Mencari Dia

De Jasminelight_

1.3K 27 6

Sangkanya dipatahkan oleh keluarga, disembuhkan oleh seorang lelaki. Tapi silap, dia dihancurkan seperti debu... Mais

PROLOG
B A B 1
B A B 2
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 12
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 17
B A B 1 8
B A B 19

B A B 3

55 1 0
De Jasminelight_

Telinga hanya dipekakkan daripada mendengar bebelan Khalida. Malas dia mahu mengambil peduli. Dia sudah dapat mengagak isu ini akan timbul.

"Kenapa Yana ini degil sangat eh? Memang telinga kuali ke? Susah sangat nak dengar cakap Ibu?!" kuat suara Khalida memetir. Iskandar hanya membiarkan isterinya meletus. Raes Danial yang duduk berhadapan dengan Ayana Malaika hanya tersenyum sinis.

"Yana bukan sengaja lah Ibu, tadi Yana nak teman Karina pergi beli barang dekat Mall, tu yang Yana tak balik dengan Abang Raes." hanya alasan dan penipuan. Tipu sunat tak apa kan?

"Dahlah degil, kaki menipu pula itu!" belakang tubuh Ayana Malaika dipukul kuat.

Ayana Malaika terkejut dengan tindakan drastik Khalida. Perit rasanya.

"Yana tak tipu Ibu! Yana memang tak sengaja. Yana lupa nak inform Abang Raes."

Khalida marah betul dengannya apabila Raes Danial mengadu Ayana Malaika pulang tanpa menunggu dan memberitahunya. Katanya Raes Danial menunggu Ayana Malaika lama dihadapan pejabat. Telefonnya pula sudah mati kerana kehabisan bateri.

"Kau ini kan, sama macam bapa kau yang tak guna itu! Dua-dua menyakitkan hati aku! Dasar anak tak guna!" 

Tanpa sedar, Khalida melepaskan dendam pada bekas suaminya kepada Ayana Malaika.

Ayana Malaika melawan. Suara ditinggikan.

"Ibu jangan nak suka-suka tuduh ayah Yana macam itulah! Ayah Yana tak seteruk itu!" walaupun tidak rapat dengan Khairuddin, dalam dasar hatinya masih terdapat rasa kasih dan sayang untuk cinta pertamanya itu.

"Kau jangan nak biadap Yana! Itu mak kau! Mana adab kau!" Iskandar masuk campur.

"Abi tak payah masuk campurlah. Cukuplah Abi jaga anak Abi yang perangai macam sampah ini!"

Pang!

Terasa pijar pipinya apabila ditampar oleh Khalida.

"Sedar diri kau! Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak buang kau daripada dulu. Anak tak guna!" hambur Khalida.

Tanpa sedar, air mata Ayana Malaika mengalir setitis demi setitis. Hujung baju digenggam kuat.

Dia tahu dia tetap akan kalah dalam perbalahan ini. Oleh itu, dia terus melangkah menaiki tangga untuk menuju kebiliknya. Dia biarkan namanya yang masih diseru.

Tudung sarung yang menutupi mahkotanya dicabut lalu dicampakkan kelantai. Cardigan yang dipakai menutup tubuhnya berlengan pendek juga dicampak jauh.

Terus dia masuk kedalam selimut dan meneruskan tangisan. Hatinya membengkak.

Dia tidak mengerti dengan layanan semua orang terhadapnya. Dimanakah terletak kesilapannya?

Akhirnya dia tidur dalam air mata.

"Makin lama makin biadap Si Yana itu? Awak memang tak reti didik anak sendiri ke?" sengaja ingin mencari pasal.

Khalida menahan malu apabila ditegur oleh suaminya begitu. Acap kali dia mendengar suaminya merungut tentang perangai Ayana Malaika.

"Awak tengok Si Raes ini, walaupun tak ada mak, saya dapat didik dia elok. Tak macam anak awak."

Raes Danial kembang kempis apabila dipuji begitu. Ibu kandungnya meninggal ketika dia berusia 3 tahun. Semenjak itu dia dibesarkan sendirian oleh Iskandar sehinggalah Iskandar berkahwin dengan Khalida ketika dia berusia 14 tahun.

"Kalau payah sangat, awak kahwinkan sajalah anak awak itu. Kurang sikit beban. Lagipun dia dah ada boyfriend kan?" Iskandar tersangatlah suka jika gadis itu pergi. Dia inginkan Khalida sahaja, bukan anaknya sekali.

Sejak dahulu lagi dia tidak berkenan dengan kehadiran Ayana Malaika. Dia ingin mempunyai keluarga terdiri daripada Khalida dan anak kandungnya, Raes Danial sahaja. Tidak mahu orang luar walaupun orang itu darah daging isterinya sendiri.

Khalida berkira-kira dengan cadangan Iskandar, ada baiknya juga. Tapi jika Ayana Malaika ingin berkahwin, aib masa silamnya yang ditutup rapat juga bakal terbongkar! Mana mungkin dia sanggup!

Manakala, disisi lain, Raes Danial tidak bersetuju dengan Iskandar. Mana mungkin dia membenarkan Ayana Malaika berkahwin dengan Aisaar Haqimi! Dia tidak akan membenarkan Ayana Malaika pergi!

"Raes rasa better Yana buat keputusan sendiri. Tak perlu rasanya kita masuk campur urusan hidup dia." macam orang soleh sahaja dia berbicara. Sedangkan niat dihatinya lain.

"Yang Raes nak baik sangat dengan dia dah kenapa?" tidak gemar dengan sikap Raes Danial yang seolah-olah mempertahankan anak tirinya.

Baru sahaja Raes Danial ingin membidas, Khalida bersuara. Tidak mahu dua beranak itu bertekak hanya kerana seorang Ayana Malaika.

"Saya rasa betul apa yang abang cakap. Kita patut kahwinkan saja si Yana itu." dia sudah membuat keputusan. Pandai-pandailah dia menutup cerita jika kisah lama itu tersebar. Yang penting Ayana Malaika menjauh daripada hidupnya. Bukan benci, cuma tak gemar.

Iskandar tersenyum kemenangan manakala Raes Danial menahan amarah.

Selesai perbincangan, Iskandar dan isterinya segera naik kebilik beradu mereka. Meninggalkan Raes Danial sendirian. Malam sudah larut namun kantuk Raes Danial langsung tidak menjelma. Dia runsing memikirkan keputusan yang dibuat Khalida dan Iskandar sebentar tadi.

Genap 2 jam dia berteleku, dia juga meninggalkan ruang tamu lalu menuju kebiliknya. Bilik Ayana Malaika yang berhadapan dengan biliknya dikerling.

Selimut yang semakin melurut ditarik keatas. Dapat dirasakan kesejukan malam menerpa kulitnya. Selimut cuba ditarik lagi, namun dia tidak dapat merasa kain selimut itu. Mata cuba dicelik.

Tangannya meraba-raba lampu tidur yang terletak diatas nightstand sebelah katilnya. Segera lampu dihidupkan.

"Abang buat apa dekat sini?!" hampir melurut jantungnya melihat Raes Danial yang sedang duduk diatas katilnya. Bersebelahan dirinya.

Laju tangannya merampas selimut dalam pegangan Raes Danial. Laju dia menutup rambutnya menggunakan selimut bercorak kotak-kotak itu. Tidak lupa, dia menyembunyikan lengan tangannya dalam selimut juga.

Raes Danial tidak menjawab tapi dia semakin mendekati Ayana Malaika yang kelihatan gusar itu.

Melihat raut wajah Raes Danial yang menakutkan itu, Ayana Malaika cuba melarikan diri. Namun tindakan itu gagal apabila lengannya ditarik semula oleh Raes Danial.

"Kau dah gila ke bodoh?!" tiada lagi panggilan hormat abang.

Geram dengan mulut lancang Ayana Malaika, laju pipi mulus itu ditampar. Kuat.

Rasa pijar dipipinya dibiarkan. Air mata Ayana Malaika mengalir deras. Dia takut. Dia tidak sanggup diapa-apakan oleh lelaki tak guna itu.

"Kalau kau bagi kerjasama, aku janji benda ini setel cepat." Raes Danial cuba meraba-raba dada Ayana Malaika.

Ayana Malaika meronta-ronta ingin dilepaskan. Dia sudah meraung. Dia mahu menjerit namun tangan kekar Raes Danial awal-awal sudah menekup mulutnya.

Kepalanya digeleng-geleng. Dia tidak sanggup.

"Takkan aku nak biarkan jantan itu dapat sentuh kau sebelum aku? Memang tak lah perempuan!" dia mencengkam kuat rahang Ayana Malaika. Tajam matanya menikam mata Ayana Malaika yang sudah seperi air terjun.

"To-tolong .. lepaskan.. a-aku..." tersekat-sekat suaranya merayu meminta belas kasihan Raes Danial.

Raes Danial mengendahkan lalu segera dia membaringkan tubuh Ayana Malaika.

Ayana Malaika tidak sanggup dengan apa yang akan terjadi seterusnya. Tangan diraba-raba diatas nightstand disebelah itu. Dia cuba mencapai apa sahaja yang ada namun terlepas daripada pegangan.

Prak!

Kuat bunyi itu. Lampu tidur itu pecah berderai. Bilik itu kembali gelap gelita.

"Apa kau cuba buat ini? Kau ingat ada orang nak tolong kau ke?!" pipi itu ditampar sekali lagi.

Ayana Malaika menangis lagi.

"Bantu aku Ya Allah.." dia merintih dalam hati.

Dia masih cuba melawan meskipun kudratnya tidak mampu melawan Raes Danial. Dia masih ingin mempertahankan maruah dan hidupnya.

"Astaghfirullah!!!"

Bilik itu serta merta cerah. Dapat dilihat Iskandar dan Khalida dihadapan pintu bilik.

Raes Danial segera berdiri dan menjauh daripada katil manakala Ayana Malaika terduduk dihujung katil. Kaki dirapat kedada. Dia menangis lagi.

"Apa kamu berdua buat ini?!" kencang suara Iskandar menjerkah. Khalida yang masih tergamam dengan apa yang dilihatnya segera mendekati anak gadisnya itu.

"Ibu.." Ayana Malaika cuba memaut kepada Khalida namun tiba-tiba...

Pang!

Dia memegang pipinya yang baru sahaja ditampar oleh ibunya. Kenapa..

"Dasar anak tak guna?! Berani kau buat benda haram dalam rumah ini?"

Ayana Malaika mengelengkan kepala. Tangan Khalida cuba dipaut namun perbuatannya itu ditepis kuat.

"Bukan Yana ibu.. Dia.. Dia cuba nak..." tidak sanggup dia mengucapkan perkataan jijik itu. Dia menunjuk ke arah Raes Danial yang sejak tadi mendiamkan diri. Iskandar berdiri disebelah anak lelakinya.

Sekali lagi dia dipukul. Bahunya dipukul kuat oleh Khalida.

"Kau dah buat masalah, kau tuduh dia pula?!" dipukul lagi tubuh gadis itu bertalu-talu.

"Aku menyesal lahirkan kau Yana! Menyesal bela kau selama ini! Kenapalah aku tak bunuh je kau daripada dulu?! Kenapa mesti kau yang jadi anak aku?!" Khalida menangis kecewa.

"Murah sangat ke kau?!" jerkahnya lagi.

Ayana Malaika mengelengkan kepala. Air mata terus mengalir tanpa henti.

"Tolonglah percaya Yana ibu.. Yana berani sumpah Yana tak salah. Dia yang salah Ibu!" dia cuba meyakinkan Khalida.

"Anak aku tak jahat macam kau lah Yana! Berani kau tuduh dia?!" Iskandar pula menjerkahnya.

"Tolonglah percayakan Yana Ibu..." bersungguh-sungguh dia mengharapkan secubit kepercayaan daripada Ibunya. Insan yang sudah mengandung dan melahirkannya selama ini.

Dia tidak pedulikan jika orang lain tidak mempercayakannya. Cukuplah kepercayaan daripada Ibunya.

"Kau keluar daripada rumah ini sekarang." senada Khalida berkata.

Ayana Malaika kaku.

"Ibu tak percaya Yana?" air matanya berhenti. Dia terkilan.

"Kau bukan anak aku Yana! Keluar daripada sini!" dia menolak tubuh Ayana Malaika kelantai. Jatuh terjelepuk Ayana Malaika diatas lantai marmar itu.

"Aku tak ada anak yang murah dan tiada maruah macam kau!" dia menjerkah lagi.

Dunia Ayana Malaika terasa kelam. Tiada lagi kasih seorang ibu untuknya. Satu-satunya tempat dia menumpang kasih kini sudah membuangnya.

"Aku bagi kau masa 15 minit untuk kau kemas barang kau. Lepas itu, aku dah tak nak tengok muka kau lagi!"

Khalida melangkah ingin keluar daripada bilik itu. Iskandar dan Raes Danial turut membuntutinya.

"Mulai hari ini, aku tak ada lagi anak bernama Ayana Malaika." Khalida bersuara sebelum menghilang daripada pandangan.

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

81.9K 7.1K 27
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
50.3K 5K 26
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1M 3.1K 2
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...