Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

๐’๐ฒ๐š๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐š๐ฌ | ๐€๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐Ÿ๐ข๐ณ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐ข๐ณ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ | ๐…๐ข๐ž๐ง๐š ๐€๐ซ๐ข๐ฌ๐ฒ๐š Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 33

286 24 0
By hanihisbiscus

SEMENTARA itu, di kediaman Anan telah merebahkan batang tubuh pada sofa. Dia angkat tinggi kucing montel berbulu jingga itu bertentangan wajahnya. Sesekali Anan mengacah seraya tertawa kecil.

"Karin, awak comel lah."

Dibawa Karin ke mukanya dengan mata membulat. Anan geselkan pucuk hidung kecil miliknya dengan Karin. Hatinya dijajah rasa geli hati apabila respon Karin mengiau meminta dilepaskan.

"Kuat makan ya awak? Gebu dia," ujar Anan lantas diletakkan Karin pada dadanya. Telapak tangan bertindak mengusap belakang badan kucing berbulu lembut itu.

Seketika, Anan kunci bibir rapat. Mata bundarnya mengerjap dan dipasakkan pada bebola mata Karin dengan perasaan bercampur-baur. Cecair bening berkumpul di tubir mata kala Karin sengaja miringkan kepalanya dengan mengiau tanpa henti.

Senyum gerit Anan lorekkan. Dia usap batok Karin penuh kelembutan. Entah mengapa, dia perasan yang Karin begitu manja dengannya seperti memahami gelora hati yang bermukim dalam tubuh kerdilnya.

"Untung kan jadi awak ni, Karin..." getus Anan perlahan. Air mata perlahan jatuh menyentuh cerun pipi. Dia masih ralit menatap Karin selesa pejamkan mata saat dia membelai penuh mesra haiwan kesayangan nabi yang satu ini.

Anan turunkan tangan ke bawah dagu Karin. Dia mengelus bahagian itu dan refleks Karin menggoyangkan ekornya tanda suka. Jinak betul kucing abang Syaf ni dengan Anan.

"Bila Anan tengok Karin kan, Anan rasa cemburu. Gila kan? Kenapa dengan Karin pun nak tu," ujar Anan seraya meletuskan gelak perit. Semakin deras butiran permata gugur dari celahan pelupuk mata mengena kulit lehernya.

Anan panggung kepala ke atas. Mata ditutup seketika. Nafas Anan gali dalam-dalam. Sesak dan sebu bersatu. Celah rengkung terasa sempit. Mahu meletup dibuatnya sehingga wajah dia berubah kemerahan menahan rasa. Ironinya, pedih ini masih sama. Sakit juga berganda-ganda daripada yang sebelumnya.

"Anan tak pasti, Karin. Kenapa hati ni suka tapi dalam masa sama, perit sangat bila orang beri kasih pada Anan. Anan macam, Anan layak ke semua ni? Anan bukan nak menolak cuma Anan rasa ragu-ragu..." tuturnya sembari mengetap bibir sendiri. Lambat-lambat dia jatuhkan dagu rapat ke dada sendiri. Aksa disorotkan pada Karin yang nyaman ketiduran di situ.

"Sungguh, Anan keliru. Karin anggap Anan ni..." aksara dijedakan. Desahan nafas dihela. Berat. Hidungnya juga sudah mula mengeluarkan mukus yang tidak menyenangkan.

"Patut ke dapat semua tu? Ya, Anan tahu, Anan tamak. Anan nak orang tumpukan perhatian kat Anan, orang tak akan tinggalkan Anan, orang terima Anan seadanya. Tapi..."

Anan kerdipkan mata. Ekor mata terarah ke pintu. Dia mahu nantikan kepulangan Syaf. Dia mahu pasang setia dan kepercayaan hanya sekali lagi. Yang sudi berikan satu rasa didambakan sejak sekian lama lagi. Yang turut memberi sebuah keluarga lengkap penuh kasih sayang.

Mengapa dia terlalu cepat beri peluang? Kadangkala dia mempersoalkan tindakan sendiri. Seolah-olah tidak serik. Bukan, hati ini tak mampu membenci waima sekelumit sekalipun. Masakan mahu benci sedangkan jiwa kecilnya seringkali mudah beremosi kepada sekecil-kecil perkara.

Hujung mata mengerling arah lain pula. Wap air dapat dilihat melalui luaran tingkap kaca. Keadaan sepi kini ditemani rintikan hujan yang luruh ke buana. Menghasilkan simfoni semula jadi menenangkan kalbunya yang ditimpa badai taufan. Resah dirasuk dengan pelbagai persoalan memamah diri.

"Anan takut, awak. Takut kalau Anan sayang melebihi daripada cinta Anan kepada Dia. Cuma, tak salah kan, andai Anan beri sedikit harapan pada mereka semua kerana Anan hargai kehadiran abang Syaf, umi dan abah?"

Nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan, duhai hamba. Dia koyak senyum. Cukup manis. Ikhlas dari nurani wanitanya.

"Walaupun Anan tahu hadir seseorang dalam hidup, dia akan pergi jua bila sampai masanya."

Anan buka mata saat telefonnya menjerit kuat. Anan bungkam. Spontan, dia mendadak terbangun, namun hanya seketika sebelum fiturnya rebah semula. Karin juga automatik terjaga dan terus melompat turun dari sisi sofa.

Keluhan lelah dihela. Kedua-dua tapak tangan Anan tekankan pads sisi kusyen sofa, menyeimbangkan diri. Tubuh lenguh dipaksa bangun kembali lantas kaki dijuntaikan ke lantai. Mata bundar Anan masih berpinar dan samar-samar cuba mencerna situasi.

Sebentar tadi, dia ada terdengar sesuatu atau mungkin sekadar bayangan. Anan menguap kecil seraya netra dikerdipkan perlahan. Seketika, deringan nyaring sekali lagi menghentam gegendang telinga terus menyedarkannya.

Kornea mata tertancap pada skrin telefon yang rembut. Sebaris nama cukup dikenali tertulis di situ.

Ibu.

Panasaran. Takut-takut, Anan capai gajet itu. Pelipis yang berdenyut akibat sinar skrin segera dipicit. Bercahaya ibarat ada Nur sehingga menyakitkan pacaindera penglihatan. Cepat-cepat, jari telunjuk meleretkan ikon hijau. Anan letakkan telefon pada sistem pendengaran. Ritma jantung juga sedikit berdebar daripada biasa. Hentaman guruh dari luar yang turut menemani suasana juga menyapa koklea.

"Kau kat mana? Datang sini, tolong aku," jerkah Puan Ina di atas talian. Anan terkedu. Tubir mata berburam. Dia masih sama. Tak bisa tahan seseorang yang tinggikan suara terhadapnya.

"Kenapa?" soal Anan perlahan.

"Anan Nurfiza! Kau jadi manusia tak kenang budi, aku nak kau datang sini!"

Anan terpinga-pinga. Tiba-tiba, ibu menelefon mahu pinta bantuan. Tapi kenapa dia rasakan lebih kepada arahan? Berkerut dahi licinnya. Serasa dia belum cukup terbaik sehingga ibu sendiri datang menuntut kepadanya. Malahan dengan cara mengugut. Dia mahu menolak tapi firasat hati mengatakan lain.

Kata-kata Syaf tempoh hari masih terngiang-ngiang. Ibu sudah tiada kaitan. Bukan sebahagian daripadanya. Namun, insan bernama Anan Nurfiza tetap serba-salah mengenangkan semula jasa ibu.

Ya, dia bodoh. Terlalu bodoh kerana mengetepikan berkaitan kejahatan ibu. Dia tidak patut menumpukan pada keburukan ibu sedangkan kebaikan ibu yang sekecil hama di mata lain cukup memberi impak kepadanya. Sanggup menanggung segala keperluan pendidikan buatnya dan tempat tinggal walaupun umpama penjara neraka. Mahu dikatakan perbuatan ibu padanya perit tapi tidak mampu melawan dan langsaikan budi wanita itu.

Anan menekur kepala ke bawah dengan pandangan berbalam-balam. Hujung kaki menguis sama sendiri. Mungkin benar, selama-lamanya dia akan terhutang budi.

"Anan!" jerit Puan Ina. Berdengung dan bingit jadinya telinga dia. Nasib tak pekak lagi setelah bertahun-tahun pekikan ibu sering menjamah koklea umpama ruji harian dalam masakan.

"Ya... A... nan... dengar," gugup Anan membalas. Dada sebu dan pedih. Air mata bercucuran merembes jatuh mengena kulit kaki. Saat dia berlari jauh mahu mengait impian seperti bebenang halus itu, setiap kali itu jugalah dia tersungkur rebah. Anan lemah dengan pertolongan. Anan lelah kehilangan lagi. Anan letih dipersoalkan kewujudan dia di dunia. Tapi kenapa dia masih di sini? Memberi tiket pelepasan kepada mereka dan permohonan maaf tidak selayaknya dari ulas bibir.

Benci. Memang gamaknya nasib jiwa murni yang dialami ini memakan diri.

"Tunggu Anan ya, bu?" Anan angkat kepala. Akur. Biarpun ada sinar ratna berkilauan bertali arus tidak terseka terus mengalir, bibir tetap lakarkan senyum. Nanar. Gerit. Sekadar menyedapkan hati sendiri. Merawat gundah-gulana bergelora di tangkai hati.

Talian dimatikan. Telefon diletakkan ke sisi. Kelopak mata dikerjapkan beberapa kali namun lakrimasi sederasnya tumpah. Tapak tangan dibawa menekup mulut menahan esakan. Perut bergelodak sakit, dada sesak dihimpit batu tan. Dia sudah berjanji dengan ibu. Dia tak akan beri harapan palsu.

Anan minta maaf, abang Syaf. Sekali ni, Anan mohon maaf. Maafkan Anan, bang. Anan ingkar sebab tetap pergi ke ibu. Tolong jangan marah Anan. Anan takut abang marah.

ANAN bersiap ala kadar. Pakaian hujan dalam but motorsikal dikeluarkan lalu disarungkan pada tubuh sendiri. Mata beralih pada cuaca yang masih kelam. Hujan makin mengganas dengan petir sambar-menyambar.

Bawah bibir digigit. Kesejukan berserta melankolik melatari suasana seakan rakus meratah segenap jasadnya sehingga ke akar umbi. Belum ditambah guruh yang melahap permukaan bumi itu jelas menerobos halwa telinga. Risau juga kalau-kalau dia sekali kena panah petir selain syaitan kerana tetap berdegil mahu kembali ke rumah ibu. Bersalah tapi dia harap Syaf faham. Moga terpujuk hati itu biarpun hakikatnya tak diberitahu pun.

Abang Syaf memang bagi keizinan Anan untuk keluar rumah cuma dia resah jikalau diketahui ke mana dia tuju menjadi asbab juga. Lagipun Syaf tak spesifikan tempat pun. Bukan salah dia, salah Syaf.

Anan angguk sekali. Berpuas hati terhadap justifikasi yang dibuat. Sedetik, dia menggeleng pula. Tak boleh, salah ni.

"Betul ke apa Anan buat ni?" Anan mempersoalkan tindakannya. Tangan menggaru pipi sendiri. Dengusan dilepaskan seraya membentak hentakan kaki. Seketika sebelum automatik susuk diserang renjatan listrik tatkala kilat kuat menghentam buana.

"Allah!" latah Anan sembari memegang kuat penghadang motorsikalnya. Dia celikkan mata dengan muka pucat lesi. Bibir bergetar dengan pakej menggelugut seluruh anggota badan. Masih terkejut. Pantas Anan mengusap dada di mana degupan jantungnya kini mengepam dengan kelajuan 180 kilomter per jam. Kursemangat.

Anan junjut nafas. Mengumpul semula semangat yang bercempera sebentar tadi. Tidak mahu membuang masa lagi, Anan terus menaiki kenderaan pacuan dua rodanya. Topi kalendar diambil, dipakai elok bagi melindungi kepala. Tangan ditadah membaca doa, moga perjalanan dia selamat. Ragu-ragu menyelinap sangkar hati, ditepis olehnya.

Dengan lafaz basmallah, enjin motorsikal dihidupkan lantas memulakan perjalanan. Meredah butir mutiara nan lebat hasil gemawan kelabu. Desir memintas kencang dan rintikan hujam membedil tajam tubuh diendahkan. Dalam sanubari hanya titipkan agar semuanya dipermudahkan.

SESUDAH menjemput ibu, dia membonceng ke balai atas permintaan wanita itu. Anan akur, tidak membantah. Senyum tetap dilukis pada bibir tipisnya biarpun kedinginan mencengkam hebat hingga ke tulang hitam.

Pakaian hujannya pula diberikan kepada ibu. Keadaan basah kuyup sama sekali pada diri tidak dihiraukan. Yang penting, hajat ibu dapat ditunaikan. Anan hentikan motorsikal di sudut parkir balai yang sediakan, tanda telah pun tiba di balai.

Anan juntaikan kaki ke bawah. Dia memalingkan wajah, melihat ibu bersusah-payah untuk membawa diri. Keresahan melanda jiwa, ada ketakutan juga motorsikal turut tumbang bersama menghempap sang ibu.

Tidak bentah menatap ibu yang terkial-kial mahu menurunkan diri. Anan yang kerisauan segera memaut susuk tubuh ibu. Membantu ibu sehingga ke hadapan permis.

Seketika, Anan memalingkan wajah. Serasa ada yang mengintai. Bebola mata melilau sekeliling. Sepi. Seram sejuk dibuatnya.

Anan toleh kepala ke kiri dan kanan. Mungkin dia berimaginasi perkara buruk akibat keletihan.

Anan pandang ke depan semula. Bibir mengoyak senyum manis. Kuntuman hati berbahagia tika ibu menjadi tatapan.

"Anan minta maaf, ibu. Kesian ibu kena hujan, patut Anan bawa baju lebar sikit kan?" kata Anan lembut.  Telapak tangan dibawa memegang kedua-dua pipi Puan Ina. Mengusap air hujan mengena ibu. Riak muka jelas kegusaran.

Tangan Anan yang menyentuhnya ditepis kasar. Jijik. Rengusan ibu sebagai balasan menampan deria pendengaran. Sontak, baju hujan yang tersarung di anggota tubuh pantas dibuka dan dicampak ke muka Anan. Tidak bersedia, Anan merengsa kesakitan. Untuk itu, kolam mata Anan berlinangan. Dinding pipi digigit mengawal esakan daripada meletus. Jangan nangis Anan, sekalipun kau bersedih sedu-sedan di sini tak akan ada yang membujuk.

"Menyusahkan," rungut Puan Ina lantas merapatkan diri pada Anan.

"Besar sangat ke harapan Anan pada ibu?" bisiknya perlahan dan rendah. Kepala menekur ke pada lantai. Impian sebesar samudera berlayar di lautan, sedangkan kenyataan adalah sekadar dersik menyapa sekali lalu.

Baju Anan direngkuh sehingga belakang tubuh itu mengena dinding. Automatik gadis itu terdongak. Anan menyeringai kesakitan. Mata helang Puan Ina lisai menikam Anan dengan pandangan membunuh. Acap kali wajah ini mendidihkan darah tuanya. Jikalau dikatakan darah tingginya boleh naik mendadak setiap kali kepolosan Anan menjamah aksa. Menyampah terhadap tulusnya seorang gadis bernama Anan Nurfiza ini.

"Sebab kau bodoh, Anan! Kau bodoh!" jerkah Puan Ina. Tersentak Anan menerima bicara ibu sehingga air mata yang sekian tadi berdansa di tubir mata akhirnya luruh jua. Berpusu-pusu mengalir bagai empangan pecah. Bibir menggeletar mahu pertahankan diri sendiri. Namun malangnya hanya desiran semilir sahaja kedengaran.

"Aku cuma gunakan kau, Anan! Aku tahu kau sayangkan aku. Kadang pelik tengok kau tak serik, suka ke aku buat macam ni? Sampai mati pun aku takkan terima kau, Anan. Tak akan!" tengking Puan Ina lagi. Dia tekankan pada setiap bait diksi yang dituturkan. Mahu sedarkan bahawa gadis itu sememangnya seperti yang diperkatakan.

Giginya terketap-ketap dengan rahang dimamah bersama amarah dan naluri ibu bergumpal dalam tubuh. Entah mengapa, dia tahu khilafnya malahan mana ada yang inginkan kehidupan seperti Anan. Tapi, tembok ego menghalang. Puan Ina melepaskan pegangan. Anan melorot jatuh. Dia terkulai layu, lemah dihenyak percakapan ibu.

Hatinya bagai dicarik rakus. Tiada darah menyirami namun kesakitan tersebut nyata. Kepedihan yang tidak kasatmata di luaran tapi itulah hakikatnya. Anan koyak senyum tawar. Ruas mata basah mengguyur lesu dan deras merentasi pipi dipejam rapat. Nafas Anan tercungap-cungap apabila dadanya terasa sempit. Tersekat tika ibu berlalu pergi meninggalkan dia begitu sahaja.

"Anan memang bodoh pun. Ibu tak perlu ulang benda yang sama pun, Anan tahu. Anan tahu, ibu. Anan tahu dan faham sangat, bu." Anan membisik perlahan. Intonasinya semakin rendah, cukup sampai pada pendengaran sendiri. Sayu dan pilu. Muara wajah sembap dan memerah. Dia angkat kepala menala langit zulmat. Hujan pula sudah semakin reda. Tapi kenapa dia masih dihentam lebatnya hujan itu malahan terkapai-kapai lemas dalam kebanjiran mencari jalan? Buntu.

Bibir rabak dengan senyuman. Khas memujuk hati yang lara. Dia masih di sini, terus melangkah kendatipun hancur jasad dan atma membengkak hebat. Tangan perlahan menjalar untuk mencapai baju hujan yang terdampar di lantai sana. Dia membalut tubuh yang kesejukan, menutup yang sepatutnya.

"La tahzan innallaha ma'ana, Anan. Jangan bersedih. Sesungguhnya, Allah bersama kita. Anan kuat kan?" gumam Anan rendah. Ada sinar di sepasang bebola mata apabila mengingatkan petikan kata-kata itu. Dia mula berdiri biarpun hampir rebah. Lekas Anan mengampu tangan pada dinding balai . Kaki dibawa menapak perlahan pada pengawai polis yang berjaga di depan pintu itu.

Sejujurnya, air mukanya telah lama runtuh. Diinjak sesuka hati tanpa henti. Mungkin pengawal polis itu telah melihat kesemuanya. Skesta ibu dan dia.

"Tuan, saya..." seru Anan dalam nada bergetar. Tubuh dibungkus gemelugut lebih-lebih kala disapa sarayu malam. Kepala dipanggung cuba menggamit fokus pengawai polis kepadanya.

Dilambai tangan berkali-kali di hadapan muka tegang dan bengis pengawai itu. Agak kecut perut juga sebenarnya kerana misai polis yang begitu tebal. Serius, macam tak boleh tebal lagi dah serupa seorang artis tu, Wak Doyok. Anan tak tipu tau, Anan jujur sekarang ni. Namun kata-kata kutukan itu Anan simpan baik-baik di hati. Senyum cuba diukir sebagai tanda hormat dan penghargaan. Mata tertancap pada tanda nama di baju pengawai itu.

Rahmat.

Pengawai bernama Rahmat merunduk sedikit kepala memandang Anan. Kening diangkat. Ekor mata dialihkan melihat huluran Anan, ekspresi penuh tanda tanya terpancar jelas pada raut itu.

"Tolong berikan ni pada ibu Anan, tuan. Anan mohon sangat... Ibu Anan, Farina," beritahu Anan dengan senyum tipis. Tangan masih utuh memberi kunci rumah dan beberapa keping nilai wang berwarna merah. Cukup untuk ibu pulang ke rumah semula menaiki kenderaan awam. Dia tidak sanggup berlama-lama di sini setelah dilumat hancur terhadap diksi ibu. Lagipun, dia rasa bersalah keluar di malam hari ke sini.

Tuan Rahmat mengangguk. Dia menyambut barangan yang diberi. Anan lebarkan senyum, syukur kehadrat Ilahi atas bantuan Tuan Rahmat ini. Moga rezeki dia diluaskan dan diberikan kehidupan berkat jauh daripada sebarang bencana malapetaka. Doa itu berdesis dalam hati Anan.

"Terima kasih, tuan. Terima kasih," ucap Anan terharu. Batang tubuh dipalingkan dan melangkah ke arah motorsikalnya. Masa untuk balik ke rumah yang sunyi ditemani Karin. Mungkin benar, ada abang Syaf, ibu, abah dan Karin pun cukup memadai. Jangan tamak, kelak penyesalan membadai.

"Anan minta maaf..." gumamnya seraya menahan pada palang besi parkir. Lelah untuk terus memakai topeng. Letih dengan lakonan yang terpaksa berpura-pura kuat. Semput dihimpit realiti. Ilusi dianyam fantasi sekadar bayangan fana yang sukar dikecapi.

Anan menunduk. Merenung ke jalan tar yang jelas kelam dan berkerikil. Mungkin itulah dia. Digilis berkali-kali sehingga memudar. Sama seperti semangatnya juga turut kuncup dimamah setiap saat, minit dan jam. Lagi dan lagi. Tanpa henti.

Dalam tangisan, Anan tidak sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang sejak tadi. Lebih tepatnya, kewujduan dia sering diekori.

"Anan Nurfiza..." Sebaris nama gadis itu disebut. Seketika, bibir melarik senyum sinis. Kekehan lucu terlepas apabila mengenang kesungguhan sang gadis.

"Tak penat ke jadi baik?" soalnya keliru. Bodoh sungguh Anan ni, peluang sering diberi padahal tak pernah dihargai. Bersemangat lakukan sesuatu sedangkan dipandang enteng. Kasihan, apa kau mahu raih sedangkan mereka telah membuang kau. Dia decit halus dan kemudian menyeringai barisan gigi putihnya.

Kali ini, dia menang.

Continue Reading

You'll Also Like

257K 10.8K 65
[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatka...
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
121K 1.2K 15
Rania Ramanshah ร— Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharapkan lelaki semata mata. Dia kuat, tapi t...
577K 19.8K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...