HYDRA 187

Von eynaasarah

22.1K 2K 575

#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... Mehr

❝HYDRA 187❞
❝BAB 1❞
❝BAB 2❞
❝BAB 3❞
❝BAB 4❞
❝BAB 5❞
❝BAB 6❞
❝BAB 7❞
❝BAB 8❞
❝BAB 9❞
❝BAB 10❞
❝BAB 11❞
❝BAB 12❞
❝BAB 14❞
❝BAB 15❞
❝BAB 16❞
❝BAB 17❞
❝BAB 18❞
❝BAB 19❞
❝BAB 20❞
❝BAB 21❞
❝BAB 22❞
❝BAB 23❞
❝BAB 24❞
❝BAB 25❞
❝BAB 26❞
❝BAB 27❞
❝BAB 28❞

❝BAB 13❞

570 69 12
Von eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

ORANG sekeliling yang sedang berjalan berhampiran mereka berempat di dalam kedai itu berhenti dan menunjukkan muka penuh terkejut apabila melihat Dyra mengacukan gunting yang tajam di hadapan leher seorang lelaki.

Mata Rayna terbuka luas. "Emir!"

Dyra yang mendengar suara Rayna menyebut nama lelaki di hadapannya terus melonggarkan pegangan pada gunting dan menurunkan tangannya. Mata Dyra tidak lagi merenung tajam lelaki itu malah dia tertanya-tanya.

"Awak kenal ke dia ni?" tanya Dyra kepada Rayna.

"Dia....teman lelaki saya." kata Rayna membuatkan Dyra dan Ayuni terkejut. Alamak.

Rayna menarik nafas lega apabila tiada apa-apa berlaku pada teman lelakinya. Ayuni terus menepuk bahu kanan Dyra dengan kuat. "Awak dah kenapa, Dyra? Tak pernah saya nampak awak macam ni. Risau tau. Gaya macam nak bunuh orang."

Dyra mengusap bahunya yang dipukul. Dia juga tidak perasan yang dia telah bertindak sedemikian tanpa memikirkan orang sekeliling. Fikirannya sudah tertanam pada kemunculan Qillerx yang masih memburu untuk membunuhnya. "Sorry..saya betul-betul tak sengaja. Tadi saya macam perasan ada orang ikut kita dari awal." Dyra meminta maaf kepada mereka terutama kepada lelaki di hadapannya yang dipanggil Emir kemudian turut memandang sekeliling dan melihat orang ramai yang lalu lalang mengata-ngata sebelum beredar.

Tangan kiri Emir mengusap lehernya. "Tak apa..tak sangka jugak pertemuan kita macam ni."

Kemudian, dia memperkenalkan dirinya untuk cuba menghilangkan perasaan janggal antara mereka selepas apa yang berlaku. "Aku Emir Darrif, boyfriend Rayna." Dia memberikan senyuman kacaknya kepada mereka.

Mereka berdua yang juga ingin menghilangkan rasa janggal di situ membalas senyuman Emir sebelum turut memperkenalkan diri.

"Rayna ada bagitahu aku, korang makan malam dekat sini. Asalnya aku baru lepas habis lepak dengan member aku dekat dalam mall ni. Lepas tu aku ternampak korang, ingat nak buat surprise. Rupanya aku pulak yang disurprisekan." jelas Emir. Dyra hanya mampu menundukkan sedikit kepalanya kerana rasa sedikit bersalah atas perbuatannya sebentar tadi.

Rayna ketawa kecil. "Okay, dah-dah. Dyra pun dah minta maaf. Sekarang, jom beli alat tulis cepat lepas tu kita pergi makan dessert. Saya belanja."

Mata Ayuni terbuka besar apabila mendengar perkataan 'belanja' lalu senyumannya melebar.

Tanpa membuang masa, mereka mengambil keputusan untuk terus mencari dan membeli barang-barang alat tulis yang diperlukan. Mereka juga tidak mahu berlengah kerana pusat membeli-belah akan ditutup pada pukul 10:00 malam.

Ketika itu, Emir masih berada bersama mereka kerana dia memilih untuk menemani mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke rumah sewa memandangkan hari sudah hampir lewat malam.

Selepas mereka keluar dari kedai itu, mereka semua mengikut Rayna yang memimpin jalan ke kedai pencuci mulut. Mereka berbual sambil berjalan dan mengetahui Emir lebih tua setahun daripada mereka dan dia juga seorang pelajar di universiti yang sama tetapi mengambil jurusan kejuruteraan. Emir dan Rayna telah mengenali antara satu sama lain selama 5 tahun sejak sekolah menengah dan mereka akan bertunang tidak lama lagi.

Mereka sudah pun tiba di hadapan kedai llao llao dan menapak ke arah barisan bersama beberapa pelanggan yang turut beratur membeli pencuci mulut di kedai tersebut. Semasa menunggu di barisan yang kini tidak jauh dari kaunter, kedengaran bunyi deringan daripada telefon Emir membuatkan Emir mengeluarkan telefonnya daripada poket sebelum matanya memandang skrin.

"Rayna, saya tunggu dekat tepi tau. Saya nak angkat call. Guna duit ni untuk belanja diaorang." ujarnya sambil menghulurkan wang daripada dompetnya kepada Rayna.

Selepas Emir melangkah keluar daripada barisan itu, dia mengangkat telefonnya lalu menjawab panggilan.

Dyra hanya memerhatikan langkah Emir sebelum dia mengalihkan pandangannya semula ke hadapan. Kini, mereka sudah berada di hadapan kaunter untuk memesan dan membayar.

Tiba-tiba telefon Dyra mengeluarkan bunyi notifikasi. Dia membuka skrin telefonnya dan melihat terdapat mesej diterima daripada nombor yang tidak dikenali.

'Dια ʂƚιʅʅ ϝσʅʅσɯ ƙαυ.'

Dahinya berkerut selepas membaca mesej yang diterima dengan abjad yang kelihatan pelik.

'Qιʅʅҽɾx.'

Satu lagi mesej baru diterima membuatkan mata Dyra terbuka luas apabila melihat nama Qillerx disebut dalam mesej itu. Lantas, dia menolehkan kepalanya untuk mencari seseorang yang kelihatan mencurigakan.

Dyra menundukkan pandangannya semula, sebelum kedua ibu jarinya pantas menaip papan kekunci di skrin telefon dan membalas mesej, 'Siapa ni?'

"Dyra," Dyra tersentak, "nah." lalu kornea matanya memandang Ayuni yang memanggilnya sambil menghulurkan pencuci mulut yang sudah dibeli.

Dyra terus menutup skrin telefon. "Oh, terima kasih." tangan kanannya mencapai bekas yang dipegang Ayuni. Kemudian, mereka bertiga bergerak ke arah Emir yang sedang menunggu tidak jauh daripada mereka sambil menatap skrin telefonnya.

"Tekunnya tengok telefon. Siapa call tadi?" tanya Rayna yang berjalan menghampiri Emir yang sedang tekun meleretkan jarinya di skrin telefon sebelum Emir mencapai pencuci mulut daripada Rayna.

"Kawan saya yang call. Dia suruh saya tengok group whatsapp sebab lecturer baru bagitahu kelas esok cancel. Diaorang tengah bincang untuk buat group assignment dekat luar esok." terang Emir sambil menunjukkan skrin telefonnya kepada Rayna.

Sedang mereka berbual sambil menikmati hidangan pencuci mulut masing-masing, mata Dyra kembali tertumpu pada telefonnya namun tiada lagi sebarang mesej diterima daripada nombor telefon tadi.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa ditemani Emir, Dyra tidak putus-putus memikirkan kerisauan terhadap keselamatan rakan-rakannya.

Jika perasaannya betul tentang ada seseorang yang mengikuti dan memerhatikannya sebentar tadi dan juga tentang mesej yang diterima, adakah rakan-rakannya juga akan menjadi sasaran pembunuhan jika Qillerx melihat dia sering keluar bersama mereka?

Adakah mereka...akan selamat?

KEESOKANNYA, semua pelajar kembali ke universiti untuk belajar mengikut jadual waktu masing-masing selepas empat hari cuti.

Jam sudah menunjukkan pukul 3:00 petang. Dyra dan Ayuni kini berada di kelas Information Technology yang terletak di bangunan sains di tingkat 9. Mata pelajaran ini memerlukan pembelajaran menggunakan komputer di mana mereka hanya boleh mendapatkan kemudahan tersebut di blok sains.

"Baiklah, itu sahaja untuk kelas hari ni. Siapa dah siap tugasan dalam excel, boleh terus email dekat saya." Madam Siti mematikan suis komputer sebelum mengemas barangnya di meja hadapan kelas. Pelajar di dalam kelas juga mematikan komputer di meja masing-masing dan mengucapkan terima kasih kepada pensyarah sebelum seorang demi seorang bergegas keluar dari kelas.

"Alaa..saya ada kelas lain pulak lepas ni. Malasnya nak pergi." Ayuni mengeluh panjang apabila teringat yang dia masih perlu menghadiri kelas terakhir yang dijadualkan pada hari ini. Subjek ulangan yang Auni kena ambil.

Sementara itu, kedua-dua kaki mereka telah berhenti di hadapan lif bersama pelajar lain untuk menunggu ketibaan lif.

"Jangan merungut, kita belajar ni letakkan niat kerana Allah Ta'ala. In Sha Allah kita akan jadi bersemangat untuk belajar kalau niat kita betul. Ilmu yang kita dapat pun akan diberkati Allah Ta'ala." nasihat Dyra sambil melihat pelajar lain meluru masuk ke dalam lif yang sudah tiba di hadapan mereka.

"Hmm...baiklah." kemudian, Ayuni memejamkan matanya seketika dan meletakkan kedua tangannya di dada untuk menanamkan niat menuntut ilmu kerana Allah Ta'ala serta berdoa semoga ilmu yang diperolehi diberkati dan berguna dalam kehidupannya di masa hadapan.

Melihat lif sudah penuh dengan pelajar, Dyra mengajak Ayuni turun menggunakan tangga. "Jom turun tangga, Yuni. Lif dah penuh."

Ayuni mengangguk selepas mendengar cadangan Dyra lalu mengikut sahabatnya itu menuruni tangga di sebelah lif. Lif di situ selalunya cepat penuh dan akan lambat naik semula jika terlepas. Jadi, pelajar di sana selalunya akan sanggup menggunakan tangga bersebelahan lif sebagai pilihan kedua untuk naik dan turun walaupun kelas mereka berada di tingkat yang tinggi.

"Assignment untuk subjek tadi bila kena hantar ye? Madam Siti tak ada pulak bagi peringatan dekat kita tadi kan?" Ayuni tertanya-tanya.

Dyra berhenti berjalan setelah mereka baru turun dua tingkat. "Saya pergi tanya madam kejap."

"Eh, Madam Siti ada lagi ke dalam kelas? Kut-kut dah turun." Ayuni mengangkat keningnya.

"Ada lagi kut, saya pergi tengok dulu. Madam kan selalu keluar lambat dari kelas tu sebab kena tunggu semua pelajar keluar dulu. Since ada peluang ni saya nak tanya terus. Awak pergi lah ke kelas, nanti lambat pulak. Lepas saya jumpa madam, saya terus balik." ujarnya. Memandangkan Dyra tidak ada kelas selepas ini, dia mengambil keputusan untuk menggunakan masa yang ada.

"Oh, okay. Saya pergi dulu tau. Elok-elok balik karang." kata Ayuni lalu dia bergegas menuruni anak tangga untuk ke kelas.

Dyra patah balik menaiki tangga dan menjejakkan kaki semula ke tingkat 9. Dia membuka pintu di tepi tangga dan kembali berjalan melalui laluan menuju ke kelasnya sebentar tadi.

Nampaknya semua pelajar telah pun meninggalkan blok sains di tingkat itu kerana tiada tanda-tanda sesiapa pun di laluan itu dan kedengaran begitu sunyi. Kelas-kelas di blok sains di tingkat 9 bukanlah kelas utama yang sering dijadikan tempat pembelajaran harian. Ia sering digunakan untuk mata pelajaran tertentu yang memerlukan penggunaan kemudahan di sana sahaja. Jadi, tidak pelik sekiranya melihat tiada orang di tingkat itu.

Dyra kini berada di hadapan pintu kelasnya tetapi ianya kelihatan berkunci selepas Dyra cuba membukanya dan dapat melihat tiada sesiapa di dalam kelas itu melalui cermin kecil lutsinar di tengah pintu. Nampaknya Madam Siti sudah tiada di dalam kelas.

Setiap pintu kelas di tingkat 9 akan dikunci oleh setiap pensyarah yang mempunyai kad akses selepas tamat kelas di situ. Hanya pensyarah sahaja yang mempunyai akses untuk membuka dan menutup pintu di situ.

Lalu, Dyra mengambil keputusan untuk beredar. Namun, tiba-tiba terdapat bunyi deringan telefon kedengaran dari jauh membuatkan langkah Dyra terhenti. Bunyi itu seakan-akan datang dari kelas yang terletak di hujung sekali.

'Ada orang?'

Dyra perlahan-lahan bergerak ke arah bunyi yang datang dari dalam kelas di hujung sana. Telefon itu berhenti berdering. Dia kini berada di hadapan kelas dan dapat melihat melalui cermin kecil lutsinar di tengah-tengah pintu bahawa terdapat seorang lelaki bertopeng hitam yang hanya menutup paras hidung dan mulutnya sedang berdiri sambil menjawab panggilan telefon.

"....dalam proses."

Dyra mengangkat kening, "Apa yang dalam proses?" Dia bersuara perlahan. Pintu tersebut tidak ditutup rapat sehingga Dyra dapat mendengar sedikit suara lelaki itu menjawab telefon tetapi dia tidak sempat mendengar perbualan lelaki itu daripada awal.

"Semalam, seorang lagi dah mati. Kali ni, benda itu ambik masa 15 hari untuk bertindak balas. Nampaknya kesan benda itu makin jadi lagi cepat daripada ujian pertama sebelum ni."

Dyra terkejut dan dahinya mula berkerut setelah mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Dyra cepat-cepat menyorok sedikit di sebelah pintu untuk mengelak daripada dilihat.

Lelaki itu melaporkan setiap butiran kepada seseorang di dalam talian. "Kesannya masih sama dengan yang sebelum ni. Dia mati dalam keadaan berbuih mulut."

Mata Dyra terbuka luas. Apa yang dijelaskan oleh lelaki itu adalah seperti menerangkan tentang dadah ciptaan Qillerx. Kesannya sama seperti yang terjadi pada sir Azmi dan Fina.

"Apa?" tanya lelaki itu sebelum suaranya kemudian tidak lagi kedengaran dan membuatkan Dyra berasa hairan. Lalu, Dyra cuba mendekatkan mukanya ke cermin kecil lutsinar di tengah pintu untuk melihat apa yang berlaku.

Terkejut Dyra melihat lelaki itu memandangnya tajam sambil tangannya masih melekapkan telefon ke telinga.

'Ma-macam mana dia boleh tahu?!'

Tidak sampai sesaat, Dyra terus melarikan diri sebelum lelaki itu tidak melepaskan peluang untuk memecut keluar dari kelas dan mengejarnya. Lariannya di tengah laluan tersebut terasa begitu lama untuk sampai ke kawasan lif dan tangga.

Belum sempat Dyra sampai di hujung laluan, tiba-tiba dia terdengar bunyi sensor di salah sebuah pintu kelas di sebelah kiri yang tidak jauh darinya. Bunyi sensor tersebut biasanya menunjukkan bahawa pintu itu tidak berkunci.

Dyra dapat merasakan lelaki yang mengejarnya semakin hampir. Lantas, Dyra berlari ke arah pintu kelas yang telah mengeluarkan bunyi sensor dan cepat-cepat menghempas pintu dengan kuat selepas dirinya sudah masuk ke dalam kelas tersebut. Turun naik dadanya mengatur nafas.

Sebaik sahaja Dyra sempat menutup pintu, lelaki tadi kini berada di hadapan pintu luar dan nekad untuk cuba menerjah pintu itu dengan kuat bertalu-talu. Dyra hanya mampu merenung pintu yang bergerak untuk dibuka di hadapannya dan melihat mata lelaki itu merenungnya tajam melalui cermin kecil lutsinar di tengah pintu.

Dia memutuskan untuk masuk ke dalam kelas tersebut kerana dia tahu apabila pintu kelas ditutup, sistem akan mengesan dan menguncinya secara automatik. Jadi, tiada siapa yang boleh membukanya dari luar melainkan dengan menggunakan kad akses.

Tetapi dia hairan, bagaimana sebentar tadi pintu itu terbuka dengan sendirinya.

Bunyi hempasan semakin kuat. Jantung Dyra semakin berdegung kencang.

"Ya Allah...," Dyra cuba menenangkan dirinya, "...fikir Dyra...fikir."

"Connected."

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : Aik, Hydra ke tu? Kata busy..

Notes :
Jangan lupa amalkan 𝘿𝙊𝘼 ini;
۞يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ ۞بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ۞
Yaa Hayyu Yaa Qayyum, bi rahmatika as-taghiits
("Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmatMU aku memohon pertolongan.") (HR. Tirmidzi, no. 3524.)

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
③ 𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

206K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
Dia Vampire Von Nxraz_wn

Vampirgeschichten

3.5M 180K 103
Pengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang k...
2M 90.2K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1.4M 47.1K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...