadi masa Nia nak ambil phone. Ben ada panggil Nia tadi tapi Nia tak dengar, Nia dah keluar dewan."

''Hah? Sure?'' Nia pantas mengagau tas tangannya mencari purse yang dimaksudkan oleh Benjamin. Betul kata Benjamin, pursenya tak ada.

"Ben.. ye betul tak ada. Awak dekat mana ni?"

"Saya masih ada dekat sini. Awak datang sekarang boleh? Saya tunggu."

Nia diam.

"Awak jangan salah faham Nia. Saya tahu sekarang dah lewat malam tapi saya tak ada cara lain, nak bagi purse ni dekat awak. Esok bas kelas saya bertolak awal dari jadual asal."

"Baik-baik. Nanti saya bagitahu abah saya."

"Okay Nia. Jangan lewat sangat, dewan dah nak tutup ni."

"Okay Ben, Assalamualaikum." Talian dimatikan.

''Kenapa Nia?'' Mia segera bertanya.

Nuh dan Luqman juga pasang telinga. Menanti balasan dari Nia.

''Purse Nia terjatuh kak. Masa kita nak keluar dewan tadi." Nia sudah bertukar resah. Dalam purse tu macam-macam ada. Selain duit, kad pengenalan diri, kad bank turut terselit gambar keluarga kecilnya. Semua benda berharga ada dalam purse tu.

"Sure ke ni?"

"Sure kak. Purse Nia ada dengan Ben sekarang. Dia tunggu Nia dekat sana. Macam mana ni kak?"

"Okay macam ni, kita balik rumah dulu hantar abah. Abah pun nampak penat sangat dah ni. Nanti Nia pergi dengan Nuh ambik purse Nia. Boleh kan, Nuh?" Cadangan dari Mia sudah keluar.

Nia diam dulu cari jawapan. Dia kalau boleh sudah tak nak ada sebarang kaitan lagi dengan Nuh. Hatinya masih terasa sakit dengan kata-kata Nuh tadi.

"Boleh je, tak ada masalah." Nuh menjawab mendatar. Simpan rasa geram dalam hati akibat kecuaian Nia.

"Emm kak, boleh tak kalau minta abah temankan Nia?" Nia membuat permintaan. Dia tak nak susahkan orang yang anggap dia membebankan.

"Tapi abah dah tidur tu Nia. Abah kan cakap tadi abah sakit kepala. Akak pun rasa elok kalau Nuh yang temankan Nia. Sekejap je, tak lama pun."

"Akak ikutlah sekali. Tak kan nak Nia berdua dengan Nuh." Nia larikan matanya dari panahan tajam Nuh.

"Tapi abah macam mana? Akak kena tengok-tengokkan abah dulu... okay macam ni biar Luq ikut sekali ya?"

"Nia pergi dengan abang Luq jelah, boleh tak abang Luq?" Nia bertanyakan Luqman sengaja mengelak dari berdua dengan Nuh.

"Abang Luq?" Nia tanya Luqman lagi setelah tiada sebarang jawapan keluar dari mulut lelaki itu.

Luqman kerling wajah bengang Nuh disebelah. Hatinya kuat menyatakan bahawa mereka berdua bergaduh lagi. Luqman pandang muka mengharap Nia sekali dia mengerling Mia melalui cermin pandang belakang. Mia menjongket kening.

Nuh pula mengepal penumbuknya erat. Nia sengaja cari pasal dengannya!

"Emm.. okay Nia. Nanti abang Luq temankan Nia. Jangan risau kita pergi berdua ya?" Luqman membalas, kesian dengan Nia yang tengah menagih simpati darinya.

"Thanks abang Luq. Maaf tau Nia susahkan abang Luq." Nia tarik nafas lega. Akhirnya tak perlu dia bersemuka dengan Nuh walaupun cuma seketika.

Kereta berhenti di perkarangan rumah Tuan Ahmad Zakri. Mia Jasmine dan Nuh Jazmin memimpin Tuan Ahmad Zakri masuk ke dalam rumah. Sudah dimaklumkan kepada Abah tentang purse Nia yang terjatuh di majlis tadi.

"Luq, sekejap." Nuh berlari mendapatkan Luqman yang baru sahaja ingin mengundurkan kereta untuk ke dewan semula. Nuh mengetuk cermin kereta sebelah pemandu.

Luqman menurunkan cermin tingkap disebelahnya.

"Kenapa?"

"Biar aku teman Nia. Kau pergi rehat jelah." Arahan dari Nuh penuh ketegasan.

Luqman pandang Nia silih berganti dengan Nuh.

"Abang Luq, Nia nak pergi dengan abang..." Nia merengek, dia sangat mengharapkan Luqman menolak permintaan Nuh. Dia tak rela ikut Nuh lagi!

Luqman serba salah. Mahu pilih Nia ke Nuh?

"Nuh, it's okay. Biar aku temankan Nia." Luqman terpaksa memilih Nia. Walaupun fia tidak tahu apa masalah keduanya tapi kali ini dia memihak kepada Nia. Kesian dengar rengekkan Nia.

"Luq, kau dengar aku cakap kan?"

Luqmam berdecit.

"Macam ni lah Nuh, kau ikut sekali. Masuklah."

"Okay." Nuh segera buka pintu kereta sempat Nia kerling Nia tajam!

Nia mendengus, tak puas hati!

המשך קריאה

You'll Also Like

418K 12.6K 37
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
1.5M 132K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
3M 95.9K 28
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...